Intro2u.net >Malaysia > Petanda TSUNAMI DI pantai timur dan sabah sarawak

Petanda TSUNAMI DI pantai timur dan sabah sarawak

By admin

Read Here

KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang berkunjung di pantai Batu Rakit, dekat sini, semalam, bagaikan berpesta apabila ribuan sotong dinaikkan dengan hanya menggunakan tangguk.

Rezeki tidak diduga itu menyebabkan pesisir pantai berkenaan dipenuhi orang ramai sejak jam 5.30 petang hingga lewat malam untuk menangkap sotong yang dihanyutkan arus.

Malah, ada pengunjung yang tidak mempunyai peralatan sanggup meredah ombak menangkap hidupan laut itu menggunakan tangan.

Beberapa penduduk ketika ditemui turut terkejut melihat sotong yang banyak dihanyutkan ombak ke pantai.

Penduduk, Aznan Yusof, 24, berkata sejak semalam dia menaikkan kira-kira 150 kilogram (kg) sotong dengan menggunakan tangguk.

“Kemunculan udang baring yang banyak di kawasan pantai menyebabkan sotong tertarik untuk memakannya dan ia kemudian dihanyutkan ke pantai.

“Orang ramai sejak petang memenuhi kawasan ini untuk menangkap sotong menggunakan tangguk,” katanya.

Menurutnya, perkembangan itu fenomena luar biasa kerana sebelum ini sotong jarang muncul pada kedudukan terlalu hampir dengan pantai.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline