TANGISAN dan sedu-sedan aktor berbadan sasa, Fahrin Ahmad dalam sidang medianya Isnin lalu nampaknya tidak berjaya melembutkan hati personaliti tinggi lampai, Linda Onn.
Diminta supaya memohon maaf atau kesnya dibawa ke mahkamah, sehingga Joyah menulis berita ini (Jumaat, 29 Januari) Linda masih belum berbuat demikian.
Tiada kata-kata ‘minta maaf’ buat waktu ini untuk Fahrin daripada mulut Linda, okey?
Malah beritahu Linda, dia sudah melantik peguam bagi membela dirinya, jika Fahrin benar-benar berhasrat untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.
Ini kerana kata Linda, apa yang ditulis dan dicakap kepada media tentang Fahrin selama ini benar-benar terjadi, maka dia tak perlu takut. Malah Linda juga dengan penuh yakin menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak tertekan dengan pelbagai dakwaan Fahrin terhadap dirinya dan meneruskan kehidupan macam biasa saja. Cayalah Linda! Tahap yakin diri awak memang hebat. Sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya kes saman-menyaman mereka ya.
