Intro2u Blog » Diana Danielle

Scha dan Kejayan PAPADOM
KEJAYAAN filem Papadom yangg mengaut kutipan kasar sebanyak RM2.3 juta dalam tempoh 12 hari sememangnya memberi petanda yang cukup positif.

Ternyata, kemenangan filem tersebut yang merangkul lima anugerah termasuk Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Sabah, Ogos lalu berjaya menyakinkan penonton.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon dalam filem arahan Afdlin Shauki itu juga boleh dilihat sebagai salah satu tarikan utama untuk penonton berkunjung ke pawagam dan menonton filem hebat itu.

Salah seorangnya ialah Scha Al-Yahya yang berjaya memberikan lakonan yang cukup menyakinkan dan memberangsangkan menerusi watak Shasha.

Manakan tidak, sebelum ini Scha cukup terkenal dengan watak baik tetapi menerusi Papadom, Scha berjaya melakukan transformasi watak yang boleh dikira meninggalkan impak yang besar.

Pertama kali membawakan watak antagonis, Scha mengibaratkan ia sebagai satu peluang keemasan dan cukup berharga sebagai seorang pendatang baru.

“Memang sudah lama saya mengidamkan untuk berlakon di bawah Afdlin dan apabila tawaran itu datang kepada saya, sungguh berat untuk saya menolaknya.

“Apatah lagi, watak Shasha adalah watak jahat yang pertama kali saya bawakan dan sungguh teruja serta gembira dengan watak ini.

“Saya mahu menjadi seorang yang versatil dan tidak terikat dengan satu jenis watak saja,” katanya dalam nada bersungguh sewaktu menghubungi Hits baru-baru ini.

Menyambung bicara, watak Shasha yang dibawakannya dalam filem Papadom adalah berbeza dengan watak gadis nakal yang pernah ditonjolkan dalam filem tempatan sebelum ini.

Akui Scha, ia adalah permintaan daripada Afdlin sendiri yang tidak mahu watak itu digambarkan secara stereotaip dan tipikal.

“Memang susah juga nak bawa watak gadis jahat ini kerana Afdlin mahu ia nampak semula jadi dan kehalusan karakter jahat itu sendiri yang membuatkan saya berasa puas hati dengan lakonan saya.

“Alhamdulillah, respons yang saya terima daripada peminat juga kebanyakannya positif dan saya gembira kerana kehadiran saya kini mula diterima dengan baik,” kata pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini ini lagi.

Scha menarik nafas lega apabila dikhabarkan tentang berita kejayaan filem tersebut yang mampu membuat kutipan luar biasa dalam tempoh singkat.

“Kejayaan ini saya sifatkan sebagai kejayaan seluruh karyawan filem ini dan saya bangga kerana menjadi sebahagian daripada filem ini.

“Saya percaya kelebihan filem Papadom terletak pada jalan cerita dan skripnya yang bagus selain lakonan pemainnya yang bukan calang-calang,” ujarnya yang mengharapkan kutipan filem Papadom akan terus meningkat.

Dalam pada itu, pemenang Dewi Remaja 2006 ini juga tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya apabila melihat karier seninya semakin berkembang.

Biarpun dihimpit kontroversi dengan kisah cintanya bersama bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad, namun Scha tidak melihatnya sebagai satu halangan.

“Saya bertuah kerana sebelum gosip percintaan saya timbul, saya terlebih dahulu dikenali menerus dua buah filem iaitu Antoo Fighter dan Histeria serta drama bersiri, Awan Dania.

“Sehingga kini pun, orang tetap memanggil saya Dania dan itu sudah jelas membuktikan impak karier saya begitu besar pada mereka.

“Apa sahaja yang berlaku saya ambil dan jadikan satu pengalaman dalam meniti kehidupan saya sebagai seorang anak seni,” ujar Scha yang akan muncul dengan filem Libas dan masih sibuk di lokasi drama bersiri Awan Dania musim kedua.

Melihatkan kepada profil seninya, Scha dilihat lebih cenderung kepada filem berbanding drama mahupun telemovie.

Adakah ini memberi tanda bahawa Scha seorang yang begitu selektif dan menjaga reputasinya dengan hanya mahu membintangi filem sahaja?

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, ujar Scha, dia tidak mahu menjadi seorang yang tamak.

“Saya komited pada kerja dan tidak akan menerima lebih daripada satu tawaran dalam satu-satu masa kerana bimbang tidak terkejar nanti. Biarlah saya lakukan secara perlahan-lahan,” katanya yang pernah membintangi dua buah drama iaitu Terlalu Istimewa dan Naik Hantu serta drama bersiri Bella.

Begitu juga dengan tugasnya sebagai pengacara Sehati Berdansa musim ketiga di mana Scha mahu melihat semua pihak melihatnya dari sudut positif.

Jelasnya, dia mahu menjalankan tugasnya secara profesional dan dia mengharapkan Fahrin juga akan bersikap demikian.

“Rancangan ini adalah sebuah program yang cukup besar dan tanggungjawab ini sungguh berat untuk saya galas dan cuba memberikan yang terbaik,” katanya penuh mengharap

Artis seksi cantik dan masih dara jadi rebutan
LEBARAN tahun ini cukup bermakna buat tiga bintang muda di persada seni tanah air, Lisa Surihani, 23, Diana Danielle,18, dan Juliana Evans, 20, kerana berpeluang meraikannya bersama keluarga tersayang.

Maklumlah, tiga bintang jelita berbakat besar ini beraya sebagai orang bujang dan masing-masing nampaknya tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga dan sanak-saudara yang dirindui saban tahun untuk sama-sama meraikan hari kemenangan umat Islam itu.

Sudah menjadi tradisi bagi Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 23, beraya bersama keluarganya di Ampang, Selangor, saban tahun.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 18, yang hangat digosipkan dengan pelakon Farid Kamil pula beraya bersama ibu dan adiknya, Halley, setahun (anak angkat), di Bukit Merah, Perak.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 20, yang hangat bercinta dengan anggota kumpulan Bunkface, Sam pula beraya bersama keluarganya di Bagan Datoh, Perak.

Pada sesi fotografi khas Aidilfitri yang yang diatur Rap di Hotel One World, Bandar Utama, tiga bintang meningkat naik yang berkawan baik ini turut berkongsi cerita menarik ketika beraya untuk tatapan pembaca setia Harian Metro (HM), sekali gus perkembangan terkini kerjaya seni masing-masing.

Lisa fokus pada kerjaya seni

BAKAT lakonan bintang filem I’M Not Single dan Jangan Pandang Belakang Congkak, Lisa Surihani sudah pun diiktiraf apabila mengungguli trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21).

Malah, kata Lisa yang sudah berkecimpung selama tiga tahun dalam bidang seni berkata, sampai hari ini, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya sejak dia mula berkecimpung dalam bidang seni pada 2007.

“Bukannya saya tamak untuk merebut semua tawaran yang datang, sebaliknya setiap watak ditawarkan itu karakternya berbeza.

“Terbaru, saya baru selesai penggambaran filem Zoo arahan Azhari Zain (Zack) yang berakhir pada minggu ketiga Ramadan lalu. Selain itu, saya dapat tawaran berlakon drama bersiri selepas raya nanti tapi masih belum diputuskan lagi,” katanya.

Antara filem lakonan Lisa tahun ini ialah Rempit V3 bergandingan dengan Farid Kamil selaku pengarah filem itu.

Selain itu, dia turut berlakon dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan yang dijangka menjengah pawagam tahun depan serta filem Kapoww arahan Azizi Chunk Adnan.

Telefilem lakonannya pula ialah Ponti Anak Remaja, Mataku Nampak Hantu dan drama bersiri Tiga Janda yang sudah ditayangkan di saluran Astro.

Seperti tahun sebelumnya, Lisa berkata, dia beraya bersama keluarganya di Ampang. Namun, raya tahun ini tidak semeriah dulu kerana Lisa beraya tanpa bapanya, Allahyarham Mohamed Mahbob yang meninggal dunia tahun lalu.

“Saya hanya sempat menempah dua pasang baju raya dan lima pasang lagi saya beli baju raya yang sudah siap dijual.

“Juadah raya kegemaran pada pagi raya ialah lemang dan rendang. Dari segi kuih-muih pula ialah seri muka, biskut dam, cornflakes dan biskut keju yang dibuat mak cik,” katanya.

Ditanya mengenai gosip cinta pelakon Farid Kamil dan Diana yang heboh diperkatakan ketika ini, Lisa berkata, jika benarlah mereka bercinta, dia tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi dua kawan baiknya itu.

“Saya dan Farid hanya kawan baik dan kami tidak pernah bercinta. Dia juga bukan bekas teman lelaki saya seperti dihebohkan orang. Setakat ini, saya masih belum mempunyai teman istimewa selepas putus cinta kali pertama dulu. Pada masa sama, saya juga belum bersedia ke arah itu kerana fokus saya pada kerjaya seni dan keluarga,” katanya.

Diana bersedia pikul watak Natrah

SEPERTI Lisa, tawaran berlakon juga mencurah-curah buat pelakon berdarah kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle.

Diana berkata, dia terbabit dengan penggambaran telefilem Maya untuk RTM yang juga ditayangkan selepas raya nanti.

“Selain itu, saya juga ditawarkan beraksi dalam teater Natrah yang dijangka dipentaskan di Istana Budaya pada Oktober nanti.

“Secara peribadi, saya menyukai watak natrah dan isu bangsa yang nak diangkat dalam filem ini selaras dengan Kempen 1Malaysia yang diseru kerajaan. Memang watak itu mencabar tapi saya sudah bersedia memikul tanggung-jawab berat itu,” katanya.

Antara telefilem lakonannya tahun ini ialah Gondorovo yang juga untuk tayangan pada hari raya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Bio Sains di Nottingham University, Semenyih, Selangor ini terpaksa bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya seni diceburinya.

“Program ijazah membabitkan tempoh selama tiga tahun di Malaysia dan setahun lagi di United Kingdom. Saya juga mengutamakan pelajaran dan hanya berlakon selepas habis kelas atau pada masa cuti semester,” katanya.

Duta produk Bata dan Innershine ini berkata, ini juga tahun keempatnya beraya sebagai artis.

“Seperti tahun sebelumnya, saya, ibu dan adik, Halley, beraya selama seminggu di kampung halaman yang juga saudara sebelah ibu di Bukit Merah, Perak.

“Juadah pagi raya kegemaran saya ialah lemang, rendang dan Ayam Percik. Selain itu, Asam Laksa dan Kuih Badak Berendam,” katanya. Diminta komen mengenai sejauh mana hubungannya dengan Farid, Diana berkata, dia belum bersedia bercerita kisah peribadinya itu dengan peminat.

Juliana pernah cedera main mercun

STATUSNYA sebagai penuntut tahun dua, Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi Massa di Sunway College menyebabkan Juliana perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya seni dan pelajarannya.

Apa yang penting, kata Juliana yang menempa nama menerusi program Remaja (TV3) ini, dia perlu memastikan pelajaran dan kerjaya seninya bergerak seiringan.

“Dari segi kerjaya seni, saya baru selesai penggambaran filem Adik Manja Returns. Terbaru, saya menjadi hos Pencarian Gadis Melayu musim kedua yang membabitkan sebanyak 13 episod yang masih dalam penggambaran,” katanya.

Antara drama lakonan Juliana tahun ini ialah Warkah Terakhir untuk Astro Citra dan drama bersiri Ghost 2. Selain itu, dia juga menjadi hos program Aksi Gerek untuk TV Singapura dan saluran RTM tahun lalu.

Gadis kacukan Melayu-Inggeris yang hangat bercinta dengan anggota kumpulan Bunkface, Sam ini juga akan beraya ke kampung halamannya di Bagan Datoh, Perak.

“Saya dan Sam baru beberapa bulan berkawan. Kampung saya di Bagan Datoh, Perak dan Sam pula dari Klang, Selangor. Jika tiada aral, kami juga merancang untuk beraya bersama tahun ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, anak bongsu dari tiga beradik ini berkongsi kenangan yang sukar dilupakan ketika beraya sebelum ini.

“Ketika menyambut raya beberapa tahun lalu, jari tangan saya terpaksa dijahit kerana terkena balang kuih yang pecah. Pada raya tahun lalu pula, sekali lagi saya cedera kerana mercun meletup di tangan. Justeru, saya berharap kejadian tidak diingini seperti itu tidak berulang pada sambutan raya kali ini,” katanya.

Kelunakan vokal Diana Danielle
MELIHATKAN penampilannya menerusi filem dan kaca TV, mungkin ramai tidak menyangka pelakon remaja ini turut berbakat dalam bidang nyanyian, malah percubaan pertamanya melalui single sulung, Radio juga tidak mengecewakan. Biarpun hanya mendendangkan lagu itu sebagai artis undangan di samping Imran Ajmain, kumpulan Infinatez dan Juara Raja Lawak Astro Musim Ke-2, Nabil, kelunakan vokal Diana Danielle, 18, mengejutkan banyak pihak, termasuk wartawan hiburan.

“Yang sebenarnya, saya cukup minat menyanyi. Pernah juga terfikir alangkah bagusnya kalau mempunyai album sendiri. Bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana mahu menjadikan impian itu satu kenyataan sehinggalah Imran mempelawa saya menyanyi dalam album terbarunya. Ini semua saya lakukan atas dasar minat. Selebihnya, saya mahu mencuba sesuatu yang baru dan memanfaatkan bakat yang ada. Kalau ada yang menganggap saya mahu mencari glamor, memang silap tanggapan itu,” katanya kepada BPop.

Baru saja kembali ke tanah air dari menyertai Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, minggu lalu, Diana mengakui di peringkat awal kerjaya seninya bercambah, beliau terlebih dulu menerima tawaran berlakon, menyebabkannya terpaksa melupakan bidang nyanyian.

Namun, selepas muncul menerusi enam filem, dua daripadanya – Kecoh Betul dan Magika – sedang menunggu giliran ditayangkan di pawagam, beliau kini mengorak langkah untuk terbabit secara aktif dalam bidang nyanyian yang diminatinya itu. Diana kini bernaung bawah syarikat rakaman terkenal, Metadome Records, yang mengedarkan album artis Indonesia seperti Anggun, Dewa 19, Afgan, Mulan Jameela dan Andrea & The Backbone.

Malah, melalui kontrak rakaman itu juga, Diana mendapat peluang berduet dengan Andra & The Backbone menerusi single kumpulan berkenaan, Tak Ada Yang Bisa yang dinyanyikan dalam versi remix, dengan rakaman berlangsung di Legend Studio, Jakarta Selatan milik penyanyi utama Dewa, Ahmad Dhani.

“Ia lebih kepada projek kerjasama, khusus bagi menembusi pasaran Indonesia. Difahamkan, pasaran muzik semasa di seberang lebih cenderung ke arah artis kumpulan berbanding penyanyi solo. Yang menariknya, promosi lagu ini bukan hanya dibuat di sana, tetapi juga di Malaysia. Ia boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit manakala klip video lagu ini akan menyusul kemudian,” katanya.

Katanya, mengikut kontrak yang ditandatangani, beliau akan merakam tiga single sebagai persediaan untuk menghasilkan album sendiri tidak lama lagi.

“Namun, untuk single kedua nanti, saya berhasrat bekerjasama dengan artis tempatan. Buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan sambutan peminat mengenai potensi suaranya mahupun lagu berkenaan,” katanya.

Mengenai perkembangan karier lakonannya, Diana yang baru saja memulakan pengajiannya dalam bidang bio-sains di University Of Nottingham (Kampus Malaysia) menjelaskan, beliau berdebar-debar menantikan kemunculan dua filem terbarunya itu di pawagam.

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang bidang lakonan, namun katanya, pengalaman membintangi Kecoh Betul dan Magika disifatkannya sebagai suatu yang berbeza dengan empat filemnya sebelum itu.

“Dalam Kecoh Betul, saya membawa watak Dayana. Walaupun ia genre komedi, karakter saya bukan komedi. manakala, Magika menampilkan saya sebagai Ayu yang mempunyai watak lebih serius. Watak ini terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga adiknya selepas ibunya meninggal dunia,” katanya yang sentiasa ditemani ibunya, Norsiah Ramli.

Program Latihan Khidmat Negara Diana Danielle
BEBERAPA jam meninggalkan Kem Princess Haliza, Sepang, yang menjadi lokasi menjalani kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelakon muda berbakat besar Diana Danielle, 18, mulai rindu suasana meriah dikelilingi rakan sebaya.

Sebagai anak tunggal, suasana sebegitu hanya dapat dirasai tatkala dia ke sekolah, selebihnya jika tidak menjalani penggambaran drama atau filem, dia dan ibunya akan meluangkan masa di rumah.

“Saya mula merindui kawan-kawan di kem. Mana tidaknya, setiap malam sebelum tidur kami akan berbual-bual berkongsi pengalaman.

“Hari pertama pulang ke rumah saya rasa sunyi. Tetapi yang seronoknya, dapat berbual dengan mama dan menceritakan pengalaman menarik yang saya lalui.

“Sebenarnya saya tidak pernah sangka dapat berjauhan dengan ibu dalam tempoh yang lama sebabnya dari kecil tidak pernah berpisah dengannya,” katanya.

Diana yang muncul sebagai artis undangan sempena majlis eksklusif Lord’s Tailor bersama 10 selebriti lelaki juga calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), yang diadakan di Olive, Hotel Genting, Ahad lalu, masih dalam tempoh kursus PLKN.

Bagaimanapun, atas permintaan penganjur, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberikan kebenaran pelepasan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 April kepada Diana untuk persediaan menghadiri Anugerah ABPBH 2008 yang dilangsungkan di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.

Apatah lagi, dia tercalon sebagai finalis Pelakon TV Wanita Popular bersaing dengan Abby Abadi, Rita Rudaini, Fasha Sandha dan Dynas yang muncul sebagai pemenang bagi kategori berkenaan.

Rancak berkongsi pengalamannya sebagai Timbalan Penghuluwati, Diana berkata, dia memikul tugas berat di mana harus memastikan setiap pelatih mengikuti arahan yang ditetapkan.

“Pada awalnya tidak mudah kerana ada antara pelajar yang cuba menguji kesabaran saya. Tetapi lama kelamaan semuanya berada dalam keadaan terkawal. Mereka mula memberikan kerjasama dan menghormati tugas saya.

“Tidak seperti mula-mula dulu, saya kini diterima seperti kebanyakan pelajar lain. Minggu pertama, jika ada yang menyapa saya untuk bergambar, sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa seperti selebriti dan mampu menjalani tugas serta aktiviti dengan tenang.

“Sebulan mengikuti PLKN membentuk saya menjadi invididu yang berdisiplin. Dulu, bukan tidak berdisiplin tetapi sekarang tambah berdisiplin.

“Seawal jam lima pagi saya sudah bangun dan mengejutkan rakan-rakan. Selepas mandi, kami akan bersolat.

“Tidak kira yang beragama Islam mahupun bukan Islam semuanya akan bangun awal.

“Jam 6.20 pagi kami akan ke padang kawad untuk bersenam dan berkawad. Aktiviti di sana langsung tidak membosankan, baru-baru ini misalnya ada perlawanan antara divisi. Kemeriahannya sama saja seperti di sekolah, cuma bezanya tidak pulang ke rumah atau erti kata lain ibarat tinggal di asrama penuh,” katanya.

Ditanya, selain menjadi perhatian di kalangan pelajar lelaki, mungkinkah jurulatih juga mengusiknya dengan selamba Diana menjawab, dia yang selalu mengusik mereka.

Berhubung pembikinan album dan tawaran lakonan, Diana memaklumkan, berkemungkinan besar sebuah filem bakal dijayakan pada September.

“Pembikinan album pula, buat masa ini terpaksa ditunda dulu kerana tidak mahu buat kerja separuh jalan. Selepas tamat kursus PLKN nanti, barulah saya memikirkannya,” katanya.

Sementara itu, Norsiah Ramli, 45, mengakui berbangga dengan pencapaian Diana dan akuinya daripada seorang anak manja, Diana kini menjadi gadis yang cukup berdikari sejak mengikuti PLKN.

“Banyak perubahan yang saya lihat. Selain lebih matang, dia sekarang semakin berdikari. Dulu, kalau selepas makan dia biarkan pinggan di atas meja tapi sekarang, dia akan angkat ke dapur dan membasuhnya.

“Dia begitu bukan kerana manja, tetapi sejak dari kecil sudah dilatih sebegitu kerana kami ada pembantu rumah yang akan mengemas selepas makan.

“Tetapi saya perasaan sejak pulang, dia tidak lagi membiarkan pembantu rumah mengangkat pinggannya. Oleh kerana dia hanya mendapat pelepasan selama tiga hari, tidak banyaklah kerja yang dapat dilakukan.

“Saya pun faham dia mungkin kepenatan dengan aktiviti PLKN yang padat termasuk persediaan untuk ABPBH2008. Pun begitu, nampaknya dia gembira berada di sana.

“Banyak benda baru yang dilalui dan dipelajari. Semua itu tidak pernah terjangkau di fikiran saya, apatah lagi mempercayai dia berjaya mengatasi segala rintangan. Maklumlah, dia kan anak manja,” katanya.

Norsiah menambah lagi, jika dulu Diana cukup cerewet terutama dalam bab pemakanan kerana hanya makan daging dan ayam, namun sejak mengikuti kursus berkenaan, dia mula mengambil hidangan protein yang lain seperti ikan dan makanan laut.

“Tengoklah badan dia, semakin berisi. Ingatkan tidak lalu makan rindukan kita, rupanya bertambah seronok di sana,” seloroh ibunya.

Profil

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Panggilan: Diana

Tarikh lahir: 22 November 1991

Zodiak: Sagitarius

Asal: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

Keluarga: Anak tunggal

Komersial: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

Antara Drama: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah.

Filem: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut, Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang).

Gambar DIana Danielle Yang PUTIH Seksi

Nabil dan Diana Danielle
Juara Raja Lawak musim kedua ini menjadi pasangan kekasih dalam filem Kecoh Betul!

DALAM diam pelakon dan pelawak Nabil menyimpan perasaan kepada pelakon muda dan jelita, Diana Danielle.

Tidak hairanlah gadis secantik Diana ini pasti menjadi rebutan dan igauan setiap lelaki. Tambahan pula, gadis ini belum ‘dimiliki’ oleh sesiapa. Memang kalau dilihat, gaya Nabil dan Diana itu, sangat menarik sekiranya mereka berpasangan menjadi kekasih.

Namun, ‘Lu fikirlah sendiri’, adakah Nabil layak dengan gadis cantik seperti Diana? Bahkan Nabil sendiri seolah-olah tidak yakin untuk mendekati gadis itu walaupun hatinya menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Dia bimbang sekiranya diluahkan perasaan hatinya, ia tidak akan diterima oleh Diana yang sebenarnya boleh mencari jejaka lebih baik dari dirinya.

Disebabkan perbezaan darjat ini, memang agak kecoh juga ketika Nabil hendak memulakan kata-kata dengan Diana.

Inilah sebahagian daripada cerita dari filem terbaru lakonan mereka berjudul Kecoh Betul arahan S Baldev Singh dan Ikhzal Azfarel.

NABIL gementar pertama kali digandingkan dengan Danielle di layar perak.

Mereka dipertemukan lagi buat kali kedua menerusi filem ini terbitan White Merpati Entertainment (anak syarikat Sri Saheb Productions) yang sebelum ini pernah menghasilkan filem Akhirat.

Kali pertama dua pelakon muda itu digandingkan ialah dalam program raya iaitu Jiran Tetangga Raya yang turut membabitkan Datuk Aziz Sattar dan Saiful Apek. Mereka juga pernah ditemukan dalam majlis anjuran mempromosikan barang kemas Habib. Gandingan dan strategi meletakkan mereka sebagai teraju utama filem ini dilihat bersesuaian dengan populariti yang semakin meledak.

Menerusi Kecoh Betul! Diana memegang watak Dayana manakala Nabil sebagai Aiman. Dayana seorang gadis yang kuat semangat tetapi terjebak dengan kawan yang salah. Biarpun kehidupannya serba mewah, tetapi jiwanya tidak pernah tenteram.

Di alam nyata, Diana mengakui menyenangi sikap Nabil dan mereka cepat serasi apabila berkawan. Bagaimanapun, katanya sambil berseloroh, bukankah Nabil sudah berpunya. Namun begitu, Nabil pula dengan pantas menyifatkan perhubungan dengan Mira (kekasih yang dimaksudkan Danielle) masih baru bermula dan belum boleh dianggap sudah serius

DANIELLE ingin lupakan kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

“Saya sukakan dia (Nabil), tapi tidaklah sampai hendak bercinta. Ini filem sulung yang mempertemukan kami di layar perak. Memang tidak kering gusi kalau berada dekat dengannya dan ada saja benda yang ingin diperkatakannya.

“Dia pun memang berbakat dan berkeyakinan diri yang tinggi,” katanya yang ditemui baru-baru ini di Kampung Baru ketika menjalani penggambaran filem Kecoh Betul!.

Sementara itu, Nabil pula mengakui dia suka memandang pelakon muda itu yang dianggapnya sangat cantik menyebabkan dia sedar siapalah dirinya kalau apabila hendak dikaitkan dengan Diana Danielle.

“Mujurlah kami hanya bercinta di dalam filem. Nak kata saya menyimpan perasaan terhadapnya, ia mungkin mustahil dan tak lebih sekadar angan-angan saja Mana mungkin saya boleh menjadi kekasih hatinya. Saya lihat dia ada kelas tersendiri dan ada orang yang lebih layak mendekatinya berbanding saya,” katanya yang cukup gembira dapat berlakon dengan Datuk Aziz Sattar.

Filem Kecoh Betul menjadi filem keenam lakonan Nabil dan watak Aiman yang dipegangnya adalah karakter dirinya sendiri yang bekerja sebagai budak penghantar surat atau Mat Despatch yang suka membawa motosikal dengan laju. Konflik cerita ini memuncak mengenai kisah meminjam wang daripada Along hingga Dayana diculik.

Paling mengujakan Nabil apabila dapat bergandingan dengan dua pelawak dari generasi berbeza, Aziz Sattar dan Saiful Apek.

Rezeki Diana Danielle dan Nabil mencurah

Biarpun sibuk dengan dunia lakonan, Diana masih sempat mencari masa untuk melaksanakan impiannya sebagai penyanyi. Bahkan, dia kini sedang giat bekerja sama dengan komposer dari Indonesia kerana wawasannya adalah untuk meluaskan kerjaya seninya di negara seberang itu.

Bagi tujuan itu, Diana mendapatkan khidmat daripada Tompi, Glen Fredly dan Pasha dari kumpulan Ungu yang masing-masing berusaha menghimpunkan bahan sesuai untuk dimuatkan dalam album sulungnya nanti.

Apa kurangnya Nabil yang semakin pantas menambat perhatian peminat dunia seni. Namanya menjadi sebutan selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Astro musim kedua. Nabil terus unggul biarpun usia pembabitan belumpun sampai setahun. Bayangkan dalam tempoh singkat, aura jejaka kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini mampu menguasai stesen TV tempatan seperti di TV3, TV9, RTM dan Astro.

Rezekinya memang tidak putus, malah dek kesibukannya, Nabil terpaksa menolak hasrat menjadi pengacara majlis untuk majlis persandingan dan konsert khas sempena perkahwinan Mawi dan Ekin.

Masih mengacarakan Melodi bersama Fara Fauzana dan Wahid Senario, impiannya untuk beraksi di bawah arahan Adlin Aman Ramli menjadi kenyataan apabila dapat berlakon telefilem Sonata Labu Labi.

Selain menghabiskan baki penggambaran filem Kecoh Betul, bermula Januari juga Nabil akan terbabit dengan filem Momok arahan M Jamil. Dia juga akan membintangi filem Man Tera yang menggunakan konsep tiga dimensi atau 3D arahan Bade.

Nabil mempunyai kontrak selapa 18 bulan dengan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) bermula 2009 hingga pertengahan 2010. Bagi tempoh itu, dia akan membintangi tiga filem. Selain filem, Nabil juga akan muncul dengan program Studio Nabil dan program motivasi membabitkan Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah di TV9 tidak lama lagi.

PROFIL: Ahmad Nabil Ahmad

Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik

Umur: 25 tahun

Asal: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan

Idola: Jerry Seinfeld dan Afdlin Shauki

Program kegemaran: Jerry Seinfeld Show, Raja Lawak

E-mel: nabiw_tx@ yahoo.com dan amatnabil@gmail.com

PROFIL: Diana Danielle

Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Tarikh lahir: 22 November 1991

Asal: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

Darah campuran: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)

Keluarga: Anak tunggal

Komersial: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

Drama: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam 9 malam di RTM2)

Filem: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut (belum tayang), Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang)

Wajah terbaru Lord’s Tailor
BUKAN mudah menggabungkan dua personaliti popular ini lantaran masing-masing mempunyai komitmen sendiri. Andai Datuk Siti Nurhaliza kini sibuk dengan statusnya sebagai isteri, Mawi pula semakin sibuk menghitung hari bergelar suami.

Malah, ketika mereka disatukan dalam satu fotografi khas sewaktu perasmian cawangan dan wajah terbaru Lord’s Tailor di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC), yang turut diserikan dengan kehadiran pelakon sedang meningkat, Diana Danielle, baru-baru ini. Siti sempat mengusik penyanyi itu berdarah manis kerana esok Mawi bakal bergelar ‘Raja Sehari’. Mengenakan busana tajaan butik terkemuka itu, aura dan gaya mereka terserlah dengan pesona yang cukup tersendiri.

Elemen populariti sudah lama mendakap kehidupan mereka serta menjadi kegilaan ramai ini mempunyai satu lagi persamaan iaitu tidak dapat lari dan lekang dari kontroversi. Si manis Siti yang sudah lebih sedekad mengharungi asam garam dunia seni, bagaikan sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya.

Bagi Raja SMS, Mawi pula, kontroversi adalah sebahagian rencah kehidupan anak seni.

Sementara pelakon jelita Diana pula, masih cuba menyesuaikan diri dengan kontroversi yang dianggap baru dalam hidupnya. Selama tiga tahun mempertahankan nama baiknya, baru kini nama Diana menjadi buruan media untuk mendapatkan cerita panas berhubung kejadian yang berlaku antara dia dengan bekas kekasihnya, Shamsul Yusof.

Akui Diana, dia memang sangat teruja digandingkan dengan dua nama besar kebanggaan Malaysia ini. Debaran memuncak di hatinya, namun sebagai golongan muda, Dia juga tidak menafikan sering belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Mawi semakin matang

HAMPIR empat tahun bergelar anak seni, banyak yang sudah dilalui oleh bintang yang digilap daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketiga ini. Di awal langkahnya sebagai anak seni, dia agak seperti sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya.

Namun kini, Mawi semakin matang menangani kontroversi yang mendatang. Selain semakin bijak menjawab soalan media, jejaka berusia 27 tahun itu juga tidak mudah melatah dengan provokasi media.

Menurutnya, keputusan untuk berkahwin bukan jalan untuk menutup atau mengelak sebarang kontroversi. Sebaliknya, kata Mawi, berkahwin atau tidak, kontroversi tidak pernah berhenti menyerang seseorang yang bergelar selebriti.

SELEBRITI merasmikan cawangan terbaru Lord’s Tailor di Bangsar, baru-baru ini.

“Saya cukup lali dengan kontroversi. Berkahwin bukanlah jalan penyelesaian kepada kontroversi. Saya percaya masih adalah lagi kontroversi yang dikaitkan dengan saya sekali pun apabila sudah berkahwin nanti,” katanya yang sedih mengenangkan bapanya Ani Ahmad tidak dapat menyaksikan hari bersejarahnya nanti.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu tidak lupa mengundang bekas tunangnya, Nor Diana Mohd Naim serta suaminya Suhaimi Saad ke majlis resipsinya yang bakal diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari depan. Bagaimanapun kata penyanyi itu, kad undangan untuk majlis di Kuala Lumpur masih belum diedarkan lagi.

Dia yang kelihatan segak dengan sut daripada Lord’s Tailor berkata, dengan tempoh pernikahannya kira-kira 24 jam lagi, dia menjadi semakin berdebar lebih-lebih lagi apabila ada yang bertanyakan soalan itu kepadanya.

Siti Nurhaliza idola Diana

BERBEZA dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi, Diana Danielle pula kini sedang rancak dengan perancangan untuk meluaskan bakatnya dalam seni suara pula.

Gadis berusia 17 tahun sedang mengintai peluang pasaran muzik di Indonesia apabila cubaannya sebagai penyanyi kali ini turut menggunakan khidmat komposer terkemuka dari sana seperti Tompi, Pasha (vokalis Ungu) dan Glen Fredly.

Bahkan, Diana juga akan turut memuatkan dua lagu ciptaannya sendiri di dalam albumnya nanti.

Dan, pada 22 Disember nanti, Diana memulakan penggambaran filem Kecoh Betul terbitan Sri Saheb Productions di sisi pelawak generasi baru, Nabil. Menyusul selepas Kecoh Betul, dia meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi filem Magika.

Lebih selesa berbicara soal kerjaya, Danielle secara tulus mengaku mahu menamatkan kontroversinya dengan bekas kekasih, Syamsul Yusof. Katanya, dia tidak mahu cerita itu mengganggu perjalanan seninya.

“Kehidupan harus diteruskan. Yang berlalu biarlah berlalu. Saya mengakui agak melatah dalam berdepan kontroversi ini. Kini, saya semakin kuat dan mula belajar cara terbaik untuk berdepan dengan apa juga masalah mendatang.

“Saya juga kena berhati-hati dalam memberikan kenyataan, apa yang patut di cakap dan sebaliknya. Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang terjadi mematangkan diri saya daripada segi mental dan emosi. Selepas ini, saya tidak boleh terlalu mudah memberikan cinta kepada seseorang dan pengalaman lalu mengajar saya erti kehidupan sebenarnya,” katanya.

Diana berkata Siti Nurhaliza adalah sumber inspirasi kerjaya seninya. Katanya, apa yang mengagumkannya terhadap Siti dan Mawi ialah cara mereka menghadapi pelbagai kontroversi dengan tenang serta tidak emosional.

“Datuk Siti menjadi idola saya dan apa yang pernah dialaminya berhubung soal kontroversi perlu dicontohi hinggakan beliau mampu berjuang mempertahankan kerjaya seninya. Saya melihat kontroversi yang dihadapi oleh Datuk Siti dan Mawi cukup hebat dan teruk tetapi mereka masih mampu tersenyum.

“Kekuatan mereka memberikan motivasi kepada saya untuk terus tegar dalam dunia seni,” katanya penuh makna.

Siti teruja nanti album terbaru

KONTROVERSI kata Siti, adakah lumrah yang perlu dilalui setiap selebriti. Jiwa remaja yang sentiasa bergelora.

“Kontroversi adalah satu perjalanan hidup yang perlu dilalui. Apa saja cabaran yang mendatang perlu dilalui sebaiknya. Apabila sesuatu itu berlaku kepada kita, jangan menoleh kebelakangan sebaliknya teruslah memandang ke hadapan,” kata Siti.

Malah, penyanyi yang sudah lebih dua tahun berumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi pandangan mengenai alam perkahwinan bersama Mawi yang bakal mendirikan masjid bersama Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin, esok.

“Perkahwinan satu tanggungjawab besar. Ketika hidup sendiri kita tidak perlu memikirkan orang lain, apabila sudah kahwin kita perlu memikirkan pasangan kita. Namun, saya yakin Mawi bersedia untuk hadapi semua itu. Sebab itulah dia mengambil keputusan berkahwin.

“Dunia percintaan dan perkahwinan adalah berbeza. Apabila berkahwin, pernikahan itu bermaksud tanggungjawab untuk masa depan. Kita harus menerima apa juga keadaan pasangan seadanya,” kata penyanyi yang bakal muncul dengan album terbarunya yang berkonsepkan tradisional kontemporari pada 27 Disember ini.

Beliau yang sudah lebih empat tahun tidak muncul dengan album berkonsep sedemikian, nyata tidak sabar lagi untuk memperkenalkan album itu. Album yang mendapat khidmat komposer ternama seperti M Nasir, Zul Mahat, Khairy Johari Johar, S Atan, Johan Nawawi, Pak Ngan dan ramai lagi itu memuatkan sebanyak 11 buah lagu.

Kesibukan dengan kehadiran album terbaru dan keadaan kawasan berhampiran tempat tinggalnya di Bukit Antarabangsa yang baru saja ditimpa bencana tanah runtuh menyebabkan penyanyi itu terpaksa melupakan hasrat untuk bercuti ke Amerika Syarikat selama dua minggu yang dijadualkan sebelum pelancaran albumnya.

Bagaimanapun, kata penyanyi itu dia dan keluarga masih merancang untuk bercuti bagaimanapun ia hanya akan dilakukan di pusat peranginan dalam negara saja.

Info Datuk Siti Nurhaliza

# Terus unggul diangkat sebagai Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-11 menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

# Isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K

# Kakaknya, Saida dan adiknya, Saerah juga mengikuti jejaknya bergelar penyanyi.

# 22 November lalu, bapa mentuanya, Muhammad Jiwa Abdullah menyahut panggilan Ilahi akibat sakit tua.

Info perkahwinan Mawi-Ekin

# 20 Disember 2008 – majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, jam 11 pagi

# 20 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, jam 8 malam

# 27 Disember 2008 – konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor, jam 8 malam

# 28 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Mawi di Padang Awam, Felda Taib Andak, jam 2 petang, diikuti persandingan di Dewan Serba Guna, Felda Taib Andak mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang

# 11 Januari 2009 – majlis resepsi istimewa jemputan VVIP dan VIP di Palace of the Golden Horses

Teman Lelaki Baru Diana Danielle
Siapakah Teman lelaki Diana Danielle Terbaru? Cuba teka

Diana Danielle Kini Bebas Tanpa Teman Lelaki
Tatkala pelakon Diana Danielle,17, dan ibunya Norsiah Ramli pulang dari Jakarta pada 9 Disember lalu, ramai yang ingin “memburu” mereka. Yalah, semua nak dapatkan berita terbaru Diana terutama kisah hangat kehancuran cintanya dengan pengarah Syamsul Yusuf, 24, anak jutawan filem terkenal Datuk Yusof Haslam.

Saya juga tidak mahu melepaskan peluang itu kerana Norsiah sudah berjanji mahu bertemu saya melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada saya ketika mereka di Jakarta.

Menuntut janji itu, pada malam Khamis lalu, saya mengaturkan sesi fotografi muka depan Pancaindera untuk Diana Danielle. Hadir ditemani ibu dan rakan-rakannya di studio Utusan, muka Diana agak “muncung” sekejap.

Kata Norsiah anaknya itu baru lepas meluahkan perasaannya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada majlis ulang tahun Lord’s Tailor Brand New Look di Pusat Beli-belah Bangsar, Kuala Lumpur pada sebelah petangnya.

“Dia baru lepas meluahkan perasaan dia tu. Mood dia mungkin tak beberapa bagus,” kata Norsiah. Yalah budak-budak punya perasaan memang tak boleh nak dijangka. Tambahan pula baru putus cinta. Memanglah perasaan dan emosi sentiasa tidak stabil. Saya faham semua itu.

Memberi masa Diana menyedut susu kacang soya, saya bertanya mengenai perasaannya sekarang.

Terus sampuk gadis ini disulam lerek senyuman manisnya yang dia gembira apatah lagi baru pulang dari Jakarta untuk urusan bisnes. Saya tanya lagi. Bagaimana dengan cinta? Lantas jawab gadis ini, cukuplah dengan cinta. Dia tidak mahu bercerita panjang mengenainya lagi.

Saya tambah satu soalan lagi. Masih sakitkah kepala kena tumbuk itu? Sambil memegang bahagian belakang sebelah kiri kepalanya, kata Diana, sakit sudah kurang tetapi kesannya masih ada.

Maksudnya bonjol di kepala itu masih tidak surut. Lalu dia menarik tangan saya untuk membuktikan kata-kata itu benar dan bukannya rekaan. Ketika menyentuh bahagian kepala itu, saya dapat rasakan bonjol sebesar biji guli. Mungkin itulah tempat yang Diana dakwa ditumbuk oleh Syamsul.

“Rasa tak bonjol tu? Sampai sekarang masih ada,” katanya sebelum kami meneruskan temu bual di bilik mekap sambil wajahnya dicantikkan jurusolek Zulfazli.

Serik untuk bercinta

Peristiwa pada malam 26 November lalu adalah titik yang dianggap hitam dalam hidup Diana Danielle. Selama 17 tahun hidup di dunia ini, itulah pertama kali dia menerima dugaan yang dianggapnya dahsyat di alam percintaan.

Berdasarkan laporan akhbar, Diana mendakwa ditumbuk lima kali oleh Syamsul hanya kerana cemburu. Cemburu dalam percintaan itu adalah perkara biasa. Itu tandanya sayang tapi kalau cemburu yang berlebihan, inilah jadinya.

Dek kerana tak tahan dengan cemburu yang dianggap keterlaluan itu, maka pada malam itu ternoktahlah hubungan cinta yang disemai selama tiga tahun. Diana anggap ia bagaikan sebuah mimpi ngeri. Masakan seorang perempuan bawah umur sepertinya itu diperlakukan seperti itu?

Tetapi benda dah jadi. Benda dah berlaku. Yang penting Syamsul sudah memohon maaf dan mengakui kesilapannya bertindak kasar terhadap Diana. Dan adakah kata-kata kemaafan daripada Diana berhubung perkara itu?

“Saya maafkan dia. Tak ada apa-apa masalah sebab benda ni dah pun berlaku. Saya tak mahu ia dipanjangkan lagi kerana saya menghormati keluarganya terutama sekali Datuk Yusof dan Datin Fatimah,” ujar Diana.

Dan yang lebih penting Diana mengakui dia sudah serik untuk bercinta. Buat masa ini dia mahu melupakan perasaan untuk mempunyai kekasih. Bukan bermakna suatu hari nanti dia akan terus menjadi orang bujang tetapi buat masa ini untuk mencari mereka yang bergelar teman istimewa itu masih belum terbuka.

Selain takut peristiwa itu berulang semula, yang paling penting Diana menganggap usianya masih muda. Bukan masanya untuk mencari cinta sebaliknya dia perlu memberi tumpuan terhadap masa depannya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

“Tak mahulah bercinta. Saya nak bagi tumpuan dalam bidang seni dulu. Cukuplah saya dah lalu perjalanan hidup sebagai orang yang ada kekasih,” katanya.

“Sumpah tak ada orang lain”

Gadis secantik ini tipulah kalau tak ada orang yang berkenan. Hendak pula baru putus cinta. Tak keterlaluan kalau dikatakan ramai yang sanggup “berbaris” untuk memikat hati Diana.

Ujar gadis ini, dia kecewa apabila ada desas-desus mengatakan Diana menjalinkan hubungan dengan orang lain sehingga sanggup memutuskan percintaannya dengan Syamsul itu. Sambil mengangkat tapak tangan, ujar Diana, dia masih single. Tak ada kekasih, tak ada teman lelaki.

“Sumpah, saya tak ada orang lain. Bukan juga orang ketiga yang seperti yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan saya dengan Syamsul itu,” katanya.

Melihat kepada usianya yang masih muda ketika dilamun percintaan, ujar Diana dia kesal kerana terlibat dalam dunia percintaan sewaktu masih mentah. Apabila tiada kematangan di dalam sesebuah perhubungan, maka ia tidak mampu untuk kekal lama.

Dan hari ini apabila usianya semakin meningkat, Diana menganggap bagaikan membuang masa jika bercinta pada usia awal.

“Saya masih muda. Buat apa nak bercinta awal. Dulu tak nampak tetapi sekarang saya dah nampak dah haluan saya,” jelasnya.

Dan hari ini Diana gembira apabila kehidupannya tidak lagi dikongkong oleh sesiapa. Tiada lagi lelaki yang hendak mengawal setiap pergerakannya.

Yang lebih penting hari ini masa yang terluang dapat digunakan untuk bersama rakan-rakan selain melibatkan diri dalam aktiviti lain yang lebih berfaedah. Suka kegiatan lasak seperti rock climbing, akui Diana dia lebih santai memenuhi masanya dengan aktiviti seperti itu.

“Sekarang ini jika ada masa terluang saya banyak habiskan dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan mengeluarkan peluh. Memang sekarang ini saya gembira dan bahagia sangat dengan cara itu,” jelasnya.

Nak pindah ke Jakarta

Membuat satu keputusan yang agak mengejutkan. Diana dan ibunya berhasrat untuk berpindah dan menetap di Jakarta, Indonesia pada tahun hadapan. Bukan kerana kecewa dengan percintaannya itu tetapi ada sebab berbuat demikian.

Dengan penuh bangga Diana dan ibunya mempunyai banyak perancangan yang hendak dilakukan di negara jiran itu terutamanya dalam usaha meningkatkan lagi kerjaya Diana.

“Kami nak tinggal sana tak lama. Dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun saja,” katanya?

Selepas berada beberapa hari di negara itu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, Diana dan ibunya sudah dinasihati untuk berada di Jakarta dalam tempoh yang agak panjang kerana gadis ini akan digilap menjadi bintang popular di negara itu.

Kata Diana, selepas berjumpa dengan Octave, komposer hebat di Jakarta, komposer itu sudah bersetuju untuk mengambilnya menjadi artis rakaman di negara tersebut.

Mengikut perbincangan awal, komposer tersebut berhasrat menerbitkan album Diana yang memakan masa antara empat hingga enam bulan termasuk tempoh rakaman dan juga promosi.

Dan jika hasrat itu terlaksana, maka keputusannya ialah terpaksa meninggalkan negara ini buat seketika semata-mata mahu menguruskan projek besar itu.

“Dah lama saya nak jadi penyanyi. Bila ada komposer sana yang sanggup untuk menaikkan nama saya di Indonesia, saya harus merebut peluang itu dengan sebaik mungkin.

“Masa buat rakaman suara di sebuah studio di Jakarta, komposer tersebut berpuas hati dengan tahap pencapaian suara saya,” katanya.

Bukan bermaksud mahu meminggirkan kebolehan produk yang dihasilkan negara ini tetapi Diana mahu meluaskan empayar seninya. Sebab itulah dia memilih Jakarta sebagai permulaan.

Dan yang pasti jika penghasilan album itu nanti berjalan lancar, ia akan turut diedarkan di Malaysia.

Diana Danielle yang kesal tindakan Syamsul Yusof Menumbuknya
Saya sudah maafkan dia, tapi tak dapat terimanya seperti dulu lagi. Saya trauma dan masih terkejut,” kata pelakon jelita, Diana Danielle yang kesal dengan tindakan pengarah muda, Syamsul Yusof, 24, mengasarinya.

Pada 28 November lalu, Diana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang mendakwa Syamsul mengasarinya dalam satu pertengkaran di rumahnya, dua hari sebelum itu.

Diana mendakwa ditumbuk lima kali hingga cedera di telinga dan kepalanya.

“Dia cuba tumbuk muka, tapi saya mengelak menyebabkan tumbukan itu terkena kepala dan telinga. Bagaimanapun, pergaduhan kami dileraikan ibu saya (Norsiah Ramli) dan anggota keluarga lain yang berada di rumah.

“Akibat serangan itu, saya lebam di kepala dan telinga. Laporan polis yang saya buat bukan berniat mendakwa Syamsul, sebaliknya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Ditanya adakah dia merancang menarik semula laporan polis itu, Diana ternyata enggan melakukannya.

“Saya tidak akan tarik balik laporan itu kerana apa pula kata keluarga saya kelak kerana mereka menyaksikan kejadian itu. Lagipun, saya bukan mahu mendakwanya, sebaliknya laporan itu bertujuan mempertahankan diri.

“Seumur hidup, saya tidak pernah dikasari sebegini meskipun daripada ibu sendiri. Apabila Syamsul bertindak sedemikian, saya cukup terkilan.

“Kalau boleh saya tak mahu bercakap lagi soal ini kerana tak mahu kenyataan saya mengguris hati pelbagai pihak, tambahan pula saya amat menghormati Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail yang sudah saya anggap sebagai ibu bapa sendiri,” katanya.

Diana berkata demikian ketika hadir pada majlis Lord’s Tailor Brand New Look sempena ulang tahun ke-34 butik berkenaan di Pusat Beli-belah Bangsar di sini, semalam.

Kehadirannya pada majlis itu yang pertama sejak kejadian itu dilaporkan.

Pada 4 hingga 9 Disember lalu, pelakon yang melonjak melalui drama Air Mata Maria itu bersama ibunya ke Jakarta menguruskan pembikinan album sulungnya yang bakal memasuki studio sekitar April 2009.

Dalam temubual semalam, Diana agak keberatan berkongsi punca sebenar pergaduhan mereka meskipun terdengar desas-desus Syamsul mencemburui keakraban kekasihnya itu dengan jejaka bernama ‘Daniel’.

Selain itu, Syamsul juga dikatakan tidak menyenangi persahabatan antara Diana dengan vokalis kumpulan Matta, Sonu.

“Saya pun tak tahu apa yang menyebabkan dia marah. Apa yang boleh saya katakan, masalah kami terlalu rumit.

“Pada hari kejadian, kami baru pulang daripada makan malam dan tak dinafikan berlaku pergaduhan kecil sebelum dia menyerang saya.

“Untuk pengetahuan, Daniel kawan lama saya. Sementara Sonu pula, perbualan kami hanya berkaitan hal muzik kerana pada rancangan awal, dia sepatutnya menghasilkan lagu untuk dimuatkan dalam album saya.

“Saya sendiri ada berbincang mengenai hal ini dengan Syamsul dan dia setuju. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya tak jadi menggunakan lagu Sonu dan digantikan dengan lagu Tompi,” katanya.

Diana juga menafikan Syamsul yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu adalah kekasihnya, bagaimanapun mengakui pelakon dan pengarah muda itu teman rapatnya.

“Saya tak mahu mengklasifikasikan hubungan kami sebagai cinta kerana saya masih muda untuk memikirkan soal itu. Namun, saya tidak nafikan hubungan kami rapat.

“Saya juga harap Syamsul dapat menghadapi keadaan ini dengan tenang dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.

aRTIS MALAYSIA INDONESIA GLAMOR
Serampang dua mata Diana Danielle, Dafi dan dua bintang Indonesia, Kiky Rizky dan Dimas

DIANA Danielle dan Dafi, dua artis tempatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi sedang rancak menempa nama dan mencipta populariti dan kelibat mereka sentiasa dinanti-nantikan.

Gandingan mereka berdua yang dilihat bagaikan sama comel sama padan hingga pernah disatukan menyanyikan semula lagu My Heart dendangan Irwansyah dan Acha Septriasa di beberapa acara dan persembahan seperti di majlis Rafflesia dan Suria.FM.

Umum mengetahui, nama Danielle agak panas kebelakangan ini gara-gara berakhirnya riwayat cinta selama tiga tahun yang pernah terjalin di antaranya dan anak pengarah tersohor, Syamsul Yusof. Semuanya berbalik kepada insiden Syamsul yang didakwa menumbuk bahagian kepala dan telinga Danielle pada hujung November lalu.

Enggan mengimbas kembali espisod hitam itu, Danielle baru saja kembali daripada Jakarta dengan mama tersayang, Norsiah Ramli. Bukan kerana membawa hati yang lara seperti yang dilaporkan sebelum ini, cuma kebetulan apa saja yang berlaku mengikut seperti yang dirancang.

Hakikatnya, Danielle baru saja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan pemergiannya ke sana atas urusan merencanakan album nyanyiannya menggunakan khidmat komposer seperti Tompi, Glen Fredly dan Pasha (Ungu).

Dari kiri Diana, Dafi, Dimas dan Kiky.

Dafi pula bakal menginjak usia 20 tahun pada 14 Disember ini dan akan diraikan peminatnya pada tarikh itu di Menara Kuala Lumpur. Bukan itu saja, pada tarikh itu juga album sulung Dafi terbitan dan edaran KRU bakal dilancarkan dan ia umpama hadiah hari lahir yang cukup bermakna kepadanya.

Demi kelainan fotografi kali ini menampilkan dua bakat baru yang masih segar dari negara seberang iaitu Dimas Beck dan Kiky Rizky di sisi Danielle dan Dafi. Mungkin pembaca di luar sana tertanya-tanya apa signifikan gandingan mereka dilakukan.

Mereka kini mempunyai misi serampang dua mata yang patut dipuji apatah lagi dek usia mereka yang masih muda remaja.

Dafi yang kini sudah menjadi sebutan di Indonesia impak kolaborasinya dengan penyanyi Gita Gutawa mencipta fenomena luar biasa. Bayangkan impak lagu Dua Hati Menjadi Satu paduan vokal kedua-dua penyanyi itu menjadi sebutan dan populariti mereka seiring dengan jenama ais krim, Wall’s Cornetto itu memuncak di dua negara serumpun ini.

Begitu juga dengan Danielle yang sangat positif untuk melebarkan sayapnya di Indonesia sebagai penyanyi dan mencuba mengintai pasaran di sana.

Begitu juga dengan Dimas dan Kiky yang ingin melakukan perkara yang sama seperti Danielle dan Dafi, yakni meluaskan empayar mereka di Malaysia. Posisi mereka semua ibarat satu transisi budaya serta pertukaran dua buah negara dalam satu objektif memperkasakan dunia seni.

Enggan kenang episod hitam

ANDAI rencana untuk melebarkan sayap ke seberang menjadi kenyataan, mungkin gadis kacukan ini bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni tempatan. Bagaimanapun kata gadis manis ini terlalu awal untuk berbicara lanjut mengenai projek albumnya kerana semuanya masih lagi dalam perancangan.

Kata Danielle, dia meninggalkan tanah air bukan kerana membawa hati nan lara. Episod hitam itu katanya, sudah dibuang jauh-jauh dari kotak fikirannya. Ini bukan waktunya untuk menyingkap kembali kenangan memedihkan. Malah, kala diminta mengulas lanjut hal berkenaan, dia enggan.

“Tidak ada kepuasan andai saya terus berbicara hal itu,” kata Danielle lembut.

Bagaimanapun kala ditanya perasaannya terhadap bekas kekasih hati gadis manis itu dengan jujur berkata, perasaan sayang masih ada namun gejolak cinta sudah tidak ada lagi.

Insiden itu tidak membuatkan dirinya serik untuk kembali bercinta. Bagaimanapun, saat ini dia lebih senang sendiri menumpukan 100 peratus fikiran pada kerjaya tanpa perlu mencampuradukkan lagi soal cinta.

“Mungkin terlalu awal untuk saya bercerita mengenai rencana rakaman album di sana. Tetapi berdasarkan perbincangan dengan sebuah syarikat rakaman gergasi di sana, mereka menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka.

“Memang keberatan untuk meninggalkan kerjaya lakonan di sini kerana ia sudah sebati dengan jiwa saya. Tetapi memikirkan peluang yang lebih besar, kenapa harus saya tolak.

“Lagipun saya memang minat menyanyi sejak dulu lagi. Persepsi saya terhadap masyarakat Indonesia juga berubah. Sebelum ini, kita sering mendengar sungutan betapa susahnya untuk menembusi industri muzik di sana tetapi tanggapan itu hilang kerana mereka menerima baik kehadiran saya,” katanya.

Danielle sedar saingan di sana cukup sengit. Namun bersandarkan komposer terkenal yang dijanjikan syarikat berkenaan, dia yakin kehadirannya bakal diterima peminat Indonesia.

Seandainya impiannya itu terlaksana, Danielle tidak akan sesekali melupakan Malaysia. Andai ada kesempatan dan ruang, dia akan terus aktif memenuhi undangan di tanah air.

Kerjaya semakin gemilang

BAGI Dafi, peluang sudah terbentang luas kepadanya dan ia harus dimanfaatkan sebaik mungkin demi melengkapkan trek perkembangan seninya yang dilihat semakin bercambah.

Menurut Dafi, album sulungnya yang menggunakan namanya akan dipasarkan di Indonesia selepas ia direalisasikan terlebih dulu di Malaysia.

Melihat kerjasama yang terjalin antaranya dengan penggiat seni di Indonesia seperti Gita Gutawa serta komposer Yovi Widyanto dan Badai (anggota Kerispatih) satu usaha yang molek, Dafi mengharapkan sinar berpanjangan menyebelahi dirinya kelak.

“Peluang datang sekali dan sudah ada di depan mata, lalu Dafi harus menghargainya. Tidak semestinya apa yang Dafi kecapi kini, akan datang lagi pada masa mendatang. Hasrat Dafi setinggi gunung. Sebagai permulaan Dafi dapat mengembangkan bakat seni ke Indonesia dan siapa tahu ke depan nanti, Dafi mampu ke peringkat Asia dan seluruh dunia.

“Kita hanya merancang, berkat usaha dan izin Tuhan, ia mungkin boleh menjadi kenyataan,” katanya yang bakal muncul dengan iklan mempromosikan sebuah produk bersama aktres Sharifah Amani. Iklan itu akan dimainkan di Malaysia dan Indonesia.

Satu kebanggaan dirinya kini apabila lagu nyanyiannya turut dimuatkan di dalam album runut bunyi pelbagai filem dan ia satu landasan terbaik bagi Dafi untuk terus diingati. Sebagai contoh lagu Bila Terasa Rindu dimasukkan di dalam kompilasi album runut bunyi filem Duyung, Dua Hati Menjadi Satu (Love), Lemah (Cicak-Man 2: Planet Hitam) dan Seumur Hidup (Notti, dulunya dikenali sebagai Jin Notti).

“Dafi turut menyanyikan dua buah lagu untuk filem Sayang You Can Dance. Satu lagu duet dengan Ebi berjudul Kawan-Kawan dan lagu solo, Baby Harus Bersama. Kedua-dua buah lagu itu hasil ciptaan komposer Ajai. Filem ini, insya-Allah akan ditayangkan pada Mac 2009,” kata Dafi yang menganggap peluang berentap di separuh akhir Muzik-Muzik kategori Balada menyanyikan lagu Bila Terasa Rindu sebagai pengalaman terindah untuk dikenang biarpun gagal membolosi ke peringkat akhir.

Seperti kenyataan Dafi sebelum ini, dia tidak menolak peluang dan tuah andai dapat berduet atau berlakon dengan Danielle.

Kata Dafi lagi, dia pernah bertemu dengan Dimas di Jakarta ketika muncul dalam program Inbox yang dihoskannya. Biarpun pertama kali bertemu Kiky Rizky, satu kebetulan Dafi menyambut hari lahir pada 14 Disember ini manakala Kiky pada 15 Disember. Peluang bercuti daripada pengajian diploma Bunyi dan Muzik di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya digunakan sebaik mungkin baginya untuk mempromosikan album sulung. Dafi dijangka memulakan kembali pengajiannya sekitar Januari atau Februari ini.

Kiky mahu cipta nama di Malaysia

INI kali kedua, Kiky Rizky atau nama sebenarnya Moch Rizky Dradjat Martha datang ke Malaysia. Kali pertama sewaktu menghadiri majlis persandingan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Bersahabat baik dengan Bunga, wajah Kiky acap kali dikatakan iras kepada suami Bunga itu.

Anak kacukan Boston, Amerika Syarikat (sebelah bapa) dan Bandung, Indonesia (ibu) ini sudah dua tahun mendekatkan diri dalam liga seni. Drama Olivia lakonannya kini sedang disiarkan di RTM2 dan akui Kiky, dia mula dikenali sejak berlakon drama Doo Bee Doo. Menyahut peluang yang diberi untuk mencipta nama di Malaysia, Kiky akur kepada soal ketentuan dan tuah.

“Saya hanya mahu mencuba nasib di Malaysia, melebarkan sayap. Peringkat permulaan saya mungkin mahu dikenali sebagai pelakon, tapi kalau ada rezeki untuk saya bergelar penyanyi atau hos di Malaysia, apa salahnya. Ia bukan angan-angan kosong, sebaliknya diiringi doa, usaha dan ikhtiar, siapa tahu Tuhan akan membuka jalan. Ini satu persaingan sihat dan terbuka, peluang dan kesempatan yang ada ini harus diambil positif.

“Senior kami seperti Rossa, Krisdayanti dan ramai lagi sudah mencipta nama di Malaysia. Sebagai menyambung tradisi mereka, saya ingin mengikut jejak mereka.

Guna khidmat komposer tempatan

MELIHAT Acha Septriasa dan Irwansyah ligat mencipta nama di Malaysia. Anak muda berusia 20 tahun ini mula memasang angan-angan untuk menembusi pasaran di sini. Impiannya bertambah kuat apabila rakan baiknya Afgan pula berjaya menembusi pasaran Malaysia.

Mengenangkan tiada produk yang boleh dipromosikan, jejaka kacukan British dan Indonesia memendamkan hasrat itu terlebih dulu. Namun, dia tidak menyangka peluang itu datang begitu pantas apabila pengurusnya bertemu dengan Bill Bora yang kebetulan berada di Jakarta membawa Diana Danielle.

Kebetulan Dimas yang turut bergelar pelakon, baru saja meluncurkan single berjudul Ada Kamu. Justeru, kesempatan itu digunakan untuk mempromosikan singlenya yang sudah pun diputarkan di radio di tanah kelahirannya.

“Saya cukup teruja mendapat peluang ke sini. Impian itu memang sudah lama dicita-citakan tetapi tidak menyangka peluang itu datang begitu cepat.

Profil Diana Danielle

* NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson

* TARIKH LAHIR: 22 November 1991

* ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

* DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)

* KELUARGA: Anak tunggal

* PENDIDIKAN: Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 11 hingga 27 November depan

* KOMERSIAL: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

* DRAMA: AirMata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam9 malamdi RTM2)

* FILEM: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut (belum tayang), Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang)

Profil Dafi

* Nama sebenar: Gadaffi Ismail Sabri

* Umur: 19 tahun

* Asal: Petaling Jaya, Selangor

* Tarikh Lahir: 14 Disember 1988

* Tinggi: 168 sentimeter

* Hobi: Menyanyi, melepak

* Penyanyi idola: Justin Timberlake

* E-mel: writetodafi@yahoo.com.my

Profil Kiky Rizky

* Nama sebenar: Moch Rizky Dradjat Martha

* Tarikh lahir: 15 Disember 1983

* Umur: 25 tahun

* Bilangan adik beradik: Anak bongsu daripada dua beradik

* Drama: Doo Bee Doo, Olivia, Hikmah 3, Pengen Jadi Bintang, Cerita SMA

* Filem: Sebelah Mata

* Iklan komersial: Green Sands, Sprite dan Nokia 3250

* Emel: freeze_illussion@yahoo.com

Profil Dimas Beck

* Nama Sebenar: Dimas Kahlil Sudoyo Beck

* Tarikh lahir: 8 Mei 1988

* Umur: 20 tahun

* Bilangan adik beradik: Anak bongsu dari tiga beradik

* Drama: Doo Bee Doo, Mimpi Si Anak Yatim, Sisi Putri Duyung, Bila Jatuh Hati

* Filem: Apa Artinya Cinta, Lentera Merah, Bukan Bintang Biasa The Movie

Gambar Anak Diana Danielle
Eh betulke ni anak diana. Siapa Ayahnya, Syamsul ke?

Untuk pengetahuan ini bukan adik atau anak diana tapi anak angkat Diana Danielle.

Mohon maaf kepada Diana Danielle
Pengarah muda berbakat, Shamsul Yusof kesal, mohon maaf kepada Diana Danielle dan ibunya

DARI tutur bicaranya terkesan nada kesal atas insiden hitam mengasari bekas teman wanitanya, Diana Danielle. Banyak yang bersarang di sudut hatinya namun cuma secebis mampu dikongsi, selebihnya pelakon dan pengarah muda, Shamsul Yusof selesa menyimpan rentetan peristiwa hingga mengundang titik hitam dalam hubungan tiga tahunnya dengan Diana sebagai sesuatu yang peribadi.

Pada pertemuan lewat petang Khamis itu, Shamsul kurang berbicara malah kebanyakan soalan enggan diulas lanjut kerana niatnya cuma satu, tidak mahu memanjangkan isu yang akhirnya mengeruhkan hubungan baik antara dua keluarga.

Awal perbualan, Shamsul mengakui berlaku perselisihan antara mereka berdua sehingga mengundang pertengkaran menyebabkan dia hilang sabar lalu melakukan kekasaran terhadap Diana.

Katanya kesal, dia mengaku bersalah atas apa yang berlaku malah dengan rendah diri memohon maaf kepada Diana dan ibunya, Norsiah Ramli kerana tidak dapat mengawal diri.

“Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Sepatutnya sebagai lelaki saya bersabar tetapi apa boleh buat, perkara sudah terjadi.

HUBUNGAN cinta pasangan ini sudah berakhir.

“Memang saya bersalah kerana gagal mengawal diri pada hari kejadian. Selama tiga tahun menjalin hubungan, perselisihan faham itu lumrah tetapi saya mampu bersabar dan tidak pernah berkasar dengan Diana,” katanya.

Ditanya punca sebenar kejadian, Shamsul, 24, berkata, ia terlalu peribadi untuk dikongsi umum bahkan enggan mengulas saat disuakan pertanyaan sama ada berlaku provokasi sehingga membuatkan dia bertindak seperti itu.

Sebaik mungkin, kata pengarah serta pelakon Evolusi KL Drift ini, dia enggan memanjangkan lagi isu itu kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan keluarga antara kedua-dua belah pihak.

“Apa yang sebenarnya terjadi cukup jika hanya kami berdua dan keluarga yang tahu. Saya tidak mahu jika sekali membuka mulut, ia akan berpanjangan.

YUSOF dan Fatimah sudah menganggap Diana dan ibunya, Norsiah sebagai keluarga sendiri.

“Saya hanya akan bercerita jika dipanggil polis untuk memberikan keterangan. Lagipun, saya sendiri sudah menghubungi Diana serta meminta maaf kepada dia dan ibunya atas apa yang berlaku,” katanya.

Ditanya reaksinya apabila mendapat tahu Diana membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, Shamsul berkata, dia agak terkejut apatah lagi laporan hanya dibuat selepas beberapa hari peristiwa itu berlaku.

Jauh di sudut hati, kata Shamsul, dia berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik terutama apabila mengenang keakraban keluarga mereka sepanjang dia bersama Diana.

“Banyak yang tidak dapat saya ceritakan kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Keluarga juga kalau boleh tidak mahu isu ini terus diperbesarkan dan saya harap semua pihak memahami,” katanya.

Ditanya status hubungannya dengan pelakon muda berusia 17 tahun itu, Shamsul berkata, ia sudah berakhir apabila Diana sendiri meminta supaya percintaan mereka ditamatkan.

“Dia cakap minta putus, apa lagi saya saya mampu lakukan? Saya terima jika itu yang dimintanya. Saya masih menyayanginya tetapi hanya sebagai kawan.

“Tetapi jika ditanya mengenai kembali bekerja dengan Diana, saya tidak tahu lagi. Perkara itu perlu saya fikirkan kerana banyak yang saya kena pertimbangkan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan berlaku pertelingkahan antara Shamsul dan Diana dipercayai gara-gara kehadiran orang ketiga pada satu kejadian di kediaman gadis berdarah kacukan Inggeris-Melayu itu di Ampang.

Susulan kejadian itu, keluarga Diana membuat laporan polis malah gadis itu juga nekad memutuskan hubungannya dengan anak pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu.

Gelombang cinta remaja

Sementara itu, Yusof yang turut bersama pada pertemuan di kediaman mereka di Taman Malawati, Hulu Klang, menyifatkan insiden yang berlaku sebagai ‘gelombang cinta remaja’ yang ada pasang dan surutnya.

Nasihatnya supaya Shamsul dan Diana menumpukan perhatian kepada karier masing-masing tanpa perlu menyimpan dendam atau amarah atas apa yang berlaku.

Katanya, industri hiburan tempatan terlalu kecil dan lambat laun mereka pasti bertemu semula, justeru, tidak perlu ada permusuhan.

Biarpun agak terperanjat dengan tindakan Diana yang membuat laporan polis berhubung insiden itu, Yusof tidak sesekali menyalahkan gadis itu.

“Mungkin situasi Diana yang agak emosi membuatkan dia bertindak demikian. Shamsul pula, sebagai lelaki apa pun yang berlaku dia tidak sepatutnya mengasari Diana sekali pun jika ada provokasi.

“Saya melihat kejadian ini tidak lebih sebagai satu hubungan yang patah kandar ketika di pertengahan jalan. Sekali pun saya berharap mereka menumpukan perhatian kepada karier tetapi saya tidak dapat menolak kehendak anak muda seperti mereka untuk bercinta.

“Cuma saya berharap kesilapan ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Tambah Yusof, dia berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik seperti menarik rambut dalam tepung dan mengulangi pendiriannya, untuk tidak menyalahkan sesiapa.

“Ia perkara kecil cuma menjadi isu besar apabila kejadian ini dilaporkan kepada polis. Shamsul juga sudah memohon maaf dan saya berharap mereka ikhlas memaafkan kesilapannya,” katanya.

Sementara itu, ibu Shamsul, Datin Fatimah Ismail berharap, Diana dan ibunya akan menarik balik laporan polis yang dibuat kerana dia menyayangi gadis itu seperti anaknya sendiri.

Katanya, mereka masih berhubung menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah sempat mengirimkan ucapan terima kasih ketika Diana dan ibunya mahu berlepas ke Jakarta, Indonesia kerana bersikap matang dalam mengendalikan insiden itu.

“Kalau Diana tidak mahu berkawan dengan Shamsul lagi tidak mengapa. Cuma saya harap keluarga kami tidak bermusuhan kerana kami sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

“Ini hal budak-budak tetapi sebagai ibu, saya tetap bersedih apabila melihat betapa susahnya perjalanan Shamsul untuk menuju kejayaan dalam apa yang dilakukannya,” katanya.

Mereka AKhirnya Berpisah – Diana syamsul

Dulu Kawan kekasih akhirnya berpisah Diana Syamsul
Meskipun dianggap peminat sedang bercinta, Syamsul dan Diana lebih selesa sebagai teman rapat

TIADA kata secantik bahasa. Tiada cinta secantik kasih dan sayang. Begitu sukar membuka mulut pasangan dua sejoli, Diana mahupun Syamsul membuat pengakuan, mereka kini sedang dilamun cinta. Tiada cinta, tapi kasih dan sayang antara kedua-duanya sedang disemai dan dibaja supaya tumbuh segar di laman asmara. Bunyinya pelik, tapi itulah yang terjadi dalam hubungan rapat antara aktres Pan-Asian, Diana dengan anak teruna Datuk Yusof Haslam, Syamsul.

“Dalam meniti usia 17 tahun, istilah bercinta saya takut nak cakap. Tapi, saya tidak mampu menyembunyikan hubungan rapat dengan Syamsul. Justeru, terpulanglah kepada masyarakat di luar sana membuat tafsiran sama ada kami bercinta atau sekadar teman rapat. Yang penting, ketika ini tumpuan saya hanyalah kepada peperiksaan SPM yang bakal tiba tidak lama lagi,” kata Diana yang tidak lagi berahsia seperti dulu.

Pada masa sama, Diana turut dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan beberapa aktor popular seperti Iqram Dinzly, Dafi Akademi Fantasia 5 (AF5) dan Nabil Raja Lawak Astro apabila mereka sering menjayakan sesi fotografi bersama, selain berlakon. Itu belum dikira gosip cintanya dengan Sunu dari kumpulan Matta sedikit masa lalu. Terdengar desas-desus hubungan Diana dan Syamsul sering berantakan dengan gosip berkenaan.

“Syamsul susah nak merajuk, lagipun dia perlu faham kita sama-sama berada dalam industri yang sama. Tapi, lumrah apabila kita berkawan rapat, kadang-kadang timbul perasaan cemburu, kalau tak kena gaya, kita boleh berasakan diri kita dikongkong. Namun, semuanya hanya sementara saja. Bagi saya, Syamsul terlalu mengambil berat mengenai diri saya, dia tidak mahu saya melakukan sebarang kesilapan.

“Justeru, ada kalanya Syamsul risau mengenai perjalanan seni saya. Namun, dia perlu memahami saya masih muda. Saya berkawan dengan ramai orang termasuk artis lelaki. Saya dapat rasakan, mula-mula mungkin Syamsul berasakan kedudukannya sebagai teman baik agak tergugat, tapi selepas beberapa lama, dia boleh menerima diri saya seadanya,” katanya lagi.

Apa komen Diana apabila ada situasi di mana artis popular pernah dilihat cuba mendekati diri Syamsul sekalipun dia tahu bahawa Diana dan Syamsul memang berkawan rapat?

“Memang pernah berlaku situasi berkenaan, tapi itu cerita lama. Tapi, saya tak mampu berbuat apa-apa, terpulanglah kepada kejujuran Syamsul. Sepanjang mengenali Syamsul, dia bijak membuat pertimbangan. Apa yang berlaku sebelum ini sekadar dugaan dalam persahabatan. Saya pun sudah melupakan perkara itu,” kata Diana yang akhirnya setuju memberi sedikit ulasannya.

Beraya di Taiping, Perak

Bagaimana pula dengan gosip yang tersiar di B*Pop terbitan 14 September lalu yang mendakwa Diana mengamuk di lokasi penggambaran Farah Syakirah selepas menjadi mangsa curi apabila barang kemasnya dicuri oleh seorang pelakon baru, adakah pelakon berkenaan sudah memulangkan semula barang milik Diana?

“Hati siapa yang tak sakit apabila barang kita kena curi? Pun begitu, saya kecewa kerana sehingga hari ini tidak ada seorang pun yang mengaku bertanggung jawab di atas kehilangan barang kemas itu. Kita pun masih berada di bulan baik hari baik, jadi saya halalkan saja barang kemas yang ‘diambilnya’ itu,” kata Diana tidak menafikan kebenaran gosip berkenaan.

Mengenai Aidilfitri pula, Diana bersama ibunya pulang berhari raya di Taiping, Perak untuk beberapa hari saja. Pun begitu, dia tidak berselindung apabila memberitahu sebaik pulang dari kampung dia akan berhari raya di rumah Datuk Yusof, sekali gus mengakui: “Itu tak boleh miss, perkara wajib!”

Bercakap mengenai projek terbarunya selepas SPM dan menjelang 2009, Diana mengakui ada tiga filem menantinya, tapi masih di peringkat perbincangan, selain beberapa komersial TV dan duta produk.

Syamsul tak pernah kongkong Diana

Sementara itu, Syamsul juga seolah-olah sudah berpakat dengan Diana apabila berbicara mengenai status perhubungan mereka apabila sekadar memberitahu agak keterlaluan jika melabel hubungannya bersama Diana sudah memasuki fasa percintaan.

“Diana terlalu muda, lagipun dia masih belajar. Takkan saya nak mengaku saya bercinta dengan budak sekolah, tak manis bunyinya. Yang penting, kami serasi, rapat dan boleh berkongsi apa saja masalah, tiada rahsia antara kami,” jelas Syamsul yang sekurang-kurangnya melerai status perhubungannya bersama Diana.

Ura-ura Syamsul terlalu mengongkong Diana, apa yang boleh anda jelaskan: “Saya tidak pernah mengongkong Diana sepanjang perkenalan kami. Tapi, tidak dinafikan, saya terlalu mengambil berat mengenai dirinya. Berselisih faham, bergaduh sikit-sikit dan ada-kalanya kami merajuk, itu perkara biasa. Sebenarnya apabila berlaku dugaan seperti itu, ia lebih merapatkan lagi perhubungan kami, lebih kenal hati budi masing-masing.”

Mengenai persiapan raya, Syamsul berkata dia menyambut lebaran di Kuala Lumpur saja, namun mengakui, jika ada masa terluang, dia pasti menjenguk Diana dan keluarganya di Taiping.

Selepas Aidilfitri pula, Syamsul sibuk dengan proses terakhir Bohsia dan perancangan pra-produksi penghasilan Evolusi KL Drift 2. Difahamkan mengenai sekuel filem aksi berkenaan, Syamsul akan mengekalkan beberapa pelakon utamanya dan dalam masa sama, ada seorang dua pasti digugurkan.

“Saya akan melakukan sedikit perubahan pada barisan utama Evolusi KL Drift 2. Apabila ada pelakon yang digugurkan, saya sebenarnya memberi peluang kepada muka baru. Jadi, kepada mereka yang tidak tersenarai, janganlah berkecil hati,” katanya mengakhiri bicara.

Info Diana Danielle

NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson

TARIKH LAHIR: 22 November 1991

ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)

KELUARGA: Anak tunggal

PENDIDIKAN: Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 11 hingga 27 November depan

KOMERSIAL: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam 9 malam di RTM2)

FILEM: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut (belum tayang), Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang)

Info Syamsul Yusof

NAMA PENUH: Mohd Shamsul Yusof Haslam

TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Diploma Penyiaran dari Akademi TV3

DRAMA ARAHAN: Sembilu Kasih, Gerak Khas dan Air Mata Maria

DRAMA LAKONAN: Farah Syakirah

FILEM: Evolusi KL Drift dan Bohsia (belum tayang)

PENCAPAIAN: Anugerah Khas Juri untuk filem keberkesanan aksi lasak menerusi Evolusi KL Drift pada Festivel Filem Malaysia ke-21 (FFM21)