Intro2u.net >Bag > Beg genggam beg kembara beg peralatan solekan beg tote kasut

Beg genggam beg kembara beg peralatan solekan beg tote kasut

By admin

Read Here

KEINDAHAN dan keunikan seni bina moden yang tersendiri nyata menarik perhatian pereka terkenal, Anya Hindmarch, untuk menyelitkan elemen berkenaan dalam koleksi terbarunya sempena ketibaan musim bunga/panas kali ini.

Koleksi itu menyediakan himpunan aksesori menarik seperti beg genggam, beg kembara, beg peralatan solekan, beg tote kasut, pemegang kunci dan pakaian yang dapat digayakan dari siang hingga ke malam.

Sesuai dengan musimnya, koleksi Anya Hindmarch kali ini banyak menggunakan rona lembut seperti kuning, krim, kelabu, coklat muda, putih selain warna hitam yang sememangnya sentiasa digemari.

Untuk himpunan beg tangan, pereka berkenaan dilihat cuba menyerlahkan gaya baru menggunakan rotan dan fabrik tenunan.

Bagi himpunan beg tote, Anya kali ini menampilkan rekaan beg berpoket dengan hiasan zip unik menggunakan fabrik denim biru lembut serta kanvas.

Untuk yang gemar bersantai di tepian pantai, baju kapas menarik bermotifkan Afrika daripada Anya Hindmarch boleh dijadikan pilihan.

Ia hanya boleh didapati dalam rona kuning, putih dan kelabu, tetapi apa yang pasti, baju berkenaan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis seluar.

Seperti lazimnya, koleksi Anya Hindmarch kali ini turut menampilkan himpunan pelbagai jenis rekaan kasut yang menarik antaranya tapak baji, sandal serta bertapak rata.

Koleksi berkenaan dihasilkan daripada kombinasi tali pengikat menggunakan rona merah, putih, emas dan perak menarik yang sesuai untuk digayakan pada majlis formal di malam hari.

Sementara itu, gaya ketika mengembara juga perlu dititikberatkan dan untuk itu, beg kembara beroda rona biru daripada jenama ini seharusnya diutamakan dalam senarai barangan yang harus ada.

Beg troli yang mempunyai zip di bahagian luar itu adalah rekaan terbaru Anya Hindmarch selain beg alat solek dan beg untuk menyimpan barangan penjagaan diri.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline