Intro2u Blog » Linda

Anak Linda
MEMANG benar kata orang. Proses bersalin merupakan satu perkara yang cukup indah dan menakjubkan biarpun ia sebenarnya lebih terjerumus kepada pertarungan nyawa seorang ibu kepada anaknya.

Bukan itu sahaja, ia juga sebenarnya mahu menunjukkan kepada umat manusia tentang kekuasaan dan keindahan ciptaan Yang Maha Esa kepada kaum Hawa.

Ini sendiri diakui oleh pelakon terkenal tanah air, Que Haidar, 30, apabila terbit rasa keinsafan dalam dirinya sewaktu menyaksikan sendiri kelahiran puteri sulungnya, Tengku Ratu Haidar empat bulan lalu.

Katanya, dia sendiri berfikir dari manakah datang kudratnya untuk menyaksikan proses bersalin itu sedangkan dia seorang yang tidak boleh melihat darah walaupun hanya sekelumit.

Apatah lagi, isterinya, Linda Jasmine Hashim, 37, melahirkan bayi mereka secara pembedahan yang pastinya proses yang cukup menggerunkan!

“Apabila melihat semuanya, barulah saya sedar pengorbanan besar seorang ibu dan harus diakui, kudrat seorang wanita dalam konteks ini cukup kuat.

“Rasanya belum tentu seorang lelaki mampu menjadi kental seperti seorang wanita ketika bersalin,” katanya dalam nada bersungguh.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ditemui sewaktu majlis memperkenalkan anak pertamanya itu kepada pihak media di Bora Ombak, Ampang, Selangor, petang Sabtu lalu.

Turut hadir ibu Que, Rahmah Hussein serta ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim selain ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis yang hadir bersama pasangan dan keluarga masing-masing seperti Sofia Jane, Eizlan Yusof, Mawi, Adlin Aman Ramlie bersama Emelda Rosmila serta model dan pelakon, Mazin Ameen Siraj.

Tengku Ratu Haidar atau lebih mesra disapa Ratu itu dilahirkan pada 26 Oktober lalu di salah sebuah hospital swasta di ibu negara dengan berat 2.92 kilogram.

Selepas empat bulan, berat bayi comel itu sudah pun mencecah tujuh kilogram dan perkembangan itu benar-benar menggembirakan pasangan suami isteri ini.

Ratu merupakan anak pertama hasil perkahwinan Que dan Linda yang mendirikan rumah tangga pada 14 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, Linda menerusi perkahwinan pertamanya dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Qalif Khan yang berusia sembilan tahun.

Menyambung bicara, apabila diberi peluang menyaksikan proses kelahiran bayinya itu, barulah dia sedar dan tahu bagaimana ibunya, Rahmah Hussein, 51, melahirkan 10 orang anak.

“Kerana itulah, saya sendiri terfikir bagaimana kes buang emak yang berlaku dalam masyarakat hari ini boleh terjadi sedangkan pengorbanan mereka cukup besar.

“Saya dan Linda akan memastikan Ratu akan diberikan didikan agama dan moral yang lengkap agar dia dapat mengekalkan jati dirinya biarpun dilahirkan dalam arus modenisasi,” ujarnya sambil dipersetujui isteri tercinta di sisinya.

Mengenai pemilihan nama anaknya itu, anak kelima daripada 10 beradik ini menjelaskan inspirasi itu datangnya daripada isterinya sendiri.

Berbekalkan kejelitaan serta memiliki perwatakan yang menjelmakan dirinya sebagai seorang ratu membuatkan Que tidak berfikir panjang untuk memilih nama tersebut.

“Lagipun namanya pendek dan senang diingati. Dalam masa yang sama, saya mahu menurunkan dan mengekalkan nama arwah bapa saya di hujung nama Ratu itu.

“Rasanya tidak ramai juga yang menggunakan nama tersebut di negara ini,” kata Que sambil ketawa.

Saat ditanya tentang kehidupannya kini, wajah gembiranya sudah cukup menjelaskan segala-galanya.

Kata anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini lagi, dia merasakan dirinya kini semakin sempurna dan lengkap setiap kali mendakap serta berdampingan dengan puterinya itu.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi Que memberitahu jika ditakdirkan nyawanya ditarik ketika ini, dia tidak berasa ralat.

“Ini kerana darah dan semangat saya kini mengalir dalam diri Ratu.

“Setiap kali saya melihatnya, saya terbayangkan refleksi wajah saya terpancar di wajah anak saya.

“Alhamdulillah, apa yang penting buat saya dan Linda adalah bayi kami dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna,” kata aktor filem Duhai Si Pari-Pari dan Castello ini dalam nada bersyukur.

Dalam masa yang sama, Que juga sempat berkongsi cerita pengalamannya meniti kehidupan sebagai seorang bapa dalam tempoh empat bulan ini.

Penat bukanlah satu isu kata Que, tetapi pengalaman itu sendiri sudah cukup memberikannya signifikan tersendiri dalam dirinya sebagai seorang lelaki dan bapa.

Selama tempoh itu jugalah, dia merehatkan dirinya daripada menerima sebarang tawaran berlakon kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Menguji keimanan

“Apatah lagi Linda melahirkan bayi kami secara pembedahan dan proses penyembuhan itu benar-benar menguji keimanan serta kesabaran saya.

“Dengan keadaan Linda yang alah pada sebarang ubat penahan sakit, bayangkan proses itu dilaluinya dengan penuh kesakitan dan saya perlu sentiasa berada di sisinya untuk menenangkannya.

“Dalam masa yang sama, saya perlu menguruskan persekolahan dan aktiviti Qalif. Kemudian, barulah saya kembali ke hospital untuk memantau keadaan isteri saya,” cerita Que yang akan memulakan tugasnya sebagai jurulatih drama Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) sedikit masa lagi.

Sementara itu, Linda yang anggun mengenakan kaftan putih pula memberitahu dia benar-benar bersyukur kerana impiannya untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan Allah SWT.

Malah, dengan penuh jujur dia mengakui bahawa dia bersedia untuk menimang cahaya mata lagi selepas ini seandainya terus diberikan rezeki berbuat demikian.

“Buat masa ini, anak saya pun dah ada sepasang. Tetapi, saya terima sahaja selepas ini jika Allah mahu memberikan cahaya mata lagi kepada kami.

“Kalau ikutkan, sepatutnya saya perlu memberi masa dua hingga tiga tahun sebelum kelahiran yang seterusnya memandangkan kelahiran saya adalah secara pembedahan.

“Namun, atas nasihat doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh mengandung lagi.

“Memandangkan usia saya sudah menuju angka 40, maka saya tidak boleh menunggu lama lagi,” jelas Linda yang kembali ke gelanggang AF8 sebagai guru tari selepas ‘bercuti’ setahun.

Tambah Linda lagi, proses kelahiran kali ini semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang berlaku jika hendak dibandingkan ketika dia melahirkan Qalif sedekad yang lalu.

“Saya memang bersedia dari segala segi terutama sekali mental kerana proses kelahiran kali ini berjalan seperti mana yang saya harapkan,” kata pemilik studio tari Linda Jasmine Performing Arts ini lagi.

Sepanjang tempoh berpantang juga, Linda dijaga dengan baik oleh ibu mertuanya selama dua minggu dan menjalani proses berpantang secara tradisional.

Dalam masa yang sama, wanita tinggi lampai ini bersama suaminya sudah pun mempersiapkan pelbagai aspek demi masa anak depan mereka.

“Saya percaya semua ibu bapa akan melakukan benda yang sama untuk anak-anak mereka.

“Malah, kami juga tidak kisah jika anak kami mahu menjejaki langkah seni kami tetapi yang penting adalah pendidikan dan pelajaran yang harus diutamakan,” katanya penuh harapan.

Tamparan Fahrin Buat Linda lari
Mohon maaf secara terbuka atau jumpa di mahkamah. Itu kata putus yang diberikan oleh aktor popular, Fahrin Ahmad yang sudah tidak mampu lagi membendung kemarahannya terhadap penyampai radio popular, Linda Onn.

Kemuncak kemarahan terhadap bekas kekasihnya itu dizahirkan oleh Fahrin yang turut menitiskan air mata pada sidang akhbar hari ini bagi meminta Linda memohon maaf secara terbuka dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.

Fahrin, 31, menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor daripada firma guaman Tetuan Naufal & Co. juga memberi tempoh selama seminggu kepada Linda, 33, untuk berbuat demikian.

Notis tuntutan tersebut telah dikeluarkan oleh Fahrin melalui peguamnya pada 22 Januari lalu.

Menurut Tengku Naufal, selain dua tuntutan berkenaan yang perlu disiarkan di akhbar, Linda turut diminta mengeluarkan surat akujanji secara bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.

Tuntutan itu juga menyebut Fahrin menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan berbau fitnah oleh Linda yang disiarkan dua buah akhbar, masing-masing akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris bertarikh 19 serta 20 Januari lalu.

Linda yang kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM didakwa mengeluarkan kenyataan dalam dua akhbar berkenaan bahawa bekas kekasihnya seorang yang panas baran serta ‘cepat naik tangan’ selain pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta.

Sementara itu, Linda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Selebihnya tiada apa yang mahu saya ulas mengenai tindakan Fahrin terhadap saya,” katanya.

Menurut Linda, dia bersyukur kerana segala tuntutan Fahrin terhadapnya tidak memberi sebarang tekanan kepadanya.

Que Haidar dan anak Tengku Ratu Haidar
Pelakon Que Haidar sekarang dah jadi bapa. Anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Linda Jasmine dilahirkan secara pembedahan petang semalam (26 Oktober 2009) semalam di Hospital Gleneagle Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Source: Wikipedia

Que Haidar dan Linda Jasmine.

Bayi seberat 3kg itu dinamakan Tengku Ratu Haidar. Cantik namanya, mesti secomel ibu dan ayahnya kan? Namun Que enggan membenarkan gambar anaknya dirakam oleh pihak media.

“Dia kecil lagi kesianlah… tunggulah mungkin selepas habis pantang nanti,” kata Que semasa dihubungi ketika menemani Linda di hospital tersebut.

Semasa berbual dengan Que kedengaran suara anaknya menangis. Que memang berehat daripada penggambaran untuk menunggu detik kelahiran anaknya.

“Semestinya saya happy bila sudah menjadi bapa ni. Saya akan memberikan yang terbaik kepada anak saya,” katanya yang juga menjaga anak Linda hasil perkahwinan pertamanya.

Ibunya akan menjaga Linda semasa proses berpantang nanti.

Scha dan Kejayan PAPADOM
KEJAYAAN filem Papadom yangg mengaut kutipan kasar sebanyak RM2.3 juta dalam tempoh 12 hari sememangnya memberi petanda yang cukup positif.

Ternyata, kemenangan filem tersebut yang merangkul lima anugerah termasuk Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Sabah, Ogos lalu berjaya menyakinkan penonton.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon dalam filem arahan Afdlin Shauki itu juga boleh dilihat sebagai salah satu tarikan utama untuk penonton berkunjung ke pawagam dan menonton filem hebat itu.

Salah seorangnya ialah Scha Al-Yahya yang berjaya memberikan lakonan yang cukup menyakinkan dan memberangsangkan menerusi watak Shasha.

Manakan tidak, sebelum ini Scha cukup terkenal dengan watak baik tetapi menerusi Papadom, Scha berjaya melakukan transformasi watak yang boleh dikira meninggalkan impak yang besar.

Pertama kali membawakan watak antagonis, Scha mengibaratkan ia sebagai satu peluang keemasan dan cukup berharga sebagai seorang pendatang baru.

“Memang sudah lama saya mengidamkan untuk berlakon di bawah Afdlin dan apabila tawaran itu datang kepada saya, sungguh berat untuk saya menolaknya.

“Apatah lagi, watak Shasha adalah watak jahat yang pertama kali saya bawakan dan sungguh teruja serta gembira dengan watak ini.

“Saya mahu menjadi seorang yang versatil dan tidak terikat dengan satu jenis watak saja,” katanya dalam nada bersungguh sewaktu menghubungi Hits baru-baru ini.

Menyambung bicara, watak Shasha yang dibawakannya dalam filem Papadom adalah berbeza dengan watak gadis nakal yang pernah ditonjolkan dalam filem tempatan sebelum ini.

Akui Scha, ia adalah permintaan daripada Afdlin sendiri yang tidak mahu watak itu digambarkan secara stereotaip dan tipikal.

“Memang susah juga nak bawa watak gadis jahat ini kerana Afdlin mahu ia nampak semula jadi dan kehalusan karakter jahat itu sendiri yang membuatkan saya berasa puas hati dengan lakonan saya.

“Alhamdulillah, respons yang saya terima daripada peminat juga kebanyakannya positif dan saya gembira kerana kehadiran saya kini mula diterima dengan baik,” kata pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini ini lagi.

Scha menarik nafas lega apabila dikhabarkan tentang berita kejayaan filem tersebut yang mampu membuat kutipan luar biasa dalam tempoh singkat.

“Kejayaan ini saya sifatkan sebagai kejayaan seluruh karyawan filem ini dan saya bangga kerana menjadi sebahagian daripada filem ini.

“Saya percaya kelebihan filem Papadom terletak pada jalan cerita dan skripnya yang bagus selain lakonan pemainnya yang bukan calang-calang,” ujarnya yang mengharapkan kutipan filem Papadom akan terus meningkat.

Dalam pada itu, pemenang Dewi Remaja 2006 ini juga tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya apabila melihat karier seninya semakin berkembang.

Biarpun dihimpit kontroversi dengan kisah cintanya bersama bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad, namun Scha tidak melihatnya sebagai satu halangan.

“Saya bertuah kerana sebelum gosip percintaan saya timbul, saya terlebih dahulu dikenali menerus dua buah filem iaitu Antoo Fighter dan Histeria serta drama bersiri, Awan Dania.

“Sehingga kini pun, orang tetap memanggil saya Dania dan itu sudah jelas membuktikan impak karier saya begitu besar pada mereka.

“Apa sahaja yang berlaku saya ambil dan jadikan satu pengalaman dalam meniti kehidupan saya sebagai seorang anak seni,” ujar Scha yang akan muncul dengan filem Libas dan masih sibuk di lokasi drama bersiri Awan Dania musim kedua.

Melihatkan kepada profil seninya, Scha dilihat lebih cenderung kepada filem berbanding drama mahupun telemovie.

Adakah ini memberi tanda bahawa Scha seorang yang begitu selektif dan menjaga reputasinya dengan hanya mahu membintangi filem sahaja?

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, ujar Scha, dia tidak mahu menjadi seorang yang tamak.

“Saya komited pada kerja dan tidak akan menerima lebih daripada satu tawaran dalam satu-satu masa kerana bimbang tidak terkejar nanti. Biarlah saya lakukan secara perlahan-lahan,” katanya yang pernah membintangi dua buah drama iaitu Terlalu Istimewa dan Naik Hantu serta drama bersiri Bella.

Begitu juga dengan tugasnya sebagai pengacara Sehati Berdansa musim ketiga di mana Scha mahu melihat semua pihak melihatnya dari sudut positif.

Jelasnya, dia mahu menjalankan tugasnya secara profesional dan dia mengharapkan Fahrin juga akan bersikap demikian.

“Rancangan ini adalah sebuah program yang cukup besar dan tanggungjawab ini sungguh berat untuk saya galas dan cuba memberikan yang terbaik,” katanya penuh mengharap

Linda ON dan KEKAYAAN 3 Juta
LINDA Onn, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni dan penyiaran negara. Wanita tinggi lampai berambut perang ini mula mencipta nama sebagai deejay di radio Era dan kini semakin dikenali melalui radio popular Sinar FM.

Sebelum kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang pelakon lelaki berkecai di tengah jalan, nama Linda sering menjadi percakapan bukan sahaja kerana popularitinya sebagai deejay tetapi apa yang lebih nyata ialah kemewahan hidupnya.

Bayangkan dengan tugasnya sebagai deejay tentu ramai yang tertanya-tanya daripada mana kemewahan itu mampu dimilikki?

Sejak itu, pelbagai gosip timbul kononnya segala apa yang dimilikki deejay yang pernah membintangi filem Gila Bola ini ditaja oleh seseorang.

Malah Hits pernah menerima beberapa panggilan daripada mereka yang tidak menyenangi akan kemewahan hidup Linda dengan mendakwa kononnya Linda ditaja oleh VVIP atau orang kenamaan.

Dan baru-baru ini ketika diundang oleh Linda untuk menghadiri majlis rumah terbuka di banglo baru miliknya yang bernilai berjuta ringgit, Linda tidak terkejut ketika diajukan persoalan itu.

“Saya tidak pernah ditaja oleh sesiapa. Semua yang saya miliki adalah hasil titik peluh saya sendiri.”

Itu tegas penyampai radio popular Sinar FM, Linda Onn saat diajukan persoalan mengenai dakwaan dan kata-kata sesetengah pihak terhadap kekayaan yang dimilikinya.

Masakan tidak, Linda ketika ini bukan hanya mampu berbangga dengan memilikki enam rangkaian restoran asam pedas serta nasi ayam malah kereta serta rumah mewah.

Dan, dakwaan itu bertambah kuat sementelah Linda kini sudah pun membeli sebuah banglo mewah di Bukit Indah, Ampang, Selangor yang dikatakan bernilai RM2.3 juta.

Banglo yang terletak di kawasan eksklusif itu memiliki enam bilik tidur dengan hiasan dalaman yang cukup anggun.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan serta apa sahaja kata orang, Linda menjelaskan bahawa segala kekayaan yang menyelimutinya bukanlah atas tajaan sesiapa.

“Orang boleh nampak dan menilai apa yang saya lakukan selama ini.

“Saya buka restoran yang kini sudah ada enam buah dan bekerja sebagai penyampai radio serta hos beberpa siri program,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman barunya di Bukit Indah, baru-baru ini.

Selain keluarga dan saudara-mara, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis serta warga kerja Sinar FM.

Kata Linda, kemampuannya untuk semua kemewahan itu adalah kurniaan Allah kerana usaha kerasnya membangunkan enam buah restoran di sekitar ibu negara, Ampang, Cheras serta Shah Alam.

“Daripada perniagaanlah, saya dapat membeli apa sahaja yang diinginkan.

“Tidak perlu ditaja dan sehingga kini pun, saya memang tidak pernah ditaja untuk mendapatkan semua ini,” jelas Linda.

Kepuasan Linda

Ujar penyampai radio berbadan tinggi lampai ini, banglo mewah di Bukit Indah yang hiasan dalamannya berkonsepkan merah dan hitam merupakan ciri-ciri rumah idamannya sejak kecil lagi.

Katanya, dia sendiri tidak berniat untuk membeli rumah tersebut tetapi memandangkan ia menepati impian dan melihatkan kemampuannya, ia akhirnya dibeli dengan segala urusan termasuk menetapkan konsep, pemilihan perabot dan hiasan dalaman ditentukan olehnya.

“Saya berpuas hati 100 peratus kerana segala-galanya adalah atas kehendak saya sendiri. Berbulan-bulan saya merancang untuk memilih konsep.

“Warna merah dan hitam adalah warna kegemaran saya. Untuk perabot dan hiasan dalaman, semua saya cari yang murah-murah. Sebab itu, saya terpaksa ke sana sini untuk mencari tempat yang menjual barangan hiasan termurah,” ujar bekas penyampai radio Era ini.

Ditanya tentang rumahnya di Jalan Ampang, Linda berkata, rumah tersebut masih didiami olehnya sekeluarga.

“Rumah di Bukit Indah ini pun baru sahaja dua hari saya menetap di sini. Buat masa sekarang, saya belum memikirkan untuk menetap di rumah yang mana satu,” katanya.

Selesa bersendirian

Sementara itu, peluang bertemu Linda tidak dilepaskan untuk bertanya tentang masa depan hidupnya termasuk soal berumah tangga.

Pastinya, Linda akan ‘digeruni’ oleh lelaki untuk didekati memandangkan dia sudah memiliki segala-galanya.

Menurut Linda, dirinya masih belum berpunya namun mengakui selesa hidup bersendiri.

“Saya selesa begini. Tidak ada tekanan dan tidak terkongkong. Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi tiada calon.

“Kalau ada yang takut hendak mendekati saya, biarlah. Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja,” tegasnya yang bakal mencecah usia 32 tahun pada November ini.

Linda sebelum ini menjadi sebutan ‘carta’ dunia hiburan tanah air lantaran kes ‘perang mulut’ antaranya dengan seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas kekasihnya.

Tidak lagi bersama Sehati Berdansa

Dalam pada itu, baru-baru ini Linda diumumkan tidak lagi akan menjadi hos bagi program realiti Sehati Berdansa.

Walaupun begitu, Linda sedikitpun tidak berasa terkilan atas perkara tersebut.

Sebagai pengubat duka, Linda melahirkan rasa puasnya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi program Ritma Muzik Aktif di saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro).

Menerusi program terbabit, Linda mengendalikan dua segmen iaitu Gemersik 60-an dan Rentak 70-an.

“Saya banyak belajar tentang lagu-lagu lama sepanjang bertugas di Sinar FM. Segalanya saya gunakan sewaktu mengendalikan program di Ritma Muzik Aktif.

“Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman tetapi tidak tahu bila ia akan ke udara.

“Kiranya program terbaru ini sebagai pengubat duka sebab tidak dapat jadi hos Sehati Berdansa,” kata Linda dalam nada gurau

Anak Gue Haidar dan LINDA Jasmine
RAMADAN kali ini sungguh istimewa buat Que Haidar kerana menunaikan rukun Islam ketiga itu buat pertama kalinya sebagai suami dan bapa.

Lebih bermakna apabila isteri tercinta, Linda Jasmine kini sarat hamil.

Namun di sebalik kegembiraan itu aktor berbakat besar ini terkilan apabila tidak dapat menemani Linda berbuka puasa lantaran terikat dengan jadual penggambaran.

Naluri lelakinya tidak sampai hati membiarkan Linda sendirian, tapi apakan daya dia tidak boleh mengetepikan kerjaya.

“Sedih memikirkan keadaan Linda yang semakin lemah. Insya-Allah bila kerja selesai minggu depan bolehlah saya luangkan lebih masa dengan Linda dan anak kami, Qalif Khan.

“Saya mahu bawa Qalif menunaikan solat Tarawih dan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan,” katanya yang menerima banyak undangan berbuka puasa sepanjang bulan ini.

Berbicara sisi peribadinya, ternyata aktor popular ini sungguh bahagia dengan wanita pilihannya. Lebih bermakna apabila doanya untuk menimang cahaya mata secepat mungkin dimakbulkan Sang Pencipta.

“Insya-Allah anak kami perempuan dan akan dilahirkan di Hospital Gleneagles penghujung Oktober depan sebaik saja kandungan matang.

“Kalau ikutkan Linda dijangka bersalin pada pertengahan November, tetapi doktor menyarankan supaya proses itu dipercepatkan demi keselamatan ibu dan anak.

“Linda mahu melahirkan bayi kami secara normal tapi tidak kesampaian apabila terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi.

“Kami menggunakan khidmat doktor yang menyambut kelahiran Qalif sembilan tahun lalu. Apa yang terbaik di matanya, terbaik jugalah di mata kami,” katanya yang sudah menyediakan nama untuk bayi itu namun mahu merahsiakannya sehingga Linda selamat bersalin.

Menurut Que, dia akan menemani Linda di bilik pembedahan nanti dan akan merakam detik bersejarah itu untuk dijadikan kenangan bersama.

Baginya, setiap momen kehamilan sungguh bermakna, justeru dia tidak pernah gagal mengikuti perkembangan Linda dan bayi dalam kandungan. Perasaan teruja kian memuncak apabila dapat merasa pergerakan kandungan.

“Alhamdulillah anak kami aktif. Bila kandungan semakin besar, Linda semakin lemah, malah kebelakangan ini dia kerap mengadu tidak selesa dan badan terasa panas, lebih-lebih lagi waktu malam.

“Emosinya juga tidak menentu tapi saya faham itu pembawaan wanita mengandung. Hakikatnya Linda kelakar orangnya, suka buat saya ketawa dan pandai ambil hati saya. Dalam keadaan sekarang saya kena jadi pendengar yang baik dan perlu banyak bersabar.

“Apabila Linda bersalin nanti, saya akan bercuti sebulan. Saya cuba pastikan Linda benar-benar sihat baru kembali aktif berlakon,” katanya sambil memaklumkan Linda mahu berpantang cara Melayu dan akan diuruskan oleh bidan selama 44 hari.

Meskipun keluarga kedua-dua belah pihak mengingatkan membeli keperluan bayi selepas kandungan berusia tujuh bulan, sukar untuk pasangan ini akur dengan nasihat itu.

Sebaik mengetahui Linda hamil, Que rancak membeli keperluan bayi mereka, terutama baju. Pantang nampak yang comel dan menarik, pasti beli hinggakan ditegur ibu dan mentua.

“Tak boleh tahan, baju anak perempuan cantik-cantik dan banyak pilihan. Setiap kali ke pusat membeli-belah saya mesti beli kalau jumpa yang berkenan.

“Banyak baju saya dan Linda beli sampaikan ibu cakap jangan beli lagi sebab bayi cepat besar.

“Selain baju, kami sediakan katil, bekas mandi, kereta sorong, mainan, pengetip kuku dan bekas stim peralatan penyusuan,” katanya ceria.

Menyentuh penerimaan Qalif, jelas Que, putera kesayangannya gembira apabila mengetahui Linda hamil. Bahkan dari awal dia menunjukkan ciri-ciri seorang abang, termasuk sering mengusap perut ibunya dan berbual dengan kandungan.

Meskipun mengharapkan kehadiran adik lelaki dengan harapan dapat menemaninya bermain, Qalif tetap gembira apabila mengetahui bayi yang bakal lahir adalah perempuan.

“Saya selalu mengingatkan Qalif tanggungjawab anak sulung. Sebagai abang dia kena sayang, menjaga dan melindungi adik.

“Saya sayangkan Qalif dan kami sangat rapat. Saya mahu beri Qalif kehidupan terbaik dan kerana itu ada kalanya saya agak tegas, lebih-lebih lagi perkara membabitkan disiplin. Kalau Qalif buat salah, saya pasti tegur. Itu tanggungjawab saya sebagai bapa.

“Pernah Linda cakap saya garang, tapi saya jelaskan itu untuk kebaikan Qalif. Mungkin Linda sudah lama membesarkan Qalif sendirian, bila saya tegas dia terperanjat. Namun jauh di sudut hati dia tahu saya sayangkan Qalif,” katanya.

Membesar dalam keluarga seni secara tidak langsung membuatkan permata hati pasangan ini cenderung dengan dunia lakonan. Pernah tawaran menyusul, namun Que dan Linda menolak kerana mahu Qalif tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu.

Bagi mereka, dalam usia semuda itu ada baiknya Qalif menikmati keindahan zaman kanak-kanak dan bebas daripada pancaran glamor.

“Pulang dari Festival Filem Malaysia baru-baru ini, Qalif menyuarakan keinginan untuk berlakon. Pernah tiba-tiba dia menangis depan saya, rupa-rupanya dia mahu tunjuk pada saya yang dia boleh berlakon.

“Memang sebelum ini ada yang tawarkan Qalif berlakon tapi saya dan Linda tolak kerana Qalif masih kecil. Saya tidak kisah andai besar nanti Qalif jadikan lakonan sebagai profesion kerana saya juga pelakon, tapi biar dia tamatkan pelajaran dulu.

“Namun bila Qalif yang mahu berlakon, saya kena pertimbangkan semula perkara ini. Kalaupun ada tawaran selepas ini, kena melalui saya dulu. Saya mahu pastikan jadual penggambaran tidak mengganggu waktu sekolah,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Jalan Lama arahan Afdlin Shauki.

Linda ONN bakal berkahwin
Tidak mahu bazir wang, masa untuk bertunang, akui hadiri kursus untuk dapatkan sijil kahwin

MEMANG benar andai ditafsir wanita tinggi lampai bernama Rozlindah Onn ini begitu serius untuk memikirkan soal masa depan terutamanya dalam berumah tangga. Malahan, semangat penyampai radio Sinar FM, bernama komersial Linda Onn ini untuk berkahwin sudah ada sejak tahun lalu.

Namun apakan daya, yang dirancang tak semestinya menjadi kerana pada akhirnya ia adalah ketentuan Tuhan apabila hubungan dengan seorang pelakon berakhir tanpa diduga. Umum tahu, pelakon itu adalah bekas teman tapi mesranya, Fahrin Ahmad.

Andaian yang kembali tepat mengatakan dia sedang melalui rona bahagia dalam kehidupan ialah sejak Januari lalu ketika menghadiri majlis resepsi Mawi dan Ekin di Hotel Palace of Golden Horses bersama jejaka mat saleh dikenali sebagai James Gibbs.

Tidak menafikan hubungan antaranya dengan Gibbs di peringkat yang boleh dilabelkan agak serius sejak beberapa bulan lalu. Kalau mahu disingkap, persahabatan mereka sudah berlanjutan sejak 10 tahun lalu. Dalam kenyataannya sebelum ini, usahawan berjaya ini juga pernah memuji dan senang dengan peribadi Gibbs.

Finalis kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini sekali lagi mengundang kejutan apabila gambarnya ketika menghadiri kursus praperkahwinan di Setiawangsa, Kuala Lumpur sejak dua tiga minggu lalu dipaparkan di laman web premis terbabit. Langkah Linda ke situ, sekali lagi mengandaikan dia memang benar-benar sedang ke arah menamatkan zaman bujang.

“Tak Linda nafikan memang ada menghadiri kursus yang dihebahkan itu. Kursus dua hari selama 13 jam itu Linda hadiri bersama kawan. Pada mulanya, Linda sendiri agak terkejut kerana tiba-tiba pusat kursus kahwin itu menyiarkan nama dan gambar Linda di laman webnya tanpa kebenaran.

“Linda tak fikir pusat itu berniat ingin mensabotaj dan selepas mereka memohon maaf serta menarik kembali gambar Linda daripada terus tersiar di laman web, Linda lupakan saja perkara itu. Linda ke situ sebagai langkah awal Linda untuk kahwin dan setidak-tidaknya Linda sudah ada sijil,” katanya yang tidak menolak takdir andai jodoh kuat mengatakan dia akan berkahwin tahun ini.

Lalu, persoalan di sini siapa pula calon suami Linda Onn? Biarpun agak telus membicarakan soal peribadi, Linda masih belum mampu memberi jawapan pasti siapa lelaki yang bakal bertakhta di hatinya atau mungkin Gibbs yang menjadi pilihan Linda sebagai bakal suami. Semuanya masih menjadi tanda tanya, biar ada kemungkinan besar lelaki bukan Melayu dari Wales, United Kingdom itu yang mungkin sudah menawan hatinya.

“Selanjutnya Linda tak berani nak komen. Tunggu sajalah dan Linda juga seperti wanita lain yang ingin bahagia. Dengan siapa pun jodoh Linda nanti, janji dia baik dan pastinya Linda takkan berselindung perkara yang baik.

“Pada pandangan Linda, jika boleh Linda tak mahu membazir masa dan wang ringgit untuk bertunang. Kalau sudah menjadi apa yang dirancang dan jumpa yang sesuai, Linda nak terus nikah,” katanya yang melaram sakan rekaan Nazreen Idris pada malam kemuncak ABPBH 2008 12 April lalu.

Linda ditemui Hip baru-baru ini ketika meraikan rakan media di premis My Asam Pedas Shop, Dataran Pandan Prima berdekatan Tesco Ampang. Acara rutin yang sering dianjurkan membabitkan Linda dan rakan wartawan ini bukanlah perkara asing dan ia antara pengerat silaturahim dengan wartawan.

“Hubungan Linda dan rakan wartawan sangat baik. Kalau ada sekali pun artikel negatif membabitkan Linda di surat khabar dan majalah, Linda ambil daripada sudut positif. Tak dinafikan kalau ada membaca cerita kontroversi boleh berderau juga darah tapi Linda harus kembali relaks.

“Publisiti yang baik atau tidak tetap bernama publisiti. Lebih baik ada cerita daripada tiada langsung. Tak boleh dinafikan kekuatan mata pena rakan wartawan dalam membantu Linda terus membina nama, kerjaya dan perniagaan yang diceburi. Linda tak pernah ambil hati langsung dengan penulisan wartawan,” kata Linda sambil memberitahu menu menarik yang ada di restorannya itu seperti asam pedas, ikan bakar, air sirap bandung dan air asam boi,

Kata Linda, alang-alang hendak memperkenal serta merasmikan pembukaan premis yang dibuka sejak Ogos tahun lalu, Linda memberitahu dia terdetik mengadakan majlis apresiasi kepada rakan media di samping niat asalnya menghebahkan kewujudan restoran itu.

Selain menjemput rakan media menjamu selera, Linda turut mengadakan sesi karaoke membabitkan wartawan yang hadir. Linda juga sempat mengusik rakan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob yang sudah penuh kuota empat isteri sedangkan dia belum ada suami lagi.

Pelawak dan pelakon itu turut menyumbangkan suara menyanyikan dua buah lagu sebelum mengambil tempat menjadi pengkritik persembahan bersama Linda. Mereka mengadili pertandingan karaoke ala pengkritik Akademi Fantasia dan One In A Million. Malah di akhir majlis, Linda turut mendendangkan lagu I Will Survive dengan gaya tersendiri.

Turut sama membuat penampilan khas ialah penari cilik yang diberi nama Morning of Ghostdance dan acara cabutan bertuah. Wartawan Rap Harian Metro, Norhadiani Baharom diumum sebagai juara karaoke dan memenangi pen jenana Mont Blanc, manakala wartawan portal, Murai.com, Haswari Ali di tempat kedua memenangi beg sandang, Bonia.

Sementara itu, Hip sempat mendapatkan komen bapa kesayangan tauke restoran My Mom’s Chicken Rice itu mengenai hasrat dan keinginan anaknya untuk ke fasa perkahwinan. Kata Onn Chik, 76, dia dan isterinya hanya mengharapkan kebahagiaan terus kekal menjadi milik anaknya.

“Hal ini pasti terjawab, mungkin pada suatu hari nanti. Siapapun pilihan dia, pakcik berserah. Semuanya terpulang kepadanya kerana jodoh pertemuan di tangan-Nya dan setiap yang baik datang daripada-Nya. Kami merestui siapa pun pilihannya nanti.

“Pakcik tak nak komen lebih-lebih pula kerana salah cakap siapa yang malu. Yang mana baik buatnya, Insya-Allah baiklah kepada kami sekeluarga. Pakcik berdoa dia akan ditemukan dengan jodoh yang baik,” kata Onn.

IMPIAN Linda Onn James Gibbs
IMPIAN Linda Onn, 31, ingin memiliki rumah tangga yang aman bahagia, suami beriman dan melayan keluarganya dengan baik.

Sebagaimana wanita lain, Linda juga memasang angan-angan majlis perkahwinan gilang-gemilang diadakan selama tiga hari tiga malam serta bersanding di pelamin yang indah dengan kuntuman bunga segar menghiasi segenap ruang.

Malah Linda yang terus melakar populariti di radio Sinar FM, ingin sekali mengadakan majlis perkahwinan dalam taman. Pun begitu, Linda kata tak tahu hendak buat di taman mana kerana jodohnya belum sampai.

Adakah dengan impian yang menggunung tinggi itu bermakna Linda akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi sementelah pula dia dikatakan sudah pun menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Apabila soalan itu diajukan kepadanya, riak wajah Linda seakan-akan berteka teki.

“Memang benar saya menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu dengan kawan. Saya menghadiri kursus itu kerana sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga. Sebagai persediaan awal, saya berkursus dulu kerana sekarang perlu ada sijil kursus kahwin.

“Insya-Allah saya akan berkahwin kalau ada jodoh, tetapi bila, tak tahu lagi. Sebelum ini tiada siapa tahu saya mengikuti kursus itu, tetapi kini ramai yang tahu apabila gambar saya tersiar di laman web pusat kursus itu sebelum ia ditarik pihak pengurusan kursus itu tidak lama kemudian.

“Saya tak rasa pihak pengurusan kursus itu mahu sabotaj. Mungkin niat mereka hendak mengiklankan pusat itu, tetapi memang terkejut apabila dapat tahu gambar saya digunakan dalam iklan pusat itu dan dalam laman web mereka.

“Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan, tetapi harap lain kali kalau ada artis atau selebriti berkursus kahwin di sana, minta kebenaran dulu sebelum menggunakan gambar mereka untuk tujuan apa sekali pun,” katanya.

Selepas putus kasih dengan Fahrin Ahmad tahun lalu, Linda dikatakan menjalin hubungan intim dengan seseorang. Paling ketara, persahabatannya dengan lelaki mat saleh bernama James Gibbs. Jejaka berasal dari Wales, United Kingdom itu mula menjadi tumpuan dan perhatian apabila hadir bersama Linda pada majlis resepsi Mawi dan Ekin di Palace Of Golden Horses, 11 Januari lalu.

Sejak itu ramai menduga apakah James bakal mengisi kekosongan hati pemilik rangkaian restoran nasi ayam dan asam pedas itu?

“Setakat ini saya memang berkawan dengan dia, tetapi perkara selanjutnya saya tak berani hendak komen. Apabila sudah pergi berkursus, saya terbayangkan mengenai perkahwinan. Malah tahun lalu lagi saya bersemangat hendak berkahwin, jodoh pula tak sampai.

“Apabila tiba saatnya bertemu jejaka idaman, saya tidak mahu membazir masa dan duit dengan mengadakan majlis pertunangan. Lebih elok perkara yang baik itu dipercepatkan dengan terus menikah dan mengadakan majlis persandingan sekali,” katanya.

Menyentuh hubungan baiknya dengan James, jelas Linda mereka berkenalan lebih 10 tahun lalu di Kuala Lumpur dan dia juga pernah mempunyai restoran satu ketika dulu. Dia ahli perniagaan dan datang ke Kuala Lumpur Januari lalu.

“Andai berkahwin nanti, saya mahukan rumah tangga yang bahagia. Tak mahu ada sebarang pergaduhan kerana penatlah bergaduh setiap hari selain dapat suami yang boleh membimbing dan melayan keluarga saya dengan baik serta mesra. Biarlah jodoh kami berkekalan sampai bila-bila,” katanya.

Linda yang menempa kejayaan tersendiri dalam bidang perniagaan makanan tidak menolak andaian yang dia kini berhati-hati mencari calon suami.

Wanita berjaya sepertinya ada kala sukar menelah sikap lelaki sama ada mereka jujur berkawan dengannya atau tarikan kesenangan yang dimiliki membuatkan mereka ingin mendekatinya.

“Susah hendak cakap, tetapi apabila sudah terkena, saya terpaksa berhati-hati selepas ini. Apa pun saya juga manusia biasa,” katanya penuh makna.

Linda ditemui pada majlis Media Hepi Hepi Nite di Restoran Asam Pedasnya yang baru dibuka lapan bulan lalu di Ampang, Selangor. Turut diadakan pertandingan karaoke dalam kalangan wartawan.

“Majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan dengan media serta memperkenalkan restoran baru ini kepada semua. Hendak mengadakan majlis pelancaran pun, restoran ini sudah dibuka agak lama.

“Saya baik dengan semua orang termasuk wartawan. Bagaimanapun, artis dan wartawan adalah manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan. Lantaran itu tentu saja tidak terlepas daripada sikap marah, kecil hati, geram dan merajuk. Mungkin penulisan wartawan buat artis marah dan barangkali juga ada perbuatan artis mengguris hati wartawan.

“Ada juga tulisan di dada akhbar atau majalah membuatkan saya menjeruk rasa, tetapi saya terimanya dengan hati terbuka dan itulah kehidupan anak seni yang tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat. Biasanya setiap yang negatif saya jadikan ia positif untuk membaiki kesilapan diri dan membina keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Imbas cerita lalu, ketika Linda menerima berita akan ditukarkan ke Sinar FM, dia sedih kerana hatinya sudah terlalu menyayangi Era. Jiwa mudanya sesuai sekali dengan konsep yang dibawakan saluran radio itu.

Namun, atas nama tugas dan tanggungjawab, dia meneruskan perjuangannya di Sinar dan semakin lama, jiwanya kian serasi di sana.

“Selepas tiga bulan bersama Sinar, saya dapat menyesuaikan diri. Peminat yang biasa mendengar saya ke udara di Era mula beralih mendengar Sinar. Merekalah sumber inspirasi dan kekuatan saya. Jika tanpa sokongan mereka, agaknya dah lama saya ‘rebah’,” katanya.

Menceritakan perkembangan perniagaannya, dia kini memiliki tiga restoran nasi ayam (My Mom’s Chicken Rice), dua di Ampang dan satu di Shah Alam. Dengan semangat keusahawanan yang sentiasa berkobar dalam dada, Restoran Asam Pedas pula dibuka Jun tahun lalu.

“Kedua-dua restoran itu mengutarakan resipi emak. Saya suka makan asam pedas emak, jadi saya abadikan resipi istimewa emak dengan membuka restoran ini. Di sini saya perkenalkan asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan seperti ikan kembung, pari, tenggiri, siakap dan telur ikan. Setiap hidangan itu akan disediakan segar dimasak terus dalam periuk tanah.

“Sajian kedua istimewa di sini, ikan bakar. Mereka juga boleh menikmati air bandung dan air asam boi yang menjadi kegemaran utama pelanggan apabila datang ke restoran ini. Alhamdulillah, sejak dibuka sehingga sekarang sambutan amat baik. Ada rancangan buka cawangan baru, tetapi perlu perkemaskan dulu pengurusan dan sistem restoran ini,” katanya.

>Profil

NAMA: Rozlindah Onn

TARIKH LAHIR: 26 November 1977

TEMPAT LAHIR: Singapura

STATUS: Bujang

KERJAYA: Penyampai radio Sinar dan ahli perniagaan (My Mom’s Chicken Rice dan Restoran Pedas)

ANTARA FILEM: Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002), Gila Bola (2003), Biar Betul (2004)

DRAMA: Datin Diaries, Delima Wanita – Psycho

PENGACARA: Tanya Linda di Astro Ria, Festival Filem Malaysia ke-19, Anugerah Era (2005-2006), Charity Dinner Show with Anuar Zain & Ziana Zain – Istana Hotel, KL (2006), mengacara untuk Erra Fazira’s beauty product ‘FERRA KOSMOLOOK’ launch (2006) dan Sehati Berdansa

IKLAN: Power Root

ANUGERAH : Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), enam kali berturut-turut.

Que Linda Jasmine Hashim Di MAJLIS KAHWIN
KULAI: Felda Taib Andak sekali lagi mencuri tumpuan masyarakat setempat apabila satu lagi majlis perkahwinan membabitkan pasangan selebriti popular diadakan di penempatan peneroka itu.

Jika 28 Disember lalu, Felda Taib Andak dibanjiri lebih 20,000 penduduk kampung dan peminat penyanyi popular Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’asikin Rahmat (Ikin), semalam, persandingan pelakon berbakat besar, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar (Que), 29, dan koreografer, Linda Jasmine Hashim, 36, mengulangi sejarah itu.

Bagaimanapun, berbanding majlis perkahwinan Mawi dan Ikin yang tampil dengan pelbagai gimik misalnya ketibaan menaiki helikopter dan kereta mewah, Que dan Linda memilih sentuhan yang lebih ‘tradisional’ dengan menaiki beca ketika berarak ke Dewan Serbaguna Felda Taib Andak, yang turut menjadi lokasi persandingan Mawi.

Pasangan mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan persalinan warna emas ditaburi kilauan batu dan manik warna merah delima rekaan Sharifah Kirana tiba di dewan tepat jam 2 petang.

Sesuai tema ‘tradisional diraja’, majlis yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu dihadiri hampir 5,000 tetamu.

Que berkata, idea menaiki beca itu dibuat kerana dia mahukan sebuah majlis perkahwinan ‘ala kampung’ sekali gus mengembalikan suasana adat perkahwinan penuh tradisi.

“Saya menghadiri mesyuarat dua kali sebelum ini dan memaklumkan kepada ahli jawatan kuasa yang terbabit saya mahukan sebuah perkahwinan ala kampung lalu mereka memberikan idea menaiki beca.

“Idea itu sangat menarik malah Linda turut mempersetujuinya. Justeru, saya serahkan segala kepercayaan kepada keluarga dan orang kampung untuk mengaturkannya,” katanya.

Que yang juga anak watan Felda Taib Andak, lega apabila majlis kedua-dua belah pihak selesai dijalankan seperti dirancang.

Sementara Linda memaklumkan, dia berasa sangat teruja dengan acara yang diaturkan penduduk setempat dan gembira kerana semuanya berjalan lancar.

“Majlis ini cukup istimewa. Bukan saya saja malah seluruh keluarga berasa seronok. Tambah bermakna, kakak saya Susan Mazlin Hashim yang menetap di Amerika sama-sama meraikan majlis ini,” katanya yang memilih Los Angeles sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan berbeza usia tujuh tahun ini disatukan sebagai suami isteri pada ‘hari kekasih’ bersamaan 14 Februari lalu itu, menyempurnakan majlis resepsi sebelah pihak pengantin lelaki selepas sebulan satu hari genap tarikh pernikahan mereka yang diadakan di Borak Ombak, Ampang.

Beberapa artis tempatan turut kelihatan antaranya Amy Search yang hadir bersama isterinya, Norhasniza Hassan (Norish) serta Adlin Aman Ramli dan tunangnya, Emilda Rosmila. Hadir sama ibu Linda, Datin Kay Hashim anaknya Qalif Khan, 8, (daripada perkahwinan terdahulu).

Linda sah Milikk Que Haidar
TAK berapa hari saja lagi pasangan selebriti, Linda Jasmine dan Que Haidar akan mengakhiri zaman solo mereka. Pasangan popular itu akan diijabkabulkan pada 14 Februari ini di Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar.

Membilang detik menjelang saat itu mengundang debaran yang cukup kuat buat mereka berdua. Que sendiri mengaku, sukar untuk menceritakan segala perasaan yang bermain di sudut hatinya.

Segala rasa bercampur-baur, namun paling mendebarkan menanti saat menjabat tangan tok kadi. Que ada memberitahu, ketika menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah masjid kebetulan di situ ada upacara pernikahan.

Melihat bakal pengantin berdebar menanti saat diijabkabulkan, tambahan pula semua mata tertumpu kepadanya membuatkan Que sudah mula seram sejuk.

Iyalah, berlakon depan kamera dengan apa yang dilalui sebenar adalah dua perkara sebenar. Disebabkan bimbang terus diburu debaran, Que berlari keluar daripada masjid itu.

Namun Cik Normah kagum dengan kesungguhan Que. Biarpun tarikh pernikahannya semakin dekat, Que tetap komited dengan tanggungjawabnya sebagai pelakon

Dia hanya akan bercuti bermula 12 Februari ini membuatkan Linda terpaksa menguruskan majlis pernikahan mereka sendirian.

Hanya telefon menjadi pengerat hubungan dan tempat Linda meluahkan segala rasa. Biasalah semakin dekat, semakin banyak tekanan terutama apabila menyentuh soal jemputan.

Linda bimbang jika ada tetamu berkecil hati jika tidak menerima layanan sebaiknya pada hari itu. Malah fikirannya juga berserabut memikirkan jika ada kenalan yang terasa hati apabila kad jemputan tidak dilayangkan kepada mereka.

Cik Normah faham, kalau boleh mereka mahu semua pihak datang meraikan detik bersejarah mereka berdua. Tetapi Cik Normah akur sukar untuk mereka puaskan hati semua pihak. Pesan Cik Normah, buatlah sekadar yang termampu. Yang penting ialah keikhlasan Linda dan Que dalam melayari kehidupan berumah tangga. Cik Normah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Buat Que dan Linda, usahlah terlalu tertekan dan memikirkan yang bukan-bukan. Tenangkan hati menempuh detik baru itu. Cik Normah nak ucapkan selamat pengantin baru dan cepat-cepatlah menimang cahaya mata.

Linda Teruja Kawin Que Haidar
Selepas berdiam diri mengenai status hubungannya dengan pereka tari profesional, Linda Jasmine Hashim atau Linda, aktor kacak (bolehlah), Que Haidar akhirnya mengakui akan mempersunting personaliti jelita itu sebagai teman hidupnya, 14 Februari tahun depan.

Pendedahan lanjut mengenai perkara itu akan dibuatnya ketika tampil dalam rancangan Gala TV di Astro Awani (Saluran 501), jam 10 malam ini.

Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 29, mengesahkan perancangannya mempersunting Linda, 36, sebagai teman hidup pada tarikh itu.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenainya, Que sambil ketawa berkata tunggu sajalah malam ini.

Bagaimanapun, selepas dipujuk Que memberitahu dia tidak pernah merancang membuat penjelasan itu.

Namun, katanya, mungkin kini masa sesuai untuknya menguar-uarkan hubungan dengan Linda kepada umum.

“Mengenai tarikh 14 Februari, itulah yang dirancang. Tetapi, Insya-Allah kalau diizinkan dan ada jodoh tidak ke mana. Apapun, memang saya akui Linda adalah wanita itu. Sebelum ini, kalau ditanya saya pun tidak pernah menidak atau merahsiakannya.

“Cuma, saya tak membuka mulut memberi penjelasan. Namun, seperti yang saya katakan, inilah masanya untuk menjelaskan segalanya. Justeru, untuk mengetahui secara lanjut kenalah tunggu esok (hari ini) saja. Saya akan bercerita,” katanya.

Sementara itu, Linda tanpa berselindung mengakui Que akan tampil dalam rancangan Gala TV.

Katanya, memang Que merancang memilih tarikh 14 Februari sebagai tarikh bersejarah mereka.

“Tarikh itu hanyalah rancangan dan Insya-Allah jadi kalau semuanya berjalan lancar. Apapun, penjelasan ini bertujuan menghuraikan segala salah faham orang terhadap hubungan kami. Terus-terang, kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa.

“Tiada apa yang cuba disorokkan, tapi tiada sebarang komen dibuat sebelum ini kerana buat apa hendak cakap soal peribadi lebih-lebih.

“Biarlah perihal karier kami lebih diketahui umum,” katanya menegaskan dia dan Que tidak cuba berahsia.

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak, Qalif Khan, 8, itu lagi, kalau benarlah mereka menyorokkan hubungan yang terjalin, buat apa mereka keluar bersama di khalayak umum.

Gosip cinta Que dan koreografer jelita itu tersebar di Internet sejak beberapa bulan lalu. Mereka dikatakan hangat berkasih dan dilihat keluar bersama di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Linda juga dikatakan mengikut Que balik ke kampungnya pada Aidilfitri lalu.

Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM
Dari sebuah Sinar FM, anda ditukarkan ke Era FM. Adakah anda bertanggungjawab menaikkan semula Era yang jatuh?

Syukur, sebelum ditawarkan pada jawatan sekarang saya memang sudah lama kenal Era. Saya tak penah membayangkan akan berada di stesen ini yang tinggi pendengarnya. Saya rasa saya perlu memikul tanggungjawab ini dengan baik.

Apa kriteria Nazri dipilih memimpin stesen radio sensasi ini?

Mungkin syarikat melihat kemampuan saya ketika memimpin Sinar FM dulu. Sebab itu mereka tukarkan saya ke sini (Era). Masa di Sinar FM, syarikat melihat bagaimana saya berjaya membawa stesen itu meraih populariti dan meningkatkan jumlah pendengar. Saya kata, saya meletakkan diri saya sebagai pendengar. Dari situlah saya cuba mencari kelainan di Sinar FM.

Siapa yang membuat keputusan menukarkan Linda?

Memang saya juga terlibat dalam membuat keputusan itu. Tapi jangan salah anggap. Sebelum saya masuk Era lagi sudah ada ura-ura untuk memindahkan Linda semata-mata bagi memantapkan lagi kemampuannya. Saya tak yakin dalam tempoh lima tahun lagi dia dapat bertahan di Era. Sebab itu dia ditukarkan ke Sinar FM untuk memastikan kerjayanya akan lebih cemerlang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Jadi ia bukan hukuman kerana Linda banyak sangat cerita sensasi dan penuh dengan kontroversi?

Tidak, ini bukan hukuman. Di Astro ini kita ada sembilan buah stesen. Tidak mustahil pada masa akan datang rombakan akan berlaku melibatkan sembilan stesen ini. Sekarang ini kita kena lihat dari sudut bisnes. Macam mana mahu membolehkan stesen radio itu untuk terus bertahan. Caranya ialah dengan apa yang kami lakukan.

Adakah Linda menimbulkan masalah di Era?

Dia ada dedikasi. Dia matang sebagai penyampai radio. Dia dah jadi ikon. Cuma kadang-kala dia sibuk dengan bisnes dia dan komitmen lain. Itu saja. Kami melihat dengan bakat yang ada pada Linda, dia boleh mencapai kemampuan luar biasa jika diberi peluang bertugas di tempat lain kerana dia seorang yang versatil.

Kenapa pendekatan Era untuk tidak mempopularkan deejay?

Era masa mula-

mula dulu kita akui memang mempunyai deejay yang glamor. Kerana pada masa itu Era satu-satunya stesen yang melakukan format tersebut. Tak ada persaingan. Apa yang kita buat semuanya jadi ikon. Tapi pendekatan itu sudah tidak sesuai pada keadaan sekarang.

Kenapa anda melihat glamor itu sudah tak penting?

Lebih baik kita popular dengan apa yang kita buat untuk pendengar. Itu lebih penting daripada kita sibuk nak tempah baju mahal-mahal nak pergi majlis hiburan. Kadang-kala ada deejay yang pening kepala nak beli baju semata-mata nak pergi anugerah tertentu. Saya tak nak mereka pening-pening kepala. Tak payah nak glamor macam tu. Nanti boleh bagi kesan kepada tugas hakiki sebagai penyampai radio.

Ada segelintir deejay yang mempunyai masalah peribadi sehinggakan perangai mereka menjadi buah mulut orang. Anda nampak perkara ini?

Saya mengakui benda itu wujud disebabkan sekarang ini ada banyak kemudahan untuk menyebarkan berita. Ada Internet, blog, laman sembang dan macam-macam lagi. Sebab itulah apa yang berlaku pada deejay kita mudah tersebar dengan cepat. Cuma nasihat saya kepada semua deejay saya supaya jangan lupa diri dalam dunia glamor. Kita jadi orang yang simple dah cukup. Semua orang suka.

Bagaimana deejay yang ada komitmen diluar misalnya jadi pelakon atau pengacara.

Saya tak halang mereka nak cari rezeki. Cuma mereka kena pandai membahagikan masa dan ikut jadual yang diberi. Pendekatan saya mudah saja. Saya boleh bagi kebenaran kepada mereka nak buat kerja lain tapi jadual sebagai deejay kena patuh. Mereka kena ada komitmen untuk Era dulu.

Adakah selama ini deejay Era tak ada komitmen dengan tugas mereka?

Sebelum ini saya tengok mereka sibuk kejar glamor. Sibuk bagi tumpuan dengan kerja luar tapi tugas hakiki mereka tak diberi perhatian sangat. Ia sedikit sebanyak mengganggu tugas mereka itu. Mereka kena faham, tugas sebagai juruhebah ini mesti ada komitmen yang tinggi. Tapi sekarang yang tengok deejay yang ada mampu memberi komitmen 100 peratus kepada bidang mereka. Baguslah.

Apa kesan kalau deejay sibuk mencari kerja di luar?

Saya nak nasihatkan kalau kita tak buat kerja wajib kita dengan betul, takut nanti semua akan hilang pekerjaan. Kalau kita ada komitmen dengan kerja kita, masalah itu tak akan timbul.

Apa sasaran anda bila di Era?

Saya tak nak Era radio nombor satu di Malaysia. Saya mahu Era unggul dengan seadanya. Yang penting ia akan menjadi radio yang terkuat di Malaysia.

Saya perempuan ‘original’!
Dramatis muda berang apabila dituduh jadi pasangan lesbian

“SAYA bukan ‘cat dinding’ atau ‘cat gudang’! Saya perempuan ‘original’! Kepada mereka yang buat cerita tu, Linda Hashim lesbian, tak normal… saya akan buktikan, suatu hari nanti saya akan berkahwin dengan lelaki sejati, maskulin!,” tegas aktres cantik, Linda Hashim, sekali gus menafikan gosip liar mendakwa dia menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenisnya.

Linda yang mula berlakon sejak usia 11 tahun dan kini sudah membintangi lebih 50 drama, dikatakan seorang lesbian apabila ada dakwaan dia kononnya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen radio swasta popular. Desas-desus memberitahu, Linda sering bertemu tangga dengan pengkid yang dikenali sebagai A itu di konti, menunggunya selesai bersiaran.

Pernah juga sebelum ini Linda dan A bergambar sama menjayakan sesi fotografi. Hubungan mereka khabarnya terlalu intim sehinggakan sering kelihatan bersama di kebanyakan majlis yang dihadiri kedua-duanya, selain dilihat kerap menaiki kereta yang sama untuk ke destinasi tertentu. Justeru, hubungan akrab itu menguatkan lagi dakwaan kononnya Linda dan pasangan lesbiannya menjalin hubungan terlarang sejak sekian lama.

Istilah ‘cat dinding’ atau ‘cat gudang’ sering dilabel kepada pasangan lesbian sejak kebelakangan ini.

Namun, ketika diajukan persoalan itu, Linda tenang dan seakan sudah bersedia dengan jawapan.

“Saya akui, memang berkawan rapat dengan A dan dia juga seorang yang boleh dipercayai. Pun begitu, A bukan pengkid kerana dia memiliki sifat kewanitaan yang tebal, contohnya dia sering bersolek dan mengenakan baju kurung. Setahu saya, pengkid tak pernah mekap, selain sentiasa menggayakan baju seperti seorang lelaki. Mereka juga akan mengenakan bengkung pada bahagian tertentu di tubuh.

“Sekalipun kami kawan baik, tapi tidaklah sampai saya sering menunggu dia habis kerja kerana masing-masing ada kereta. Kecuali jika kami pergi ke majlis atau destinasi yang sama, kami naik satu kereta. Bagi saya, persahabatan kami disalahertikan sehingga menimbulkan gosip liar. Susahlah, asal nampak berkawan rapat dengan kaum sejenis, mulalah timbul cakap-cakap belakang kononnya saya ni lesbian.

‘Biarlah apa orang nak cakap, lama-lama dah penat, berhenti sendiri. Selagi saya tidak melakukan perkara di luar batasan, tidak salah saya berkawan dengan lelaki mahupun perempuan. Yang penting, saya tak ada skandal dengan suami orang!,” kata Linda lantang bersuara.

Putus cinta dengan anak VIP

Pada masa sama, Linda tidak menafikan, dia pernah putus cinta dengan anak VIP kira-kira dua tahun lalu. Kini, dia solo dan jika dilihat keluar bersama kawan lelaki, orang itu sekadar teman biasa, bukan seseorang yang istimewa di hatinya.

“Terus-terang, cita rasa saya adalah lelaki yang lebih berusia tujuh atau lapan tahun. Namun, setiap kali saya bertemu dengan seseorang, lelaki itu rata-ratanya sebaya atau tua setahun dua saja daripada saya. Justeru, saya tak nak serius berkawan dengan mereka kerana bagi saya, lelaki sebaya atau muda, belum cukup matang daripada segi pemikiran,” jelas Linda tanpa berselindung.

Berbicara mengenai perjalanan seninya, populariti Linda agak perlahan, media massa pula seakan-akan terlepas pandang sumbangannya terhadap bidang lakonan tanah air.

Linda yang pernah muncul sebagai model komersial ketika di sekolah menengah lagi, tidak keberatan mengakui perjalanan seninya agak perlahan daripada segi publisiti jika dibandingkan beberapa nama seperti Rozita Che Wan, Fouziah Gous, Ayu Raudhah dan Dynas Mokhtar (sekadar menyebut beberapa nama seangkatan), mereka sentiasa menjadi pilihan media massa dan segar di ingatan peminat.

Mungkinkah Linda tidak cukup jelita untuk meraih populariti bergelar anak wayang?

“Meniti kehidupan sebagai artis, tidak dinafikan publisiti amat penting. Bagi saya, publisiti, populariti dan bakat sewajarnya berjalan seiring. Tapi, saya tidak memperoleh kesemuanya apabila tidak ‘mewah’ dengan populariti. Pun begitu, saya masih bersyukur kerana tawaran berlakon belum pernah putus. Belum pernah duduk di rumah berminggu-minggu sebab tak ada ‘job’. Paling lama saya break, kira-kira seminggu saja dah masuk set.

Mahu sambung belajar di Jakarta

“Secara peribadi, antara sebab saya kurang mendapat perhatian media massa mungkin kerana kebanjiran ramai artis atau muka baru. Pihak wartawan pula pasti berlumba-lumba memaparkan muka ‘fresh’ menerusi medium masing-masing. Itu belum termasuk kemunculan artis realiti TV yang kini memilih bidang lakonan sebagai karier.

“Mungkin daripada segi publisiti. saya gagal memberi saingan. Tapi, mujurlah produser dan pengarah terus memberi kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, saya mampu melakukan perubahan hidup ke satu peringkat yang lebih stabil,” kata Linda yang sudah pun ada beberapa tawaran berlakon sehingga awal tahun depan.

Sebagai persediaan masa depan, Linda mengusahakan perniagaan keluarga iaitu pakej perkahwinan. Dia juga ada perancangan melanjutkan pelajaran bidang seni di sebuah kolej di Jakarta pertengahan tahun depan, namun semuanya tertakluk kepada keadaan semasa.

“Banyak perkara berlegar di fikiran saya terutama sekembalinya saya ke tanah air selepas setahun merantau. Mungkin ketika itu saya hanya terbabit dengan kerja belakang tabir,” katanya tidak mudah mengalah dengan persaingan industri hiburan yang semakin sengit, selain berdepan pancaroba menempatkan diri sebaris artis popular lain.

INFO: Linda Hashim

# NAMA PENUH: Norhazlinda Hashim

# TARIKH LAHIR: 8 September 1984

# ASAL: Ipoh, Perak

# KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik

# PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

# DRAMA: Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi, Cinta Batu Belah dan Anak Betung (masih dalam pembikinan)

# KOMERSIAL: Sunsilk, Clean & Clear, Digi, Honda Motor, Hotlink dan Kentucky Fried Chicken (KFC)

# PERNIAGAAN: Erin’s n Erina’s Sequins (pakej perkahwinan milik keluarga)

# Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)

# Terima kasih: Eksekutif Kanan – Operasi & Pejabat Pengurus Besar, Ezani Balia

# Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd

# Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)

# Solekan & dandanan: Zul Bastari (012 381 2671)

Lawan Mulut Fahrin dan Linda
Suasana tegang yang ketara antara Fahrin dan Linda selain rasa tidak puas hati peserta tersingkir mewarnai program realiti ini

LANTAI tari program Sehati Berdansa bergetar lagi. Bukan saja dengan kehebatan peserta kali ini yang cukup hebat dan dipuji. Hos dan jurinya juga menerima tempias yang amat sangat hingga mengundang populariti singkat.

Menyangkakan Fahrin dan Linda mampu memikul tugas sebagai hos dengan baik dan profesional, minggu kelima ia menjadi kecoh rentetan tersebarnya emel yang diterima wartawan hiburan mengenai ‘drama sebabak’ hingga setiap butir bicara dan pertengkaran mereka ditulis dengan begitu lengkap.

Namun, cerita yang disebarkan menerusi e-mel yang diterima ini jelas menunjukkan pasangan ini boleh diumpamakan masih lagi berdendam dan gagal untuk menyembunyikan amarah yang pernah terpalit dek berakhirnya hubungan teman tapi mesra mereka sebelum ini. Masing-masing membalas kenyataan di surat khabar demi menegakkan pendirian.

Sebagaimana bengang Mazin dan Anisa yang menjadi pasangan terbaru tersingkir kali ini, minggu kelima program ini turut menyaksikan drama muka ‘ketat’ hos Sehati Berdansa, Fahrin yang tidak mampu disembunyikan lagi gara-gara perang dinginnya dengan Linda Onn. Ternyata kenyataan mereka yang ditulis di dada akhbar membuatkan masing-masing panas hati antara satu sama lain. Mahu atau tidak mereka harus menggalas tugas ini hingga ke peringkat akhir.

Begitu juga dengan adegan belai rambut antara pelakon Que Haidar dan si jelita, Linda Jasmine ketika berada di belakang pentas program Sehati Berdansa, baru-baru ini yang berjaya dirakamkan wartawan portal bahasa Melayu popular, www.murai.com.my. Semua kisah di atas terus menjadi sensasi dan sedar atau tidak, ia umpama memberi satu publisiti buat program realiti tarian ini.

KEKECEWAAN Mazin dan Anisa tidak dapat disembunyikan pada malam penyingkiran.

Tinggal separuh jalan lagi untuk ke peringkat akhir, namun pelakon dan model, Mazin dan isterinya, Anisa harus akur apabila berakhirnya perjuangan mereka pada minggu kelima bertemakan Rock & Roll. Ini sekali gus menamatkan misi amal mereka untuk membantu Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Mazin yang ditemui ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila keadaan isterinya yang kini hamil dua bulan setengah dijadikan isu.

Di sebalik rasa kekecewaan penuh emosi itu, mereka juga mengakui sangat sedih terpaksa meninggalkan ‘ahli keluarga besar’ di kalangan peserta yang masih kekal. Biarpun persembahan minggu kelima dilihat paling menyeronokkan, keputusan muktamad harus dipatuhi. Mereka keluar secara bermaruah kerana enggan menarik diri daripada terus menyertai pertandingan ini, biarpun pada minggu ketiga Anisa sudah disahkan hamil.

“Saya tidak faham kenapa orang di luar sana harus menyempitkan fikiran, apabila mengandung saja tidak boleh buat itu dan ini. Isteri juru tari kami, Norashid Abdul Latip pun hamil empat bulan tetapi masih menari. Jelas di sini, dia (Norashid) tahu batas-batas untuk mengajar wanita mengandung. Ya atau tidak, memang isu hamil ini sedikit sebanyak mempengaruhi undian SMS.

“Andai kami tersingkir minggu kesembilan, silap hari bulan mungkin saya sudah pengsan kerana tidak dapat menahan perasaan kerana harus meninggalkan peserta lain yang sudah seperti keluarga kami,” kata Mazin.

LISDAWATI dan Fauzi Nawawi sering mendapat pujian juri profesional.

Selain isu hamil, Anisa juga melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada juri jemputan, Pengarah Tari Istana Budaya, Mahmood Ibrahim.

“Kami memang tidak berpuas hati daripada segi pemarkahan yang diberi olehnya (Mahmood Ibrahim) kerana ia ternyata jauh dan berbeza sangat dengan peserta lain. Buruk sangat ke persembahan kami kerana hanya mendapat 75 markah berbanding peserta lain yang mendapat markah 80 ke atas.

“Kami rasa bagaikan serba tidak kena, buat itu salah, buat ini salah. Terlebih aksi lakonan salah dan begitulah sebaliknya. Apa-apapun kami reda dengan keputusan ini,” kata Anisa dalam nada sedih.

Linda Jasmine enggan ulas

Berkesempatan menemubual pereka tari jelita, Linda Jasmine yang sudah dua musim bertindak sebagai juri profesional Sehati Berdansa, dia ternyata kagum dengan semangat dan prestasi peserta musim kedua. Setiap daripada pasangan selebriti ini akuinya sangat positif untuk bersaing sesama sendiri.

Ditanya mengenai laporan portal Murai.com mengenai adegan membelai rambut antaranya dan Que, Linda enggan mengulas lanjut dan berkata, orang hanya nampak pada dasar, tapi tidak tahu keadaan sebenar. Jelasnya lagi, bukan tidak mahu mengiyakan atau menidakkan hubungan baiknya dengan Que, cuma dia lebih selesa untuk tidak berkongsi soal peribadi dan lebih suka berbicara mengenai kerjaya.

Begitu juga dengan halnya apabila Hip meminta komen Linda mengenai ‘perang dingin’ antara Fahrin dan Linda yang kembali meledak.

“Ia bukan masalah saya. Saya ke sini untuk melunaskan tanggungjawab sebagai juri profesional. Memang saya ada mengetahui masalah mereka, tapi saya tidak mengambil peduli. Tak semestinya apa yang kita baca di surat khabar atau internet itu betul atau sebaliknya.

“Sebagai juri tetap, saya selalu berpesan kepada diri saya untuk menilai mereka (peserta Sehati Berdansa) sebagai bukan penari profesional. Tugas saya adalah untuk menghakimi mereka di lantai tari tanpa membabitkan sejarah atau apa yang berlaku di sekitar mereka,” kata Linda Jasmine.

Permasalahan mendapatkan kostum yang terbaik juga menjadi isu dan ada beberapa kostum yang digayakan peserta mendapat kritikan hingga diperdebatkan contohnya seperti pakaian badut yang dipakai Rosma dan Khai sewaktu tugasan minggu kelima diiringi lagu Paling Comel dendangan Achik dan Nana.

Menjawab kepada persoalan itu, Norazian Zahir selaku penerbit program ini mengakui pihaknya masih memantau dan membimbing setiap peserta dan juru tari supaya tidak mengenakan kostum yang tidak menjolok mata dan biar ceria sesuai dengan tema serta nampak cantik di kaca TV.

“Setiap peserta dan juru tari diberi RM500 setiap minggu untuk mencari kostum yang sesuai dengan konsep yang diketengahkan. Mereka berhak memilih kostum yang dirasakan sesuai serta kreatif dan pihak kami akan sentiasa melakukan pemeriksaan setiap hari Rabu supaya pilihan kostum itu tidak bercanggah dengan syarat yang ditetapkan sebelum muncul di TV.

“Kita hanya menyediakan duit dan pada masa yang sama memantau aspek pemilihan kostum ini. Berbalik kepada pakaian badut yang dikenakan Khai dan Rosma, kita memang tiada bantahan kerana ia sesuai dengan jalan cerita yang ingin ditonjolkan dalam persembahan mereka.

“Memang ada peserta sebelum ini yang diminta menukar kostum kerana dilihat tidak sesuai untuk keluar TV. Selalunya setiap peserta dan juru tari akan ada plan sandaran lain. Jika plan A tidak ok, maka plan B sebagai galang ganti,” katanya sambil memberitahu konsep persembahan pada minggu keenam ialah tribute kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Fahrin Ahmad Tidak Profesional TENGKING LINDA
MINGGU lalu, Hits serta beberapa rakan media lain menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang menceritakan tentang insiden kekecohan di set rancangan Sehati Berdansa.

Emel bertajuk ‘Fahrin Ahmad Tidak Profesional’ itu berkisar mengenai apa yang berlaku membabitkan dua pengacaranya iaitu Fahrin Ahmad dan Linda Onn.

Menurut e-mel berkenaan, Fahrin didakwa telah menengking Linda ketika kedua-dua mereka menjalani sesi latihan untuk malam penyingkiran di Debaran Sehati Berdansa minggu kedua.

Insiden itu bukan sahaja disaksikan oleh krew penerbitan malah setiap pasangan yang menyertai rancangan hiburan tersebut.

Melihatkan dirinya dimalukan sedemikian, Linda dikatakan telah bertemu dengan produser rancangan terbabit supaya meminta Fahrin bersikap profesional.

Bagi mencari jawapan sebenar di sebalik kiriman e-mel dan insiden itu, Hits berkesempatan bertemu dengan Fahrin sebaik tamatnya siaran langsung Debaran Sehati Berdansa di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Agak tertekan tatkala membaca salinan e-mel yang diberikan kepadanya, Fahrin mengaku, berlakunya perselisihan faham antaranya dan Linda semasa sesi latihan Debaran Sehati Berdansa tersebut.

“Memang saya ada sebut perkataan-perkataan yang ditulis dalam e-mel itu tetapi dalam ‘permainan’ e-mel dan Internet, sesiapa pun boleh menokok tambah cerita.

“Mengenai tindakan saya menengking pula, saya bukan jenis orang seperti itu.

“Perkara ini terjadi di set. Sebagai rakan sekerja, sememangnya ada perselisihan faham tetapi apa yang penting perjalanan rancangan itu berlangsung dengan baik,’’ katanya.

Fahrin dan Linda disatukan kembali untuk mengacara Sehati Berdansa musim kedua walaupun kedua-dua mereka jelas tidak sehaluan seperti dahulu sebagai ‘teman tapi mesra’.

Biarpun hubungan mereka ibarat luka yang belum sembuh tetapi atas dasar profesional, mereka menerima tawaran untuk digandingkan sebagai pengacara program tersebut.

Jelas Fahrin, e-mel yang disebarkan itu dilihatnya sebagai serangan peribadi oleh orang yang mungkin berdendam atau tidak berapa setuju dengan segala tindakannya selama ini.

Meskipun mengambil tidak kisah atau enggan untuk melayan apa yang ditulis dalam e-mel tersebut, Fahrin mencabar penulis berkenaan tampil berdepan dengannya.

“Saya kenal siapa dia (penulis e-mel). Kalau dia berani, jumpa saya. Ini lebih kepada bersifat peribadi dan cubaan untuk membalas dendam. Walaupun digambarkan sedemikian, saya tahu siapa diri saya sebenarnya,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai punca yang menyebabkannya berselisih faham dengan Linda di set Sehati Berdansa, Fahrin berkata, perkara tersebut tidak perlu dihebahkan.

“Saya rasa tidak perlulah saya jelaskan punca perselisihan. Sepanjang pengalaman, sampai satu tahap, saya memikirkan bahawa saya perlu bercakap apabila perlu sahaja,’’ katanya.

Banyak bersabar

Sementara itu, Fahrin memberitahu, selama ini, dirinya sudah banyak bersabar tetapi ramai yang tidak tahu menghargai kesabarannya.

Katanya, dia juga sudah banyak mengalah namun dengan ‘serangan demi serangan’ yang dilakukan, ia sedikit sebanyak mencabar maruahnya.

“Nilailah sendiri tahap kesabaran saya melalui kenyataan-kenyataan yang saya buat di media-media.

“Saya akan bersabar selagi boleh tetapi andai ada yang seakan mencabar kerjaya, saya terpaksa menyuarakan isi hati,’’ jelasnya.

Menurut Fahrin, dirinya tidak kisah menerima apa jua kritikan dan kutukan andai ia bersifat membina.

Dalam pada itu, Fahrin turut ditanya mengenai kritikan dirinya sebagai tidak profesional yang digambarkan dalam e-mel berkenaan.

Ringkas menjawab persoalan, Fahrin meminta sesiapa yang menulis emel itu supaya merujuk kepada bosnya iaitu produser Sehati Berdansa.

“Tanyalah sendiri bos saya. Tapi kalau hendak cakap tahap profesional Linda, dia memang profesional,’’ tambahnya.

Sehati Berdansa kini memasuki minggu kelima dengan enam pasangan masih berentap untuk bergelar juara.

Enam pasangan terbabit adalah Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin, Khai-Rosma, Amyza Adnan-Khairil Izhar, Sasha-Salyo, LIsdawati-Fauzi Nawawi serta Mazin Ameen Siraj-Ida Chairunisa.