Krisdayanti kecewa selepas bercerai MENCARI TEMAN

Perkahwinan hanyalah satu fasa dalam hidup yang pasti akan dilalui setiap insan. Bahagia ke penghujung atau perpisahan adalah suratan takdir yang ditentukan yang pasti ada hikmah di sebaliknya.

Ikatan yang terbina atas nama cinta akhirnya terlerai jua. Krisdayanti dan Anang Hermanshah sah bercerai talak satu selepas 13 tahun hidup bersama.

“Saya dihakimi sebagai pesalah dalam hal ini. Lebih-lebih lagi media di Indonesia kerap menimbulkan pelbagai cerita yang kurang enak sehingga saya dihakimi tanpa sebarang bicara,” ujar Krisdayanti yang lebih mesra disapa KD.

KD menjelaskan beliau berdiam bukan bererti dirinya salah, namun hanya ingin menghormati proses perceraian. Merasakan dirinya dikhianati apabila ceritanya dijaja oleh rakan wartawan Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai sahabat baik. Namun KD redha kerana baginya setiap yang berlaku pasti terkandung hikmah di sebaliknya.

“Saya berdiam dua bulan untuk memastikan segala keputusan yang dibuat bukanlah daripada pengaruh mana-mana pihak. Namun saya tetap menghormati Anang kerana dia yang menjadikan saya seperti sekarang.

“Tidak ada orang ketiga seperti yang diceritakan. Mungkin ada yang cuba mengambil kesempatan daripada kegoyahan kami.

“Ada juga peminat yang marahkan saya akibat daripada gosip yang melanda, namun saya tak bisa membalas kemarahan dengan kemarahan. Saya hanya mampu lunturkan dendam dengan cuba menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang,” luah KD.

Ada juga desas desus mengatakan Anang tidak membenarkan KD menyanyikan lagu ciptaannya.

“Kami sebenarnya telah mencapai persetujuan dan telah menandatangani kontrak dan masalah itu tidak timbul sebenarnya. Mungkin Anang masih marah ketika mengeluarkan kenyataan begitu,” kata KD yang kini muncul dengan album terbaru Aku Wanita Biasa.

Dihalang Bertemu Anak

Menjelaskan dirinya masih belum terbiasa bersendiri apatah lagi tanpa anak-anak disisi yang telah dikandung sembilan bulan bersama, namun bagi KD itu semua suratan takdir yang tidak mampu dihalang.

“Saya sedih dan berasa tidak adil apabila fikiran anak-anak dipengaruhi orang luar untuk membenci saya. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak. Namun saya yakin Anang dapat menjaga mereka dengan baik,” ujar ibu kepada Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

Krisdayanti ditemui ketika menjayakan persembahan amal di sebuah kelab di Kuala Lumpur bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia sambil mempromosikan album terbarunya Aku Wanita Biasa.

This entry was posted in Artis, Indonesia, Krisdayanti and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply