Gambar Anak Nora Danish
Read Here
KEHADIRAN Putra Rayqal Rizal Ashram Ramli (Rayqal) yang dilahirkan tanggal 7 Januari lalu begitu bermakna dalam hidup model dan pelakon comel yang popular menerusi sitkom Puteri, Nora Danish.

Rayqal yang kini berusia dua setengah bulan bukan saja pengubat luka di hati Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Haniff sekeluarga, malah memberi kekuatan dan semangat kepada ibu muda ini untuk menempuh cabaran hari mendatang.
Malah, kata Nora, 27, keutamaannya kini untuk membesarkan anak kesayangannya itu sebaik mungkin.
“Ibu yang banyak membantu saya menjaga Rayqal setiap hari.
“Sebenarnya, saya hanya sempat menyusukan Rayqal lima belas hari saja kerana selepas itu saya terpaksa memberinya susu formula kerana kekeringan susu.
“Rayqal juga anak yang baik, tidak banyak meragam dan senang dijaga. Saya dan keluarga bekas mentua cukup rapat sampai sekarang dan kami juga bergilir menjaganya setiap hari termasuk bekas suami.
“Saya juga meluangkan lebih banyak masa dengan Rayqal kerana buat masa ini belum terbabit dengan sebarang penggambaran drama,” katanya.
Nora berkata, status sebagai ibu tunggal tidak menghalangnya memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
“Seperti ibu bapa lain, sudah pasti inginkan anak saya mendapat kasih sayang secukupnya. Saya ingin dia menjadi orang berilmu. Sebagai ibu, saya akan sentiasa menyokong minatnya dari belakang dan dia juga bebas memilih kehidupannya sendiri apabila dewasa nanti,” katanya.
Pelakon comel ini yang mengakui bahagia dengan fasa kehidupannya sekarang juga masih mempertimbangkan beberapa tawaran berlakon yang diterima.
“Jika berjalan seperti direncanakan, saya dijangka kembali ke lokasi penggambaran pada April atau Mei nanti Antara projek yang sudah pasti ialah penggambaran musim baru sitkom Puteri,” katanya.
Nora ditemui di majlis cukur jambul anak sulungnya yang berlangsung secara sederhana tapi meriah di kediaman keluarga bekas mentuanya, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di Tar Villas, Kuala Lumpur, kelmarin.
Hadir sama, bekas suami, Rizal Ashram Ramli; ibu Nora, Sally Talib, 52, dan anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Antara artis yang hadir ialah pelakon Lisa Surihani dan Diana Johor yang juga isteri kepada adik Rizal, Ramelle.
Majlis cukur jambul itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan dihadiri lebih 100 anggota keluarga terdekat.
Acara disemarakkan dengan bacaan marhaban oleh kumpulan Al Firdaus diketuai Maimunah Ali.
Nora juga beruntung kerana Rayqal adalah permata hati keluarga bekas mentuanya kerana dia cucu pertama keluarga bekas suaminya itu.
Menurut Ramli, kehadiran Rayqal mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
“Kini, kami tidak keluar rumah pada Sabtu kerana sibuk menjaga orang baru dalam keluarga. Kehadirannya bukan beban sebaliknya tanggungjawab buat kami sekeluarga.
“Rayqal tetap darah daging kami sekalipun ibu bapanya sudah bercerai. Kami akan sedaya upaya pastikan kesejahteraannya menjadi keutamaan kami sekarang.
“Keluarga kedua-dua belah pihak tetap memainkan peranan masing-masing dalam perkara ini. Nora tetap sebahagian anggota keluarga kami kerana dia ibu kandung cucu saya. Hubungan kami sekeluarga dengannya bertambah mesra dengan kehadiran Rayqal,” katanya.
Raja Noora Ashikin berkata, kehadiran Rayqal cukup dinantikan kerana dia cucu dan cicit pertama keluarganya.
“Apa yang kami harapkan, Rayqal akan menjadi orang yang berbudi bahasa, merendah diri dan berbakti pada masyarakat apabila dewasa nanti.
“Pada masa sama, saya tetap menganggap Nora sebagai menantu dan anaknya sendiri sampai bila-bila pun.
“Nora wanita yang tabah. Kami sangat mengambil berat keadaannya sekarang.
“Hubungan kami juga sangat rapat. Apa yang berlaku (perceraian) tidak sedikit pun menjejaskan kasih sayang kami sekeluarga kepadanya,” katanya.
Katanya lagi, dia tetap memastikan Rayqal mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka sekeluarga.
“Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap meluangkan masa dengannya setiap hari terutama pada waktu malam kerana saya bekerja pada waktu siang.
“Kalau Rayqal tidak datang ke rumah, saya sendiri akan ke rumah Nora untuk bersamanya. Setiap malam, Rayqal akan menghabiskan masa dengan datuknya (Ramli) di perpustakaan di rumah kami,” katanya.
Malah, kata Raja Noora Ashikin lagi, dia mengambil masa lima hari untuk membuat persiapan majlis cukur jambul berkenaan.
“Semua hiasan untuk majlis ini termasuk buaian untuk Rayqal, saya dan suami juga yang menyiapkannya,” katanya.
Sementara itu, bekas suami Nora, Rizal, 38, berkata, dia juga akan memastikan Rayqal mendapat kasih sayang ibu dan bapa secukupnya sekalipun dia dan Nora sudah bercerai.
“Apa yang berlaku itu sudah ketentuan Tuhan. Apapun, saya dan Nora masih berkawan baik cuma jodoh kami saja yang tidak panjang. Saya juga akan mendidik anak saya dengan baik sekali gus melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya.
Profil
NAMA SEBENAR: Nora Mohd Danish Haniff
PANGGILAN: Nora
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
ASAL: Kajang, Selangor
KERJAYA: Model dan pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Putra Rayqal Rizal Ashram Ramli , dua bulan setengah
KOMERSIAL: Sunsilk, Esso, Intimate, Walls Cornetto, Hotlink
SITKOM: Puteri
DRAMA/TELEMOVIE: Pendekar 5, Cinta KLCC dan Celak Pak Andam
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular dan Senario – Pemburu Emas Yamashita

Use the form below to search the site:
nora danish mmg cute gilex.!