CERITA Bintang Paling Popular
Read Here
BERGELAR insan paling popular memberi impak besar kepada keseluruhan hidup juara Raja Lawak, Ahmad Nabil Ahmad, 27. Kontroversi juga semakin menerjah kehidupan seharian selepas kes terpeluk buah hatinya, Irma Hasmi Ibrahim. Namun sekali pun masih baru dalam dunia hiburan, Nabil dapat mengharungi dugaan yang sedang dilaluinya dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan artis.
“Selepas menjadi juara Raja Lawak, saya rasa biasa saja tetapi apabila menang Bintang Paling Popular, ‘panasnya’ lain macam.
“Tetapi Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik. Saya masuk dalam persada seni ‘kosong’ tak tahu langsung apa yang bakal saya hadapi dan lalui kerana keluarga saya pun bukan orang seni.
“Syukur berkat sokongan keluarga dan rakan artis, saya mula memahami rentak kehidupan baru ini. Walaupun baru setahun jagung, saya sudah melalui suka duka sebagai anak seni.
“Saya anggap cabaran itu perkara biasa dan dalam apa jua keadaan, saya mesti tabah dan sabar. Saya bukanlah penyanyi atau pelakon tetapi pelawak macam saya menerima ‘pukulan’ gosip yang kuat,” katanya.
Nabil ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2098 (ABPBH2008) di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Rabu lalu.
Pada majlis itu, Nabil menerima kereta Nissan Sylphy bernilai RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000), perabot Empire Classic Furniture dan pakej penginapan mewah di Head of State Suit, Palace of the Golden Horses. Kereta akan dihadiahkan kepada bapanya, Ahmad Ismail, 55, dan barang kemas Rafflesia akan menjadi milik ibunya, Rohaiza Abdul Latif, 56.
Turut disampaikan, hadiah pembaca Berita Harian yang memenangi Hadiah Utama Peraduan Undi dan Menang ABPBH2008, Mohamad Nor Ibrahim yang menerima kereta Nissan Grand Livina 1.8L bernilai RM94,000.
Pemenang lain juara keseluruhan Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Noor Nazatul Farahin dan enam juara BIBH untuk setiap siri jelajah ABPBH2008 serta empat pemenang utama Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB). Mereka menerima hadiah barang kemas Rafflesia.
Hadir pada majlis itu, semua pemenang dalam pelbagai kategori ABPBH2008, Datuk Siti Nurhaliza (Penyanyi Wanita Popular), kumpulan nasyid Rabbani (Penyanyi/Artis Nasyid Popular), Stacy (Artis Baru Wanita Popular), Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular), Maya Karin (Pelakon Filem Wanita Popular), Meet Uncle Hussain (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Jamal Abdillah (Anugerah Khas Pencapaian Seumur Hidup), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular), Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular/Pengacara TV Wanita Popular) dan Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular).
Tetamu lain, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Pengarang Kumpulan BHSB merangkap penaung ABPBH2008, Datuk Manja Ismail; Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Mohamad Arif Ibrahim; Pengarah Pemasaran NSTP, Zuraida Mohamad; Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin.
Menceritakan pengalamannya sebagai pelawak, kata Nabil, adakala ketika membuat persembahan, dia putus idea maka mulalah dia melihat keadaan sekeliling dan penonton yang hadir untuk mencari idea baru.
“Dalam berlawak, saya lebih suka menjadikan subjek sekeliling saya untuk dijadikan bahan dan diri saya sendiri seperti rambut kerinting saya ini. Kalau boleh saya mengelak daripada memperkatakan mengenai orang lain kerana tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa.
“Tetapi daripada pengalaman saya berlawak di pentas, penonton senang terima apabila saya mengambil contoh seseorang sebagai bahan jenaka. Untuk mengembangkan lagi idea, saya banyak membaca dan melayari Internet.
“Saya selalu ke kedai buku Borders untuk mencari bahan lawak jenaka Inggeris.
“Namun dua tiga kali baca baru faham dan jika saya sendiri mengambil masa untuk memahaminya, penonton apatah lagi. Takkan hari ini saya buat lawak, dua tiga hari selepas itu baru mereka hendak faham. Jadi saya mesti mencari bahan lawak spontan yang boleh buat orang ketawa ketika itu juga.
“Jadi pelawak saya perlu kreatif dan sentiasa mencari bahan baru. Bukan senang hendak buat orang ketawa. Biasanya cara yang agak mudah membuat permainan dengan penonton seperti berebut kerusi.
“Misalnya baru-baru ini, saya dijemput menghiburkan tetamu pada majlis hari jadi anak VIP berstatus Tan Sri.
“Tan Sri itu ’sporting’ apabila beliau bermain sama tetapi apabila muzik dihentikan, kakitangan yang turut bermain berebut kerusi itu tidak berani bersaing dengan beliau. Satu kerusi yang tinggal mereka berpakat beri pada Tan Sri yang juga majikan mereka. Dari situlah saya buat lawak,” katanya.
Anak ketiga daripada tujuh beradik ini tidak menafikan percintaannya dengan Irma membuatkan dia gembira. Faktor itu juga menyebabkan dia bekerja lebih keras dan apabila hati gembira, yang susah akan jadi mudah.
“Cinta buat saya gembira. Insya-Allah, kami bercadang untuk berkahwin dua tahun lagi. Berkawan lama pun tak bagus. Begitu pun, saya belum berbincang secara serius dengan Irma mengenai perkahwinan kami. Sedang kumpul duit untuk menuju hari berbahagia itu.
“Ikutkan saya hendak buat sederhana saja dan cara kampung. Ada orang rewang kerana cara itu dapat mengeratkan lagi silaturahim tanpa banyak protokol,” katanya.
Bintang Nabil yang kian bersinar itu menjadikan dirinya rebutan pengarah di mana filemnya yang sedang menanti giliran untuk ditayangkan, Kecoh Betul, Fikirlah Sendiri The Movie, Jinnoti, Eee…Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magica dan Uncle Hussin. Manakala filem Bangla terbitan KRU akan menjalani penggambaran pada Oktober ini.
Dia berlakon drama Sonata Labu Labi dan bakal menyusul drama Cinta Meriam Buluh. Pada Disember ini, dia terbabit dalam persembahan teater muzikal Cicak Man.
“Ada pengarah menawarkan saya dan Irma berlakon bersama tetapi kami sibuk. Irma akan menyambung semula penggambaran drama bersiri, Awan Dania musim kedua. Teringin juga hendak berlakon dengan kekasih sendiri tetapi tak adalah adegan berpeluk,” katanya.
Nabil juga lega apabila semua orang tahu dia dan Irma bercinta kerana berterus terang lebih baik daripada bersembunyi.
“Apabila saya menafikan hubungan kami dan orang dapat tahu perkara sebenar, hanya memburukkan keadaan. Sekarang hendak keluar berdua pun tak perlu menyorok. Peminat sekarang tak macam dulu, mereka faham kerana lambat laun saya akan berkahwin juga,” katanya.
Menyentuh isu Irma menumpang popularitinya, kata Nabil, perkara itu tidak mungkin terjadi kerana Irma sudah enam tahun dalam dunia lakonan dan berlakon puluhan drama. Irma berada dalam kedudukan yang selesa.
“Sepatutnya saya yang perlu risau kerana orang kata artis dilahirkan daripada program realiti televisyen ini macam mi segera,” katanya.
Siti yang baru balik dari mengerjakan umrah pula berkata, dia sedang membuat persiapan mengadakan konsert di Istana Budaya pada penghujung Jun ini.
“Dah lama tidak mengadakan konsert jadi saya teruja untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Konsepnya saya mengambil ilham daripada konsert Celine Dion tetapi mengikut bajet dan kemampuan yang ada. Celine mem

Use the form below to search the site: