Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU

Korang minat nak berlakon tak? Haa, kalau minat dan ada bakat nak jadi pelakon, ni Budiey baru je terima berita yang LineClear sekarang tengah cari pelakon untuk filem baru mereka iaitu RATU. Jom lah join ujibakat ini yea~

LineClear Motion Pictures akan menerbitkan sebuah filem terbaru yang berjudul “Ratu”. Filem ini akan diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dan merupakan filem ke 30 arahan beliau.

Filem “Ratu” yang bergenrekan Adventure Thriller ini akan menjalani penggambaran pada pertengahan bulan November ini. Penggambaran ini akan dijalankan disalah sebuah pulau di Malaysia yang merangkumi 70% keseluruhan penggambaran. Penggambaran ini akan mengambil masa selama 30 hari.

Filem Ratu akan dibarisi oleh 8 pelakon utama wanita yang terdiri daripada muka-muka baru dan 4 pelakon pembantu utama yang berpengalaman. Filem Ratu dijangka menelan belanja sekitar 2 juta ringgit dengan menggunakan seramai 50 orang tenaga krew.

Bagi menjayakan Filem Ratu ini, pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat yang akan berlangsung di seluruh tanah air dengan mensasarkan 5 lokasi utama sebagai pusat ujibakat. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu. Tarikh ujibakat akan bermula seawal minggu pertama bulan oktober ini.

Berikut adalah butiran tarikh dan tempat ujibakat:

GSC Queensbay Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 10 & 11 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 10 PAGI – 5 PETANG

(Tempat akan diberitahu kelak secepat mungkin.) Kuching, Sarawak
Tarikh : 17 & 18 Oktober 2009
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC 1 Borneo, Sabah
Tarikh : 24 & 25 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pavilion, Kuala Lumpur
Tarikh : 30 & 31 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru
Tarikh : 1 November 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

Kriteria pemilihan untuk ujibakat ini adalah seperti berikut:

Gadis berumur 18-25 tahun
Ketinggian 5 kaki 5 inci
Fasih berbahasa melayu
Rakyat Malaysia dari semua keturunan dan mempunyai kriteria sebagai Ratu.

Peserta yang ingin hadir untuk ujibakat diminta membawa profile diri serta beberapa keping gambar. Calon-calon yang terpilih akan diberi peluang mengikuti kursus latihan lakonan dibawah bimbingan tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang diketuai oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Calon-calon pelakon ini akan ditawarkan berlakon dalam filem “Ratu” dan ditawarkan kontrak sebagai artis naungan Lineclear Motion Pictures.

Prof Madya A.Razak Mohaideen telah pun mencungkil ramai artis-artis baru sebelum ini dan ramai diantara mereka telah berjaya mencipta nama sebagai artis popular contohnya Farid Kamil, Faezah Md Elai, Elmy Nadia, Ainul Aishah, Fouziah Gous dan ramai lagi. Disamping komitmen mencungkil artis-artis baru, Pihak Lineclear juga mewujudkan peluang lakonan kepada lebih ramai pelakon dalam usaha menggerakkan industri perfileman tanah air.

Watak-watak yang di cari dalam filem Ratu adalah bersesuaian dengan jalan cerita dalam skrip filem Ratu. Antaranya adalah watak sebagai bekas pelacur, bekas perubatan, gadis sopan santun dan lain-lain watak yang memerlukan lakonan dan komitmen yang sangat tinggi.

Untuk itu pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat secara nationwide demi untuk mencungkil bakat yang benar-benar cemerlang. Disamping sentuhan pengarah Box-Office Prof Madya A. Razak Mohaideen dan kekuatan tenaga produksi maka adalah diharapkan filem ini akan dapat menjalani penggambaraan dengan berjaya dan dapat menghasilkan sebuah filem yang cukup kualiti dan berjaya dipasaran tempatan dan Luar Negara.

This entry was posted in Artis and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU

  1. saya berumur 17 tahun..lahir pada tahun 1992,duduk di johor bahru..boleh dikatakan berminat dalam dunia lakonan.tapi masih tak cukup umur lah nak join..masih boleh accept tak umur macam saya ni..please..???

  2. NORAWANA says:

    0162649303,berminat dlm bidang seni…..

  3. fizah says:

    salam,saya nak tanya,umur dlm 26 tahun boleh diterima x untuk bakat lakonan ratu,semua pakej n ketinggian sy dh cukup,agak2 boleh terima x..

  4. admin says:

    Umur tidak menjadi penghalang untuk menjadi pelakon. Sekiranya berbakat anda mampu menjadi seornag pelakon popular,
    walaubagaimanapun harap maaf. Tawaran telahpun ditutup untuk ujibakat ini. Harap Maklum

  5. shuhada says:

    cmne nk register tok latihan lakonan?

  6. ina says:

    Da dtg casting,,
    tp saingan sengit..
    ada yg dtg pling kendian,,tp dpanggil dlu msuk untuk wat casting..

  7. Fiq says:

    Ini untuk perempuan je ke?lelaki xde?

  8. yusri says:

    assalamualaikum smua?

    saya yus dari johor…kenapa malaysia tidak mewujudkan filem bercorak aksi..maksud saya FILEM ONG BAK,MERANTAU WARRIOR.saya
    berminat dalam dunia lakonan.saya bukan mahu complain tapi jika
    ada mana2 pihak produksi filem ingin mewujudkan filem sebegini.
    sayala orang pertama ingin mencuba filem bercorak aksi.

  9. yusri says:

    ni no saya 012-7803509

  10. Norma says:

    umur saya sudah 33 tahun tetapi berminat dalam bidang lakonan, dulu saya pernah berlakon untuk video klip lagu P.Ramlee semasa di tingkatan 4. Producer melihat saya ada bakat dan ingin membawa saya ke Kuala Lumpur tetapi dihalang oleh ibu, maklumlah masa tu anak dara mana mak nak lepas ke K.L, dulu shoting tu pun di cherating Villa di kuantan saya menetap disini.Dan sekarang ni saya dah pun menjadi ibu tunggal, kini ibu baru ingin mereallisasikan impian saya untuk bergelar pelakon.kalau masih ingin mencari pelakon boleh hubungi saya:

    Norma : 012-9516077

Leave a Reply