WALAU dicalit dengan kontroversi pada musim lalu, rancangan realiti yang bertujuan mencari seorang gadis yang lengkap pakej kemelayuannya kembali lagi bagi musim yang ketiga.
Gadis Melayu yang kini memasuki musim ketiga kembali dengan gabungan elemen tradisional dan kontemporari.
Setelah uji bakat di lima lokasi iaitu Kelantan, Johor, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur, akhirnya sembilan gadis bertuah telah dipilih untuk menyertai Gadis Melayu 3.
Peserta-peserta Gadis Melayu 3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.
Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.
Tiga peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.
Menurut Penerbit Eksekutif Gadis Melayu 3, Wan Sabariah Shikh Ali, pada musim kali ini, tiada penyingkiran yang akan berlaku sehinggalah episod terakhir Gadis Melayu 3 yang akan menobatkan ikonnya kali ini.
“Kali ini kami fokus kepada kesembilan peserta yang terpilih dan sepanjang tiga bulan rancangan ini kami akan memilih pemenang dari yang terbaik.
“Mereka perlu bersedia untuk meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon.
“Mereka akan melalui pelbagai aktiviti bersama-sama. Setiap minggu akan ada cabaran supaya persaingan tetap dirasa walaupun tiada penyingkiran.
“Semua berpeluang menonjolkan diri sama rata, berbeza dengan rancangan realiti yang lain kerana ia adalah misi baru pencari ikon Gadis Melayu 3,” ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar Gadis Melayu 3 baru-baru ini.
Selain itu, antara kelainannya kali ini, jika Gadis Melayu musim pertama sepenuhnya menerapkan ciri kemelayuan, musim kedua hadir dengan kandungan yang lebih segar dan kontemporari, musim kali ini pula adalah gabungan kedua-duanya.
Ini kerana, ujar Wan Sabariah, walaupun tujuan utama Gadis Melayu bagi mencari seorang gadis yang penuh dengan nilai tradisional, elemen kontemporari juga penting selari dengan dunia sekarang.
Untuk meraih gelaran ikon Gadis Melayu 3, peserta bukan sahaja harus menitik-beratkan tentang keanggunan dan imej gaya diri, malah pengetahuan dan kemahirannya dalam pelbagai aspek juga harus diasah dan digilap.
Pelbagai tugasan akan diberikan kepada mereka kerana pemilihan mereka bukan dinilai daripada kecantikan sahaja.
Untuk menjadi gadis melayu yang ideal, mereka juga akan diuji dalam aspek lain seperti mempraktikkan kemahiran kendiri dan menghasilkan seni warisan Melayu.
Sembilan gadis ini diberi tugasan setiap minggu meliputi aspek adat resam dan budaya, kemahiran hidup, warisan bangsa, kecantikan dan perkahwinan.
Merujuk pada Gadis Melayu 2 yang imejnya tercalar apabila ada gambar beberapa orang pesertanya dalam keadaan kurang sopan tersebar di laman internet dia berkata, ia diluar bidang kuasa mereka kerana itu adalah kehidupan peribadi masing-masing.

Musim 1: Ramai yg bertudung (lengkap)
Musim 2: Ramai yg tidak bertudung (seksi & kontroversi)
Musim 3: Nak kate bertudung pun tak, tidak bertudung pun x (tidak menutup aurat dgn sepenuhnya)
Musim 1 (Final): 4 bertudung & 1 tidak bertudung
Musim 2 (Final): 4 tidak bertudung & 1 bertudung
Musim 3 (Final): ???
mcm dah diplanning awal2 je??? dah ade “tema” ke utk setiap musim???
kepada gadis2 melayu musim 3, x payah la nak make-up tebal2! buruk rupanya! berkilat2 muka jdnya! (keayuan yg ASLI lebih cantik dari MAKE-UP yg tebal2)!
anyway, Gadis Melayu musim 1 is the best! kesemua gadis2 musim 1, ikhlas dan sopan di dlm menjalankan tasking, tahniah buat kesemuanya…..
Ape yg penting di sini ialah (HATI TUE KENA IKHLAS) dan (JANGAN NIAT UTK NAK GLAMOUR JE), tgk cara dorg senyum pun kita semua dpt tau, ikhlas ke tidak niat mereka nie………
For me, Fatheen is the best among others. (Episode 1)
1. Ketika sesi pengenalan diri, beliau sgt sopan dan professional.
2. She’s intelligence, quiet, sweet, honest and TAK GEDIK!
3. She’s the only ONE peserta, yg menutup dadanya dgn tudungnya yg labuh, ketika sesi pengenalan diri, di mana pd ketika itu (kesemuanya mengenakan pakaian putih dan pink). Peserta2 yg lain, pakai tudung, tp tidak menutup dada mereka, sehingga menampakkan tubuh kerana pakaian yg agak ketat.
Syabas Fatheen!