Pelakon popular, Erra Fazira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pukul 11.40 pagi ini di Hospital Pakar Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.
Bayi seberat 4.04 kilogram yang diberi nama Engku Aleesya itu merupakan anak sulung Erra hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
“Alhamdulillah Erra dan bayi kami berada dalam keadaan sihat,” kata Engku Emran di sini hari ini

dear erra n emran..
congratulation! its a GIRL
we’re so happy for u..semoga aleesya akan menjadi anak yg solehah, sehat, sll dalam lindungan ALLAH dan cantik mcm mummy nya..amin
salam sayang dari saya dan anak saya wan allesya risyana putri utk erra dan baby aleesya
Penantian penuh debar Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya berakhir apabila bayi mereka – Engku Aleesya selamat dilahirkan pada jam 11.40 pagi, 30 Mac 2009.
“Kami sepakat untuk menunjukkan anak kami semasa majlis cukur jambul nanti selepas Erra selesai berpantang. Buat masa ini, agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya kerana doktor menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil,” ujar Emran dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di lobi Damansara Specialist Center, Petaling Jaya, Selangor.
“Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu saya dalam masa dua bulan ini di kediaman kami. Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata.
“Saya bersyukur apabila Erra mudah bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di hospital tersebut,” tambahnya.