Marcell Siahaan Penyanyi Hanya Memuji
Read Here
Penyanyi Hanya Memuji, Marcell Siahaan, nampaknya begitu bahagia dengan perkahwinannya yang kedua bersama artis Singapura, Rima Melati Adams, pada Januari lalu.
Malah, bekas suami Dewi Lestari ini tidak henti-henti memuji wanita yang baru saja dinikahinya itu sambil menyifatkan bahawa Rima bukan saja sangat mengerti tentang dirinya sebagai seorang pemuzik, suami serta ayah.
“Rima seorang wanita yang sangat memahami. Mungkin kenyataan ini kedengaran begitu klise sekali tetapi hakikatnya begitulah.
“Dia sangat memahami diri saya. Dia juga mengerti harapan pemikiran serta kemahuan saya. Hal itu yang membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk menjalani pekerjaan saya. Begitu juga dengan tugas saya sebagai seorang ayah serta suami,” kata Marcell, 31.
Sementara itu Rima, 28, pula berkata, sebagai isteri, adalah menjadi tanggungjawabnya menyokong apa saja yang dilakukan suaminya itu.
“Dari dulu lagi, saya tahu apa matlamatnya. Kerana itulah saya sentiasa bersikap optimis dan sentiasa menyokongnya dari belakang. Saya juga sudah bersedia untuk memberikan komitmen yang sebaik mungkin untuk keluarga dan kalau boleh saya mahu melakukan yang terbaik,” kata Rima yang pernah berkahwin dengan lelaki Cina-British, Davin James Cook.
Kedua-dua mereka pernah bernikah sebelum ini dan mempunyai anak. Marcell mempunyai seorang lelaki, Keenan, 4 tahun dan Rima pula, Edga yang bakal mencecah usia 2 tahun. Mereka mula bertemu pada 2006 dan ia bermula sebagai rakan artis yang akhirnya berputik menjadi percintaan.
Rima dan Marcell mula berpacaran sejak April 2008 yakni selepas masing-masing sudah berpisah dengan pasangan sebelumnya. Marcell dalam satu laporan sebuah akhbar di Singapura tidak lama dulu berkata, dia masih berkawan baik dengan bekas isterinya, Dewi, dan berbaik demi anak lelaki mereka, Keenan.
Use the form below to search the site: