Intro2u.net >Artis > Sazzy Falak > Sazzy Falak berbikini bogel

Sazzy Falak berbikini bogel

By admin

Read Here

HATINYA gundah sejak minggu lalu selepas pulang dari menjalani penggambaran sebuah iklan di Thailand. Selalunya, model, pengacara dan pelakon Sazzy Falak ini akan ceria dan bersemangat sekembali ke tanah air.

Bagaimanapun, perjalanan ke luar negara berbeza sedikit kali ini. Entah mengapa nalurinya terasa kurang enak.

Benar kata orang, rasa tersebut selalunya memberi petanda kurang baik. Ini selepas mendapat panggilan daripada beberapa kenalan memberitahu tentang penyebaran gambar seksinya di Internet.

Dia tertanya-tanya, bagaimana perkara ini boleh terjadi? Persoalan lain juga timbul apabila dia cuai menyimpan koleksi gambar peribadinya itu.

“Saya ada mendengar tentang perkara itu sebelum berangkat ke Thailand. Tapi, tidak pula mengambil berat tentang gambaran yang diberikan oleh penulis blog berkenaan. Mungkin fikiran ketika itu terarah kepada urusan kerja. Tetapi apabila sudah selesai dan pulang ke Malaysia, saya benar-benar terperanjat.

“Ia menggambarkan seolah-olah saya seorang artis tidak bermaruah kerana memakai bikini di tepi laut. Apa ini? Ia memang satu perkara yang memalukan serta mendukacitakan,” katanya.

Terdapat dua laman gosip dikenal pasti menyebarkan gambar seksinya yang berlatar belakangkan bendera Sabah itu di Internet. Secara peribadi, hati anak kelahiran Kuala Lumpur ini hancur remuk apabila melihat gambar persendirian yang disimpan selama ini ‘dihidangkan’ kepada umum.

Tegas Sazzy, dia bukan jenis orang yang suka bercerita tentang perihal peribadi kepada khalayak. Baginya, perkara itu hanya boleh dikongsi dengan suami selepas berkahwin 8 November 2006 lalu.

Wanita berusia 29 tahun ini mengaku tidak pernah meletakkan barangan peribadi sembarangan terutama komputer riba, telefon bimbit dan Blackberry. Apa yang dikesalkan, dalam sikap berhati-hati itu, gambar tersebut terlepas juga kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua gambar itu diambil ketika percutian bulan madu kali kedua bersama suami di Pulau Sipadan dan Pulau Mabul, Sabah. Kami menyelam dan melakukan aktiviti bersama sambil menikmati panorama indah.

“Lebih menyedihkan apabila terdapat juga gambar bulan madu pertama di Kepulauan Mauritius yang dimuat naik dalam blog saya turut tersebar. Apa motif pihak tertentu menyebarkan gambar sebegitu?” soal Sazzy.

Artis petah bercakap ini berulangkali menegaskan bahawa gambar tersebut adalah rakaman peribadi. Sebagai manusia biasa, Sazzy tidak terkecuali untuk mempunyai ruang peribadi tersendiri. Lagi pun, kesemua gambar itu dirakam ketika dia bersama suaminya bukan lelaki lain.

Sazzy juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang merasakan penampilannya terlalu menjolok mata dan seksi. Tetapi itulah diri Sazzy.

Bekas pengacara program Beat TV di Astro ini mengaku dia bukan jenis hipokrit dan berprinsip dalam bab pakaian di mata umum.

Sazzy sememangnya selesa memakai pakaian ringkas seperti baju tidak berlengan di khalayak. Tetapi dia juga bukan jenis yang suka menayangkan tubuh badannya di tempat awam.

Insiden tersebut juga dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa depan. Saat diajukan soalan adakah Sazzy akan menyiasat angkara siapa, Sazzy berkata dia tidak berminat. Namun, dia berdoa agar individu terbabit segera insaf dan tidak menganiaya orang lain selepas ini.

Ditanya pula tentang reaksi Nazril yang juga personaliti televisyen mengenai perkara itu, Sazzy berkata: “Suami mana yang tidak marah sekiranya ada cerita kurang enak membabitkan nama isterinya. Tetapi dia tahu, inilah risiko yang dihadapi sekiranya berkahwin dengan artis’’.

Sazzy memberitahu, Nazril antara yang paling lambat mengetahui cerita itu. Ini kerana suaminya jarang membaca cerita hiburan tanah air. Apa yang menjadi kecenderungannya adalah berita ekonomi, sukan dan kewangan dunia.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Comments are closed.

Search Here

Categories

Ads

Stats


View My Stats

Become a BLOGGER

Do you think this site is useful?
Do you have something in your mind? Have something to share?

Post Your latest news or info by simply register here

UserOnline