Intro2u Blog » Ikin

Kembar ekin mawi kawen dato
LAHIRNYA mereka sebagai pasangan kembar sudah cukup membuktikan betapa akrabnya pasangan kembar seiras, Nora’ashikin Rahmat (Ekin) dan Nora’ain Rahmat (Aain) ini.

Selama 30 tahun bersama sehinggalah pada hari pernikahan Aain, isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi itu masih setia di sisi kembarnya, menemani sehinggalah selesai detik diijabkabulkan.

Aain diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati yang juga duda beranak tiga, Datuk Arif Ambrose Leonard Ng, 41, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor tepat pukul 12.30 tengah hari.

Berwalikan bapanya, Rahmat Mohamad, 50, pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM300 oleh Pendaftar Kanak Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd. Dasuki, 39.

Dengan sekali lafaz, Arif sah bergelar suami kepada Aain dan pasangan tersebut kelihatan berseri mengenakan pakaian sedondon putih daripada Cosry.

Tuah pasangan kembar popular ini, kedua-duanya ditemukan dengan jodoh di kalangan mereka yang berada.

Namun, melepaskan pasangan kembar yang menjadi ‘kawan’ sedari kecil sebagai seorang isteri tentu sahaja mengundang rasa gembira dan sayu buat Ekin.

Barangkali perasaan yang sama turut dikongsi oleh Aain pada saat Ekin diijabkabulkan dengan Mawi setahun lalu.

Bertemu Ekin sejurus selesai majlis pernikahan tersebut, selain ucapan gembira dan rasa syukur ke hadrat Ilahi, dia turut mendoakan kebahagiaan Aain di samping suami tercinta.

“Saya bersyukur pernikahan Aain berjalan dengan lancar. Walaupun sederhana namun segalanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang saya harapkan semoga kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat secepat mungkin.

“Harap mereka tabah mengharungi asam garam hidup berumah tangga malah, mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik,” luah Ekin dengan nada ceria.

Kegembiraan

Pada majlis yang sama, turut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu 11 dulang daripada Aain termasuk senaskhah al-Quran, telefon bimbit, coklat, buah-buahan, minyak wangi dan sepersalinan pakaian.

Arif pula membalas sembilan dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kek, telefon bimbit, tas tangan, alat solek dan sirih junjung.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Aain ketika ditemui.

Jika sepanjang masa berada di dewan nikah dia ditemani rasa gementar dan gemuruh, kini, hari-hari yang dilalui berdepan tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai seorang isteri.

Bergelar isteri kepada Arif yang baru memeluk Islam pada Jun lalu, bukanlah semudah yang disangka.

Malah, kata Aain, dia perlu menjelaskan kepada suaminya agar mencintai Islam terlebih dahulu berbanding dirinya.

“Saya bercerita banyak perkara tentang Islam kepadanya termasuklah tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dan juga seorang imam.

“Walau apa pun yang dilakukan, dia perlu tahu perkara-perkara baik dan buruk sebagai seorang Islam,” katanya yang merancang mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka awal 2010.

Berkahwin dengan pasangan yang 11 tahun tua daripadanya tidak langsung menerbitkan kesukaran buat dirinya.

Malah, dalam berkomunikasi, kata Aain, ada keserasian dan pemahaman antara satu sama lain yang membuatkan mereka begitu senang bersama.

Selain kelakar, Arif juga disimpulkan Aain sebagai seorang yang mengambil berat dan memahami saya.

Bahkan, perbezaan usia 11 tahun juga tidak memberi sebarang masalah buat mereka berdua.

“Setakat ini, Alhamdulillah dia boleh sabar dengan kerenah saya. Malah saya bersyukur kerana bukan mudah nak bawa seseorang daripada agama lain ke agama kita.

“Ini merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan Arif untuk saya,” katanya dalam nada penuh kesyukuran.

Masih belum menetapkan destinasi berbulan madu, Aain bagaimanapun, berhasrat membawa suaminya ke Mekah menunaikan umrah tidak lama lagi.

Bukan hanya sebagai seorang isteri malah, tanggungjawab berganda buat Aain apabila menjadi ibu kepada tiga anak Arif yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak kisah menjadi ibu kepada anak-anaknya kerana itu adalah kehidupannya sebelum dia mengenali saya.

“Tentang anak kami pula, saya tidak merancang apa-apa bagaimanapun, jika ada rezeki memang saya mahukan anak secepat mungkin,” katanya.

Bercerita tentang kerjaya seni, kata Aain, suaminya tidak menghalang sekiranya dia masih ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, bersama kembarnya, Aain merancang membuka cawangan kedai busana muslimah milik mereka yang selama ini diusahakan di Johor ke Wangsa Maju pula.

Nilai Aain tak terbanding

Tidak seperti kebanyakan pasangan lain, Arif hanya menyerahkan cek kosong kepada keluarga Aain yang dirasakannya berhak menentukan jumlah sebenar wang hantaran perkahwinan mereka.

“Bagi saya Aain tidak boleh dinilai. Kami berbincang dahulu berapa jumlah hantarannya nanti. Berapa pun nilainya, ia hanyalah sebagai simbol.

“Seperti juga dengan pernikahan kami, barangan hantaran tidaklah terlalu penting. Ia hanya sebagai satu simbol dalam perkahwinan kerana apa yang penting hati dan pernikahan,” kata Arif yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Bercerita tentang isterinya, lelaki itu berkata, sikap Aain yang matang biarpun berbeza usia 11 tahun daripadanya serta penyayang membuatkan hatinya benar-benar tertarik.

“Kami memang banyak persamaan. Apabila keluar bersama pun saya langsung tidak berasa bosan bersamanya,” ujar pengantin baru itu lagi.

BETAPA hebat dugaan cinta Ekin – Kini Mengandung
BETAPA hebat dugaan cinta Ekin. Gara-gara mencintai insan bernama Asmawi Ani, dia dicemuh. Namun itu kisah lama, kini dia bahagia bergelar isteri kepada penyanyi popular itu.

Walaupun impian menimang zuriat dalam waktu terdekat berkecai apabila mengalami keguguran selepas pulang daripada berbulan madu di Korea, ia tidak sedikitpun mencalar keharmonian pasangan romantik ini.

Bahkan demi menjaga kerukunan rumah tangga, si cantik ini sanggup melakukan apa saja pengorbanan, termasuk berundur daripada industri hiburan tanah air andai itu yang diminta Mawi.

“Tidak dinafikan banyak tawaran berlakon menyusul, tetapi saya tolak secara baik. Sebagai isteri, Mawi menjadi keutamaan saya sekarang.

“Walaupun dia mengizinkan saya terus membabitkan diri dalam bidang seni, banyak perkara perlu saya pertimbangkan, terutama komitmen.

“Kami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Semua kerja memasak, mengemas dan membasuh saya lakukan sendiri. Jika sibuk di lokasi, siapa pula yang akan menyediakan makan minum untuk Mawi? Saya tidak sampai hati.

“Buat masa ini lebih baik saya menghindari dunia glamor, biarlah Mawi seorang yang menonjol. Saya lebih senang membantunya di belakang tabir,” kata Ekin.

Ditanya tidakkah rugi menolak rezeki depan mata, pelakon siri Kawan ini dengan tenang berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buat dirinya dan Mawi.

“Kami menjadikan pengalaman orang lain, khususnya teman dalam industri, sebagai panduan dalam melayari rumah tangga. Nasihat mereka ada benarnya, malah saya rasa tenang bila dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

“Pun begitu, kata Mawi, andai ada tawaran berlakon bersama, dia galakkan saya terima. Lebih mudah katanya, dapatlah kami pergi dan pulang kerja bersama-sama,” kata Ekin yang tidak akan sesekali membelakangkan Mawi.

Bagi mengisi masa lapang, Ekin memilih mengusahakan perniagaan tudung dan pakaian muslimah. Baginya, bidang diceburi itu lebih menjamin masa depan dan banyak manfaatnya.

“Memang dari dulu saya suka berniaga. Sebelum ini saya pernah mengusahakan butik Nuit D Noces bersama ibu saudara di Johor, tetapi berkubur begitu saja bila sewa kedai meningkat.

“Sebagai permulaan, saya menjual tudung. Selain menggunakan khidmat pereka fesyen dari seberang, saya mencipta beberapa rekaan tudung.

“Alhamdulillah, dengan bantuan adik saya, Norshahirah, sambutan terhadap tudung rekaan saya memberangsangkan. Dia yang sibuk ke sana sini mempromosi produk ini.

“Insya-Allah, butik pertama saya akan dibuka di Johor Bahru tahun ini. Selain tudung, butik ini menjual persalinan muslimah, pakaian lelaki dan kanak-kanak.

“Semua produk ini di bawah label Mawi World Sdn Bhd (MWSB). Saya tidak boleh gunakan nama sendiri kerana terikat sebagai duta tudung Ariani,” katanya.

Berkongsi sisi peribadinya, Ekin gembira dikurniakan suami yang penyayang dan gemar menghabiskan masa di rumah andai tidak terikat dengan jadual seni. Bahkan pasangan muda ini banyak menghabiskan masa bersama dan sering berkongsi hobi.

“Walaupun sibuk, Mawi tidak pernah lupa menghubungi saya. Habis kerja, dia terus pulang ke rumah. Sesekali ada juga saya menemaninya ke tempat kerja.

“April ini Mawi akan sibuk dengan penggambaran Langkah Mawi musim kedua. Ini adalah projek usaha sama MWSB dan Astro. Destinasi pilihan kali ini mungkin Sepanyol.

“Insya-Allah saya akan menemani Mawi. Dapat juga melihat perkembangan fesyen di sana dan dari situ boleh dapat banyak idea untuk perniagaan yang saya usahakan,” katanya.

Diari Cinta 2009
BAGAIKAN satu ‘kemestian’ apabila seseorang artis popular akan menamatkan zaman bujang, pasti ada beberapa produk susulan diterbitkan. Bukan hanya laman web khas dibuat, tetapi buku biografi, memori kisah cinta dan diari turut dihasilkan.

Segalanya dimaklumkan untuk berkongsi dengan peminat. Malah, bukanlah percuma tetapi dijual di pasaran. Justeru, selepas Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Ning Baizura, kini tentunya giliran Mawi dan Ekin pula.

Namun, pasangan sejiwa yang mahu sehidup semati ini tampil dengan Diari Cinta 2009 yang ditulis Syed Hassan Al Attas, 42. Diari setebal kira-kira 500 halaman ini dikatakan sesuai bagi pasangan mencatat suka duka mereka dalam rumah tangga.

Secara tidak langsung, ia mengingatkan sesama pasangan mengenai perasaan masing-masing. Justeru, lebih membuat pasangan mengenali apa yang disukai dan sebaliknya antara satu sama lain. Ia juga dilengkapi 12 kalimah cinta.

Menurut Mawi, memandangkan ia (penulisan diari) satu benda yang baru kepadanya, dia sedia bekerjasama dengan Bina Minda Resources yang menerbitkan diari itu. Akuinya, dia sesekali tidak berasa diri cuba dieksploitasi.

“Sebelum ini, orang banyak sangat bercerita mengenai gosip cinta saya tetapi tidak pula pernah mereka membicarakan erti cinta yang sebenar. Jadi, saya dan Ekin sepakat biarlah kami abadikan erti cinta itu dengan cara begini.

“Kami juga tidak berasakan cuba dieksploitasi tetapi mengambilnya sebagai urusan perniagaan. Bahkan, kami melihat pada sudut yang positif ,” katanya pada sesi sidang media selepas pelancaran diari itu di Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa, kelmarin.

Bagi Ekin atau Nora’ashikin Rahmat, 29, pula inilah rezeki bakal pengantin. Ketika berdebar menunggu ketibaan tarikh dia dan Asmawi Ani, 27, disatukan sebagai suami isteri, banyak perkara dipermudahkan. Akuinya, ia tidak pernah dirancang.

“Kami berdua tidak pernah bercadang untuk muncul dengan diari ini tetapi apabila ada pihak datang berbincang untuk menghasilkan diari untuk kami, itu rezeki. Benda baik, buat apa hendak menolak dan ia juga sesuatu yang boleh dikongsi bersama peminat.

“Tolonglah, jangan anggap yang bukan-bukan. Kami tidak pernah terfikir perkahwinan ini akan menjadi semeriah ini. Ikutkan saya, memang mahu buat sederhana saja kerana itu yang sebaiknya. Namun, maklum sajalah Mawi dikenali ramai,” katanya.

Pelakon dan model jelita ini berkata mereka sekadar mahu meraikan peminat. Seperti selalu dijelaskan Ekin, kalau buat kecil nanti orang kata kedekut. Bila buat besar, orang kata mahu menunjuk pula. Tetapi, biar dengan apa orang hendak kata asalkan niat baik.

Sementara itu, Syed Hassan tidak menafikan dia sanggup menulis diari cinta berkenaan untuk Mawi kerana juara Akademi Fantasia 3 (AF3) popular. Katanya selain tiada orang buat diari, Mawi dipilih kerana dia memang memiliki ramai peminat.

“Sekurang-kurangnya, orang mesti hendak beli dan baca juga. Saya pun tidak kisah apa tanggapan orang yang mengatakan saya ‘menggunakan’ Mawi. Ia adalah lumrah hidup kerana setiap hari kita kena gunakan orang dalam perniagaan.

“Media juga tidak terkecuali kerana artis membantu melariskan akhbar. Saya dapati, jika ada cerita artis secara tidak langsung menarik orang membaca. Justeru, sebagai ahli perniagaan saya sudah tentu mahu orang membeli dan baca diari saya.

“Cuma, kelainannya Diari Cinta 2009 ini bukan sekadar untuk mengisi catatan harian pasangan tetapi turut memuatkan kalimah cinta yang boleh dijadikan panduan. Kalimah ini saya ambil daripada sasterawan Parsi dan Arab pada zaman dulu,” katanya.

Menurut Syed Hassan, rata-rata penulisnya sudah meninggal dunia dan ia diadaptasi ke dalam Diari Cinta 2009 kerana bahasa yang cukup indah. Katanya, diari itu akan berada di pasaran bermula 1 Disember ini.

“Harganya pula RM20 senaskhah. Bagi keluaran pertama ini sebanyak 5,000 unit dicetak. Permintaan sudah ada dan agak menggalakkan. Selain jualan di negara ini, Diari Cinta 2009 akan dipasarkan ke negara luar seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Setakat ini, Singapura dan Brunei sudah memberi persetujuan manakala Indonesia pula akan membuat perbincangan pada masa terdekat ini. Oleh itu, saya mensasarkan jualan diari ini mencatat sehingga 30,000 unit,” katanya yakin.

Berpengalaman dalam bidang motivasi selama lapan tahun, Syed Hassan berkata dia sudah memikirkan idea menulis diari berkenaan sejak tiga tahun lalu. Katanya dia gembira dapat menghasilkannya, lebih-lebih lagi dengan kerjasama Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro).

Artis Akademi Fantasia 7
KALAU dulu Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) boleh dianggap ‘gudang’ bagi artis Akademi Fantasia (AF), namun selepas enam musim berlalu, banyak perubahan berlaku.

Nampaknya Maestro kini lebih bersikap ‘memilih’ siapa artis mereka. Dalam erti kata lain, Maestro tidak lagi menguruskan semua artis AF, hanya yang ada permintaan dan potensi saja akan bernaung di bawahnya. Oleh itu, dari AF musim pertama hingga ketiga beberapa nama saja masih dipertahankan Maestro hingga sekarang.

Bagi AF1, Khai, Rosma dan Burn masih bersama Maestro. Manakala, AF2 pula Zahid, Farah dan Mas. Malah, semalam diadakan pula majlis menandatangani kontrak selama setahun antara Maestro dengan empat artis AF3, Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer.

Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez berkata, penyambungan kontrak dengan Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer dibuat kerana mereka ada tempat di pasaran dan Maestro memilih untuk menawarkan kontrak itu kepada mereka.

“Empat artis AF3 ini boleh dikatakan mempunyai permintaan berterusan di pasaran. Jadi, sayang kalau perjalanan karier mereka tidak kami bantu. Justeru, menerusi potensi yang ada dan usaha kuat mereka, kontrak wajar diteruskan.

“Sehubungan itu, tempoh setahun diberikan dan pencapaian mereka akan dinilai. Andai kata masih tetap cemerlang, kemungkinan disambung lagi. Apapun, Maestro sedaya-upaya cuba membantu artis AF di bawah pengurusan kami sebaik-baiknya.

“Setakat ini, karier artis AF yang bersama Maestro memang terurus dengan baik. Selain Mawi, siapa sangka Farah yang tidak dipilih sebagai pemenang pada AF2 tetap hebat. Hingga kini permintaan ke atas Farah sentiasa tinggi dan banyak,” katanya.

Freddie berkata, situasi berlaku kepada Farah itu menunjukkan ‘kemenangan’ bukan jaminan utama. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan untuk mencari apa saja peluang supaya terus bertahan. Dalam bidang ini, katanya persaingan sangat besar.

“Siapa yang pandai bawa diri, pasti berjaya. Oleh itu, sekarang memang Maestro memberi fokus kepada artis AF yang berpotensi. Terus-terang, Maestro tidak mampu menjaga semuanya (artis AF) kerana jumlah mereka yang begitu ramai.

“Jadi, kami memilih yang terbaik. Tidak dinafikan, ada juga artis AF tidak terpilih merayu untuk terus bersama tetapi perlu dipertimbang dulu. Bukan apa, Maestro tidak mahu mereka terus menunggu apa yang tidak pasti,” katanya.

Kata Freddie, mengambil kira masalah industri hiburan sekarang sewajarnya Maestro mengambil langkah seperti ini. Apa yang pasti, Amylea akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi dan Marsha pula pembikinan albumnya masih dalam proses.

“Begitu juga dengan Yazer. Walaupun albumnya diterbitkan Luncai Emas tetapi pengedaran tetap diuruskan Maestro. Bagaimanapun, Maestro tetap akan pastikan artis kami versatil dan ada kelebihan sendiri. Oleh itu, selain menyanyi, mereka boleh berlakon, mengacara dan jadi duta produk.

“Saya mahu mereka ‘berkualiti’ dan boleh bertahan lama dalam industri. Tidak ketinggalan, mendapat perhatian peminat dan tawaran tidak putus,” katanya memaklumkan artis AF4, AF5 dan AF6 masih mempunyai kontrak dengan Maestro.

Katanya, jika mahu melihat siapa antara mereka (AF4, AF5 dan AF6) yang masih bertahan dengan Maestro, semuanya akan dilihat tahun hadapan. Bagaimanapun, buat masa ini Maestro akan menguruskan mereka ikut yang termampu.

Marsha berkata, sekalipun dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Maestro tetapi tidak sanggup berbuat demikian. Katanya, sebagai artis baru, sukar untuknya bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan seperti Maestro.

“Saya tidak yakin lagi sejauh mana kekuatan untuk bergerak sendiri. Saya tidak berani dan tak bersedia ambil risiko itu. Oleh itu, bila Maestro berminat menawarkan kontrak baru kepada saya, lebih baik terima. Bahkan, saya senang diurus mereka,” katanya.

Akui gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini lagi dia turut membuat syarat tambahan dengan Maestro. Kata Marsha, apabila kontrak baru, ada peluang untuk berbincang apa yang baik untuk karier seninya dan juga Maestro. Dalam erti kata lain, mesti ada ‘timbal balik’.

Yazer pula berkata hingga kini dia memang tidak pernah bermasalah dengan pengurusan Maestro. Oleh itu, dia berharap albumnya dapat dipromosi dengan baik. Malah, katanya dia juga tidak meletak atau menambah sebarang syarat pada kontraknya.

“Kini, saya teruja menantikan kemunculan album sulung yang dijangka menjengah pasaran selepas Aidilfitri ini. Maklumlah, saya mengambil masa lama kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya,” kata Yazer memberitahu M Nasir menyumbangkan tujuh lagu.

Mawi Kahwin Ikin
Mawi & Ikin yang mengumumkan percintaan mereka beberapa bulan lalu setelah sekian lama ber

ahsia dengan peminat hiburan tanah air kini semakin hampir dengan majlis bahagia mereka. Mawi yang di’temubual oleh wartawan ketika berada di’Korea baru-baru ini mengatakan yang majlis pertunangan & pernikahan mereka akan di’jalankan serentak. Menurut Mawi,

Banyak dugaan jika bertunang lama-lama jadi lebih baik saya adakan kesemua majlis tersebut serentak pada hari yang sama. Dugaan masa bertunang hebat dan saya tak mahu mengalaminya lagi.

Menurut Mawi juga, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di’bandar & juga di’kampung Mawi untuk di’kongsi bersama dengan peminat mereka berdua. Mawi, selamat jadi suami orang.