Intro2u.net >Artis > TV > DRAMA bersiri Nur Kasih

DRAMA bersiri Nur Kasih

By admin

Read Here

nur-kasih.jpg

  1. Episode 12 : Click here
  2. Sinopsis cerita nur kasih
  3. Lihat Video menarik nur kasih
  4. Episode 14
  5. Episode 15
  6. Episode 16
  7. Episode 17
  8. Episode 18
  9. Episode 19
  10. Episode 20
  11. Episode 21
  12. Episode 22
  13. Episode 23
  14. Episode 24
  15. Episode 25
  16. Episode Akhir
  17. Sinopsis cerita nur kasih
  18. Lihat Video menarik nur kasih
  19. Wallpaper – Coming soon
  20. Download Picture – coming soon
  21. Jom masuk CHATROOM -Perbincangan tentang drama nur kasih

nurkasih_picture.jpg

nurkasih-pic2.jpg

nurkasih.jpg

Lakonan Tiz Zaqyah sebagai gadis kampung buka mata peminat drama Melayu

DRAMA bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang kini disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam, sudah semestinya akan memperkenalkan lagi nama pelakon baru ini kepada peminat tanah air.

Jika sebelum ini nama Tiz Zaqyah kurang mendapat perhatian, drama terbitan Filmscape itu pastinya membuka mata ramai peminat, dek lakonannya sebagai gadis kampung, Nur Amina. Dalam drama berkenaan, Tiz beraksi di samping Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah.

Ketika artikel ini ditulis, penonton sudah pun menyaksikan ceritanya sehingga ke episod tiga. Melihat kepada komen yang diberikan mereka di laman web siri berkenaan (www.tv3.com.my/nurkasih), ramai yang teruja mengikuti kisah tulisan Mira Mustaffa.

Kini peminat hebat berdebat, mengapa Nur Amina dikahwinkan dengan Adam (Remy), sedangkan si abang, Aidil (Fizz) yang menyatakan keinginan untuk memperisterikan wanita itu kepada bapa mereka, Ustaz Hassan (Jalaluddin).

Sebelum mendapat peluang memegang watak utama dalam drama sebanyak 26 episod itu, gadis berusia 21 tahun ini terlebih dulu muncul sebagai pelakon pembantu dalam siri Impian Illyana musim satu dan dua, diikuti siri Impian.
LAKONAN Tiz bersama Remy Ishak dan Fizz Fairuz ketika majlis pelancaran drama Nur Kasih.

Menceritakan detik awal pembabitannya dalam siri yang turut menjalani penggambaran di Sydney dan Jeddah itu, pelakon ini berkata, pada ketika dia menjayakan siri Impian, pengarah seni projek terbabit memintanya menghadiri uji bakat untuk sebuah produksi lain. Dia berjaya mendapat watak kecil dalam penerbitan berkenaan.

“Kemudian, saya diundang sekali lagi untuk sesi uji bakat, kali ini untuk siri Nur Kasih pula. Sebulan kemudian, pada penghujung Disember atau awal Januari, saya diberitahu, Kabir menyukai lakonan saya. Dia berasakan watak itu sesuai dilakonkan oleh saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama itu baru-baru ini.

Pastinya, gadis manis ini amat terkejut apabila dirinya terpilih menjayakan drama arahan pengarah yang sudah begitu dikenali ramai. Memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas rezeki yang diterima, Tiz turut berasa bangga kerana diberikan ruang untuk beraksi bukan saja dalam produksi yang besar, malah berlakon pula di samping beberapa pelakon ternama.

Bagaimanapun, Nur Amina bukanlah watak yang mudah untuk dilaksanakan dan Tiz sendiri mengakui wujudnya kesukaran dalam menjayakan peranan berkenaan.
Tiz Zaqyah

“Cara dia bertutur, caranya membawa diri, semuanya agak berbeza dengan diri saya yang sebenar. Jadi, pada beberapa minggu pertama penggambaran, agak sukar juga untuk saya menjadi Nur Amina. Saya terpaksa mencari insiden lebih kurang sama, untuk merasai apa yang dirasakan watak berkenaan.

“Syukurlah, selepas itu, semuanya bertambah baik. Saya sendiri dapat berasakan perubahannya, apabila watak itu mula meresap dalam diri. Bekerja dengan Kabir juga amat menyenangkan kerana dia tahu apa yang diingini setiap kali sesuatu babak dirakam. Kami juga sering berbincang bagi mencari formula terbaik menghidupkan sesuatu watak atau babak,” katanya yang berkeyakinan, peminat akan jatuh hati pada watak itu dek sifat baik yang wujud pada Nur Amina.

Katanya, Nur Amina seorang wanita kampung yang mempunyai hati yang baik, beragama, penyabar dan sanggup berkorban demi kebaikan orang lain. Dia yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke universiti juga reda dengan segala ujian menimpa dirinya, serta tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

“Begitupun, Nur Amina sebenarnya seorang yang amat rapuh di dalam, walaupun orang ramai mungkin melihatnya agak kuat secara luaran,” cerita pelakon berasal dari Kuala Lumpur ini.

Ditanya mengenai persamaan yang mungkin wujud antara dirinya dengan watak terbabit, Tiz yang menjalani penggambaran siri berkenaan sehingga Julai memberitahu, kelembutan hati serta sikap mudah terasa barangkali ciri-ciri yang dikongsi antara mereka berdua sebagai wanita muda.

Namun, pada dasarnya, Tiz yang menggemari filem bercorak aksi, seram dan thriller ini mengaku dia pada hakikatnya seorang gadis yang suka mengacau rakan-rakan, bersikap peramah dan suka ketawa.

Dia juga sudah mula jatuh cinta pada dunia lakonan dan mahu menjadikan bidang itu sebagai karier yang mampu membawanya ke tahap lebih tinggi dalam industri hiburan tanah air. Pada masa yang sama, Tiz teringin untuk menyambung pengajian yang terhenti, selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Info: Watak utama Nur Amina
Nama: Tiz Zaqyah Abdul Razak
Tarikh Lahir: 25 Oktober 1988
Asal: Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Anak kedua daripada dua adik-beradik
Profesion: Pelakon
Siri televisyen: Impian Illyana, Impian dan Nur Kasih
Idola: Azean Irdawaty, Ida Nerina.

Tags: , ,

Related Content

146 Responses to “DRAMA bersiri Nur Kasih”

  1. salam…fuuh citer nur kasih mmg best gler…citer islamic best sgt2…..hope past ni adelah citer best mcm nie lg…

  2. salam… huhu..
    bes ker citer nie…
    sry 2 say.. but, x rse ker citer nie agak cam x betol…
    pasal agama 2.. btolla..
    tp, kalo tgk pelakon sbnr.. hush…
    bkn ke citer nie sepatotnye jd teladan…??
    sry..

  3. azlein

    salam.. sungguh dramatik n syahdunya drama Nur Kasih ini. pelakonnya juga best.. sungguh syahdu dan sedih citer nie dari mula hingga ke akhirnya, Adam bersatu ngan Nur Amina.

  4. Sambutan drama ni memang luar biasa!

  5. fara

    bezgiler cte nur kasih nie…hrp2 ade nur kasih 2…skrg nie ade siaran ulangan pukul 7.30 mln plak..

  6. apalah sedap nya citer ni……ini le citer yg paling boring…..citer ni harap kan muka hero n heroin je yg cantik……cuba amik hero yg muka langsung tak lawa….sy gerenti takde nye sapa2 yg nak nengokkkkk…….

  7. Roy

    Betui kata adam JR. Kalau gigi adam tu rongak, pendek, kontot, botak, hidung pencek. you orang tengok ke?

  8. cOcxL3t p3ac3

    adoiii, dlm byk2 comment adam_JR + roy lah yang -ve kritic psal citer nurkasih nie.. urm, mugkin betul sebab plakon die cun2 sume tpi klow d nilai dri sudut penceritaan nye pon mmg oewqay ape.. die ade bwak moral islamic and ktuhan kat situ.. ape2 pon trpulang pd pandangan msg2.. baek buruk dri kte sendiri..

  9. dark_evil

    lu orang semua poyo jer…tengok cerita tak berkualiti…hampreh punya cerita…apekebenda la….&%^*%#%^&..hidup man u…haha

  10. su09

    tahniah kpd pelakon2,,,memang syok cite ni,,arap2 akan ditayagkan cite begini,;yg myentuh jiwa n sngt menginsafkan..

  11. kayz

    yg komplen -ve tu sume smpah masyarakat..
    x tau m’hayati cerita yg baik2..
    xde mase dpn sume tu…

  12. dark_evil

    tapi aku suke betul watak BORHAN dalam NurKasih tu…sekejap je berlakon…sian-sian…

  13. penyanyi yassin lagu nurkasih

  14. we..best cite nie..wt lah lg..

  15. amira syaryati

    salam…
    kalo ad sambngan cte ni pown ok gak….
    sbb nk tngok gak family diorang lbh rame agi
    wat cam sara tu kawen pown ok…..
    cian gak dia sowang ja x kwen agi…..

  16. m!mey

    ape yunk sy0k cgt sa! nur kas!h nep ??

    bese jep nan drama2 laen . .
    yunk beza poun cta nep dya 0wunk mengetengah an ajaran !slam . .
    t0w jep . .
    nway my mama luv d!s drama . .
    well . .
    c0ngrats p0 act0r n actress !n drama nur kas!h . .

  17. vathy

    it’s really very good drama…. i love to watch this drama…

  18. lemon

    DRAMA YG MNYENTUH PRASAAN

  19. zaradisty

    assalamun, sesiapa yang mengatakan cerita ni best,saya harap cubalah mendalami islam sebaiknya….apa itu maksiat dan apa itu dosa serta apa itu hukum menutup aurat…jika tengok cerita ni berapa banyak dosa yang kita dapat secara percuma…mcm mana jika kita mati pada malam itu juga…harap maklum wahai sekalian saudaraku….jangan jadi seperti sapi betina…wassalamun.

  20. batrisya

    best giler cter nie…
    xrugi tngok cter nie…
    hrp cter nie dsiarkn lg d tv3…
    huhuhu

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline