Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipukau sebelum dirogol oleh bapa angkatnya beberapa kali di rumahnya di Taman Sri Skudai di sini, sejak Januari lalu.
Mangsa yang masih bersekolah itu turut dikurung selama tiga bulan di rumah berkenaan kerana suspek bimbang remaja terbabit melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata perbuatan terkutuk lelaki berusia 55 tahun itu terbongkar selepas remaja terbabit bersama ibu saudaranya membuat laporan polis pada awal pagi Isnin lalu.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol bapa angkatnya di rumah mereka sejak Januari hingga awal bulan ini, dalam keadaan tidak sedar akibat dipukau.
“Mangsa yang masih bersekolah turut dihalang ke sekolah selepas suspek mengurungnya selama tiga bulan di rumah mereka kerana bimbang mangsa melarikan diri,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa hanya tersedar daripada dipukau selepas membaca beberapa potong ayat al-Quran ketika dalam keadaan bingung pada lewat malam Ahad lalu.
“Mangsa kemudian bertindak melarikan diri ke rumah ibu saudaranya di Kampung Pasir, Skudai dan menceritakan kejadian yang berlaku pada dirinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Tampoi, kira-kira jam 1.30 pagi, Isnin lalu,” katanya.
Ruslan berkata, mangsa adalah anak angkat kepada suspek dan arwah isterinya sejak berusia empat tahun.
“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol manakala remaja terbabit dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

eee mak bapak dia takde hati perut sampai sanggup rogol anak sendiri eee menjijikkan tak malu mcm budak tu nak tenang kalau dah buat mcm tu
maknya tak rogol…bapak angkat yang rogol