MEREKA punya nama besar, peminat mereka pula melangkaui banyak negara luar namun hakikatnya, kumpulan nasyid popular, Raihan kini dalam keadaan `nyawa-nyawa ikan’ apabila genre nasyid semakin merosot dari segi sambutan. Malah, anggotanya dikatakan hampir berpatah arang berkerat rotan mahu meninggalkan dunia seni.
Apa yang dilihat hanyalah indah khabar daripada rupa. Mereka kini hanya cuba bertahan bagi memenuhi tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dalam menyampaikan lagu berunsur dakwah dan nasihat untuk generasi baru supaya tidak alpa dan terjerumus dalam kancah negatif.
Dengan suara perlahan, anggota Raihan, Abu Bakar mengakui: “Kalau ikutkan kumpulan Raihan sudah agak tenat. Kami tidak mempunyai ruang untuk terus berkarya dan memperjuangkan genre nasyid. Bayangkan stesen radio tidak lagi memutarkan lagu nasyid, malah banyak kumpulan nasyid terpaksa `gulung tikar’ selepas tiada ruang lagi.
“Jika tiada ruang, bagaimana kami nak terus berjuang? Tiada gunanya menghasilkan album atau single terbaru jika lagu nasyid tidak diputarkan di stesen radio. Kami sangat memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama radio dan media massa untuk mempromosikan karya kami. Saya akui lagu nasyid kian tenggelam dek kebanjiran lagu komersial, tetapi ada kumpulan nasyid yang masih bertahan dengan usaha yang tidak mengenal erti payah.
“Walaupun sakit, perjuangan tetap diteruskan. Ada ketikanya kami rasa ingin membubarkan Raihan dan mencari kerja tetap, itu lebih menjamin masa depan. Semua anggota Raihan mempunyai tanggungjawab terhadap isteri, anak-anak dan keluarga, jika tiada kerja bagaimana mahu meneruskan hidup?
“Walaupun masih menerima undangan persembahan, tetapi tidaklah selebat dulu. Raihan dianggap nama besar tetapi kami tidak kisah menyanyi di majlis kenduri kahwin, sekolah atau institusi pengajian tinggi. Kami berjuang untuk memenuhi tanggungjawab terhadap anak bangsa. Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan Raihan akan dibubarkan jika keadaan sudah terdesak. Kami sayangkan Raihan, selama 13 tahun kami melalui onak duri bersama, tetapi masa depan juga penting buat kami.”
Selain Abu Bakar Md Yatim, Raihan juga dianggotai Che Amran Idris, Amran Ibrahim dan seorang anggota baru, Zulfadli Mustafa.
Che Amran berkata, mungkin ramai yang tidak mengetahui, mereka memperjuangkan lagu nasyid hingga merentas ke enam benua Amerika atas perbelanjaan sendiri selama ini. Mereka tidak pernah mendapat penajaan syarikat atau individu walaupun mereka membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
“Kami berbangga apabila kumpulan Raihan sering menjadi rujukan kumpulan nasyid luar. Kami terharu dengan sambutan yang diberikan ketika mengadakan konsert di Royal Albert Hall di London. Terdetik sedikit kekesalan di hati kerana kami tidak pernah mendapat sokongan mana-mana pihak, sedangkan Raihan ke luar negara atas tiket mempromosikan seni dan budaya. Kami cuba mendapatkan penajaan badan korporat, kementerian mahupun individu, tetapi usaha dilakukan dipandang sepi. Apabila sebut saja nasyid, tiada yang berminat untuk menjalinkan kerjasama.
“Kami hairan kalau orang luar begitu menghargai bakat dan usaha anak muda empat orang ini sehingga mereka sanggup menganjurkan konsert dan mengaturkan promosi tetapi masyarakat kita tak nampak apa yang kami lakukan. Kami banyak berkorban demi mempertahankan nama Raihan tetapi kalau usaha kami menemui jalan buntu, nama Raihan mungkin akan berkubur begitu saja,” katanya.
Terbaru, Raihan bergabung dengan Rabbani, Hijjaz dan kumpulan nasyid Indonesia, Shoutul Harokah muncul dalam Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada Sabtu, 1 Ogos ini, jam 8 malam. Konsert itu bakal mencipta sejarah yang tersendiri apabila menampilkan konsep penceritaan lima alam iaitu alam roh, kandungan, kelahiran, barzakh dan akhirat.
Sempena konsert itu, karnival jualan akan turut diadakan untuk selama tiga hari bermula 31 Julai ini, dibuka seawal jam 9 pagi hingga 12 tengah malam, selain pertandingan nasyid antara institusi pengajian tempatan dan sukaneka kanak-kanak, jam 10 pagi pada 1 Ogos ini.
Mereka yang ingin menyaksikan konsert boleh mendapatkan tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 (dewasa).

Biasalah,jadi artis nie bukannya ada masa depanpun..Glamourpun takkan bertahan lama..habis kuat 10 tahun itupun kalau betul2 power dan hebat macam Siti Nurhaliza..Namun tak ramai artis yg macam Siti..Boleh bilang dgn jari.Yg ramainya adalah kuar satu dua album peh tu hilang tiada khabar berita..Sudahnya tiba-tiba kuar berita si artis nie jual burger,jual nasi lemak dan sebagainya..Namun tak kisahlah asalkan halal..
Kesian kdg2 tengok remaja melayu yg rata-ratanya teringin nak jadi penyanyi,konon nak hidup senang,belajar takat tingkatan 3 atau lima peh tu tak sekolah..jadi penyanyi konon nak kaya-raya padahalnya jadi artis ni indah khabar dr rupa jer..Glamour jer lebih tp habukpun tarak..
bagi saya lebih baik pendapatan sikit tp tetap dan berpencen dari pendaptan RM15,000 sebulan kononnya tapi tak tetap dan tak mampu bertahan lama..Masa muda show tgh banyak,tgh laku lagi tapi bayangkan selepas 10 tahun,where they r go that time?..takkan nak menyanyi sampai tua?..Adashow ada duit takder show?..Nak bayar ansuran keta dengan apa?nak bayar sewa duit rumah,nak bayar itu ini..
Kita bukan macam kat barat yang artisnya boleh maintain kekal smpai ke tua..Kat barat nun jadiartis nie memang boleh cari makan..Kalau adapun boleh bilang ngan jari macam Anita Sarawak tp kena ingat!Anita tu bukan takat nyanyi jer dia ada bisnes dgn suami dia,
Silapnya artis kat Malaysia nie kerana kebanyakannya hadir ke dunia hiburan hanya dengan bakat menyanyi semata-mata..mereka tak pandai cipta lagu,tulis lirik atau something yang boleh jadikan depa nie boleh survive lama dlm industri..Cuba tengok kumpulan KRU depa kekal kerana multi bakat yg mereka ada..Tidak hanya sekadar pandai nyanyi,mereka juga ada bakat dalam penciptaan lagu dan lirik..Lagu mereka semua mereka ygn create..Lagi satu mereka nie ada buissness minded,tau hala tuju sbg penyanyi..Bukan takat nak glamur,boleh nyanyi lagu yang orang lain cipta tp mereka nie memang ada target nak buat duit dalam industri..
Atau dengan kata lain deme nie ‘berjiwa besar’,berhati besar dan bukan hadir ke dunia hiburan utk cari glamour..Otak KRU nie otak bisnes,otak cina…
Orang melayu nie kalau dlm industri hiburan tempatnya banyak sebagai singer jer..Jrg yang peranan diorang sbg Sound Engineering ker, yg besar2nya sema kat bangsa lain..Bos syarikat rakaman semuanya bukan orang melayu..
Bila kuar lagu kat radio atau Tv kira kembang kempis hidung,bangga kemain..Yng mak bapak depa pulak bangga bila anak jadi penyanyi..Kesian betul orang melayu nie..
Dua tahun lepas tu lesap tak dgr cerita..