Intro2u.net >Memey Suhaiza > Bila persandingan Memey Norman

Bila persandingan Memey Norman

By admin

Read Here

DUDA popular tanah air ini tidak henti daripada menjadi buruan media. Semuanya bermula dengan episod hitam keretakan rumah tangganya dengan bekas isterinya sehingga ‘drama pergaduhan’ berlanjutan di lokasi penggambaran.

Kalau itu belum cukup, hidup aktor ini teruji lagi apabila dia dan kekasihnya berhadapan pula dengan episod hitam.

Sama ada mahu atau tidak Norman Hakim tidak mempunyai pilihan lain selain daripada harus berhadapan dengan semua ujian dan cabaran.

Mujur juga selepas melalui episod yang penuh duka dan lara lebih setahun, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan membahagiakan.

Apatah lagi kehadiran buah hatinya, aktres muda Memey Suhaiza Suhaimi atau Memey bagai memberi semangat baru untuk dia melalui fasa baru dalam hidupnya.

Sebagai lelaki yang pernah berkeluarga, Norman mengakui, jiwanya kesunyian dan sedang berusaha untuk mengubati kesunyian itu.

Dan dari kaca matanya, Memey disifatkan Norman sebagai wanita yang paling ‘rapat’ dengan dirinya ketika ini.

“Saya harus akui kehadiran Memey telah banyak membawa perubahan dalam diri saya kerana bagi saya dia umpama air yang mampu memadamkan api tatkala saya cuba bersikap emosional.

“Dia juga banyak bersabar dengan kerenah saya selain membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

“Bukan itu sahaja, saya juga gembira apabila anak-anak saya dapat menerima kehadirannya serta selesa bersama dengannya,” ujar pelakon filem Pasrah itu lagi.

Dari raut wajah Norman, memang terpancar jelas riak kegembiraan dan kebahagiaan dan sekali gus dapat disimpulkan benarlah Norman begitu bahagia dengan kehidupannya kini.

Ditanya apakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon hanya ketawa kecil.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Perkahwinan itu adalah satu perkara yang sungguh suci dan baik.

“Tetapi, saya mahu berikan masa untuk diri saya dan sebelum saya bersedia untuk menjadi ketua keluarga sekali lagi.

“Malah, serik juga tiada dalam kamus hidup saya kerana saya sedar perkahwinan itu akan melengkapkan lagi hidup seorang lelaki dan menjadikannya lebih sempurna,” kata aktor berusia 34 tahun itu tanpa berselindung.

Norman menambah, dia mahu menstabilkan diri dalam pelbagai aspek sebelum benar-benar bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan untuk kali kedua.

Pada masa yang sama, Norman tidak pula bosan, merungut mahupun menyesal apabila kerap ditanya bila bakal menamatkan zaman duda.

“Sudah nama pun hidup sebagai seorang selebriti, mahu atau tidak, saya kena hadapi semua itu dan memang saya bersedia dari awal lagi kalau ditanya tentang soal kahwin,” jawabnya penuh diplomasi.

Kata Norman selama bergelar seorang duda, tempoh itu telah banyak mengajarnya untuk lebih menghargai kehidupan.

Malah, dengan penuh jujur si tampan itu mengakui, dia banyak bermuhasabah dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Apatah lagi, kisah silamnya telah membawanya untuk merenung sambil menilai kelemahan serta kesilapan yang pernah dilakukannya.

“Mana ada manusia yang sempurna kan? Jadi, selepas bergelar bapa tunggal ini, saya banyak duduk dan berfikir apakah yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki diri saya.

“Saya akui setiap apa yang berlaku sebelum ini banyak didorong oleh emosi yang kadang-kala sukar sekali untuk dikawal.

“Alhamdulillah kini, saya dapat merasakan kehidupan saya lebih baik daripada sebelumnya dan kekuatan itu saya perolehi daripada keluarga dan anak-anak yang cukup saya sayangi,” katanya kepada Hits ketika ditemui di lokasi penggambaran drama lipur lara, Senja Permai di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.

Membicarakan mengenai kehidupannya hari ini juga, suatu yang pasti, kata Norman, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hubungannya dengan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan atau lebih dikenali dengan nama Abby Abadi kini bertambah erat dan tiada masalah.

Jelas Norman, masing-masing boleh duduk berbincang dan berdiskusi terutama sekali isu berkaitan anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, kami menjadi teman rapat dan apa sahaja yang kami lakukan sekarang ini semuanya adalah demi anak-anak.

“Malah, sewaktu hari pertama persekolahan anak pertama kami tempoh hari, kami berdua menghantar anak ke sekolah dan kami melihat ia adalah sesuatu yang positif untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami.

“Anak-anak juga sudah mula faham dengan situasi yang kami alami dan menerimanya dengan hati serta minda yang terbuka sekali,” kata Norman yang melahirkan kekaguman terhadap anak-anaknya memiliki semangat yang kuat biarpun masih lagi kecil.

Malah, Norman turut memberitahu setakat ini dia telah melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan cukup baik sekali dan mengakui rutin hidupnya juga sudah jauh berubah berbanding dulu.

“Setiap pagi selepas menghabiskan masa selama satu jam di gimnasium, tugas saya adalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan setiap hujung minggu pula, kami akan habiskan masa bersama.

“Abby juga tidak pernah menghalang untuk saya bertemu dengan anak-anak dan saya gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang saya harapkan,” ujarnya sambil tersenyum.

Dan dalam meneruskan kehidupannya, Norman memberitahu dia enggan lagi menoleh ke belakang dan memikirkan perkara yang lalu kerana semuanya sudah menjadi sejarah.

Apa yang penting bagi dirinya dan Abby adalah untuk meneruskan kehidupan dan bersama-sama mendidik tiga orang cahaya mata mereka.

Pasangan pelakon yang mendirikan perkahwinan pada 8 Januari 2002 berpisah buat kali kedua pada 18 Disember tahun lalu.

Norman dan Abby juga pernah bercerai pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dan pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Namun, kemuncak yang membawa pengakhiran kepada ikatan perkahwinan mereka selepas kes khalwat membabitkan Norman dan Memey pada 30 Oktober 2008.

Tarikh 18 Disember 2008 menjadi saksi segala-galanya apabila Norman menjatuhkan talak satu kepada Abby dan mereka bercerai secara baik.

Menerusi perkahwinan yang berusia enam tahun itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 7; Marisa Dania Hakim, 6 dan Maria Danisha Hakim, setahun enam bulan.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Leave a Reply

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline