Salsabila Yunan ibu muda kembali ke MALAYSIA

“Saya mohon maaf dan menyesal tinggalkan keluarga dan pergi (ke Lombok) tanpa izin keluarga.”

Demikian kata pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella, sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dari Lombok, Jawa Tengah, Indonesia petang tadi selepas tujuh bulan dilarikan teman lelakinya yang berasal dari situ.

Pelakon yang membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis itu juga menyatakan kekesalan atas tindakannya yang banyak menyusahkan keluarga.

Beliau yang kini mengandung lima bulan, tidak dapat menahan sebak dan melahirkan rasa gembira apabila melihat wajah bapanya, Yunan Mat Ayat, 77 yang sudah tujuh bulan ditinggalkannya.

Selepas dilarikan ke Lombok, Bella dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit, Hafiz Sukma, 26, di sana dan kini mengandung lima bulan anak sulungnya.

Difahamkan, tindakan melarikan kanak-kanak bawah umur adalah melanggar Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya gembira dapat jumpa ayah dan keluarga tetapi sedih kerana suami tidak dapat (pulang) bersama ke Malaysia,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Surabaya dengan menaiki pesawat AirAsia, kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Beliau juga berhasrat untuk meneruskan pelajaran di sini selepas melahirkan anaknya nanti.

Suasana pilu terasa apabila dua beranak itu berpelukan sambil menangis apabila bertemu kali pertama selepas tujuh bulan tidak berjumpa.

This entry was posted in Malaysia and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.