Selamatkan Malaysia CHEDET

Email Blog Kepada TDMM

YAB Tun,

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Petang.

Walaupun saya bukan ahli UMNO namun saya merasa sedih kerana apa yang saya lihat sekarang adalah zaman permulaan kehancuran satu parti yang pada satu ketika dulu dianggap satu parti yang kebal. Ibu dan bapa saya adalah orang kuat UMNO di Johor pada satu ketika dulu dan kini masih menjadi ahli biasa saja. Parti yang mereka perjuangkan dulu sudah jauh menyimpang dari prinsip asalnya.

Apabila terbaca di akhbar utama tempatan kebelakangan ini mengenai YB Lompat Parti, YB menghilangkan diri dan lain lain lagi cerita mengenai YB, maka saya berpendapat bahawa tahap kematangan dan prinsip perjuangan para YB yang kita ada sekarang bukanlah apa yang kita mahu untuk menjadi ‘Wakil Rakyat’ yang mewakili rakyat di Parlimen. Mereka seolah-olah sudah hilang pedoman dan hanya mementingkan diri daripada tugas mereka sebagai Wakil Rakyat. Mereka ini adalah wakil diri mereka sendiiri.

Negara masakini berdepan dengan banyak cabaran terutamanya ekonomi yang sangat merudung. Tambahan dari itu, ramai pekerja akan dibuang kerja. Kerajaan dan juga pembangkang sepatutnya memikirkan dengan bijak bagaimana untuk menangani masalah yang serius ini, bukan mencari publisiti dengan ucapan dan pandangan mengenai siapa lompat parti dan siapa tak dapat dihubungi!

Kalaulah benar UMNO akan menerima 2 YB dari Perak yang mempunyai kes di mahkamah atas tuduhan rasuah seks, maka UMNO bukan sahaja akan hancur, namun ianya akan berkubur dan seterusnya BN akan menjadi pembangkang selepas PRU 13.

Lihatlah apa dah jadi pada PRU 12, Permatang Pauh dan KT. Saya pernah meramalkan setelah nama calun di istiharkan untuk KT, bahawa BN akan kalah. Ramalan saya itu tepat sekali. Sebab utama ialah calun yang dipilih. Bukan itu saja, namun cara kempen dilakukan juga seolah olah memperbodohkan pemikiran warga KT (insulting the intelligence of people from KT) Apa taknya, DSNTR berhujah bahawa jika calun BN tidak menang, maka warga KT tidak akan ada wakil rakyat di Parlimen.(bunyinya seperti ugutan). Tambahnya lagi, jika wakil BN itu menang, maka beliau akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri. (bunyinya seperti gula gula rasuah – dangling a carrot infront of a donkey).

Umum tahu siapa calun BN tersebut. Beliau pernah berkerja dengan PM. Beliau dilantik menjadi Senator dan kemudian diangkat menjadi Timbalan Menteri salah satu kementerian yang sangat penting. Malangnya, when something goes up too fast, it came down with a bang! Exactly what happen to BN candidate for KT.

Rakyat sekarang bukanlah rakyat yang bolih diperkotak-katikkan olih orang politik. Kita mengikuti perkembangan politik semasa dengan dekat sekali.

Politicians, please respect our views because the power lies in our hands! OUR VOTES WILL DECIDE WHO WILL BE OUR WAKIL RAKYAT. Obviously, we do not want frogs, monkeys (yang melompat-lompat) and scandalous politicians to represent us…

Assalamualaikum Ayahanda Tun,

1. Selamat pulang ke tanahair. Bagaimana kesihatan Ibunda selepas menjalani pembedahan mata? Semoga sihat hendaknya.

2. Saya amat bersetuju dengan pendapat Ayahanda. Ahli UMNO yang telah bertukar menjadi katak janganlah dirisaukan kerana tidak menjadi nanah sedikitpun. Walaubagaimanapun, kita janganlah melompat dengan permainan PKR dengan kedua-dua ahlinya yang turut k\hendak melompat parti. Biarkan Si Luncai terjun dengan labunya.

3. Si Nizar telhpun mendapat perkenan Sultan Perak untuk mengadap jam 5.00 petang nanti untuk pembubaran DUN dan mengadakan pilihanraya negeri yang baru.

4. Harapan saya BN dan UMNO mengemaskinikan barisan untuk mengambil negeri Perak kembali. Letakkalah calon yang berwibawa, tidak korup dan bukan kroni. Jangan lupa memilih pemimpin yang berjiwa rakyat dan berhati rakyat.

5. Semoga sinar harapan akan kembali menjelang.

Anakanda minta diri.

Wassalam.

A’kum TUN ,
Betul !
UMNO-BN kata nak hapuskan rasuah politik dalaman , sekarang nak ambil masuk ahli yang “corrupt” ke dalam UMNO. Tindakan yang tidak masuk akal langsung. Sebab sebelum ini UMNO-BN selalu kutuk ahli PKR ini yang terima rasuah supaya dapat memburuk-burukkan parti pembangkang , tetapi sekarang mereka pula nak ambil masuk semula orang-orang begini.

Bagi saya unsur melompat parti harus diharamkan sama sekali . Jika nak lompat parti , letak jawatan sebagai YB dan lepas itu masuk ke parti yang diminati dan bertanding semula atas tiket parti itu. TUN kata dalam ayat 4&5 – tetapi undang-undang dibuat oleh manusia , tidak bolehkah kita memindanya. It is because I believe there is nothing can’t be done by a human…”MAYBE”…

Tambahan pula , mungkin rakyat di sesuatu tempat itu mengundi ikut parti , jika seorang wakil rakyat tersebut calon BN dan memenagi kawasan itu , dan kemudian melompat ke part pembangkang , INI AKAN MENYEBABKN RAKYAT DISANA TIDAK PUAS HATI KERANA MEREKA MENYOKONG BN DAN SEKARANG BELIAU LOMPAT KE PARTI PEMBANGKANG…

Jadi , unsur lompat-lompat parti ini bolehlah kalau seseorang itu ahli biasa dan tidak berjawatan . Hal ini kerana , ini tidak akan membawa impak yang begitu besar walaupun ini dilihat kurang “sopan” , nanum jika ahli-ahli yang berhormat lompat-lompat parti ini tentu akan membawa impak yang amat besar sama ada bagi parti BN atau PR.

Even MOTHER TERRESSA had said that , DONT WAIT FOR LEADERS;DO IT ALONE,PERSON TO PERSON.

Because nowdays I seem that they forget about people they just think about themselves…”MAYBE”…
In my opinion we do not need to be a leader to help people , if we have the will we can help … as much as we can…start with your neighbour…my teacher always tell that , “IF YOU WANT TO KNOW HOW GOOD ARE YOU , ASK YOUR NEIGHBOUR”

MINTA MAAF lari topik sikit tadi , “beremosi” sikit sebab tidak tahan apa yang akan berlaku … masa depan golongan muda … termasuk saya yang muda ini … LOL…

Untuk pengetahuan TUN saya seorang ahi CheDET Fan Club di FACEBOOK…I WILL ALWAYS BE YOUR SUPPORTER!

WE LOVE U TUN FOREVER AND EVER , FROM ME ( ATHIURAHMAN ) AND MY FAMILY…

Tun,

UMNO dah banyak melimpang dari jalan yang asal. AAB mana bolih fikir, Yang dok fikir untuk AAB adalah Tingkat 4 & akhbar harian pro AAB.
. AAB syok sendiri, tunggu masa, akal pun tak jalan. AAB telah berjaya menhancurkan UMNO dan kehilangan 5 negeri, AAB telah berjaya untuk kaya kan kaum keluarga nya. AAB telah berjaya membawa perubahan dan memberikan Hakim yang dipecat duit ganti rugi duit rakyat. AAB telah berjaya dengan corridor nya. AAB telah berjaya dengan Islam Haidari.
AAB telah berjaya dengan pembinaan Majid Crystal & Monsoon Cup di Trengganu. AAB telah berjaya menjualkan MV Agusta dengan harga yang rendah sekali. AAB telah berjaya untuk membebaskan DSAI. AAB telah berjaya menyatu padukan semua kaum di Malaysia. AAB telah berjaya membeli rumah kediaman nya di Australia dan mempunyai Kapal Layar.
AAB telah berjaya untuk Kerajaan Malaysia mempunyai Jet Excutive nya sendiri.AAB telah berjaya dengan membenteras nya jejala Rasuah. AAB telah berjaya memberikan MACC kuasa sepenuhnya untuk bertindak sendiri. AAB telah berjaya dengan menjadi pengurusi OIC.AAB telah berjaya mendapat kepercayaan Rakyat berbilang kaum.AAB telah berjaya terhadap kes Lingam.ABB telah berjaya mendapat sokongan semua Sultan. AAB telah berjaya melaksanakan pembinaan Jambatan mengantikan Causeway. AAB telah berjaya berbaik dengan Singapura. ABB telah berjaya menyerahkan Pulau Batu Putih pada Singapura.ABB telah berjaya sebagai PM. ABB telah bejaya bermain bola sepak dengan masa tambahan yang amat dikehendakinya. AAB telah berjaya untuk adakan post mortem akan kegagalan UMNO & BN untuk menang majority 2/3 dengan segeranya pada Mar 2009.AAB telah berjaya sebagai PM lebih daripada sepenggal.AAB telah berjaya membawa UMNO & BN sebagai sebuah parti yang menang banyak pada PRU 11. AAB telah berjaya derhaka dan kurang agar pada Tun. AAB adalah PM & Pressident UMNO & BN yang paling berjaya.Maaf hampir tak dapat dikira akan kejayaan AAB berbanding dengan Tun.AAB telah berjaya memekakkan telinganya dan membisukan suara nya dan membuatkan mukanya paling selamba aja dengan kejayaan yang amatlah Cemerlang. Gemilang & Terbilang.

This entry was posted in Chedet. Bookmark the permalink.

Leave a Reply