Lagi lagi AF7

Bila ada orang comment kata tulisan I ni panjang berjela dan long-winded, I terfikir jugak. Kesian rasanya kat editor-in-chief dan editors kat murai yang kena go through it every week. Tapi memandangkan I terima this job as amanah (plus my payment is higher than the pengkritik tetap, muhahaha) I buatlah dengan sepenuh hati. Lagi satu  I suka bagi Kudsia pening kepala baca apa yang  I tulis. Nanti dia mesti tak senang duduk and nak tak nak dia kena tengok konsert berulang kali macam I buat. Thank God for Astro Max.

Before I  nak bercakap tentang konsert kedua AF7, I nak sentuh sikit something about blogging. One of my close friends yang menggunakan nickname Sultanmuzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com) adalah orang yang I anggap pelopor kepada perkembangan AF dalam dunia blogging. Since AF1 bermula lagi dia dah start tulis dalam blog dia. In fact, it will not be a far-fetched kalau I katakan secara langsung atau tak langsung, dialah yang mempopularkan Akademi Fantasia kepada bloggers. The reason I brought this up kerana during one of the af season jugaklah beliau menulis something like this on his blog:-

“Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.” I think apa yang ditulis merangkupi apa yang I catatkan di blog nih…

Anyway, weird title kan… “malam blouse, belt and leggings”?  But let us talk about the show dulu. Bila I dapat tahu that the students mesti perform dua buah lagu secara medley, I thought, wow, satu perubahan yang bagus. Seawal minggu kedua they have been given such a big task. Ujian yang amat penting untuk melihat keupayaan mereka.

Bila konsert kedua bermula, seriously demam Akademi Fantasia I kembali bila tengok persembahan ‘Menuju Puncak’. Muka-muka bekas pelajar AF dari musim pertama hingga musim ke 6 terbayang-bayang di kepala dengan tarian ‘Menuju Puncak’ masing-masing. I suka dengan ‘uniform’ yang digunakan. Gabungan merah putih nampak meriah dan young and hip. Untuk pengetua Datin Seri Tiara serta orang-orang yang baru bertugas di Akademi Fantasia, itulah magisnya ‘Menuju Puncak’!

Tapi I sungguh tak setuju bila lagu ‘Menuju Puncak’ dipersembahkan pada awal konsert. Mesti ada orang kata apalah mamat nih, beri betis nak peha (muhahaha). Hari tu orang tak buat ‘Menuju Puncak’ bising-bising. Ni  dah buat pulak, bising lagi. Ada banyak sebab sebenarnya kenapa ‘Menuju Puncak’ kena letak kat last sekali. Pertama, bila ‘Menuju Puncak’ diletakkan di permulaan konsert, dua peserta pertama takder banyak masa untuk gain balik energy for their performances. ‘Menuju Puncak’ ni,  walaupun macam lagu sekolah tapi penuh energy dan kesungguhan. Tapi orang tak Afundi students atas dasar sapa yang nyanyi ‘Menuju Puncak’ lebih baik daripada siapa, tapi orang akan judge on their concert performance. So they need as much energy as possible to concerntrate on their individual performances.

Keduanya, bila ‘Menuju Puncak’ diletakkan di bahagian akhir, ianya akan memberi sedikit peluang lagi for the last performance untuk dapatkan Afundi sebelum masa mengundi tamat dan ditutup. For peng-Afundi tetap yang memang akan sentiasa undi pelajar yang dia minat tak kira macam mana persembahan pun, kira takpa lah, dia orang tu kipas susah mati. Tapi to those yang atas pagar macam I nih yang akan hanya mengundi selepas setiap peserta habis buat persembahan, sempat ker i nak undi pelajar yang buat persembahan last sekali? Get it?

Yang ketiganya, bila dibuat pada awal konsert, susahlah untuk students to get ready dengan pakaian persembahan mereka. Hence, semua pelajar perempuan pakai pakaian yang sama – blouse pendek, tali pinggang jinjang dan leggings, hence, the title of this posting. Nasib baik semua students duduk kat depan pentas, kalau dia orang tunggu giliran kat belakang stage, mesti orang ingat budak-budak tu main tukar-tukar pakai leggings yang sama. Okay, a little bit exaggerating here (muhahaha) Anyway, pakaian pelajar lelaki were not bad, not bad at all. It was simple and nice. Takder yang distracting dan takder yang take over our focus from their performances. To the production team. Sleep on it okay and think of the best way untuk students buat persembahan yang terbaik. Okay, lets move on.

Tentang 2nd concert…

Akim (Satu / Buronan Cinta)
Apa yang boleh dikatakan, control suara Akim lebih bagus. Tapi I boleh kata jugak that dia tak dapat beri hundred percent. I salahkan ‘Menuju Puncak’ di letakkan di awal persembahan. I don’t think akim sempat ambik nafas pun sebelum persembahan dia bermula. Habis jer ‘Menuju Puncak’ nak berlari ke belakang stage untuk tukar pakaian, which they only have five minutes during the commercials. Tone akim memang sedap untuk lagu ‘Satu’ tapi dia masih tak dapat nak gabungkan tarian (or persembahan) dia dengan nyanyian untuk lagu ‘Buronan Cinta’. Nampak tarian dia a little bit off and weird. Transisi dari satu lagu ke satu lagu pun agak kelam kabut. Tapi dia antara yang nampak layak berada di Akademi Fantasia.

Rubisa (Gagap / Dingin)
Susah sikit untuk Rubisa to fill in the shoe of Stacy. Lagu ‘Gagap’ masih baru dan tengah top sekarang nih. Kat mana -mana Stacy pergi pun dia akan perform lagu nih. I pun baru sangat tengok persembahan Stacy dengan lagu ‘Gagap’ and so were beribu-ribu orang lain. Susah nak kikis ingatan pada persembahan stacy dan kekuatan Stacy tak boleh ditandingi oleh Rubisa, not through this song, anyway. Bila tiba pada lagu ‘Dingin’ kesumbangan Rubisa dah kedengaran. Stamina rubisa belum cukup untuk sampaikan dua buah lagu yang memerlukan tenaga yang banyak.

Qhaud (Bila nak Saksi / Lagu Untuk Mu)
Persembahan untuk lagu ‘Bila Nak Saksi’ quite okay. I think sebab Qhaud ada tone yang tersendiri tapi he keeps slouching. Nampak macam kepala dia masuk dalam bahu dia. Bila dia nyanyi ‘Lagu Untuk Mu’ suara dia dah macam tercekik sana sini. Entah kenapa kebanyakan pelajar lelaki bila menari langsung tak masuk dengan lagu yang dia orang nyanyikan and qhaud was one of them. Ada masa I  rasa macam ‘letih’ tengok persembahan dia sebab tarian dia yang pelik. Sayang sebab tone dia sedap tapi persembahan dia macam tengok konsert sekolah untuk kutip tabung PIBG.

Gusti di konsert?

Apasal suara AC Mizal macam di teran-teran bila dia bercakap? Takkan lah AC pun nak kena ada monitor jugak kot. konsert kedua nih nampak macam Gusti Adipati Handaya Ningrat dalam PGL pulak yang menjadi pengacara. Ingatkan PGL dah habis nih dah takda lah Gusti, tapi nampaknya AC pulak terbawa-bawa dalam konsert. Mungkin nampak Gusti Putri kat bawah tuh kot yang buat dia macam nak bergusti tu (muhahaha…). Chill bro, jangan marah-marah aku komen sikit. Yang baik, ambiklah jadikan pedoman, yang rasa tak bagus, buangkan dalam tong sampah berdekatan. Nasib baik takder keluar Cik Mat Poi (muhahaha). Okay, back to the persembahan.

Aishah (Coba / Gila)
I love her ‘Coba’! Beautiful! Suara Aishah memang cristal clear masa nyanyi lagu ‘Coba’. It cuts through hingga menusuk kalbu. Untuk lagu ‘Gila’, Aishah nampak macam mengah sikitlah but i still ‘gila’kan performance dia. I think one of the best performances of the night. She is someone that everyone else kena pandang serious. Likeable factor dia sangat kuat. Cuma I nak cakap sikit kat orang yang buat styling. Rambut Aishah was a little bit old fashion for an eighteen year old girl. Kalau pakai cekak dan rambut pakai lepas jer dah cukup manis untuk dia. 10 Afundi untuk Aishah from me! Sweet, sweet girl!

Obri (Akan Tiba / Ada Untuk Mu)
I gelak sakan bila tiba-tiba I dapat message from my friend cakap awning rambut Obri tinggi giler (muhahaha). Sekali lagi I nak cakap dengan stylist. Nasib baik konsert AF nih sekejap jer, kalau tak mesti dah ada burung yang bertelur kat atas kepala Obri. Relax lah, jangan over sangat nak styling. Okay, back to persembahan Obri. oh God, berbeza giler obri dengan first concert. Suara dia dapat control dengan baik. Sebutan dia jelas. Adalah sikit-sikit pitchy here and there tapi overall pada I quite good. Kalau suara nih adalah suara dia yang sebenarnya, I think he has a great chance to stay longer and maybe gain more peminat. Tapi satulah, macam yang I cakap sebelum nih, ramai giler student lelaki yang tak dapat gabungkan singing and performing. Nampak off sangat on the stage. Ada ketika I kena pejam mata so I can enjoy the vocals.

Zizi (Sembilu/Wonder Woman)
Tone husky Zizi tak begitu sesuai untuk lagu Sembilu. I nampak persembahan Zizi untuk lagu nih kurang selesa, but she brought it back during her performance on Wonder Woman. Tone husky nyer kena tepat dengan lagu nih. Still, I love her style. Most importantly she is current and fresh! She has something yang menarik minat I untuk terus tengok persembahan dia. Hopefully she will bring back her own style next week. Zizi is one of my favourites!

Sidi (Selamat Ulangtahun Sayang (SUTS)/Kokoo)
Suara Sidi ada ‘ketebalan’ dan sedap untuk lagu balad seperti SUTS. perbezaan suara Sidi dan penyanyi asal makes this song sounded really good coming from him. Tapi lagu kedua memang tak sesuai langsung. Not just for his vocal but for his personality. Langsung tak sesuai! I nak cakap sikit to those people yang pilihkan lagu untuk para pelajar. Kalau nak bagi variety atau nak uji sekali pun, pleaselah pilih yang sesuai dengan pelajar. Banyak cara yang boleh dibuat even kalau nak bagi lagu Kokoo for Sidi. You can at least change the arrangement to suit his vocal ability and his personality. Aparah. Kesian kat Sidi yang nampak langsung tak kena atas stage dengan 2nd song.

Mangsa Keadaan?

I sangat terkejut bila I  berpeluang untuk baca diari yang ditulis oleh Adila. Petugas berikan dia salah mic untuk first concert? Mike yang diberikan pada Adila adalah mic untuk pelajar lelaki. Boleh macam tuh? To the production team, kalau perkara nih betul, kesalahan nih adalah besar untuk satu-satu pertandingan. The least you could do was to have AC Mizal memohon maaf on behalf of the production team and it should be announced right before the 2nd concert bermula. It was embarrasing (kalau ianya bukan satu sabotaj!)

Adila (Merawat Luka Terpendam/Asyik)
I can tell that Adila keluar sedikit dari kepompong asal dia. I can see and feel a little bit of new adila right on the stage. I think dia pun jenis yang suka belajar and i can see the different between her first concert performance and the 2nd concert. Dia macam dah apply some of the skills yang dia belajar dalam akademi. But all I can say is that Akademi Fantasia bukanlah stage untuk penyanyi yang dah ada album. Good job, Adila. Tapi  i think sedikit sukar untuk dia merebut undian berdasarkan corak Afundi Akademi Fantasia. Anyway, Edrie cakap ‘dangdut senang pukul!’ Wahhh, senangnya merendahkan martabat dangdut. Seolah-olah penyanyi dangdut cukup sekadar bergelek, tak payah nyanyi bagus- bagus.

Aril (Benar-Benar/Robot)
Okay Aril. You were not even close to adam wannabe. In fact, not even close to any wannabe. And, in fact, again, you were just plain wannabe wannabe (if ada lah benda tuh). Both songs dinyanyikan secara mendatar dengan cukup sempurna oleh Aril. I was bored out of my wit! Anyway, he will still get Afundi from girls out there. There are no doubts about it. Kalau itu yang diperlukan oleh industri tanah air, singers with good looks but very minimum talents, so be it. Adlin cakap Aril “over-doing”. I cakap Aril  just plain ‘over’!

Rini (Aku Sindarela/Kiblatku)
Sebenarnya ramai yang tak perasan kot, tapi Rini dan Aril sebenarnya dari acuan yang sama. Nothing to shout about cuma berdegar-berdegar dan berdesing sajer bunyinyer. Kalau aril ada sedikit kelebihan dari segi tarian, mungkin Rini ada sikit kelebihan dari segi tone suara dia. Still, persembahan rini tak nampak ikhlas. Sorry, for the lack of any other words, I terpaksa guna perkataan ikhlas. She does not look sincere on the stage. Dia macam terlalu buat -buat. Simply put, persembahan dia agak pretentious!

Ugutan?

It was so funny bila I baca komen di blog Kudsia that this one person dok treaten her bila dia bagi komen pasal Yazid. What the heck? Ada connection dengan Bukit Aman? So? Nih singing competitionlah, bukan competition nak pilih siapa jadik mafia atau gengster! Kalau nyanyi bagus, orang akan pujilah. Kalau nyanyi tak bagus orang kritiklah. Though I think it was a hoax. Banyak lagih jenayah-jenayah besar yang orang kat Bukit Aman tuh nak selesaikan dari nak layan perkara yang remeh temeh pasal komen nyanyian di blog! In fact, paras rupa Yazid atau sesiapa ajer langsung tak jadi ukuran bila I atau Kudsia tulis kritikan! So please jangan malukan kredibiliti petugas-petugas awam negara!

Yazid (Lelaki Ini/Fikirlah)
Start buka mulut sajer yazid dah off key. Lelaki Ini was way too big for him to take on the original arrangement. Same goes with Fikirlah. Honestly, apa Yazid buat during class? I have nothing else to say.

Claudia (Wanita/Ku Mahu)
It was like listening to Dayang taking on Datuk Siti’s songs. nothing wrong with that! Nothing wrong at all! i like it. I know that Claudia ada tone tersendiri tapi mungkin (nih just my own personal assumption) sebelum nih ramai orang asyik compare kan dia dengan Dayang, dia mungkin dah terikut- ikut sangat. I can’t wait for her to show her true colors. I think she can be great! Dia ada attitude yang tersendiri untuk persembahan nih. Thumbs up and a few Afundi Claudia from me!

Hafiz (Cinta Ini Membunuh Ku/Toyol)
Seriously, Hafiz ada likeability factor yang sangat besar! He was so comfortable on the stage. Macam season performer. Persembahan Hafiz sangat menghiburkan dan transisi dari satu lagu ke satu lagu lagih nampak smooth. For tonight, itu jer  I nak cakap tentang Hafiz. Malam nih menjadi kepunyaan antara Hafiz, Aishah atau Claudia. Oh wait, belum habis orang lain perform lagih (muhahaha). I Afundi Hafiz! Dia perlu ada lagi dalam Akademi.

Isma (Jat Da Da Da/Hello)
Kalau last week I was distracted by her jacket, this week I  was distracted by her hair (muhahaha). Siapa lah yang ‘dengki’ sangat dengan Isma nih. Jat da da da lebih sesuai dengan vocal Isma.She has a soft soothing vocal. But not for lagu Hello. Lagu hello memerlukan kekuatan dan ‘kekerasan’ yang tidak ada pada Isma. Attitude lagu tuh sendiri tak sampai dan penyampaian lagu tuh nampak hambar. Still, I suka Isma. She represent the softer side of peserta wanita. Cuma isma kena cari kekuatan dia dan pastikan kekuatan tuh menonjol.

As expected

Seperti yang I dah jangka, Adila akan menjadi pelajar pertama terkeluar. Persembahan Adila sangat memuaskan pada I untuk 2nd concert, but it is not what this competition is all about. Pada pusingan awal nih (from 1st concert to maybe the 5th or 6th concert) ianya adalah lebih kepada peperangan meraih populariti. Some people will work hard to curi perhatian dalam diari, bukan work hard untuk belajar.

They will steal the lime-light as much as possible supaya dia orang jer akan keluar diari. They will TRY to be the likeable person. Kalau orang tuh senyap, pendiam, buat cara sendiri dan tak menyinar, lagilah tertutup peluang. Some of the kids yang memang dah ada likeability factor, they are lucky, tambahan pula bila ada vocal yang bagus dan personality yang menarik! That was what Akademi Fantasia is all about! Nak tunggu perang vocal dan personality, tunggulah bila dah masuk konsert ke-7 dah seterusnya.

Kalau ikut pada pilihan persembahan yang paling I ingati, it will be something like this (this is mine, not yours, you can choose whoever you want, takder paksaan (muhahaha)

1. Hafiz, Aishah, Claudia
4. Zizi
5. Akim
6. Adila
7. Obri

This entry was posted in AF. Bookmark the permalink.

Leave a Reply