Intro2u.net >Artis > Mawi > Mawi dan LAGAK mawi TV

Mawi dan LAGAK mawi TV

By admin

Read Here

SEMENJAK Mawi menjadi Juara AF3 saya boleh dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan cerita-cerita tentang Mawi begitu juga cerita-cerita dia berjalan-jalan makan angin ke serata dunia.

Daripada episod pertama Langkah Mawi saya masih teruja untuk menonton dan melihat bagaimana seorang pemuda dari Felda yang tidak punya apa-apa mengorak langkah ke setiap penjuru benua memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi dan mengacara program yang dikendalikan.

Kemewahan yang melingkari mungkin menyebabkan manusia itu menjadi seperti Mawi yang ada pada hari ini.

Di dalam Langkah Mawi 2, Jujur saya katakan, saya cuma menonton sekejap sahaja pada episod pertamanya.

Selepas itu saya tidak menontonnya lagi kerana saya tidak lagi melihat Mawi yang dahulu. Hari ini saya melihat seorang Mawi yang kelihatan sombong dengan lagaknya bercakap sewaktu mengacara program yang dikendalikannya itu.

Lirik matanya tidak lagi telus seperti dahulu. Pandangan matanya tidak lagi tepat melainkan dengan lirikan ekor mata sahaja. Dengan isterinya yang sentiasa ada mengekori ke mana sahaja menyebabkan saya berasa muak.

Saya merasakan ramai yang bersetuju dengan saya rancangan Langkah Mawi ini wajar sangat diberi judul baru,lagak mawi

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Comments are closed.

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline