Intro2u.net >Memey Suhaiza > Norman > Abby Bagi Amaran buat Norman Hakim

Abby Bagi Amaran buat Norman Hakim

By admin

Read Here

KECOH apabila tersebar gambar bercium wanita yang dikaitkan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya Norman Hakim di Internet.

Foto penuh kemesraan Memey Suhaiza bersama tiga anak Norman iaitu Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, setahun menimbulkan seribu satu persoalan.

Bukan sekadar hubungan cinta antara Memey dengan Norman yang diperkatakan. Malah cerita sejauh mana ikatan mesra wanita itu dengan tiga permata hati Abby. Benarlah kata orang, sekeping gambar ia boleh menceritakan segalanya.

Kesemua gambar itu dirakam pada akhir tahun lalu ketika cuti sekolah semasa Norman membawa mereka berkelah bersama Memey. Kononnya kesemua gambar itu dimuat turun daripada laman sosial, Facebook milik Memey dan kemudiannya menjadi perbualan pengendali blog hiburan.

Abby juga menerima tempias `diserang’ oleh pelbagai pihak kerana penyebaran gambar tersebut. Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata berkenaan pasti ada rasa kurang senang apabila turut dikaitkan dengan perihal tersebut. Paling mendukacitakan sekiranya ada pihak yang menuduhnya tidak pandai menjaga anak.

“Saya tidak seronok bila orang berbicara mengenai perkara ini. Orang senang-senang mengata saya yang bukan-bukan. Memang benar, saya yang beri pelepasan kepada tiga anak saya untuk bertemu bapa mereka. Tetapi saya tidak pernah bertanya ke mana dia hendak membawa mereka,” kata wanita berusia 31 tahun ini.

Hakikatnya, Abby tidak mahu persengketaan antara dia dengan bekas suami mengakibatkan hubungan antara ayah dan anak semakin renggang. Biarlah dia seorang sahaja yang membalut luka dan tidak mahu membabitkan zuriatnya sendiri.

Apa yang kesalkan pelakon Gerak Khas ini apabila Memey seolah-olah mencari peluang untuk mempromosikan diri dengan bercerita tentang kisah peribadinya. Ini termasuk menggunakan anaknya bagi meraih simpati daripada orang ramai dengan mengetepikan hak Abby sebagai seorang ibu.

Baginya, ketiga-tiga orang anaknya itu masih kecil dan tidak perlu dijadikan sasaran untuk melakukan serangan peribadi secara psikologi terhadapnya. Seorang ibu pasti terhibur sekiranya keletah anaknya mendapat perhatian orang sekeliling. Tetapi bukan menerusi cara publisiti murah sebegitu.

Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dia malas ambil pusing dengan apa sahaja yang dilakukan wanita berkenaan. Sehinggakan Abby tidak berminat untuk membuka mulut dan berbicara kepada orang sekeliling mengenai hubungan Memey dengan bekas suaminya itu.

Abby juga tidak mahu digelar hipokrit apabila kerap kali dijadikan ‘kambing hitam’ setiap kali orang berbicara mengenai hubungan rumah tangganya. Masyarakat mudah menuding jari kepadanya setiap kali isu rumah tangganya dibangkitkan. Tetapi Abby tidak kisah dan membiarkan mereka membuat teka teka sendiri.

Untuk itu, Abby berazam untuk melupakan semua kisah pahit yang dialami sejak tiga tahun lalu. Biarlah ia berlalu dan Abby enggan menoleh belakang lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sekiranya masih ada lagi cerita seumpama itu pada masa akan datang.

“Biarlah saya simpan semua cerita sedih dalam buku lama. Tak perlu dikenang-kenang. Sebab Abby sekarang adalah Abby yang baru, bukan yang lama. Abby sekarang penuh bersemangat untuk membuka lembaran sendiri dan semakin matang,” katanya.

Abby juga berharap sinar 2010 lebih cerah dan menanam azam untuk bekerja keras sepanjang tahun ini. Ini kerana dia menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyara anak dan ibu bapanya. Anak bongsu daripada tujuh beradik ini juga tidak kisah dengan gelaran ibu tunggal kerana dia adalah seorang yang berdikari.

Pada masa yang sama, Abby juga mahu media massa memahami keadaan dirinya dan tidak mudah melabel dirinya sesuka hati. Ini kerana perbuatan tersebut dilihat telah mencalarkan imej serta dikhuatiri boleh menutup periuk nasinya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline