NUR KASIH Sinopsis cerita

Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.

Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.
Episod 11

Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.

Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.

Episod 10

Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.

Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.
Episod 9

Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.

Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.

Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.
Episod 8

Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.

Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

Hantar Komen Anda Disini


Episod 7

Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkan di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan seperti yang diimpikan selama ini.


Episod 6

Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.
Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.


Episod 4

Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.
Episod 3

Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur.

Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera.

Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya.

This entry was posted in TV and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to NUR KASIH Sinopsis cerita

  1. Pingback: Nur Kasih Episod 12

  2. saya nak baca sipnosis terakhir tapi kenapa x boleh

  3. yan darling says:

    ngapa tak dapat baca episod akhir nur kasih…

  4. lin says:

    nur kasih mmg gempak!!!!!!!

  5. sya208 says:

    knapa bterabur.pening la

  6. nur_hani says:

    cerita ni bagus sangat…blh bwak audiens ‘masuk’ dlm citer..

  7. scya says:

    cta nur kasih bez sgt!!!

  8. arniey says:

    citer nur kasih ni mmg bes gilerrr.khabir bhatia mmg gempakk.. remy n fizz mmg cool.. ayu raudhah cantikkkk…sy x suka watak sarah..yg gedik n cmburu butaaaaa….. tiz lawa lg pki tudung dr x pki….))))

  9. syaminsweet says:

    napa xbole baca episod akir nie…xsabo la cam nis

  10. sweetpurpL3 says:

    aduh….apasal xda sinopsis tuk last episode ni….
    excited sngt uda nak tau ne…..

  11. nurul says:

    ala..korg smue ney..apsal excited sgt r ngn cter nur kasih tu?tu cume rekaan smate2 r..huhu

  12. moon says:

    First time tengok cite ni rasa cam biase je coz dalam hati may be sama je dengan cite lain2.Tapi bila dah banyak kali tengok dah mula rasa kelainannye dari cite2 melayu yg lain.Congrate kpd Pengarah Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa kerana berjaya menghasilkan siri fav.yang amat rugi sekiranya tertinggal walaupun 1 episod.Walaupun kebanyakannya pelakon baru, tapi mrk berjaya menghidupkan watak dgn baik.Tahniah.

  13. lailatul says:

    Bila part nak akhir kan rasa best gile..begitukah pengorbanan cinta antara Adam dan Nur Amina.ohh,it”s so romantic..pertemuan di stesen kereta api..Boleh buat dalam bentuk CD tak?rasa best la idea dan arahan oleh Kabir Bhatia it”s so amazing.

  14. nudra says:

    Urmm, mana sinopsis episod 1 dan 2? knp xde pun…huhu~

Leave a Reply