Bintang Manchester United, Park Ji-Sung mengakui tekanan perlawanan mula dirasai sebagaimana pengurus, Alex Ferguson menyediakan pasukan pendahulu liga itu untuk mengharungi hari-hari genting tersebut.
Mendapat kedudukan mantap, tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana England mengalah Newcastle, 2-1, Rabu lalu, United mula menumpukan perhatian pada Piala FA, hari ini menentang Fulham di Craven Cottage bagi menempah tempat ke separuh akhir.
Rabu depan mereka menyambut kedatangan Inter Milan ke Old Trafford sebagai perlawanan pemutus selepas 16 perlawanan Liga Juara-Juara diikat seri dan pusingan pertama di Itali berakhir dengan tiada gol.
United telah pun merangkul gelaran Kejohanan Kelab Dunia FIFA dan Piala Liga, minggu lalu.
Bagaimanapun, Ferguson mengetahui pasukannya tidak boleh menerima sebarang kesilapan jika mahu menyudahkan kempen dengan kemenangan bergaya.
Park juga yakin United akan mampu mengawal permainan tetapi semua itu tidak seharusnya dipandang ringan.
‘‘Kami mahu prestasi meningkat dan fokus setiap kali permainan. Kemudian kami akan melihat di mana tempat kami hujung musim ini. Dalam liga, kami telah merasai bagaimana rasanya dikejar sehingga ke akhir musim dan ia satu tekanan kepada kami sebelum bermain dengan Newcastle.
‘‘Tetapi saya fikir ia sesuatu yang bagus kerana kami mampu fokus sepanjang perlawanan berlangsung,’’ ujarnya.
Sementara itu, Wayne Rooney juga percaya United sudah bersedia untuk melangkah jauh mencapai impian beberapa hari lagi.
Rooney yang menjaringkan gol kelima ketika menentang Newcastle, Rabu lalu itu mengaku minggu hadapan ini sangat penting.
‘‘Kami hanya mahu pastikan akan bersiap sedia untuk perlawanan kali ini dan kami lakukan dengan baik.
‘‘Masih ada 11 permainan di Liga Perdana dan pelbagai perkara mungkin berlaku dalam perlawanan sebegitu tetapi yang pasti, kami dalam kedudukan yang baik di saat ini,
‘‘Kami mahu pastikan hanya untuk fokus hingga akhir musim dan bersikap professional,’’ kata Rooney.
United mengejutkan pasukan semenjak jaringan gol liga pertama mereka sejak 8 November lalu dan mengumpul semua tiga mata di St James’ Park.
Gol Peter Lovenkrands mengakhiri kemaraan bergaya penjaga gol Belanda, van der Sar selama 1,311 minit di Liga Perdana yang melalukan kesilapan yang jarang dilakukan sehingga meresahkan Ferguson, Sabtu lalu.
Fergusan menggunakan kepakaran Ben Foster bagi perlawanan Piala Liga menewaskan Tottenham hujung minggu lalu dan dia menyumbang dua pertiga kemenangan United musim ini
‘‘Ia berlaku dan Edwin tahu dia membuat kesilapan,’’ kata penyerang England
‘‘ Tetapi pada musim ini dia banyak membantu memberi kemenangan pada kami,’’ katanya
Paul Scholes, Ryan Giggs dan Jonny Evans akan kembali ke United untuk berada di barisan hadapan selepas hilang dalam permainan menentang Newcastle.
Fulham yang mempunyai rekod bersih musim ini dengan hanya mengikat mata seri dengan United Sabtu lalu tetapi terpaksa bertungkus lumus ketika menentang Hull dan mendapat gol lewat pada Sabtu lalu
‘‘Sememangnya pemain-pemain itu memerlukan sesuatu. Tiada cara bermain dengan teruk untuk kalah selain bermain dengan baik. Anda sepatutnya di hadapan dan menjaringkan gol tetapi kalah.
‘‘Kita perlu bangkit dan jika tidak bermotivasi menentang Manchester United dalam suku akhir ini Piala FA ini, itu adalah masalah,’’kata pengurusnya, Roy Hodgson.
