Intro2u.net >Artis > Murai.com.my Akademi Fantasia 7

Murai.com.my Akademi Fantasia 7

By admin

Read Here

elepas menjalani ujian khas yang ditetapkan, hanya 14 orang sahaja pelajar terbaik daripada Top 20 calon pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) akan berentap selama 10 minggu.

Tanpa menerbitkan konsert prelude, 14 pelajar ini diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia di Astro Ria malam tadi yang dihoskan Sarimah Ibrahim atau Kak Mah.

Apa yang menarik, 3 orang pelajar yang berstatus ibu iaitu Isma (5 anak), Claudia dan Rubisa (seorang anak) mampu membuktikan status bukan penghalang sekaligus menyertai kelab ibu AF yang sebelum ini dianggotai Mas AF2, Saida dan Mama Rina (kedua-duanya AF6).

Selain itu, satu-satunya artis rakaman iaitu Nas Adila atau Adila dan adik Izwan Pilus, Aril, juga layak menyertai 14 kuota yang disediakan.
Dari keseluruhan pelajar itu, terbukti pelajar kelahiran Johor memonopoli kuota pelajar diikuti Sarawak, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Sidi satu-satunya pelajar dari Perak pula mampu menandingi pelajar yang masih bujang.

Pun begitu, calon pelajar yang paling tua iaitu Kelana gagal memikat hati juri untuk bersama 7 pelajar lelaki yang lain iaitu Aril, Hafiz, Akim, Sidi, Qhaud, Obri dan Yazid.

Bagaimanapun, murai.com.my difahamkan pemilihan pelajar ini tidak kepada kuota negeri. Mereka semua dinilai sama rata melalui bakat dan personaliti.

Manakala dari 2 calon pelajar wanita bertudung, hanya Rini saja mampu menyertai Salima dan Heliza sebagai pelajar AF yang berimej Islamik.

Apa yang pasti, pihak Astro masih lagi berteka-teki lagi siapa Pengetua AF7. Pelajar terbabit akan mengetahuinya rahsia itu apabila kelas akademi bermula esok, Isnin, 9 Mac 2009.

Dengan itu peminat AF7 seluruh negara boleh mengetahui pengumuman istimewa ini pada episod pertama Diari AF7, jam 9 malam esok.

Senarai 7 pelajar lelaki AF7

AKIM  (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI  (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
ARIL  (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
HAFIZ  (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
QHAUD  (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI  (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
YAZID  (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 pelajar perempuan AF7

CLAUDIA  (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
ISMA  (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
ADILA  (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
ZIZI  (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
RUBISA  (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
RINI  (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Related Content

114 Responses to “Murai.com.my Akademi Fantasia 7”

  1. fira

    akim sebenarnya fira cinta dekat akim

  2. fira

    akim kacak daripada aril

  3. maya

    kite suke semuanye
    tapi kite lagi suke
    ngan aril

  4. Aku peminat sgt kat akim. Vote 4 akim. Sayang sgt kat akim. Good luck akim!

  5. Ak0m…….Aku minat laa kat ARIL.
    AKIM rambut kau x cantik laa…..

  6. kimberly

    even program ne da abis,tp kehangatan durg tu still ada kan…

  7. kimberly

    elee..wlaupn rmbt akim x cntek tp ko tgok aril kuar pas tu msuk blik..kan3??erm iqlima klo ko nak thu ak pun mnat kat aril jgak tp ak lbih mnat kat abg dy c izwan tue…

  8. kimberly

    apsal lar korg ne mnat kat aril tue??muka je lawa tp sora x seindah anginn pun…lagi sodap klo burung nyanyi oi…

  9. i like her voice but idon’t like her hair….

  10. hai ajam…sy suka sgt kat ajam…ajam ni kelakar…matang, bergaya,n stylo wok!!!awok…kiut lh…ada tyme g sarawak la wok!!!sy sntiasa undi awok..insyaallah…hope u happy alwayz… love u…da cute hr boy..love u muuahh

  11. awok!!!da very bezzz…tgk..walaupn nombor 2 tp dia lh plaja af yg bnyk klua dlm tv…

  12. alah,aril,akim same je.tiada yg hensem.aril no.2 pun sebab kehensemenya.saye suka kalau dia no.5,akim no.4memang ngamlah hafiz no.1…..hafiz is champion!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    better than akim n aril

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline