Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha
Read Here
“Kami hanya berkawan seperti orang lain, adakah berkawan pun tak boleh dan kenapa ada pihak lain pula yang kecoh?” kata pemain bola sepak Negeri Sembilan dan kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak mengenai status hubungannya dengan pelakon jelita, Ayu Raudhah Che Wan yang juga adik dramatis, Rozita Che Wan.
Dia mengakui tidak mahu berselindung mengenai persahabatannya dengan artis yang kian dikenali itu kerana menyifatkannya bukan satu kesalahan malah mengakui ia berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.
Namun begitu, dia menjelaskan hubungannya dengan Ayu Raudhah setakat ini adalah kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.
Menurutnya, perkenalannya dengan pelakon berusia 25 tahun itu baru bermula kira-kira sebulan lalu selepas diperkenalkan seorang kawan ketika sama-sama menjamu selera di sebuah restoran di ibu negara.
“Saya akui berkawan dengan dia (Ayu Raudhah) dan kami mula kenal secara kebetulan melalui seorang kawan ketika sama-sama menjamu selera di Kuala Lumpur dan rasanya ia hak saya untuk berkawan dengan sesiapa.
“Adalah tidak wajar jika ada pihak lain cuba mempertikaikannya kerana saya seperti mereka juga bebas memilih kawan. Saya kesal kerana ada pihak tertentu yang melihat persahabatan kami seperti mengganggu ketenteraman orang lain dan cuba membuat tanggapan salah sedangkan ia tidak betul,” katanya.
Pemain berbakat itu mengulas mengenai gosip yang tersebar di media cetak atau laman portal mengenai hubungan cintanya dengan Ayu Raudhah.
Adik kembar kepada Mohd Aidil Zafuan yang berkahwin dengan pelakon, Rita Rudaini itu berkata, dia baru beberapa kali berjumpa Ayu Raudhah sejak perkenalan itu kerana sibuk dengan komitmen selaku pemain utama pasukan bola sepak Negeri Sembilan.
Malah, katanya, Ayu Raudhah yang berasal dari Alor Star, Kedah pernah berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Star pada awal bulan lalu ketika pasukan bola sepak Negeri Sembilan menentang Kedah di stadium berkenaan.
Mohd Zaquan Adha yang berusia 22 tahun, berkata persahabatannya dengan selebriti itu sudah diketahui ibu bapanya serta ahli keluarga lain dan mereka tidak menghalang persahabatan itu.
“Emak dan abah cuma mengingatkan saya supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga,” katanya yang menyerahkan kepada takdir jika persahabatan itu nanti menimbulkan bibit cinta dan berakhir ke jenjang pelamin.
Namun, bagi Mohd Zaquan Adha, dia berjanji tidak akan menyembunyikan jika takdir menentukan mereka berdua disatukan sebagai suami isteri satu hari nanti.
“Saya akan beritahu jika takdir menentukan sebegitu kerana soal jodoh adalah ketentuan Allah,” katanya.
Sementara itu, Ayu Raudhah turut mengakui baru berkenalan dengan Mohd Zaquan Adha tetapi terkejut dengan pelbagai gosip yang menimpa mereka.
“Memang hubungan kami mesra sebagai kawan dan ia masih di peringkat mengenali hati budi masing-masing.
“Kami tahu apa kami buat dan saya anggap apa berlaku itu adalah asam garam sebagai anak seni,” katanya.
yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Nur Kasih,” katanya.
Pelakon jelita itu berkata, rezekinya kini semakin bertambah dengan pelbagai tawaran berlakon dan menjadi duta produk kecantikan.
“Saya amat bersyukur dengan rezeki yang diterima tetapi saya perlu lakukannya satu demi satu kerana jika menerima banyak tawaran serentak, ia boleh menjejaskan tumpuan saya,” katanya.

Use the form below to search the site:
sampah