HMETRO: SS dengar Que Haidar bimbang sangat memikirkan kesihatan isterinya, Linda Jasmin yang kini sedang hamilkan anak sulung mereka. Khabarnya Linda alah teruk dan badannya diserang ruam.
Hati suami mana yang tidak risau melihat keadaan isteri yang biasanya seorang yang sangat aktif tiba-tiba lebih banyak berbaring.
Kalau tak salah SS, kali terakhir pasangan itu muncul bersama ialah pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Itu pun SS difahamkan sebelah pagi Linda tak boleh bangun. Menjelang tengah hari barulah Linda terasa sihat sikit. SS harap Que jangan terlalu risau dengan keadaan isterinya itu kerana ia perkara biasa bagi wanita hamil.
Ada yang mengalami alahan agak teruk pada awal kehamilan, tetapi selepas beberapa ketika keadaan akan pulih seperti biasa. Itulah yang dinamakan ‘pembawaan’ budak. SS harap Que bersabar dan luangkan lebih banyak masa dengan isteri kerana wanita hamil ini kadangkala jiwanya terlalu sensitif.
Melihatkan raut wajah Linda yang mempunyai darah mat saleh di sebelah ibunya, SS yakin mesti anak mereka comel macam ibunya. Que pun apa kurangnya, pelakon kacak dan berbakat besar idaman Malaya. Que juga khabarnya tidak kisah mengenai jantina anaknya kerana yang penting bayi dan ibunya sihat walafiat.
Semoga dengan kehadiran si kecil itu beberapa bulan lagi, bertambah eratlah hubungan kasih pasangan suami isteri itu. Selepas berumah tangga, rezeki Que dalam bidang lakonan juga semakin murah kerana ada saja tawaran berlakon untuknya. SS harap Que dapat menjadi bapa yang baik kepada anak yang bakal lahir itu.

hai,harap2 selamat melahirkan zuriat yerk!buat que dan linda,bnyk bsabar dgn segala gosip yg minimpa anda.saya doakn semoga anda bahagia selamanya………
perh congrat2…hrap2 didikan agama sempurna eah.
smoga bahagia smpai akhir hayat……..
tahniah erk kat KoranK
Baby Boy mestilah hensome mcm Que
Baby Girl mestilah cntik mcm ibunye….
Eh2….
SATU GI MESTI CUTE MC SAYA GAK..
HEHEHE…
JANGAN MARE…..