Nuzul al-Quran

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam menghayati peristiwa Nuzul al-Quran atau penurunan wahyu yang jatuh pada hari ini kerana ia telah membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia sejagat.

Perdana Menteri berkata, al-Quran yang diturunkan itu membawa prinsip kesejagatan Islam antaranya menekankan prinsip keadilan sosial dan dasar saling menghormati agama-agama lain.

Beliau menegaskan, al-Quran turut melarang umat Islam mencerca agama lain bagi mengelakkan penganut agama tersebut bertindak balas mencerca Islam dengan lebih berat lagi.

“Dalam Surah al-Maidah:8, Tuhan perintahkan kita supaya kita jangan membenci sesuatu kaum yang lain sehingga kita tidak berlaku adil

“Dalam surah itu, Tuhan tidak sebut umat Islam, tetapi kaum, bererti Islam adalah untuk semua dalam erti kata menegakkan keadilan sosial secara sejagat dan ini adalah hubung kait dengan konsep 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini

This entry was posted in Agama and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply