Intro2u Blog » Artis

Marcell mengganas cium Dayang depan peminat!
CIUMAN spontan yang dilontarkan Marcell ke pipi penyanyi Sarawak, Dayang Nurfaizah di Hard Rock Cafe (HRC), Kuala Lumpur, Ahad lalu bukan untuk mencetuskan kontroversi.

Marcell menjelaskan, ciuman itu hanyalah satu reaksi mesranya dalam menghayati lagu dendangan bersama Dayang ketika mereka beraksi di kelab hiburan terkenal itu.

“Ciuman saya sekadar menuntut luahan perasaan dalam lagu saja. Saya sudah lama kenal Dayang dan keluarganya. Saya harap perkara ini tak perlu dijadikan kontroversi,” pinta Marcell apabila bertemu wartawan selepas persembahan mereka itu selesai.

Marcell berkunjung ke Kuala Lumpur dengan ditemani isterinya, pelakon Singapura, Rima Melati Adam. Kata Marcell, isterinya sangat memahami kerjayanya sebagai penyanyi malah turut meminati Dayang.

“Tak disangka sambutan sangat hebat diberikan kepada kami malam ini, lebih-lagi, ketika lagu popular saya Semusim didendangkan,” kata Marcell. Apa yang nyata, kedua-dua penyanyi itu berjaya menghiburkan pengunjung HRC dengan lagu popular mereka.

Tepat jam 11 malam, Dayang dan Marcell memulakan persembahan secara berduet menerusi lagu Hanya Memuji dan Inikah Namanya Cinta. Sebaik muzik bergema dan vokal mereka dilontarkan, peminat mula bersorak.

Nyata, kombinasi Dayang dan Marcell atau Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 31, cukup serasi. Aura mereka memang hebat dan membuatkan penonton terpukau.

Marcell berkata lagi, sekalipun ruang di HRC itu terhad, tetapi dia berpuas hati dengan persembahan bersama Dayang. Katanya, pemilihan lagu dan susunan muzik sudah dipantau sebaik mungkin.

“Jumlah penonton ramai menyebabkan saya tidak mampu bergerak untuk beramah mesra dengan peminat di belakang. Apapun, saya harap mereka terhibur dengan persembahan kami kerana saya dan Dayang sudah melakukan yang termampu.

Pada acara itu keinginan peminat mereka tetap tidak dihampakan. Sebaik persembahan selesai jam 12.30 tengah malam, Dayang dan Marcell terus melayan peminat dengan sesi autograf.

Di situ juga, single Sayang nyanyian duet Dayang dan Marcell turut dijual. Diedarkan Alibi Music, peminat berpeluang mendapatkannya pada harga berpatutan. Menurut Dayang, dia salah seorang daripada jutaan peminat Marcell. Malah, memang menjadi impiannya untuk bersatu dengan Marcell menghiburkan peminat dalam satu persembahan pentas. “Saya memang tertunggu-tunggu untuk menyanyi dan berkongsi pentas dengan Marcell. Bagi saya, vokalnya hebat dan aura juga menyerlah.

“Justeru, saya gembira apabila Marcell sudi merakamkan lagu Sayang bersama saya. Ia lagu istimewa sempena meraikan 10 tahun saya bergelar anak seni,” kata Dayang. Pada persembahan mantap itu, antara lagu didendangkan Marcell ialah Jangan Pernah Berubah, Ketika Kau Menyapa, Candu Asmara, Takkan Terganti, Firasat, Semusim, Mendendam dan Berhenti Berharap. Manakala, Dayang pula menyanyikan lagu Sweet Dreams dan Andai Ku Tahu.

Tidak ketinggalan, Dayang menghiburkan penonton dengan lagu Biar Akhirnya Di Sini, Hilang, Tiba, Tiba, Life With You dan Seandainya Masih Ada Cinta. Bahkan, beberapa lagu duet juga dinyanyikan bagi melengkapkan persembahan.

Antara lagunya ialah Spend My Life, Temani Diriku, Aku Rindu Aku Jemu, Denganmu dan penutup tirai semestinya, Sayang. Sementara itu, peminat Marcell dan Dayang yang berada dihadapan pentas bersorak kuat apabila melihat kemesraan penyanyi itu di sisi Dayang. Itu tindakan biasa yang dilakukan Marcell kerana memang dikenali cukup mesra di pentas dan bersama peminat.

Apapun, aksi mesra Marcell terhadap Dayang berjaya membuatkan penonton yang menyaksikan persembahan mereka terhibur.

Akademi Fantasia 8 sehebat American IDOL?
TANPA disedari masa pantas berlalu, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akan membuka tirainya Sabtu ini (13 Februari) dengan konsert pengenalannya iaitu Tirai AF8.

Sebelum itu, kehangatan AF8 terus memuncak apabila hari ini akan berlangsungnya sidang akhbar untuk memperkenalkan barisan pelajar yang akan menghuni AF8.

Buat masa ini segala-galanya masih lagi rahsia tentang bilangan pelajar yang sudah pun dipilih oleh pihak Astro.

Daripada desas-desus yang diperkatakan, Hits difahamkan jumlah kali ini akan kembali kepada bilangan asalnya iaitu 12 orang pelajar sahaja.

Sudah pasti individu paling sibuk dan tidak duduk diam ketika ini adalah pengetuanya, Norman Abdul Halim yang juga merupakan mereka yang berada dalam panel penilaian untuk memilih pelajar-pelajarnya.

Ketika bertemu dengan Norman di pejabatnya, Wisma KRU yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur minggu lalu, dia begitu optimis dengan bakat baru yang akan menghiasi layar kaca pengikut setia AF setiap minggu nanti.

Apa yang pasti katanya, mereka yang terpilih kali ini memiliki bakat yang tersendiri malah Norman sendiri mengakui bayangan hala tuju mereka dalam industri seni khususnya bidang muzik.

Bukan itu sahaja, daripada bicaranya sendiri, dapat disimpulkan Norman bakal memperlihatkan ketegasannya dalam memimpin AF8 khususnya terhadap para pelajarnya.

Dalam masa yang sama juga, dia mahu mengubah stigma lapuk masyarakat yang menganggap semua bintang realiti seperti mee segera.

“Saya mahu pelajar-pelajar ini sedar bahawa perjalanan mereka untuk berada dalam AF8 bukan satu perkara yang mudah.

“Saya menjelaskan kepada mereka dan memberi gambaran kepada mereka bahawa apabila berada dalam akademi ia umpama menikmati satu hidangan yang sungguh enak.

“Tetapi, bagaimana cara untuk mereka menghabiskan hidangan dan mengenyangkan perut mereka sekali gus merasa puas dengan santapan itu, semuanya bergantung kepada diri masing-masing,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah pelajar sebenar untuk musim ini dan hanya memberitahu semuanya akan terjawab hari ini.

Bukan itu sahaja, Norman turut menjelaskan dia mahu semua anak-anak buahnya sentiasa bersikap optimistik dalam setiap langkah mereka selain cuba memikat hati masyarakat dalam menilai bakat mereka.

“Saya juga tidak mahu mereka mengamalkan sikap tidak apa dan hanya bersyukur apabila dapat berada dalam akademi.

“Apa yang saya mahukan daripada mereka ialah untuk memiliki semangat dan fokus kepada pembelajaran dalam mengejar impian mereka untuk menjadi juara AF8.

“Setiap daripada mereka harus ada sikap itu biarpun kita tahu ini semua adalah pertandingan realiti televisyen di mana segala kemungkinan boleh berlaku.

Elemen merit

“Tetapi, apa yang penting adalah sikap mereka sendiri yang harus diubah dan jika mereka melakukannya dari sekarang, ia akan menjadi mudah apabila mereka keluar nanti,” kata Norman lagi.

Sudah 18 tahun berkecimpung dalam industri seni, memang kredibiliti Norman tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sebagai seorang anak seni dan juga ahli perniagaan yang berjaya, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai misi serta visinya tersendiri.

Jika tidak, mana mungkin dia dan dua adiknya, Yusry dan Edry mampu bertahan sehingga kini dan mengecapi kegemilangan yang terus memperkukuhkan nama serta jenama mereka di persada seni tanah air.

Maka itu, untuk AF8 ini, Norman juga menerapkan elemen merit apabila dia mensasarkan 50 peratus daripada jumlah pelajar untuk musim ini akan dapat menjadi seorang penghibur sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Mengambil contoh formula yang digunakan oleh KRU untuk alumni AF lain seperti Adam dan Dafi misalnya, Norman yakin sasarannya itu dapat direalisasikan seperti mana dia dan tenaga pengajar lain mahukan.

Adam katanya, biarpun sudah enam tahun menjadi seorang artis, dia masih lagi diminati sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan juga Anugerah Bintang Popular.

“Saya gembira kerana cadangan saya ini diterima dengan baik oleh tenaga pengajar sendiri dan mereka berikrar akan berganding bahu dan bekerjasama dengan saya untuk mencapai sasaran itu.

“Tetapi, sekali lagi, semuanya berbalik kepada pelajar itu sendiri yang harus berusaha gigih untuk menjadi seorang penghibur yang baik.

“Jujurnya, bagi saya AF merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baru kerana bukan mudah untuk menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman biarpun dalam tempoh tiga bulan sahaja,” ujar Norman yang juga meminta bantuan Yusry dan Edry bagi membantunya mengesan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi seorang penghibur dengan menonton AF8.

Apabila menyertai pertandingan realiti TV seperti AF, tidak dinafikan ada kalanya tuah juga memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan seni mereka apabila keluar kelak.

Malah, ada juga mereka yang tersingkir awal daripada program tersebut lebih berjaya daripada sang juara yang dipilih oleh masyarakat sendiri.

Dalam konteks ini, contoh terbaik ialah Aizat yang merupakan bekas pelajar AF5 apabila dia berjaya membuktikan kepada masyarakat dan pencinta seni tanah air bahawa dia memiliki bakat yang cukup hebat.

Melihat potensi

Bukan sekadar menyanyi, tetapi dia juga mempunyai kelebihan dari aspek penciptaan lagu yang kini meletakkannya antara bakat baru yang mampu bertahan lama dalam industri.

Mengajukan persoalan ini kepada Norman, memang dia tidak menafikan elemen tuah dan rezeki itu turut menyumbang kepada kejayaan seseorang artis itu.

Tetapi, dalam masa yang sama juga, mereka (artis) perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencorak muzik dan hala tuju mereka di dalam industri.

“Aizat berjaya kerana dia memiliki bakat sebagai seorang penyanyi dan juga komposer yang memang susah untuk dicari dalam zaman ini dan kehadiran bintang seperti Aizat bukan selalu hadir.

“Kejayaan Aizat juga adalah kerana dia tahu apa yang dia mahukan dalam kariernya dan dia sendiri yang mencorakkan diri dan muziknya mengikut gerak hatinya.

“Itu juga yang saya mahu lihat dalam diri pelajar musim ini kerana mereka semua ada bakat. Malah, saya sendiri sudah melihat potensi beberapa orang daripada mereka memiliki pendirian dan wawasan tersendiri,” jelasnya memberikan pandangan peribadinya.

Kerana itu, dia sudah merangka beberapa strategi untuk mempamerkan bakat anak-anak buahnya dalam konsert mingguan khususnya dalam genre muzik yang mereka gemari.

Malah, Tirai AF8 kelak akan menyaksikan pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu yang merupakan lagu pilihan mereka sendiri.

Menjadikan American Idol sebagai contoh terbaik dalam mempersembahkan bakat mereka, walau bagaimanapun, kata Norman, semuanya itu hanya akan dapat disaksikan bermula konsert mingguan keenam

“Saya sudah pun berbincang dengan pihak Astro dan ternyata mereka bersetuju dengan idea untuk menggubah susunan muzik mengikut genre masing-masing seperti mana dalam American Idol.

“Apa yang saya harapkan dengan suntikan baru ini dapat menarik perhatian peminat baru serta membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk menilai bakat mereka,” katanya yang memohon pengertian semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan bekas pengetua AF yang lain.

KECIK Juara raja lawak 4
Malam Juara Raja LAwak 4 menyaksikan bagaimana ALEX menonjol dari yang lain. KECIK dan IDLAN mengecewakan namun masih meraih undian tertinggi untuk mndapat tempat pertama dan kedua.

TAHNIAH! Alex kerana kedua-dua persembahan yang ditunjukkan adalah yang terbaik. Bukan sahaja klakar namun lawaknya bersahaja dan penuh nasihat dan ilmu.

Juara dan naib juara KECIK dan IDLAN hanya memperbodohkan diri dan para juri. Tapi tabik kepada juri DIN BRAMBOI kerana mengaku dialah punca ada yang sangat mengibkan dari segi persembahan.

Walaubagaimanapun tahniah buat semua pemenang dan tiada pengalah dalam siaran akhir raja lawak. Maggie saya sudah kembang marilah ramai-ramai komen blog ini

Terima kasih kepada pihak Astro yang telah sudi untuk membenarkan kami menjemput 10 pembaca bertuah untuk menonton final Raja Lawak 4 Ahad ini. Sebelum kami bagitau cara-cara nak memohon, baca details tentang final Raja Lawak ini dulu:-

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam

Tarikh: 7 Mac 2010, Ahad

Jam: 8.00 malam

Kumpulan Kecik dinobatkan juara Raja Lawak musim ke-4, mengenepikan dua peserta lain, Idlan dan Alex dalam peringkat akhir yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

SYABAS…juara Raja Lawak Musim Ke-4, Kumpulan Kecik (tengah) bersama Idlan (kiri) dan Alex serta hadiah masing- masing.

SYABAS…juara Raja Lawak Musim Ke-4, Kumpulan Kecik (tengah) bersama Idlan (kiri) dan Alex serta hadiah masing- masing.

Dengan kemenangan itu, kumpulan dari Sabah yang dianggotai Safuan Madeaming, 20 (Wan) dan Mohd Ilham Rusdy, 19, (Achoe) membawa pulang trofi, wang tunai RM14,000, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss. Tempat kedua, dimenangi peserta yang berasal dari Kedah, Khairul Idlan Abd Razak (Idlan), 21, yang membawa pulang trofi, wang tunai RM11,000, sebuah kereta Naza Optima, set teater rumah Arezza Hoffman, TV Plasma 42’ Haier dan jam tangan Hugo Boss. Alexander Ahat atau Alex, 28, pula memenangi tempat ketiga. Pemuda berasal dari Papar, Sabah itu memenangi motosikal Naza Blade 250R, sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8,000, set teater rumah Arezzo Hoffman, TV Plasma 42’ Haier serta jam tangan Hugo Boss. Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat. .

Artis kena santau buatan orang
“Buat masa ini, saya hanya mampu melakukan beberapa perkara iaitu menjamah makanan, pergi ke tandas dan baring semula kerana badan kepanasan dan sentiasa berpeluh seperti duduk atas bara api.

“Ia mengakibatkan saya berhenti kerja dan terpaksa merahsiakan keadaan kesihatan daripada isteri dan anak-anak kerana tidak mahu membebani mereka atau melihat mereka bersedih,” kata bekas penyanyi kumpulan Grand yang terkenal dengan lagu duet bersama Syura berjudul Bila Cinta Didusta, Amy atau nama sebenarnya, Zuraimi Remeng, 34.

Source: Flickr Creative Commons

Zuraimi yang bekerja sebagai pemandu kepada seorang ahli perniagaan menderita akibat penyakit misteri sejak lebih sebulan lalu dipercayai akibat terkena santau angin ‘dikirim’ bekas pembantu rumah warga Indonesia majikannya yang sudah pulang ke negara asal kerana disyaki tidak berpuas hati.

Amy yang pernah bernaung di bawah Fantasia Music City (FMC) berkata, masalah bermula kira-kira sebulan lalu apabila beberapa helai pakaiannya yang diletak di bilik tidur disediakan majikannya di Larkin di sini, hilang.

Katanya, lebih pelik lagi kehilangan pakaian itu berlaku selepas seorang pembantu rumah di situ, pulang ke Indonesia.

“Saya tidak menuduh pembantu berkenaan melakukannya, namun ketika mendapatkan rawatan dengan pakar perubatan tradisional, dia mengatakan saya mungkin menjadi mangsa santau angin dari seberang,” katanya.

Zuraimi berkata, dia tidak pernah berselisih faham dengan wanita berusia 50-an itu, namun pembantu rumah itu dipercayai tersinggung apabila majikannya memberi layanan baik padanya.

Menurutnya, wanita terbabit disyaki iri hati apabila majikannya menyerahkan tugas menguruskan tabung kecemasan di rumah itu beberapa bulan selepas bekerja di situ.

“Bibik (pembantu rumah) pernah kata, tunggulah hingga dia pulang ke Bandung dia boleh kenakan individu yang menyakiti hatinya ketika bekerja di situ.

“Saya menjangka bibik hanya berjenaka, tetapi terkejut apabila dimaklumkan seorang pakar perubatan tradisional gangguan pada kesihatan saya angkara perbuatan sihit dari jauh,” katanya.

Beliau berkata, meskipun sudah melakukan ujian darah beberapa kali di hospital awam, doktor gagal mengenal pasti penyakit dihidapi menyebabkan dia tidak dibekalkan sebarang ubat.

Menurutnya, dia bukan saja kehilangan berat badan sehingga 15 kilogram, malah mengalami masalah lupa ingatan dan hilang pendengaran.

“Saya bukan individu yang mudah percaya ilmu hitam, namun apabila perkara itu melanda diri sendiri, saya terpaksa akui menjadi mangsa buatan orang kerana hingga kini pihak hospital tidak dapat mengesahkan jenis penyakit dialami.

“Saya juga tidak dapat tidur hingga ke pagi kerana rasa gelisah dan mengerang sakit tidak putus-putus,” katanya yang bergantung pada beberapa rakan menjaganya di kediaman di Jalan Padi Ria 17, Bandar Baru Uda.

Zuraimi berkata, dia juga menerima beberapa tawaran menjadi pengacara beberapa program di sekitar bandar raya ini selain mennyanyi dalam kumpulan kugiran, tetapi terpaksa menolak hingga kesihatannya pulih. “Saya sabar menghadapi dugaan ini kerana percaya Allah akan membalas perbuatan jahat individu terbabit.

“Saya juga berdoa supaya sembuh secepat mungkin dan pulang ke pangkuan keluarga kerana terlalu merindui isteri dan empat orang anak,” katanya.

Adnan Sempit The Series ASTRO WARNA
KEJAYAAN gemilang filem Adnan Sempit di layar perak akhirnya membuka jalan kepada Produser MIG Production Sdn Bhd, David Teo, memindahkan karya itu ke versi drama bersiri 26 episod bagi siaran April ini di saluran Astro Warna.

Pun begitu, ia memang memberi tekanan kepada pelakon utama filem itu, Shaheizy Sam untuk mengekalkan wataknya dalam drama itu sebagai Adnan Sempit. “Mereka yang sudah menonton filem Adnan Sempit, pasti mengharapkan persembahan lebih baik daripada saya. Bagaimanapun kejayaan filem itu bukan terletak pada saya semata-mata, tapi hasil kerjasama orang lain.

“Memang rezeki saya apabila dapat bekerja dengan pengarah Ahmad Idham. Saya bukanlah seorang kelakar namun perwatakan Adnan dibentuk khas sehingga jadi kelakar. Saya tak suka buat lawak bodoh dan kesannya saya pun nampak macam bodoh. “Sejak berlakon dengan MIG, saya cuba pelbagaikan watak lakonan, cuma filem saya bersama Ahmad Idham lebih kepada komedi. Yang penting, kalau peminat suka, saya pun tak kisah,” katanya.

Sejak lakonannya mendapat pujian ramai, pelbagai tawaran berlakon tiba ke tangannya, tetapi sebagai seorang yang profesional dan komited kepada tugas, Shaheizy hanya menumpukan kepada satu kerja pada satu-satu masa.

Filem lakonannya yang lain termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Niyang Rapik serta Ngangkong (bakal ditayangkan).

“Saya tidak banyak berlakon drama, tapi syukur orang perasan kehadiran saya di TV kerana mula diberi watak utama. Misalnya dalam drama bersiri Legasi 43 Karat, Jangan Pandang Belakang dan sekarang, Adnan Sempit The Series,” katanya.

Norliana Samsudin atau Yana turut berlakon dan dikekalkan dalam Adnan Sempit The Series. Dalam drama itu wataknya sebagai Wawa dikembangkan lagi. “Wawa gadis kurus kering tapi sangat bergaya. Dia suka bercakap lepas, kasar dan wataknya lebih kepada semi komedi. Wawa pembantu peribadi kepada Nadia (Intan Ladyana). Pada mulanya Wawa sukakan Adnan, tetapi akhirnya menerima kawan baik Adnan iaitu Bobby sebagai kekasihnya. “Sekarang saya lebih banyak berlakon. Walaupun kerjaya saya diuruskan MIG tetapi saya bebas bekerja dengan mana-mana syarikat produksi dan pengarah. Saya turut muncul dalam Awan Dania dan Cinta Balkish. “Kalau ditanya kualiti lakonan saya dalam filem Adnan Sempit, saya tidak puas hati kerana ketika itu saya turut terbabit dalam projek lain. Letih sangat pada masa itu malah saya pernah tak tidur selama tiga hari. “Untuk drama ini saya akan membawa watak Wawa dengan lebih baik untuk menebus kekurangan ketika berlakon filem itu,” katanya.

Pengarah Ismail Hashim, berkata penggambaran drama itu mengambil masa 80 hari. “Kerja mesti dibuat mengikut jadual kerana tarikh mula tanya pada 9 April ini. Ia akan bersiaran selama sejam, seminggu sekali. “Cabaran untuk membuat drama ini kerana versi filem berjaya mengutip hampir RM8 juta. Kesukaran lain, babak perlumbaan tidak boleh dilakukan di jalan raya dan hanya aksi setempat. Modenas sudi menaja 14 motosikal dan enam daripadanya akan dimusnahkan sama sekali. Ada tujuh hingga lapan babak kemalangan. “Adnan Sempit The Series bukan sekuel daripada filem tapi secara keseluruhannya berdiri dengan sendirinya dengan tambahan banyak pelakon baru. Dengan penambahan watak bermakna perlu ada lebih banyak plot. “Bagaimanapun kami tiada masalah untuk mengembangkan jalan ceritanya kerana menggunakan khidmat penulis skrip sama seperti mana filem. Semua watak asal dikekalkan cuma watak Bobby yang dulunya dimainkan Along Raja Lawak digantikan Azad Jazmin,” katanya.

Anak Eja merana didera Amah Gila
Malang berganda menimpa artis jelita, Siti Shahrizah Saifuddin, 37, atau Eja, apabila dia bukan hanya dibekalkan pembantu rumah sewel yang gemar mencederakan diri sendiri, malah bayinya yang baru berusia enam bulan turut dicederakan amah terbabit.

Lebih mengharukan, pembantu rumah warga Indonesia terbabit didakwa sering berkelakuan aneh apabila gemar menoreh perabot dan perkakas dalam rumah artis itu menggunakan pisau dipercayai akibat masalah jiwa kronik yang dihadapinya.

Eja berkata, tindakan wanita Indonesia terbabit merosakkan harta bendanya sebelum melarikan diri menyebabkan dia kerugian hampir RM50,000.

Menurutnya, dia memperoleh khidmat pembantu rumah terbabit daripada sebuah agensi pekerja asing selepas menjelaskan bayaran RM6,200.

“Tujuan saya mengambil pembantu rumah terbabit tiga bulan lalu untuk membantu saya menguruskan rumah selain menjaga bayi kami ketika ketiadaan saya dan suami atas urusan kerja.

“Ketika mengambil dia daripada agensi, pelbagai janji ditaburkan kononnya amah yang dibekalkan itu berpengalaman dan mempunyai kemahiran tinggi untuk menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia tidak hanya membayar RM6,200 yang disyaratkan pihak agensi, malah turut membayar gaji pendahuluan pembantu rumah itu yang dihantar pulang ke kampung halaman amah berkenaan di Sumatera, Indonesia.

“Rasa curiga mula terdetik di hati saya apabila wanita itu meminta saya memanggilnya sebagai Susie walhal pasport milik amah berkenaan mencatatkan nama Mona.

“Walaupun umur tertera pada pasport terbabit menunjukkan usianya 29 tahun, namun saya yakin maklumat terbabit tidak tepat berikutan raut wajahnya yang terlalu muda,” katanya.

Menurutnya, pembantu rumah terbabit yang berasal dari Medan, turut menimbulkan banyak tanda tanya apabila muka dan tubuhnya dipenuhi calar-balar seperti kesan cakar dan torehan pisau.

“Bila saya bertanya untuk mendapatkan kepastian, dia hanya memberi alasan kononnya ia berpunca akibat kemalangan motosikal.

“Bagaimanapun, saya mula resah apabila pelbagai kejadian misteri mula berlaku satu persatu apabila saya menemui puluhan kesan torehan pisau pada meja makan, kabinet dapur dan peti ais,” katanya.

Amah terbabit yang disoal Eja bagaimanapun berpura-pura tidak tahu menahu punca kerosakan perabot itu.

“Pernah sampai satu peringkat, dia sanggup menjunjung al-Quran dan bersumpah tidak merosakkan perabot itu, bagaimanapun saya tambah pelik apabila satu persatu peralatan elektrik rosak tanpa sebab.

“Malah, pinggan mangkuk mahal hadiah ibu mentua saya turut pecah satu persatu. Lebih membimbangkan saya apabila bayi kami, Nur Eishal, enam bulan, pernah berdarah pada bibir dan luka di tangan tanpa diketahui punca,” katanya.

Eja berkata, selepas tiga bulan bekerja di rumahnya, amah terbabit akhirnya lesap begitu saja apabila dia melarikan diri dengan membawa beg plastik berisi pakaian, dua minggu lalu.

“Saya langsung tidak sedar bila Susie melarikan diri, namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibatnya keluar melalui pintu rumah.

“Sebelum meninggalkan rumah, dia sempat merosakkan beberapa lagi perkakas rumah termasuk menoreh perabot menggunakan pisau,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kehilangan pembantu rumahnya.

Menurut Eja, walaupun pelbagai dugaan dialami sepanjang tinggal bersama amahnya itu, dia tidak pernah memaki-hamun atau meninggi suara jauh sekali untuk memukul wanita berkenaan. “Dari apa yang saya tahu, Susie bukan wanita normal sebaliknya mempunyai penyakit psikologi serius. Dia mempunyai masalah jiwa dan tidak boleh melihat objek atau barang yang cantik atau sempurna.

“Jiwanya yang kacau menyebabkan Susie tidak teragak-agak merosakkan perkakas rumah bagi memuaskan hatinya. Namun, saya amat bernasib baik kerana bayi kami terselamat daripada amukannya,” katanya.

Eja berkata, kebiasaannya majikan di negara ini tertakluk kepada perjanjian mengenai tempoh percubaan selama tiga hingga empat bulan bagi pembantu rumah yang diambil bekerja.

“Bagaimanapun, menjadi trend apabila pembantu rumah terbabit akan melarikan diri sebaik tempoh berkenaan tamat. Yang jelas kerjaya pembantu rumah itu hanya dijadikan ‘batu loncatan’ untuk memasuki negara ini sebelum mereka lesap begitu saja.

“Akibatnya, kami yang mengambil pembantu rumah asing ini teraniaya dan wang ribuan ringgit yang dibayar sebelum ini hangus begitu saja,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima sebelum ini, ramai pembantu rumah yang melarikan diri lebih gemar bekerja sebagai tukang cuci bangunan atau pembantu kedai.

Difahamkan, susulan kejadian itu, Eja membuat dua laporan kepada polis iaitu pertama pada 18 Februari lalu di Balai Polis Mont Kiara dan kali kedua pada jam 11 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan pembantu rumah terbabit.

Siapa Lagi Hebat – YUNA atau NAZWA
APABILA nama kedua bintang muda diumumkan bakal menjayakan persembahan di The Actors Studio yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah, Lot 10, malam Sabtu lalu, ramai yang skeptikal.

Masakan tidak, siri kedua persembahan Malam Nada Biru (MNB) menampilkan Najwa dan Yuna.

Hakikatnya, kedua-duanya masih baru dan mereka pula hanya memiliki sebuah lagu popular sahaja sebagai pengenalan diri di pesada seni tanah air.

Yuna, si gadis manis bertudung memang cukup masyhur dengan lagu Dan Sebenarnya manakala rakan seperjuangannya, Najwa pula cukup diingati kerana kolaborasinya bersama Malique menerusi lagu Kau Yang Punya.

Ada juga yang tertanya-tanya apa rasional Atilia selaku penganjur dan penerbit MNB memilih kedua-dua bakat baru ini sedangkan ramai lagi nama-nama popular yang boleh diketengahkan.

Apatah lagi, nama Yuna dan Najwa juga masih belum cukup kuat untuk menarik audien membanjiri lokasi yang cukup eksklusif itu.

Namun, segala persepsi dan pandangan sk eptikal itu mula terhakis sedikit demi sedikit sebaik sahaja Najwa muncul di pentas untuk set pertama.

Memulakan persembahan dengan lagu Monday Blues, membuatkan audiens tergamam kerana ramai yang tidak menyangka gadis ini memiliki mutu vokal yang cukup hebat.

Sebetulnya, penulis juga belum pernah menonton persembahannya sebelum ini.

Kalau hendak diukur pada persembahannya menerusi lagu Kau Yang Punya, ia belum cukup meyakinkan penulis terhadap bakatnya.

Tetapi, MNB membuktikan bahawa Najwa mempunyai potensi untuk terus bertahan lama dalam industri dan dia mampu berdiri atas usahanya sendiri.

Meneruskan persembahannya dengan rangkaian lagu-lagu seperti Crazy, Love Song dan Your Love, Najwa berjaya membuai perasaan audiens dengan lontaran vokalnya yang penuh emosi.

Penghayatan untuk setiap lagu yang didendangkan Najwa memang cukup dahsyat sehingga The Actors Studio menjadi senyap sunyi dan semua mata tertumpu kepadanya.

Menyaksikan Najwa atau nama sebenarnya, Najwa Mahiaddin menyanyi terus membuatkan penulis teringat kepada Anita Baker dan Liza Aziz kerana dia memiliki ciri-ciri yang ada pada kedua-dua penghibur ternama itu.

Seperkara lagi tentang Najwa yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kesemua lagu yang disampaikannya pada malam itu adalah hasil karyanya sendiri.

Kata Najwa, setiap lagu ciptaannya mempunyai kisah tersendiri yang menjadi suis punca kepada penghasilan karya-karyanya.

Seperti lagu How Long I Must Wait, cerita Najwa merupakan terjemahan kisah cintanya sewaktu dia masih menuntut di Melbourne, Australia tidak berapa lama dulu.

“Mungkin kini kisahnya tidak lagi relevan kepada diri saya tetapi saya percaya pasangan yang pernah melalui alam percintaan jarak jauh boleh mengaitkan lagu ini dengan mereka.

“Apabila bercinta jarak jauh, semuanya memerlukan pengorbanan dari pelbagai segi. Kerana itu, saya menghasilkan lagu dan lirik lagu ini,” kata gadis berusia 24 tahun itu sebelum menyampaikan lagu indah itu.

Selain memiliki bakat nyanyian yang cukup membanggakan, Najwa juga berkebolehan bermain piano dengan baik sekali gus mengingatkan penulis kepada Alicia Keys.

Malam terus bertambah hangat apabila Najwa berduet dengan salah seorang penyanyi latarnya, Faviq menerusi lagu Free yang cukup catchy dan cepat ditangkap telinga.

Keserasian antara Najwa dan Faviq cukup terserlah. Malah, tidak keterlaluan dikatakan mereka mampu menjadi pasangan duet yang ideal seandainya diberi peluang merakamkan album bersama.

Najwa turut memperdengarkan karyanya yang lain seperti Sweet October, Jealousy dan Got To Go yang akan menjadi single pertamanya nanti.

Demi tidak menghampakan audiens, Najwa turut mendendangkan lagu Kau Yang Punya secara medley bersama lagu Jealousy.

Apa yang pasti, Najwa juga memiliki kebolehan berkomunikasi yang baik dan celotehnya ringkas tetapi ada isi tanpa perlu meleret-leret sehingga meresahkan serta membosankan audiens.

Biarpun sepanjang masa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi tindakan itu adalah sesuai kerana situasi dan acaranya yang bertepatan untuk Najwa berbuat demikian.

Berbeza dengan penyanyi baru yang sedia ada, Najwa memiliki karisma tersendiri untuk terus meletakkannya sebagai penyanyi yang mampu bertahan lama.

Seterusnya, giliran Yuna pula mengambil alih pentas selepas persembahan direhatkan 15 minit.

Memilih lagu Sparkle sebagai lagu pembukaan, Yuna seperti biasa tampil ringkas di pentas dan menyanyikan lagu tersebut dengan gaya tersendiri.

Memang tidak wajar untuk membandingkan Yuna dengan Najwa kerana kedua-duanya berada dalam jalur muzik yang berbeza.

Seperti mana Najwa, MNB juga diambil oleh Yuna untuk menonjolkan karyanya sendiri yang sebelum ini jarang didengar oleh peminat muzik tanah air.

Selain lagu Sparkle, Yuna turut mempersembahkan lagu-lagu seperti Peer Pressure, Permission dan Deeper Conversation yang menyerlahkan lagi bakat nyanyiannya.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini juga menulis lagu-lagunya berdasarkan kisah kehidupan dan pengalaman yang dialaminya sebelum ini.

Lagu Gadis Semasa kata Yuna, merupakan kisah yang lahir daripada pengamatannya terhadap apa yang dilihatnya menerusi situasi masa kini.

Lagu tersebut merupakan salah sebuah lagu terbarunya yang akan dimuatkan dalam album pertamanya yang kini dalam pembikinan.

Begitu juga dengan lagu Random yang menceritakan bagaimana perasaan Yuna ketika di bangku sekolah yang mahu menempatkan dirinya di kalangan pelajar-pelajar popular ketika itu.

“Sebagai seorang penyanyi dan pengkarya, saya memiliki dua kehidupan – satu yang positif dan juga sisi gelap saya.

“Lagu seterusnya ini, Cinta Sempurna menceritakan dengan jelas tentang sisi gelap saya itu di mana ia cukup berbeza dengan perwatakan diri saya yang sebenar,” katanya ringkas dalam maksud yang mendalam.

Mengakhiri persembahannya dengan lagu Rocket, Yuna kemudiannya menyampaikan lagu popularnya, Dan Sebenarnya sama seperti persembahannya ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-24, baru-baru ini.

Kemuncak persembahan MNB menyaksikan Yuna dan Najwa berduet menerusi lagu Dan Sebenarnya dan Sweet October yang telah meninggalkan kesan besar.

Berbeza dengan Najwa, komunikasi Yuna amat terhad dan dia boleh memperbaiki kelemahan itu untuk terus menjadi seorang penghibur.

Bukannya Yuna perlu berceloteh panjang tetapi, setidak-tidaknya dia boleh mewarnakan komunikasinya untuk membangkitkan rasa teruja kepada audien.

Setiap penyanyi dan penghibur memiliki kelebihan dan keistimewaan masing-masing dan ada kalanya, mereka tidak perlu berbicara panjang di atas pentas.

Cukup dengan muzik dan persembahan mereka sahaja, komunikasi dengan audiens sudah dapat dicipta.

Syabas dan tahniah kepada Atilia menerusi syarikatnya, Mujik Productions dengan kerjasama Bsync Productions kerana berani mempertaruhkan Yuna dan Najwa untuk siri kedua MNB ini.

Percaturannya tidak silap malah, MNB yang kedua ini boleh dianggap sebagai persembahan tempatan terbaik selepas Konsert Satu Suara tempoh hari.

Pada masa yang sama, kehadiran mereka berdua membuktikan bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah ketandusan bakat baru yang boleh dibanggakan.

Cuma, peluang itu tidak diberikan kepada mereka oleh pihak-pihak tertentu yang masih lagi terikat dengan kerenah birokrasi serta pemikiran jumud.

Seharusnya, mereka ini patut hadir dan menonton untuk membuka mata masing-masing agar dapat menghargai bakat seperti Yuna dan Najwa yang mampu meneruskan legasi seni tanah air.

Kepada Yuna dan Najwa, segerakan penghasilan album kalian ya!

Anak Pelakon Di dera Amah
Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.

“Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie,” katanya.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama ‘Seputeh Qaseh Ramadan’ selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.

“Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami.

EJA bersama Nur Eishal.

“Saya dapat rasakan Susie mempunyai masalah jiwa, dari raut wajah, dia nampak seperti seorang yang berdendam dan tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dengan sempurna.

“Saya tidak pernah memarahinya, jauh sekali mengasari atau menderanya. Jika menegur, saya lakukan dengan baik, tidak pernah saya meninggikan suara.

“Bagaimanapun, Susie tidak boleh ditegur, dia akan balas dengan melakukan kerosakan pada barangan rumah saya. Bayangkan daripada pintu bilik, tangga, lantai hinggalah kepada kelengkapan rumah, barangan elektrik dan periuk belanga, semuanya bertanda. Dia mungkin mencalar dan menetaknya dengan pisau dan senjata tajam.

“Mulanya, saya menganggap Susie seorang yang kasar ketika melakukan kerja rumah, jadi saya dan suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin tidak mengendahkannya, tetapi selepas melarikan diri, dia meninggalkan kerosakan yang lebih besar.

“Saya pelik kerana mendapati muka dan badannya calar balar pada hari pertama bekerja di rumah saya, alasannya jatuh motosikal, tetapi sejak itu, saya mula tidak sedap hati,” katanya.

Eja berkata, dia membuat laporan kedua kerana mahu Susie bertanggungjawab atas perbuatannya, selain bimbang keselamatan orang lain juga terancam jika mengambilnya bekerja.

“Saya percaya, wanita yang menipu identiti ini kerana dalam pasport namanya Mona, tetapi mahu dipanggil Susie, seorang yang bahaya,” dakwanya.

Konsert percuma
SELAIN kumpulan nasyid yang aktif dalam aliran arus muzik perdana, banyak juga kumpulan nasyid di negara ini yang bergerak secara underground tanpa publisiti meluas daripada media-media massa.

Mereka bukan sahaja mencipta lagu dan lirik sendiri, malah menerbit serta menjual album-album yang diterbitkan melalui pelbagai cabang perniagaan termasuklah menerusi karnival-karnival perniagaan.

Malah, kumpulan-kumpulan nasyid underground tempatan juga sanggup mengadakan konsert percuma bukan sahaja bagi mempromosikan lagu-lagu mereka tetapi juga memeriahkan lagi sesuatu karnival yang dianjurkan itu.

Penasihat Program Karnival 1Kasih, Dr. Wan Ahmad Kharsani Wan Ismail berkata, karnival yang akan diadakan pada 20 dan 21 Mac ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur turut membabitkan kumpulan nasyid underground.

Katanya, konsert percuma anjuran Adfinity Consultant itu diadakan secara percuma bukan sahaja sebagai suatu tarikan tetapi ia juga mampu mempelbagaikan lagi aktiviti pada karnival itu yang mensasarkan kepada golongan belia.

“Kami cuba menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid independent (indie) atau underground pada konsert percuma yang akan bermula pada pukul 9 malam 20 Mac ini sebagai suatu kelainan kerana mereka jarang muncul secara terbuka.

“Antara artis nasyid indie yang akan menjayakan konsert itu ialah Feelhoney, Vir2vois, Paradise, Syahman dan Shureem di mana mereka sudah mempunyai lagu atau album sendiri tetapi belum popular dalam aliran muzik arus perdana.

“Dengan kelainan konsep muzik dan gaya persembahan mereka yang jarang-jarang dipersembahkan secara besar-besaran, konsert ini merupakan salah satu tarikan dalam karnival itu nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Wan Ahmad Kharsani, selain konsert kumpulan nasyid indie percuma, Karnival 1Kasih yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan itu juga menampilkan banyak aktiviti menarik.

Antaranya perlawanan street soccer, paintball serta pameran motosikal dan kereta yang akan disertai oleh ahli-ahli Kelab Generasi Elit yang kini mempunyai keahlian seramai hampir 7,000 ahli yang akan menyokong karnival tersebut.

Apa lagi jom ramai ramai pie… sokongla benda percuma.

Samseng Jalanan buat Farid tak ingin mengarah dan berlakon
Macam tak percaya bila Farid Kamil mengeluarkan kenyataan tersebut selepas tamat tayangan perdana V3: Samseng Jalanan. Jika dinilai kepada hasilnya, filem tersebut secara keseluruhannya memuaskan malah lebih baik daripada karya yang pernah dihasilkan pengarah senior.

Setahun menunggu untuk dilepaskan, Farid memanjatkan kesyukuran apabila filem pertama arahannya bakal menemui penonton 11 Mac ini.

“Sebagai pengarah baru, saya bertungkus lumus menyiapkan filem arahan ini sebaik mungkin. Namun saya akui ada beberapa bahagian dan karektor yang dapat diperbaiki lagi. Meskipun filem ini dipotong 20%, namun saya cukup berpuas hati ianya bakal dipaparkan kepada umum.

“Daripada pengalaman bikin filem ini, saya sudah serik dan menyesal apabila mengarah dan berlakon pada masa yang sama. Masih banyak yang perlu dipelajari dan susah untuk tempatkan diri sebagai pengarah dan pelakon. Keadaan menjadi sukar bila berlakon tapi dalam masa yang sama saya perlu memikirkan apakah scene seterusnya dan mengarahkan kamera mengikut kesesuaian,” ujarnya yang melakukan penggambaran V3: Samseng Jalanan sekitar Alor Star, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Menurut Farid, filem ini bukanlah diangkat daripada kisah benar yang terjadi, namun hanya luahan isi hatinya ketika berusia 15 tahun ketika itu.

“Jika diamati dialog yang diucapkan dalam filem ini adalah luahan perasaan rempit yang tidak ada litar atau ruang untuk berlumba. Saya bukan mengangkat golongan ini sebagai hero tapi hanya menjadikan media sebagai medium untuk meluahkannya dan diharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk mencari penyelesaiannya.

“Sebelum adanya filem seperti ini, lumba haram secara besar-besaran telahpun wujud di Lembah Klang sekitar 1969. Saya cuba memperkenalkan wujudnya budaya bahaya di luar sana dan fokus kepada aksi yang menonjolkan kelebihan yang ada pada golongan ini,” ujarnya menjadikan Anak Halal sebagai sumber inspirasi dan mood untuk beberapa scene dalam V3: Samseng Jalanan.

Melahirkan kelegaan filem ini sempat disiapkan sebelum garis panduan baru dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengharamkan isu rempit dipaparkan secara keterlaluan. Farid menjelaskan, kemungkinan filem V3 adalah filem terakhir yang mengisahkan golongan mat rempit kerana panduan terbaru tidak boleh memaparkan aksi motor berkumpulan dan budaya hidup mat rempit.

Farid kini dalam perancangan untuk projek filem terbaru bertemakan action love. Selain filem terbaru, Farid bakal mengajurkan gathering Mat Rempit yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Mac 2010 ini bertempat di litar Universiti Utara Malaysia. Tujuannya adalah untuk membanteras gejala lumba haram. Kepada yang berminat bolehlah join dan datang pada tarikh tersebut.

Nia Ramadani dan bakal suami berkahwin
Pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadani sudah membilang hari bergelar suri rumah tangga. Tariknya pada 1 April 2010 ini. Majlis pernikahannya sudah diuar-uarkan oleh media di Indonesia sebagai majlis pernikahan mewah tahun ini.

Masakah tidak, bakal suaminya ialah anak kepada jutawan terkaya di Indonesia, Aburizal Bakrie iaitu Ardie Bakrie. Bertuah Nia ya!

Nia Ramadani dan Ardie Bakrie Adakah Nia memang menanti lelaki dari kalangan berada untuk dikahwini? Kata Nia, saat awal pertemuan dengan Ardie dia sebenarnya tidak tahu pun siapa keluarga lelaki itu. Dia mengenali Ardie dalam satu majlis ulang tahun seorang kenalan pada tahun 2007.

“Awalnya tidak tahu dan dia juga tidak memperkenalkannya nama di belakang namanya. Setelah beberapa kali pertemuan barulah saya tahu siapa dia,” kata Nia kepada media di Indonesia.

Kata Nia status Ardie sebagai anak bongsu ahli perniagaan terkaya di Indonesia tidak pernah mempengaruhi hubungan mereka, malah sikap Ardie yang matang dan menerima segala keburukannya membuatkan dia tertarik kepada lelaki itu.

“Aku sengaja menunjukkan sikap buruk dan dia menerima seadanya dan dia tetap bersama aku dalam apa juga keadaan. Itu bermakna dia menerima aku seadanya,” kata Nia.

Reka gaun pengantin

Nia mahu kelihatan cantik pada hari bersejarah dengan mereka sendiri gaun pengantinnya. Dia berbincang dengan pereka untuk menghasilkan gaun yang diilhamkan.

[Bahagia...] Tak sangka Nia memiliki bakat mereka fesyen. Malah pakaian yang dikenakan pada majlis pertunangan pada 17 Oktober lalu. Nia juga menyiapkan sendiri hiasan sejadah yang bakal dijadikan buah tangan tetamu.

Majlis pernikahan akan dijalankan dalam  adat Sunda manakala resepsi pada 2 April akan dijalankan dengan adat Lampung. Bapa Nia, Priya Ramadani dari Sunda  manakala ibunya, Chanty Mersia dari Lampung.

Tema warna emas menjadi pilihan kerana Nia memang meminati warna tersebut.

Stacy Sombong alamak terlebih sudah!
Malam-malam hari beberapa hari lalu Mangga Muda dapat pesanan ringkas (SMS) yang membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi itu kekwat. Betul ker?

Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang peramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa peramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

“Peramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan  sebab nampak perangai dia yang sombong tu,” kata pengadu tadi.

Oh! Macam tu ke? Tak beranilah Mangga Muda nak cakap apa. Tak tahulah benar atau tidak aduan tu. Manalah tahu kut  kut dia sengaja nak memburuk-burukkan Stacy kan? Ataupun agaknya hari itu Stacy bad mood ataupun suara dia serak… sebab itu dia tak nak bercakap dengan peramugari itu.

Mangga Muda: Teringat filem Langit Tidak Selalu Cerah lakonan Uji Rashid.

Fazura terima kritikan kawen dato
Bila sembang-sembang dengan rakan-rakan wartawan majalah di pejabat ni, Mangga Muda terdengar satu keluhan pasal pelakon Fazura. Nak tahu apa? Kononnya pelakon itu hanya sedia untuk mengadakan sesi fotografi sekiranya untuk menghias cover sahaja. Kok macam itu?

“Bila kita hubungi untuk set tarikh fotografi, Fazura akan tanya, fotografi itu untuk cover atau isi dalam. Bila kita cakap untuk isi dalam, dia kata akan hubungi semula sebab nak semak jadual. Akhirnya harammmmmm… senyap terus.

“Kalau diberitahu fotografi untuk menghiasi cover, laju aja dia beri persetujuan dan memiliki masa lapang untuk sesi fotografi,” kata kawan itu yang dah tak kuasa melayan kerenah Fazura.

Macam tu kah kisahnya? Ada-ada aje kan kisah artis Malaysia ni. Mangga Muda tak pernah lah pula berdepan masalah itu sebab Mangga Muda tak but sesi fotografi. Itulah cabaran jadi wartawan majalah ni.

Hairan juga ya… sah sah lah sesi fotografi itu untuk mempromosikan artis itu sendiri. Ada pula yang menolak.

Ramai juga artis yang tak suka publisiti ni. Agaknya artis yang menolak tawaran promosi tu fikir namanya dah cukup besar dan tak perlu publisiti melimpah.

Padahal semasa mereka baru merangkak, pantang tanya pasal masa lapang untuk fotografi, terus setuju sebab pada masa itu mereka sedar mereka perlukan banyak pendedahan agar orang cepat kenal.

Kalau setakat drama popular di TV tapi orang tak tahu cerita si pelakon itu di luar layar, macam mana nak popular kan?

Mangga Muda: Suka berurusan dengan artis baru sebab tak banyak kerenah.

Kris Dayanti janda berdikari – Rumah dan office
Kris Dayanti kini tinggal di rumah baru di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Rumah itu juga dijadikan pejabar KD Production.

Ada khabar mengatakan rumah tersebut pemberian buah hatinya, Raul Lemos.

“Rumah itu  adalah pelaburan saya untuk melakukan tugas-tugas saya di KD Production. Studuo lama itu digunakan oleh Anang,” kata Kris atau mesra dengan panggilan KD.

KD juga menafikan rumah tersebut pemberian Raul sebagai hadiah pernikahan mereka.

“Demi Allah saya belum bernikah,” kata KD.

KD juga mengatakan dia tidak tinggal di situ sebaliknya dua pekerjanya yang menginap. KD juga meminta wartawan tidak berkerumun di depan rumah tersebut kerana ia bakal mengganggu jiran.

CHE LI: Banyak masalah bila berlaku perceraian.

Mampukah Aznil mengkritik dan Jimmy mengacara? Yeszaaa
NAMA pengacara tersohor ini kembali menjadi sebutan menjelang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang akan membuka tirainya minggu depan.

Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, nama Aznil Nawawi sudah mula dicanangkan apabila AC Mizal mengumumkan pengundurannya daripada menjadi pengacara konsert mingguan.

Maka ramai yang menaruh harapan untuk melihat Aznil kembali mengendalikan rancangan realiti televisyen nombor satu negara itu.

Sementelah AF berjaya meletakkan namanya di puncak selama lima musim.

Bukan sekadar posisi pengacara, namanya juga disebut-sebut sebagai salah seorang calon kerusi pengetua AF8.

Tetapi, semua telahan itu silap apabila Astro mengumumkan secara rasmi siapakah individu yang akan memegang portfolio ‘panas’ itu.

Biarpun begitu, hanya ada satu lagi posisi yang belum diisi dan kedudukan itu juga bukanlah sembarangan iaitu pengkritik tetap AF8.

Sekali lagi, nama Aznil diletakkan di senarai teratas apabila dia dikatakan akan menduduki tempat yang sebelum ini dipegang oleh Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramlie, Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura dan Edrie Hashim itu.

Kalaulah Aznil kembali ke gelanggang AF sebagai pengkritik tetap musim ini, ia merupakan khabar paling gembira buat peminatnya dan pengikut setia AF.

Namun, Aznil lebih selesa untuk mengambil sikap berdiam diri biarpun berkali-kali diasak dengan pertanyaan sewaktu menjalani sesi fotografi bersama Jimmy Shanley baru-baru ini..

Sebetulnya, sehingga kini, tiada sebarang tawaran rasmi daripada Astro buat Aznil. Namun beliau mengakui, sudah ada perbincangan antara kedua-dua belah pihak.

Sebagai orang lama dalam akademi seni itu, Aznil juga tidak teragak-agak mengesahkan penyertaannya sebagai pengkritik tetap AF8 sebaik menerima tawaran itu.

“Sebagai pengkritik tetap, saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu para pelajar membina keyakinan diri mereka untuk bergelar penghibur.

“Saya tidak akan menyentuh aspek teknikal kerana akan ada individu yang lebih layak untuk memperkatakan tentang soal itu.

“Cuma, saya mahu berkongsi dengan para pelajar pengalaman yang telah saya timba dan perolehi sepanjang dua dekad bergelumang dalam industri,” kata Aznil memberikan jawapannya terhadap khabar angin yang sedang bertiup kencang buat masa ini.

Kalau benar sekali pun Aznil sudah sah menjadi pengkritik tetap, pastinya ia merupakan satu rahsia besar yang hanya dapat dibongkar pada konsert mingguan AF8 pertama pada 20 Mac ini.

Malah, dengan penuh jujur anak jati Kuala Lumpur ini memberitahu, dia rela menjadi pengkritik tetap daripada kembali sebagai pengacara.

Bukan mahu mendabik dada dan bersikap angkuh, tetapi jelasnya, dia mahu muka baru dan segar diberi peluang untuk mengendalikan AF8.

Aznil merupakan orang paling gembira apabila Jimmy diumumkan sebagai salah seorang pengacara AF8.

Sebagai seorang yang realistik, Aznil berpendapat, jika dia terus bergelar pengacara AF, barangkali rancangan akan menjadi statik.

“Saya sudah tua. Keadaan tidak akan sama seandainya saya meneruskan tugas sebagai pengacara.

“AF semakin membesar dan ia perlu bergerak seiring dengan perubahan masa kini.

“Jadi, apabila Jimmy digandingkan dengan Sarimah Ibrahim untuk konsert mingguan, saya sudah nampak perubahan yang akan berlaku,” ujar personaliti kebanggaan ramai ini.

Ditanya tentang kredibiliti Jimmy untuk menghangatkan kembali populariti AF, Aznil yang juga penyampai radio Era tanpa ragu-ragu yakin dengan kemampuan Jimmy untuk mengendalikan konsert mingguan dan Diari AF.

Jelasnya, sepanjang tujuh musim AF bersiaran, Aznil melihat jiwa Jimmy telah dicurahkan sepenuhnya untuk sewaktu mengendalikan Trek Selebriti AF dari uji bakat sehinggalah pasca rancangan tersebut.

“Itu kelebihan yang ada pada Jimmy kerana dia lebih mengenali para pelajar daripada saya sendiri sewaktu menjadi pengacara untuk lima musim.

“Lagipun, sudah tujuh tahun dia mengendalikan rancangan berbentuk rakaman. Inilah masanya dia perlu membuktikan kemampuannya mengacarakan rancangan siaran langsung pula,” jelasnya memuji Jimmy.

Malah, Aznil juga melihat Jimmy seperti dirinya satu ketika dulu apabila diberi peluang mengendalikan Anugerah Juara Lagu pada tahun 1993.

Kerana kata Aznil yang juga pengacara rancangan Jangan Lupa Lirik! itu juga, ketika itulah pertama kali dia diberi peluang mengendalikan rancangan siaran langsung.

“Pada masa yang sama, Jimmy harus belajar untuk menjadi lebih spontan dan peka untuk berdepan dengan segala kemungkinan sepanjang rancangan berlangsung.

“Bukan itu sahaja, dia juga perlu bijak mengawal audiens di dewan dan di rumah untuk terus mengundi kerana kuasa penonton di rumah lebih besar,” tuturnya sambil menitipkan nasihat buat Jimmy yang sudah dikenalinya hampir sedekad itu.

Kata-kata perangsang Aznil itu cukup mengharukan Jimmy kerana sebagai orang baru, dia mengharapkan sokongan daripada semua pihak.

Memang tidak wajar katanya, untuk cuba membandingkan dirinya dengan Aznil dan AC kerana semua memiliki gaya dan persembahan yang tersendiri.

Apabila sudah diberikan peluang keemasan ini, Jimmy berikrar untuk mengendalikan konsert mingguan dan diari dengan caranya yang sendiri.

Satu yang pasti katanya, tanda pengenalan atau trademark Yesszzaaaa yang dipegangnya selama mengendalikan Trek Selebriti akan jauh ditinggalkan selepas ini.

“Walaupun pada mulanya pihak Astro mahu saya mengendalikan rancangan ini dengan gaya yang lebih matang, tetapi saya fikir memang agak sukar untuk berbuat demikian.

“Bayangkan saya perlu menjadi orang lain ketika mengendalikan diari dan mewujudkan personaliti berbeza sewaktu konsert mingguan.

“Memang saya tidak boleh berbuat demikian dan akhirnya mereka bersetuju dengan idea saya yang akan terus menjadi diri saya sebenar,” kata selebriti berusia 29 tahun ini panjang lebar.

Tanpa berselindung, pemilik nama penuh Jimmy Shanley Norjahan Saleh ini memberitahu, dia memang gugup dan gementar apabila memikirkan situasi untuk mengendalikan konsert mingguan kelak.

Seperti mana Aznil, pemuda kacak ini juga memiliki darah gemuruh setiap kali mahu menjejakkan kaki ke atas pentas.

Tetapi mujurlah kata Jimmy, dia bertuah kerana digandingkan dengan Sarimah yang memiliki kelebihan untuk menghangatkan dan menceriakan pentas konsert mingguan AF.

“Untuk diari itu mungkin saya tidak mempunyai masalah kerana pengalaman mengemudikan Trek Selebriti tidak banyak bezanya.

“Cuma untuk konsert mingguan kelak, saya harus menyiapkan diri sebaiknya agar saya tidak akan nampak kekok di atas pentas,” katanya yang akan membuat penampilan pertama bersama Sarimah menerusi rancangan Tirai Akademi Fantasia 8 pada 13 Mac ini.

Ketika menerima lamaran daripada Astro untuk mengemudi AF8, Jimmy dapat merasakan yang tuah benar-benar berpihak padanya.

Ketika itu, dengan pantas dia menjelaskan dia mahu mengacarakan diari kerana tiada bezanya dengan Trek Selebriti.

Namun, selepas diberitahu bahawa format untuk musim ini akan bertukar dengan menampilkan dua pengacara, dia fikir sudah tiba masanya untuk dia meluaskan lagi skop tugasnya sebagai pengacara.

“Inilah peluang untuk saya buktikan kepada semua pihak yang saya dapat melakukannya dan saya harus berkorban untuk menanggalkan baju lama dan menggantikannya dengan yang baru,” ujarnya pemuda peramah ini dalam nada cukup optimis.