Intro2u.net >Malaysia > Ratu A Charity Gala Tribute

Ratu A Charity Gala Tribute

By admin

Read Here

RATU Jazz, Datuk Sheila Majid, 45, bakal mencipta sejarah tersendiri apabila beliau menggayakan kebaya labuh termahal di dunia pada Ratu A Charity Gala Tribute To Malaysia Women Featuring Sheila Majid 25 Years anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd yang menguruskan Butik Cosry. Bagaimanapun, harga kebaya berkenaan terpaksa dirahsiakan demi keselamatan.

Majlis gilang gemilang itu diadakan sempena sambutan ulang tahun kelima butik itu serentak ulang tahun ke-25 Sheila sebagai anak seni. Ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 10 April ini, jam 8 malam. Kebaya yang akan digayakan Sheila itu ditaburi butiran berlian daripada Mouawad, jenama batu pertama bermutu tinggi yang diasaskan Dinasty Mouawad dari Geneva. Usahasama Cosry dengan Mouawad itu akan dimasukkan dalam Guinness Book of World Records. Pengarah Eksekutif Kreatif Cosry, Putra Aziz akan bekerjasama dengan wakil khas Mouawad untuk menyiapkan baju itu di mana setiap butir berlian itu akan dijahit dengan benang khas. Sehubungan itu, baru-baru ini, Cosry mengadakan majlis sidang media di Hotel Impiana Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bakal menjadikan malam itu paling bermakna buat Cosry dan juga Sheila. Cosry juga bertuah kerana Fancy Textile di Jakarta, Indonesia sudi menaja fabrik untuk pertunjukan fesyen pada malam itu termasuk tiga kebaya yang reka khas untuk Sheila. Menurut Sheila, dia pernah menempah baju dengan butik itu dua tahun lalu dan sejak itu dia mengenai Ariff serta Putra. “Mereka bukan saja pengusaha butik yang berjaya, malah bijak menjaga hati pelanggan. Daripada situlah persahabatan kami bermula dan apabila mereka menawarkan kerjasama untuk menjayakan malam gala itu ia memang sukar ditolak. “Kebetulan tahun ini saya meraikan pembabitan selama 25 tahun dalam bidang seni. Lagipun, dunia hiburan dan fesyen saling berkaitan jadi kerjasama ini sangat bagus. Mereka juga memberikan kebebasan kepada saya membuat persembahan pada malam itu dan bersesuaian tema pada malam itu sudah semestinya bentuk persembahan saya nanti memberi lebih penghargaan kepada kaum wanita.

“Saya akan menyanyi selama 45 minit dan bakal mempersembahkan lapan hingga sembilan lagu. Sudah semestinya saya akan menyanyikan lagu yang pernah menjulang nama saya seperti Lagenda dan Sinaran kerana bagaikan tidak lengkap tanpa adanya lagu itu,” katanya Ariff pula berkata, hampir 500 peminat Sheila di Indonesia sudah menyatakan persetujuan untuk datang menyaksikan persembahan penyanyi itu dan khusus untuk mereka Cosry menyediakan pakej menarik selama tiga hari dua malam. “Pakej berharga RM2,000, itu termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan dan tiket ke malam gala. Untuk merealisasikan perkara itu, Cosry akan bekerjasama dengan Syarikat Penerbangan KLM dan Penerbangan Malaysia. “Menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan, sebahagian daripada jualan meja pada malam itu akan diberikan kepada Yayasan IJN di mana Datuk Sheila pernah menjadi dutanya pada 2008,” katanya

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Comments are closed.

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline