MINGGU lalu, teman Diva ada bertanya kepada komposer, Ajai betulkah dia akan bernikah dengan kekasihnya, Norliza Elias atau Liza sebelum Ramadan ini. Dan ya, kedua-duanya mengiyakan sahaja.
“Cuma tarikhnya belum kami putuskan lagi. Jika tiada aral, kami akan bernikah pada akhir bulan Julai atau awal Ogos di kampung halaman Liza di Pulau Pinang,” beritahu Ajai.
Kata Ajai juga, selepas bernikah kali kedua ini, dia nak tutup buku kisah nakal. Dia juga beritahu yang dia bernikah dengan Liza bukannya nak tutup mulut orang yang asyik bertanya tentang mereka atau sebab banyak gosip skandalnya melanda sejak akhir-akhir ini, tapi sebab mereka berasa ini waktu sesuai untuk mereka mendirikan rumah tangga.
“Lepas Ramadan, saya sudah kembali sibuk dengan program milik saya sendiri, Keynote. Jadi tarikh itu adalah waktu terbaik,” katanya lagi.
