Nur kasih Episod 19 Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina

nurkasih

  1. Episode 12 : Click here
  2. Sinopsis cerita nur kasih
  3. Lihat Video menarik nur kasih
  4. Episode 14
  5. Episode 15
  6. Episode 16
  7. Episode 17
  8. Episode 18
  9. Episode 19
  10. Episode 20
  11. Episode 21
  12. Episode 22
  13. Episode 23
  14. Episode 24
  15. Episode 25
  16. Episode Akhir

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

:::::

Susah juga nak cari cerita melayu yang seronok ditonton. Banyak sekarang ni cerita indonesia yang menarik, tenggelam cerita melayu. Aku tak suka cerita melayu yang disogokkan dengan isu dengki mendengki. Sungguh aku benci… dan biasanya jika cerita yang begitu, aku akan buka siaran lain, atau aku lari lihat cerita yang lain…

Kata suami aku, “Cerita sahaja… bukan betul…”

Yer… memang sekadar cerita… tapi… bila ianya mengganggu hati aku dan buat aku marah… aku tidak suka… Baiklah aku tengok citer kartun tom and jerry atau citer teen titan… lagi bagus…

Sekarang ni aku letak TV dalam bilik, ja di, selepas bersahur, aku akan pasang TV sementara menanti subuh. Tertengoklah citer “NUR KASIH” ni… bagus betul. Aku tak tau la sampai episod mana. Dah berterabur. Hari Sabtu pukul 4.30 pagi tu rasanya ulangan. Hari Jumaat pukul 9 malam tu siri yang sepatutnya. Aku dah tertinggal banyak, tapi aku ikuti skit skit. Nanti kalau ada ulangan atau ada orang jual CDnya, aku beli la. Aku harap mereka dapat buat filem citer nih… buleh la tengok sampai abis… dengan syarat masuk dalam astro la… kalau masuk dalam panggung, aku tak leh tengok jugak…. huhuhu… Dan aku harap juga, kekalkan pelakon tu…

Bagus betul pelakon atas tu berlakun… termasuklah pelakon mak bapak mereka. Semuanya best… jalan citer best… semangat best…

Bila lihat lakonan tu… rasa nak suruh orang panggil aku NUR plak…. hahahaha….

Sebenarnya, masa kecik dulu, mak ayah adik beradik dan semuaaaaaaaa kengkawan kampung aku panggil nama aku dengan nama tu, tetapi sebutannya lebih kepada “TIDAK” jika disebut dalam bahasa Malaysia, dan aku dengar macam kasar sahaja… tidak semanis sebutan NUR…

Bila sekolah, aku marah bila kawan panggil nama aku “NU” …. isk… pun tak sedap…

Aku suka dipanggil NUR…. hahahaha… tapi tak ada pun yang panggil dengan nama tu.

Tak kesah la… apa saja nama aku, nama anak anak aku semua ada NUR di depannya. Dan nama aku, hubby serta Kakak pula nama NOR…

Nama Nur Amina pun best… nanti dapat anak baru perempuan (hahahaha), aku taruk nama tu la…

Next cerita, aku rasa si Aidil tu sedang terpikat dengan sorang budak yang berpurdah yang dia jumpa kat negara arab tu. Aku rasa la tentu budak perempuan tu kawan si Nur Amina masa dia kat UIAM tu…

Aku suka juga kalau dia dapat budak tu, sebab adik Nur Amina tu tak best… macam budak budak sangat…. tak sesuai… aku harap watak dia di’dewasa’kan skit nanti dan jumpa lelaki lain dan mereka semuaaaaaa bahagia….

p/s: Aku baca cerita pasal Tiz ni bila aku lihat komen orang… huhuhu… Aku harap dia tak beri komen berani mati lagi selepas ni… Alangkah baiknya dia belajar dari pelakon yang berpengalaman yang lain yang tidak jawab komen berani mati dan juga tidak memberi publisiti murah dengan bergaya cara murahan. Dia pelakon yang bagus… dia tidak perlukan pose pose seksi dan murahan utk mencari peminat…

This entry was posted in Artis, TV. Bookmark the permalink.

3 Responses to Nur kasih Episod 19 Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina

  1. norizawani says:

    Aik… apasal entry ni tak ada sinopsis yang sebenarnya ? Apasal ambil entry dari blog saya ? Hehehe…

    By the way… thanks…

    Terima kasih juga bagi sinopsis hingga ke akhirnya, biarpun bercelaru… hehehe… tapi dapat la tangkap skit skit… nak yang full, kena la tengok citer… kan ???

  2. aackcb says:

    sbnrnye ramai isteri mcm nur 2 tp suami plak yg tk leh berlaku adil.Ape jadi?

  3. Real nice work all the bests to the blog owners, I have learned a lot hope others will enjoy as well.

Leave a Reply