BAK kata orang tua-tua, sudah terang lagi bersuluh. Macam itulah juga dengan hubungan Norman Hakim dan Memey.

Mana tidaknya, walaupun sudah terang-terangan berkawan malah tak kisah untuk bergambar berdua-duaan tapi keduanya masih suka menggunakan alasan klise kalau ditanya soal hati dan perasaan.
Mereka masih suka berteka-teki mengenai hubungan mereka. Joyah pun tak kisah sangat sama ada nak mengaku atau tidak.
Bukannya apa. Perkara biasa bagi artis bila yang digosipkan itu akhirnya menjadi kenyataan. Banyak dah berlaku di depan mata.
Samalah seperti kisah cinta Norman Hakim dan Memey ini. Dok pusing sana sini, tapi hakikatnya mereka menjalinkan hubungan.
Tak percaya, cuba tengok beberapa keping gambar yang Joyah terima baru-baru ini. Bukan main bahagia dan mesra sekali Norman Hakim dan Memey. Ibarat orang bercinta yang tak bisa dipisahkan walaupun sesaat.
Nampaknya Memey pun baik dan mesra dengan anak-anak Norman Hakim daripada perkahwinan pertamanya.
Manja sahaja Joyah tengok tiga anak Norman Hakim – Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim yang berusia setahun dengan Memey. Malah Memey juga kelihatan sangat mesra di samping keluarga Norman Hakim. Bakal menantulah katakan.
Kalau tengokkan gambar, mungkin mereka sedang berkelah di sebuah kawasan perkelahan bersama anak-anak.
Seronok nampaknya anak-anak Norman dengan bakal ibu baru mereka.
Nampaknya selepas ini tak payah lagilah Norman mahupun Memey nak kata mereka masih nak mengenali hati masing-masing.
Sebab gambar-gambar itu sudah membuktikan keseriusan hubungan masing-masing.

tak tau nk comment apa.. kesian abby tu je..
Tgk ajelah sejauh mana hubungan derang ni. If kawen tgk berapa tahun tahannya. Kita percara hukum karma dunia ni berjalan. Semua akan dapat bayaran apa yg dia buat, sbb tu baik @ tidak sebenarnya kita sendri yg tentukan..jd kalau memey bringat pasti dia x kan buat perkara yg memalukan dan menjatuhkan maruah diri sndiri..itulah jadiknya kalau iman dn akhlak dh trgadai ngan godaan dunia
kdg2 mnympah gak ngan memey& norman.dulu masa kn tangkp KHALWAT kata x apa2 hbngan…skang bukn main lg menunjuk2…mgkin btl lah diorg berkhalwat dulu 2….memalukn dir sendiri je…..tepuk dada tanya selera….menyampah!!!!!
tidak tau lah sape yg salah! tapi kesian jg abby. tak pe lah mungkin disitu jelah jodoh abby dgn norman!tapi rasanya apa yg kita hutang itu yg kite kena BAYAR!mungkin bukan kita yg byr tapi org dekat dgn kita!
ala nak menunjuk2 la si memey 2… nak meyakitkan aty abby kan… sudahla die yang merunthkan rumah tangga abby dan norman konon nak tunjuk baik…. ish menyampahla… !!!!!!!!!