Intro2u.net >Artis > Siti > Jika nak dibandingkan dengan Siti

Jika nak dibandingkan dengan Siti

By admin

Read Here

KEJAYAAN Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza yang menggegarkan Istana Budaya (IB) pada 26 hingga 28 Jun lalu turut menyuntik semangat kepada kakaknya, Siti Nursaida untuk menempa nama di persada seni tanah air.

Malah, bintang yang dicungkil dari program realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan lebih mesra disapa Saida, 33, turut mengimpi mengadakan konsert solonya satu hari nanti.

“Saya percaya semua penyanyi mempunyai impian sama untuk mengadakan konsert solo masing-masing. “Apabila melihat kejayaan dikecapi Siti, secara tidak langsung menjadi perangsang buat saya untuk merealisasikan konsert sendiri pada masa depan.

“Jika nak dibandingkan dengan Siti, saya baru setahun jagung menceburi dunia nyanyian manakala Siti hampir 15 tahun.

“Justeru, sudah pasti perjalanan saya dalam bidang seni masih jauh termasuk untuk berada pada tahapnya sekarang,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, kata Saida, kejayaan konsert Siti itu turut dikongsi seluruh anggota keluarga mereka. Sebagai kakak, kata Saida, dia tumpang gembira dengan kejayaan Siti begitu juga ibu, Siti Salmah Bachik yang turut hadir menyaksikan persembahan Siti.

“Selain menjadi pengurus kewangan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sejak 1998 hingga sekarang, saya juga terbabit secara tidak langsung dengan kerja belakang tabir konsert berkenaan.

“Nampaknya, segala kerja keras kami di SNP untuk merealisasikan konsert itu berbaloi apabila ia melakar kejayaan seperti diharapkan.

“Sebenarnya, bukan saya tidak berminat untuk muncul dalam konsert Siti pada malam itu, tetapi ia konsert eksklusif Siti dan fokus pada perjalanan kerjaya seninya semata-mata,” katanya.

Sekalipun sudah berstatus ibu kepada empat anak, Saida berkata, dia yakin masih belum terlewat baginya untuk menggapai impiannya itu.

“Istilah terlewat itu tidak ada dalam diari hidup saya kerana percaya pada rezeki yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap hamba-Nya. Contohnya, saya berjaya memasuki AF6 dulupun kerana rezeki daripada Tuhan. “Maklumlah, saya minat menyanyi sejak di bangku sekolah dan baru sekarang peluang keemasan itu datang dalam hidup saya. Mungkin orang fikir, saya menyanyi sekadar untuk suka-suka, hakikatnya, saya serius dalam bidang ini.

“Minat macam mana sekalipun pada bidang seni, keutamaan saya tetap pada keluarga terutama empat anak,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, kata Saida, dia sibuk mengumpul material untuk album duonya bersama seorang lagi adiknya, Siti Sairah.

“Buat masa ini, sudah siap 30 peratus. Apa yang menarik, album ini memuatkan dua single saya dan dua singgle Sairah. “Selain itu, satu lagu duet dengan Saerah dan lagu trio gabungan saya, Siti dan Sairah.

“Setakat ini, lagu yang sudah ada adalah single saya, Sedalamnya Cinta (ciptaan Sharon Paul) dan dua single Sairah, Hero Wayang dan Akhirnya Cinta.

“Mengikut perancangan, album ini dijangka dilancarkan pada Ogos nanti. Terus terang, bingkisan album ini cukup bermakna buat saya kerana sudah lama menunggu,” katanya.

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline