SAMBUTAN Syawal tahun ini cukup bermakna buat penyanyi popular Anuar Zain. Bukan saja rezekinya dalam bidang seni murah, karier nyanyiannya berjalan lancar seperti direncanakan.
Sesibuk manapun menguruskan aktiviti seninya yang padat, Anuar atau nama sebenar, Shahrul Anuar Zain, 40, sempat meluangkan masa bersama golongan yang memerlukan dalam program Bersamamu TV3 di Banting, Selangor dan Singgah Sahur terbitan stesen TV3 pada Ramadan ini.
Program raya Anuar pula ialah Semua Untukmu…Anuar Zain yang akan menemui penonton pada hari raya ketiga. Dia juga muncul dalam rakaman Melodi Raya.
Kata Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain jika nak diikutkan, sambutan Aidilfitrinya tahun ini sama saja dengan tahun sebelumnya.
“Cuma kelainannya tahun ini, emak menyerahkan urusan kuih raya pada saya dan saya sudah membeli lapan jenis kuih raya seperti tat nanas dan almond London.
“Saya juga membeli empat pasang baju raya khusus untuk menghadiri majlis rumah terbuka anjuran pelbagai pihak nanti,” katanya.
PROFIL
NAMA PENUH: Shahrul Anuar Zain
USIA: 40 tahun
TARIKH LAHIR: 15 Februari 1970
ASAL: Merlimau, Melaka
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
ALBUM: Anuar Zain (1998), Anuar Zain (2002), Anuar Zain 1998-2002 (2003) dan
Anuar Zain (2007)
LAGU POPULAR: Bila Resah, Keabadian Cinta, Mungkin, Perpisahan, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati
FILEM: Soal Hati (2000) dan Bintang Hati (2004)
ANUGERAH: Lagu terbaik AIM-Keabadian Cinta, Penyanyi Lelaki Terbaik AIM 1999, Vokal Lelaki Pilihan Anugerah Era 2003/Anugerah Era 2005, Penyanyi Lelaki Paling Popular APM 2004 dan Artis Lelaki Popular APM 2005
