Nabiln Irma sah bercinta!

BELUM apa-apa lagi pelakon, pelawak dan pengacara Ahmad NabilAhmad atau Nabil, 26, diberi amaran agar tidak menjaja cerita tentangkisah peribadinya bersama pelakon cantik Irma Hasmie, 27.
Mana tidaknya, sekarang Nabil perlu melunaskan banyak komitmen dibawah Primeworks Studios Sdn. Bhd. iaitu mengacarakan program StudioNabil, Ewah-Ewah (bersama Raja Azura), Pondok-Pondok dan tidak lamalagi program berbentuk 慻ameshow?Harta Mania (bersama Nik Adruce).Hanya kadangkala sahaja Nabil akan turut serta mengacara program Melodi.
Nabil juga pernah mengatakan yang dia sebolehnya tidak mahu kisahcintanya digembar-gemburkan sehingga menenggelamkan karier seninya.
Patutlah Nabil kurang memberikan komen tentang Irma apabila disoal tentang cinta barunya itu.

Nabil bersama motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Z750
kesayangannya. -foto The Star oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Sebelum ini, Nabil pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelajarkolej, Myra namun tidak sampai setahun, timbul pula gosip juara RajaLawak Astro musim kedua ini dikatakan bercinta dengan Irma pula.
Namun, sama ada Nabil mahupun Irma menjawab mereka sedang mengenali antara satu sama lain.

Irma berjaya mencuri hati Nabil kerana mmepunyai hati
yang baik dan memahami karier seninya.

Kelmarin, semasa ditemui di majlis pengumuman Anugerah BintangPopular Bintang Harian (ABPBH) 2008 di Palace of The Golden Horses,Seri Kembangan, Nabil hanya tersenyum dan kurang memberikan komententang Irma.
Dalam masa yang sama, sumber terdekat Nabil mengesahkan finaliskategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki PopularABPBH2008 ini memang bercinta dengan bekas kekasih aktor Farid Kamilitu.
Menurut sumber itu lagi, Nabil terpikat dengan hati Irma yang baikdan lebih memahami karier seninya memandangkan wanita itu jugaberkecimpung di dalam industri hiburan yang sama.
揗ereka telah menjalinkan hubungan kira-kira empat bulan lalu,?tambah sumber itu lagi.

Nabil tak sabar tunggu filem lain ditayangkan
Dalam pada itu, Nabil yang baru selesai pengambaran filem Momok TheMovie arahan M. Jamil ini berkata dia tidak sabar untuk menantikanfilem-filem yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini berada dipawagam.

Nabil semakin dikenali ramai selepas bergelar juara
Raja Lawak Astro musim kedua.

揚ada tahun ini, selepas filem Sifu & Tongga ditayangkan dipawagam, saya juga menantikan filem lakonan saya seperti Lu FikirlahSendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur dan Ee..Hantu.
揑nsya-Allah, pada bulan April depan, sekali lagi saya akan berlakondengan Apek di dalam filem terbitan Line Clear Production, Madu Empat.
揚ada hujung tahun ini, saya akan berlakon teater Muzikal Cicakman.Saya menerima tawaran tersebut disebabkan ini merupakan pertama kalisaya menceburi bidang teater pula.
揇i dalam teater itu, saya digandingkan bersama Saiful Apek, Aznildan ramai lagi. Jadi, saya akan terikat dengan komitmen teater itumulai bulan November hingga ia dipersembahkan,?ujar Nabil mengenaiteater terbitan KRU Studios Sdn. Bhd yang bakal menemui peminat teaterdi Istana Budaya pada 8 hingga 20 Disember depan.
Nabil juga akan membintangi filem Man Tera yang menggunakan konsep tiga dimensi atau 3D arahan Bade.
Bertanya tentang reaksinya mengenai filem Sifu & Tongga yangbanyak mendapat kritikan negatif selepas dipertontonkan kepada umum,Nabil berkata penonton tidak seharusnya menyalahkan pelakon semata-mata.
揗emang saya ada mendengar pelbagai komen tentang filem itu selepasia ditayangkan namun saya menumpang gembira apabila filem tersebutberjaya mengutip lebih RM1.9 juta dalam masa seminggu sahaja.
揂pa yang penting, saya dah bina karektor sehabis baik semasa di setpengambaran. Yang lain, saya serahkan kepada pihak produksi dari segisuntingan, audio, kesan khas dan sebagainya untuk mencorakkan filemtersebut.
揕agi pun, filem Sifu & Tongga merupakan filem pertama saya dimana saya tidak mempunyai apa-apa latar belakang dalam bidang lakonan.

Nabil dan Nubhan merupakan antara lima finalis kategori Artis Baru
LelakiPopular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

揝elepas berlakon filem itu, semakin banyak perkara yang sayapelajari tentang selok-belok lakonan dari situasi yang berlaku di setpengambaran.
揝aya anggap set pengambaran adalah kelas saya. Saya perlu mengambil masa beberapa tahun untuk bagus.
揝aya akui, bukan mudah untuk ceburi dunia lakonan ini,?ulas bekas 憁at despatch?ini.
Cerita Nabil mengenai pengalaman 憁encemaskan?ketika berlakon,sehingga kini dia tidak dapat melupakan babak dia digantung agak lamadengan tali yang disangkut di kren sehingga perasaan takut menyelubungidirinya.
揥aktu itu ditengah jalan raya dan banyak benda yang ada di depansaya. Bukan takut apa, saya bayangkan bagaimana jika saya akanterpelanting jatuh daripada atas ke bawah.
揟ambahan lagi, saya mempunyai banyak komitmen kerja lain yang sudah ditandatangani.
揝elain itu, saya juga berasa takut semasa perlu melakukan aksi terjun ke dalam Sungai Pahang di dalam filem Momok The Movie.
揝aya turut berasa gembira apabila dapat berjumpa dengan bekas MissMalaysia 1982, Siti Rohani yang juga isteri kepada M. Jamil yang turutberlakon di dalam filem itu,?kata Nabil.
Tambah Nabil, dia juga banyak menonton hasil lakonan pelakon lainseperti Rosyam Nor di dalam filem Suami, Isteri dan …? dan BruceWillis (Die Hard) sebagai rujukannya untuk mempermudahkan lakonannya.
Dalam perkembangan lain, Nabil juga bakal menyambung programFikirlah Sendiri Nabil untuk musim kedua terbitan Astro tidak lama lagi.
Sebelum ini, Nabil juga pernah berlakon di dalam telefilem SonataLabu Labi arahan Adlin Aman Ramli yang telah disiarkan di Astro Prima.

This entry was posted in Artis, Nabil. Bookmark the permalink.

Leave a Reply