Intro2u Blog » Ida Nerina

Artis Pukul Isteri
Jamal Abdillah Dituduh Pukul Isteri!

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia yang mempunyai suara emas telah dituduh memukul bekas isterinya, Fatimatuzahrah Samat, 24 sehingga menyebabkan kecederaan pada Mei 2007. Apabila mengulas tentang kes tersebut, Jamal mengakui telah menampar isterinya itu tetapi pukulannya itu hanyalah tindakan refleks kerana membalas pukulan penyapu yang mengena bibirnya. Beliau mendakwa isterinya itu tidak pandai membuat kerja rumah dan dia dengan secara bergurau mengatakan mungkin lebih baik isterinya itu dibaling dengan penyapu. Mungkin kerana salah faham, kedua-dua mereka telah berlari mendapatkan penyapu tersebut dan bergaduh. Menurut Jamal, tamparan beliau itu tidaklah kuat sangat, hanya menyengat sikit sahaja. Namun, kenyataan bekas isterinya berbeza yang mengatakan Jamal sering menuduhnya mengadakan hubungan sulit dan sering memukul tubuhnya hingga lebam. Ini merupakan perkahwinan ketiga Jamal Abdillah dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Zaki Yamani. Perkahwinan ketiga ini juga gagal dan Jamal Abdillah sedang berusaha untuk membersihkan diri daripada dadah dengan pertolongan Pengasih. Beliau akan menunai umrah untuk kali kedua bulan ini dan pada bulan Disember 2007 Jamal akan persembahan di luar negara, di Nottingham United Kingdom, untuk pertama kalinya.

Belumpun kes memukul isterinya selesai, seorang pelakon filem dan drama yang popular sekitar awal 90-an, kini menjadi buruan polis berikutan sekali lagi kerana disyaki mengugut akan mencedera dan membunuh isterinya, baru-baru ini.

Tindakannya itu seolah-olah tidak pernah serik apabila sebelum ini dia pernah ditahan kerana mencederakan isterinya serta mengugut akan menyimbah asid.

Menurut sumber, pelakon itu dapat menghilangkan diri apabila polis mahu menangkapnya di rumah untuk didakwa di mahkamah.

Difahamkan, setiap kali polis tiba di rumahnya, pelakon berusia awal 40-an itu yang sering bergaduh dengan isterinya melarikan diri seolah-olah mengetahui dia akan ditahan.

Sebelum ini, pelakon terbabit pernah bertindak kejam dengan menendang isterinya ketika mengandung sehingga mengalami keguguran.

Dia pernah ditahan polis selepas isterinya membuat laporan mendakwa tidak tahan dipukul secara berterusan.

Pemeriksaan dan ujian air kencing yang dijalankan kemudian mendapati pelakon terbabit positif mengambil dadah jenis syabu.

Selepas empat hari ditahan, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kembali tinggal bersama isterinya.

Namun, sumber itu berkata, sikap panas barannya dipercayai dia mengulangi perbuatan buruknya itu apabila sering bergaduh dengan isteri, termasuk mengugut membunuh, Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ampang, Deputi Superintendan Goh Lee Fook, berkata polis sedang menjejaki pelakon terbabit untuk mendakwanya atas kesalahan mengugut dan mencederakan isterinya.

“Polis sedang menjejaki pelakon terbabit untuk mendakwanya atas tiga kes yang pernah dilakukannya sebelum ini, termasuk satu ugutan terbaru yang dibuat kepada isterinya.

“Kami kesal dengan tindakannya melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro pada 8 April lalu melaporkan pelakon terbabit ditahan selepas mencederakan isterinya yang juga seorang penari.

Berikutan aduan dibuat wanita berkenaan, polis membuka tiga kertas siasatan.

Pelakon terbabit disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan, Seksyen 321 KK kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 15 (1) KK (penyalahgunaan dadah).

Difahamkan, ketika itu, dia didakwa memukul isterinya dengan kayu sehingga cedera di tangan, betis serta lutut kiri.

Pelakon terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya, selain pernah menjadi hero remaja.

Malah, difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan tidak kira sama ada melalui filem atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Pelakon popular yang ditahan polis pada 5 Mac lalu berikutan aduan isterinya sendiri, bakal berdepan tiga pertuduhan jenayah berikutan tindakannya yang didakwa mengasari wanita berkenaan selain menyalah guna dadah.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis setakat ini sudah membuka tiga kertas siasatan terhadap pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu.

Pelakon lelaki berusia 40-an itu kini disiasat mengikut Kanun Keseksaan atas dakwaan mengikut Seksyen 306 kerana ugutan, Seksyen 321 (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 15 (1) (penyalahgunaan dadah).

Difahamkan, pelakon terbabit didakwa memukul isterinya dengan kayu sehingga cedera di tangan, betis serta lutut kiri.

Isterinya yang berusia 26 tahun dan bekerja sebagai penari, dikatakan pernah diugut bunuh dan akan disimbah asid.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi semalam memberitahu, polis sedang menunggu hasil ujian air kencing terhadap pelakon terbabit.

“Kita juga sedang menyiasat lebih lanjut berhubung tindakannya memukul dan mengugut isteri dan jika segala bukti mencukupi, dia mungkin akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Harian Metro pada 8 April lalu melaporkan pelakon itu ditahan polis selepas isterinya membuat laporan mendakwa sering dipukul dan diugut suaminya.

Pemeriksaan awal ujian air kencingnya mendapati dia positif mengambil syabu, namun dibebaskan keesokannya dengan jaminan polis.

Dalam laporannya kepada polis, wanita itu mengadu pelakon terbabit turut mengugut mencederakannya.

Tidak tahan sering dipukul dan bimbang terhadap ugutan dibuat pelakon terbabit, isterinya menyerahkan suami kepada polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Bagi menafikan perbuatannya, pelakon itu membuat laporan polis mendakwa dia tidak pernah mengugut isterinya.

Dia sebaliknya mendakwa isterinya sengaja mereka-reka cerita dan membuat laporan polis supaya dia ditahan.

Difahamkan, wanita itu sudah mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditampar.

Pelakon terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya selain pernah menjadi hero remaja.

Difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan sama ada melalui filem yang dilakonkan atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Filem lakonannya pernah menggemparkan negara apabila dia bersama pelakon wanita pasangannya melakukan aksi panas dalam satu babak di tepi pantai.

Selain itu, dia pernah ditahan pada 1994 atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen sah serta cukai jalan tamat tempoh.

Dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan tidak dibenarkan memohon lesen memandu selama setahun.

Namun, kontroversi dan kisah panasnya tidak terhenti di situ apabila tidak lama selepas itu, dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) kerana disyaki bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram dengan seorang model dan pelakon sambilan.

harian metro

Malayu Ida Nerina
APABILA keputusan senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) diumumkan baru-baru ini, ramai yang gembira dan suka dengan senarai tersebut.

Tetapi, biasalah, sudah menjadi adat dalam setiap pertandingan. Pasti sahaja ada yang tidak puas hati dengan keputusan.

Itu memang tidak boleh elak. Jadi, mahu atau tidak, kena terima sahajalah.

Apabila Papa membelek senarai pencalonan itu, Papa hampir tidak percaya apabila melihatkan nama aktres Ida Nerina langsung tidak melekat dalam mana-mana kategori lakonan baik untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik mahupun Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Pelik juga. Mana tidaknya, setahu Papa filem lakonan Ida yang dicalonkan pada peringkat awal ini semuanya hebat-hebat iaitu Susuk, Anak dan Wayang.

Mustahil juga lakonan Ida langsung tidak memberikan impak yang besar menerusi ketiga-tiga filem itu.

Kalau tidak silap Papa, ada kawan Papa memberitahu, lakonan Ida dalam filem Anak dan Wayang memang hebat dan begitu menjadi.

Tapi tak mengapalah, barangkali bukan rezeki Ida kali ini untuk dicalonkan dalam FFM.

Siapa tahu mungkin tahun hadapan pula kan. Yang pasti, pada pandangan Papa, Ida sudah termaktub sebagai salah seorang aktres yang hebat dan berkaliber.

Kalau tidak, tak kan pula tiga trofi FFM sudah berada dalam genggamannya. Tak gitu Ida

Presenting Naked Ida Nerina
The National Geographic Channel is celebrating 10 years in Asia by presenting its Top 30 National Geographic programmes as voted by its viewers. The selection will be presented throughout this month by some of Asia’s favourite stars.

Topics ranging from Science and Megastructures to Investigations, Culture, Wildlife and Amazing Moments will be covered, and each programme will be presented by celebrities from Hong Kong, Singapore, Malaysia, Taiwan, the Philippines and Thailand.

Amongst the celebrities presenting are Ida Nerina, Michael Wong, Sarimah Ibrahim, Daniel Wu, Jaycee Chan, Allan Wu and Dick Lee.

“This exclusive star-studded countdown to mark National Geographic Channel’s 10 years in Asia is unprecedented,” said Basil Chua, the channel’s marketing director.

The countdown started on June 1 and ends on June 30, every night at 8pm and 11pm exclusively on the National Geographic Channel (Astro Channel 553).