Tindakan kurang bijak Mas

Segala pertolongan yang dihulurkan lahir atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap dirinya,” kata Rock, teman lelaki kepada peserta program realiti Akademi Fantasia kedua (AF2), Asma Ghani atau Mas.

Menurutnya yang nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd Sharif, 36, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dan cuma menjaga teman wanitanya itu berikutan hidup bersendirian di ibu kota.

“Segala penjelasan mengenai hubungan kami dan soal album sudahpun dijelaskan kepada pihak media, kini biarlah giliran bapanya untuk bersuara.

“Saya hanya berhubung dengan bapanya melalui telefon dari semasa ke semasa bagi mengetahui status anaknya itu, malah tidak pernah bersua muka sebelum ini,” jelasnya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Selain memiliki dua cahaya mata, beberapa pihak mendakwa tindakan kurang bijak Mas yang juga berstatus ibu tunggal itu dikatakan berpunca daripada hubungan cintanya dengan Rock.

“Hubungan kami cukup baik dan saya percaya tindakannya (Mas) mengamuk di balai polis bukan berpunca dari jalinan cinta kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam

This entry was posted in Artis. Bookmark the permalink.

Leave a Reply