Intro2u.net >Fesyen > Ireen Andaman adalah untuk pakej ekslusif

Ireen Andaman adalah untuk pakej ekslusif

By admin

Read Here

Butik Ireen Andaman sedia bantuan pinjaman bagi pakej perkahwinan

MENAWARKAN pilihan pakaian ekslusif dan terkini di bawah satu bumbung, butik Ireen Andaman juga destinasi tepat untuk dikunjungi bakal mempelai yang merancang sebuah majlis perkahwinan berkonsep.

Uniknya di butik itu, bakal pengantin boleh memohon pinjaman melalui koperasi di mana bayarannya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan.

Pengarah Urusan Ireen Andaman, Datin Zaharah Othman berkata, merencana dan menganjurkan sebuah majlis perkahwinan memerlukan kos serta komitmen supaya hasilnya tidak mengecewakan pengunjung serta tuan rumah ketika berlangsungnya majlis.

“Sedar akan masalah kewangan dialami segelintir pasangan muda yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti diinginkan mereka memberi idea kepada kami menjalankan kerjasama bersama Majlis Koperasi Malaysia.

“Melalui program pinjaman koperasi yang ditawarkan, kakitangan kerajaan dan pekerja yang berdaftar dengan mana-mana koperasi layak untuk memohon manakala jumlah pinjaman pula bergantung kepada kelulusan daripada pihak koperasi,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik Ireen Andaman di Subang Jaya, baru-baru ini.

Antara pakej perkahwinan di tawarkan Ireen Andaman adalah untuk pakej ekslusif sehingga normal, manakala harga pakej serendah RM2,000 dan ke atas. Pakej termasuk sewaan baju, andaman dan pelamin.

“Cabaran berkecimpung di dalam bidang andaman dan dunia kreatif memang terlalu banyak, tetapi kami akan berusaha memenuhi kehendak pasaran termasuk menawarkan perkhidmatan berdasarkan bajet pelanggan,” katanya.

Kata Zaharah, Ireen Andaman adalah perniagaan keluarga dedikasi untuk anak perempuan tunggalnya, Noor Shazreen atau Ireen yang juga bertindak sebagai pengurus butik.

Di butik ini, pelanggan boleh mendapatkan persalinan tradisi seperti kurung, kurung moden atau kebaya selain pakaian moden seperti blaus juga celana. Tempahan untuk jahitan juga diterima.

Koleksi pakaian pengantin ditawarkan Ireen Andaman juga tidak kurang menariknya. Aneka pilihan boleh didapati bakal pengantin sama ada busana tradisi seperti kebaya juga moden daripada material songket, sifon dan renda Perancis.

Related Link

PAKEJ perkahwinan ditawarkan
PAKEJ perkahwinan ditawarkan pengusaha majlis kahwin atau mak andam membawa kesan besar terhadap sesuatu...
Ingin mencari rumah rehat resort atau hotel
JIKA ingin mencari rumah rehat, resort atau hotel yang menawarkan harga bersesuaian dengan bajet anda,...
Urut Badan dengan Badan
KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini ‘urut badan dengan badan’ dijadikan sebagai umpan berahi...
Tips Tetap Cantik Menawan
HANYA wanita memahami kehendak wanita! Itulah pegangan Maziah Omar, pemilik Salun kecantikan D’Sri...
Thumblated Related Post

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Content

Leave a Reply

Check Here!

Stats