Juara Pesona Nona Wan FAHEDA

Pesona Nona menemui pemenang musim ketiganya apabila Wan Faheda Wan Hazmanor (Faheda), 25, diumumkan sebagai juara pada Pertandingan Akhir Pesona Nona yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, petang semalam.

Kejayaan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Universiti Of Sydney, Australia, yang bertugas di bahagian pengurusan Terengganu Equestrian Resort, itu sekali gus menewaskan empat calon hebat lain.

Mereka adalah, Herleena Rizalpahlavy, 23, yang menduduki tempat kedua dan Nurul Anida Ahmad Fadzil, 23, (ketiga) termasuk Nur Shaznida Hassan, 23 dan Rini Mohd Arshad, 24.

Dengan kemenangan itu, Fahena membawa pulang set barangan kemas tajaan Rafflesia bernilai RM50,000, baucar fabrik Jakel (RM10,000), wang tunai sumbangan TV3 (RM5,000), piala sumbangan Langkawiicrystaal dan hamper barangan Safi.

Manakala, pemenang tempat kedua pula menerima set barangan kemas RM30,000, baucar fabrik Jakel (RM7,000), wang tunai sumbangan TV3 (RM3,000), piala sumbangan Langkawiicrystaal serta hamper barangan Safi.

Sementara, Anida membawa pulang set barangan kemas RM20,000, baucar Fabrik Jakel (RM5,000), wang tunai sumbangan TV3 (RM1,000), piala sumbangan Langkawiicrystaal serta hamper barangan Safi.

Shaznida dan Rini juga turut membawa hadiah sumbangan Rafflesia berupa barang kemas bernilai RM5,000, baucar fabrik Jakel (RM7,000), piala sumbangan Langkawiicrystaal beserta hamper Safi.

Pertandingan bermula seawal jam 2 petang dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 itu, turut mengumumkan anugerah khas iaitu Pereka Terbaik dimenangi pereka fesyen muda, Hazwani Othman.

Gaun polos warna biru lembut dan hitam itu digayakan sendiri oleh Faheda selaku juara. Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin.

This entry was posted in Malaysia, TV. Bookmark the permalink.

Leave a Reply