Gosip tentang penyanyi Shanty menjalinkan hubungan dengan jejaka Mat Salleh

Sebelum ini, gosip tentang penyanyi Shanty menjalinkan hubungan dengan jejaka Mat Salleh sudah pun kedengaran. Namun, pada waktu itu, Shanty masih belum bersedia untuk memperkenalkan jejaka yang telah  bertakhta di hatinya itu.

Kini, bekas video jockey (VJ) MTV yang terkenal dengan lagu Hanya Memuji itu tidak lagi malu-malu untuk memperkatakan tentang jejaka bernama Sebastian Parades yang juga Presiden Pengarah Bank Danamon Indonesia.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang ini, saya sangat happy sekali. Kalau tahun lalu adalah tahun saya putus cinta tapi saya harap tahun ini, percintaan saya akan kekal hingga ke satu tahap lagi. Insya Allah…” katanya.

Shanty yang ditemui wartawan sewaktu menghadiri majlis ulangtahun kelahiran bekas isteri, Ahmad Dhani, Maia Estianty pada Selasa lalu bagaimanapun menolah khabar angin yang mengatakan bahawa Sebastian berstatus suami orang.

“Sebagai wanita saya tidak mahu melanggar batas-batas seperti itu dan saya tahu lelaki mana yang boleh saya jalinkan hubungan dan mana yang tidak.

“Lagipun, saya tidak mungkin mampu untuk menjadi seorang perampas. Perkara seperti itu tidak mungkin akan dilakukan oleh seorang wanita seperti Shanty.

“Kerana saya tetap punya prinsip yang tertentu dalam memilih seseorang yang mampu saya jadikan sebagai pendamping hidup,” katanya yang turut menopis gosip bahawa dia telah dibelikan sebuah rumah yang besar oleh Sebastian.

Menceritakan tentang saat perkenalannya dengan Sebastian, Shanty berkata, ia bermula sewaktu dia membuat persembahan dalam satu acara.

“Waktu itulah, dia datang menemui saya secara langsung dan berkenalan serta bertukar-tukar nombor telefon. Kemudian apabila saya sambung menyanyi, dia menonton lagi persembahan saya. Pada saya, dia seorang yang bijak, pandai memberikan perhatian serta menerima saya seadanya, ” kata Shanty atau nama lengkapnya, Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie ini.

Ditanya mengapa memilih jejaka Mat Salleh, Shanty dengan pantas berkata, kalau itu sudah jodoh, dia akan terima kerana jodoh selalunya datang tanpa disangka-sangka.

This entry was posted in Artis, Indonesia. Bookmark the permalink.

One Response to Gosip tentang penyanyi Shanty menjalinkan hubungan dengan jejaka Mat Salleh

  1. Jamie p says:

    Shanty is a slut,she slept with me n another married man n most recently the one n only f1 reject alex yoong .,she should shut get mouth , an opportunist ! Alex is a married man n a father .. His wife miss world finalist n one of the most respected concert promoter asia n gorgeous! She keeps supporting alex even though he was cheating on shanty too .. Hero to zero! Seb sort him out , we with you n rid of her n her career is Over

Leave a Reply