Intro2u Blog » Mawi

Mawi dan LAGAK mawi TV
SEMENJAK Mawi menjadi Juara AF3 saya boleh dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan cerita-cerita tentang Mawi begitu juga cerita-cerita dia berjalan-jalan makan angin ke serata dunia.

Daripada episod pertama Langkah Mawi saya masih teruja untuk menonton dan melihat bagaimana seorang pemuda dari Felda yang tidak punya apa-apa mengorak langkah ke setiap penjuru benua memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi dan mengacara program yang dikendalikan.

Kemewahan yang melingkari mungkin menyebabkan manusia itu menjadi seperti Mawi yang ada pada hari ini.

Di dalam Langkah Mawi 2, Jujur saya katakan, saya cuma menonton sekejap sahaja pada episod pertamanya.

Selepas itu saya tidak menontonnya lagi kerana saya tidak lagi melihat Mawi yang dahulu. Hari ini saya melihat seorang Mawi yang kelihatan sombong dengan lagaknya bercakap sewaktu mengacara program yang dikendalikannya itu.

Lirik matanya tidak lagi telus seperti dahulu. Pandangan matanya tidak lagi tepat melainkan dengan lirikan ekor mata sahaja. Dengan isterinya yang sentiasa ada mengekori ke mana sahaja menyebabkan saya berasa muak.

Saya merasakan ramai yang bersetuju dengan saya rancangan Langkah Mawi ini wajar sangat diberi judul baru,lagak mawi

Kembar ekin mawi kawen dato
LAHIRNYA mereka sebagai pasangan kembar sudah cukup membuktikan betapa akrabnya pasangan kembar seiras, Nora’ashikin Rahmat (Ekin) dan Nora’ain Rahmat (Aain) ini.

Selama 30 tahun bersama sehinggalah pada hari pernikahan Aain, isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi itu masih setia di sisi kembarnya, menemani sehinggalah selesai detik diijabkabulkan.

Aain diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati yang juga duda beranak tiga, Datuk Arif Ambrose Leonard Ng, 41, di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor tepat pukul 12.30 tengah hari.

Berwalikan bapanya, Rahmat Mohamad, 50, pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM300 oleh Pendaftar Kanak Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd. Dasuki, 39.

Dengan sekali lafaz, Arif sah bergelar suami kepada Aain dan pasangan tersebut kelihatan berseri mengenakan pakaian sedondon putih daripada Cosry.

Tuah pasangan kembar popular ini, kedua-duanya ditemukan dengan jodoh di kalangan mereka yang berada.

Namun, melepaskan pasangan kembar yang menjadi ‘kawan’ sedari kecil sebagai seorang isteri tentu sahaja mengundang rasa gembira dan sayu buat Ekin.

Barangkali perasaan yang sama turut dikongsi oleh Aain pada saat Ekin diijabkabulkan dengan Mawi setahun lalu.

Bertemu Ekin sejurus selesai majlis pernikahan tersebut, selain ucapan gembira dan rasa syukur ke hadrat Ilahi, dia turut mendoakan kebahagiaan Aain di samping suami tercinta.

“Saya bersyukur pernikahan Aain berjalan dengan lancar. Walaupun sederhana namun segalanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang saya harapkan semoga kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat secepat mungkin.

“Harap mereka tabah mengharungi asam garam hidup berumah tangga malah, mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik,” luah Ekin dengan nada ceria.

Kegembiraan

Pada majlis yang sama, turut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu 11 dulang daripada Aain termasuk senaskhah al-Quran, telefon bimbit, coklat, buah-buahan, minyak wangi dan sepersalinan pakaian.

Arif pula membalas sembilan dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kek, telefon bimbit, tas tangan, alat solek dan sirih junjung.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Aain ketika ditemui.

Jika sepanjang masa berada di dewan nikah dia ditemani rasa gementar dan gemuruh, kini, hari-hari yang dilalui berdepan tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai seorang isteri.

Bergelar isteri kepada Arif yang baru memeluk Islam pada Jun lalu, bukanlah semudah yang disangka.

Malah, kata Aain, dia perlu menjelaskan kepada suaminya agar mencintai Islam terlebih dahulu berbanding dirinya.

“Saya bercerita banyak perkara tentang Islam kepadanya termasuklah tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dan juga seorang imam.

“Walau apa pun yang dilakukan, dia perlu tahu perkara-perkara baik dan buruk sebagai seorang Islam,” katanya yang merancang mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka awal 2010.

Berkahwin dengan pasangan yang 11 tahun tua daripadanya tidak langsung menerbitkan kesukaran buat dirinya.

Malah, dalam berkomunikasi, kata Aain, ada keserasian dan pemahaman antara satu sama lain yang membuatkan mereka begitu senang bersama.

Selain kelakar, Arif juga disimpulkan Aain sebagai seorang yang mengambil berat dan memahami saya.

Bahkan, perbezaan usia 11 tahun juga tidak memberi sebarang masalah buat mereka berdua.

“Setakat ini, Alhamdulillah dia boleh sabar dengan kerenah saya. Malah saya bersyukur kerana bukan mudah nak bawa seseorang daripada agama lain ke agama kita.

“Ini merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan Arif untuk saya,” katanya dalam nada penuh kesyukuran.

Masih belum menetapkan destinasi berbulan madu, Aain bagaimanapun, berhasrat membawa suaminya ke Mekah menunaikan umrah tidak lama lagi.

Bukan hanya sebagai seorang isteri malah, tanggungjawab berganda buat Aain apabila menjadi ibu kepada tiga anak Arif yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak kisah menjadi ibu kepada anak-anaknya kerana itu adalah kehidupannya sebelum dia mengenali saya.

“Tentang anak kami pula, saya tidak merancang apa-apa bagaimanapun, jika ada rezeki memang saya mahukan anak secepat mungkin,” katanya.

Bercerita tentang kerjaya seni, kata Aain, suaminya tidak menghalang sekiranya dia masih ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, bersama kembarnya, Aain merancang membuka cawangan kedai busana muslimah milik mereka yang selama ini diusahakan di Johor ke Wangsa Maju pula.

Nilai Aain tak terbanding

Tidak seperti kebanyakan pasangan lain, Arif hanya menyerahkan cek kosong kepada keluarga Aain yang dirasakannya berhak menentukan jumlah sebenar wang hantaran perkahwinan mereka.

“Bagi saya Aain tidak boleh dinilai. Kami berbincang dahulu berapa jumlah hantarannya nanti. Berapa pun nilainya, ia hanyalah sebagai simbol.

“Seperti juga dengan pernikahan kami, barangan hantaran tidaklah terlalu penting. Ia hanya sebagai satu simbol dalam perkahwinan kerana apa yang penting hati dan pernikahan,” kata Arif yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Bercerita tentang isterinya, lelaki itu berkata, sikap Aain yang matang biarpun berbeza usia 11 tahun daripadanya serta penyayang membuatkan hatinya benar-benar tertarik.

“Kami memang banyak persamaan. Apabila keluar bersama pun saya langsung tidak berasa bosan bersamanya,” ujar pengantin baru itu lagi.

Mawi Merajuk berhenti Menyanyi
KELIBATNYA di pentas nyanyian ketika ini dilihat ramai pihak seperti tidak meriah sewaktu detik-detik awal kemunculannya satu ketika dahulu.

Lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), ada juga yang mula membuat telahan bahawa kariernya selaku penyanyi sudah semakin merundum.

Ditambah dengan kehadiran artis-artis baru serta penaklukan band-band indie di lapangan muzik tanah air, ia secara tidak langsung bagai ‘menghanyutkan’ namanya dari lembah kerancakan muzik tempatan.

Tidak cukup dengan itu, minatnya yang kini lebih terarah kepada penerbitan rancangan televisyen tidak terlepas daripada diperkata orang bahawa ia sebagai alasan untuk jejaka berusia 28 tahun ini melupakan bidang nyanyian.

Mungkin kecewa dengan sambutan peminat terhadap lagu atau album, namun pemilik diri bernama Asmawi Ani atau Mawi,dia mengakui masih aktif menyanyi biar kini sibuk di belakang tabir.

Menubuhkan Mawi World Entertainment (MWE) Sdn. Bhd., melalui MWE, Mawi bagaimanapun berkata, karier hidupnya pada waktu ini lebih kepada bidang penerbitan.

“Saya masih tetap menyanyi dan menghasilkan lirik. Malah, saya juga sedang dalam proses untuk menubuhkan sebuah studio rakaman di Wangsa Maju.

“Kalau sudah ada studio rakaman, aktiviti nyanyian saya akan diteruskan. Dan, dengan tertubuhnya studio rakaman itu, mungkin saya akan memiliki artis sendiri yang bernaung di bawah MWE.

“Bukan sahaja penyanyi, mungkin satu hari nanti akan ada pelakon atau pelawak juga di bawah MWE,” katanya ketika ditemui pada sidang media penganjuran Malam Amal Hidayah oleh Puteri Group of Companies (PGOC) di ibu pejabat PGOC di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Kumpulan Korporat, Sumber Manusia dan Pentadbiran PGOC, Hazleen Ismail serta Pengurus Bahagian Pengurusan Kontrak PGOC, Ahmad Zohry Mohamed Dris.

Malam Amal Hidayah yang bakal diadakan pada 9 Januari depan di Grand Ballroom, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur akan menampilkan Mawi, M. Nasir dan artis baru, Shazroul untuk memeriahkan malam tersebut.

Ia akan diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malam Amal Hidayah bermatlamat untuk mengumpul dana yang akan disalurkan kepada beberapa badan kebajikan iaitu Madrasah Al-Yamani, Kampung Bharu yang memerlukan sumbangan untuk pembinaan sebuah asrama perempuan.

Badan kebajikan lain ialah Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Addin, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak (pembinaan surau); Ribath Pulau Manis, Kuala Terengganu (pembinaan asrama pelajar); dan Akademi Tahfiz Al-Hidayah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur bagi membaikpulih asrama pelajar lelaki serta perempuan.

Tubuh studio rakaman

Mengulas lanjut, ujar Mawi, selain sedang rancak untuk menubuhkan studio rakaman, MWE juga memfokus kepada penerbitan drama dan telemovie.

“Telemovie pertama terbitan MWE ialah Rumah Baru Bini Baru yang ditayangkan pada Aidilfitri lalu. MWE juga telah menerbitkan Langkah Mawi World 2 sebanyak 13 episod.

“Semuanya sudah selesai menjalani penggambaran antaranya di Melbourne, Sri Lanka dan Hong Kong,” jelasnya.

Menurut suami kepada pelakon Ekin ini, selepas telemovie dan Langkah Mawi World 2, MWE kini dalam proses menerbitkan sebuah lagi telemovie berjudul Jiwa Kacau.

Dugaan

Berlakon dan bertindak sebagai pengarah bersama, Jiwa Kacau kata Mawi, mengisahkan perjuangan seorang penagih dadah yang nekad untuk berhenti menjadi penagih.

“Macam-macam dugaan yang bakal dihadapinya. Saya juga turut berlakon tetapi sebagai bintang undangan sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawi yang diajak berbicara tentang Malam Amal Hidayah berkata, apa yang ditunjukkan penganjur seharusnya diberikan pujian kerana tampil untuk bersama dalam kerja-kerja sosial.

“Di malam amal itu nanti, saya akan mendendangkan tiga buah lagu yang bersesuaian. Akan ada juga lagu duet saya bersama M. Nasir,” katanya.

Kerja kebajikan

Sementara itu, menurut Hazleen, Malam Amal Hidayah merupakan salah satu wawasan PGOC untuk mendekati masyarakat dan bersama dalam menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan.

Katanya, pemilihan badan kebajikan untuk dihulurkan sumbangan melalui Malam Amal Hidayah dilakukan selepas menilai keperluan badan berkenaan.

“Jika ada rezeki, kita akan meluaskan sumbangan kepada badan kebajikan lain pula. Justeru, PGOC amat berharap agar akan ada golongan korporat, individu dan masyarakat yang tampil untuk memberikan sumbangan,” jelasnya.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan, ia boleh dilakukan dengan mendapatkan borang sumbangan daripada pihak PGOC yang beralamat di Unit E-6-1, Blok E, Megan Avenue 1, No. 189, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-21612382.

Selain derma tunai, sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk tajaan meja makan iaitu Kategori A (meja makan VIP – RM10,000 satu meja); Kategori B (meja makan tetamu – RM5,000 satu meja) dan Kategori C (tajaan bersama – RM500 satu tempat duduk).

PGOC merupakan kumpulan syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti dalam bidang industri perkapalan termasuk pembinaan, sewaan dan operasi kapal, broker perkapalan dan penyediaan krew untuk pengurusan projek lepas pantai (offshore) industri minyak serta gas

Tools ‹ Intro2u Blog — WordPress
Tools ‹ Intro2u Blog — Wordpress.

assalamualaikum saye muhd amirul hakim ingin menambah kan kisah2 idola kecil ini untuk buat kali pertama

JIN NOTTI lakonan MAWI GAGAL
BAKAL menemui penonton di 60 buah pawagam seluruh negara pada 20 September ini, filem terbaru terbitan KRU Studios, Jin Notti, sememangnya memberi seribu satu pengalaman baru buat beberapa insan yang menjadi antara tunjang utama filem tersebut.

Selain dua pelakon utamanya iaitu Mawi dan Fara Fauzana, pengarahnya iaitu Azhari Zain pasti tidak sabar menanti untuk mendengar segala pandangan penonton sementelah ini merupakan filem pertama arahannya.

Bagi Mawi pula, Jin Notti merupakan ujian pertama beliau dalam gelanggang perfileman.

Begitu juga dengan Fara. Meskipun sudah biasa berhadapan dengan kamera, lakonan dalam Jin Notti disifatkan penyampai radio Hot FM ini sebagai cukup mencabar.

Sebagai filem pertama yang memberikannya peluang melakonkan watak utama, dia perlu melakonkan tiga karakter berbeza iaitu Ruby (gadis remaja Punk), Y’vonne (wanita berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam bela).

Bagaimanapun, filem yang menelan bajet lebih RM1 juta itu boleh dikategorikan dijangka mengundang pelbagai reaksi.

Ada juga yang mengkritik percubaan Mawi kurang menjadi kerana lakonannya agak kaku.

Benar, ini percubaan pertama penyanyi itu, tetapi Mawi seharusnya mengambil peluang ini untuk menghasilkan satu impak yang dapat dikenang sampai bila-bila.

Mengangkat latar cerita seorang gadis jin bernama Notti lakonan Fara, ada beberapa babak dalam filem ini yang dilihat meleret-leret selain penonjolan lawak yang kurang segar untuk ‘menggeletek’ hati penonton.

Sebagai contoh, apakah perlu Nabil (Raja Lawak) memasukkan unsur-unsur filem Sifu & Tongga ke dalam Jin Notti?.

Begitu juga kepada Cat Farish yang memegang watak Jinbara. Perlakuannya yang sering mengorek pusat menggunakan jari bukanlah sesuatu yang lawak tetapi mampu menimbulkan rasa jijik.

Babak pergaduhan membabitkan Mawi yang melakonkan watak Aziz dan Corie (Taiko) dalam sungai turut dilihat seakan tidak natural.

Sungguhpun begitu, di sebalik ruang lingkup yang boleh diperbaiki, sekalung tahniah buat produksi filem ini kerana berjaya membangkitkan suasana ‘alam’ jin menerusi teknik imej janaan komputer (CGI).

Paling menarik tatkala Notti yang ketika itu pengsan, telah bermimpi dan bertemu dengan ayahnya di sebuah lokasi yang cukup indah melalui penghasilan CGI.

Menurut sutradaranya, Azhari, meskipun berpuas hati dengan filem arahannya itu, dia mengakui, masih baru dalam dunia pengarahan.

Mengharapkan kritikan membina daripada pelbagai pihak, Azhari mengambil sikap menerima segala teguran itu untuknya memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

“Yang pertama adalah satu eksperimen. Saya percaya kepada kritikan yang membina. Insya-Allah saya tidak akan rasa lemah dengan kritikan itu.

“Saya juga bersyukur kerana diberikan peluang oleh KRU untuk mengarahkan Jin Notti walaupun masih baru sebagai pengarah.

“Buat filem jika tidak ada kritikan, sudah tentu saya tidak akan dapat belajar untuk memperbaiki kelemahan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Jin Notti di Cathay Cineplexes, Cineleisure, Damansara, baru-baru ini.

Ujar Azhari, Jin Notti mempunyai kekuatan untuk menarik penonton terutamanya kepada peminat Mawi dan Fara.

Jelasnya, filem tersebut meskipun mengambil genre komedi sebagai teras, ia terselit satu kritikan sosial.

Edry berpuas hati

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Jin Notti, Edry Abdul Halim yang turut hadir pada tayangan perdana itu menyatakan rasa puas hati terhadap hasil kerja Azhari itu.

Meletakkan sasaran kutipan jualan tiket melebihi RM4 juta, Edry berkata, Jin Notti sesuai ditonton oleh seisi keluarga dengan menampilkan banyak mesej berguna.

“Selain itu kemunculan Mawi dan Fara yang boleh dianggap sebagai ‘orang baru’ yang diberi peranan utama dalam filem merupakan satu lembaran baru buat karier mereka.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan filem ini,” tambahnya lagi.

Selain Mawi, Fara, Cat Farish dan Corie, Jin Notti turut dibintangi Bob Lokman selaku Jin Samsu, Adibah Noor (Sofea Jin), Acappan (Jingam), Hafidzuddin Fazli (Nesti), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (ibu Zulu), Betty Banafe (peguam) dan David Teo (ketua kongsi gelap).

Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur.

Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin.

Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman.

Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby, Y’vonne dan Sharifah.

Bagaimanapun, dalam menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 20 September ini sempena sambutan Aidilfitri.

Bagi KRU Studio, pastinya mereka berasa bangga kerana Jin Notti menjadi pilihan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang secara tidak langsung ia merupakan filem pertama tajaan syarikat berkenaan.

Sebagai penaja, TM menawarkan kandungan media online eksklusif Jin Notti melalui Hypp.TV, rakan kongsi online rasmi filem berkenaan.

Antara kandungan menarik di Hypp.TV ialah visual di sebalik tabir pembikinan Jin Notti dan video muzik lagu tema Seumur Hidup nyanyian Dafi.

Gossip Terbaru Mawi
Mawi yang pernah mencetuskan fenomena tsumawi ketika menyertai Akademi Fantasia ke-3 (AF3) pada 2005 seolah-olah mengetahui aura dan popularitinya kian merudum, terutama selepas berumahtangga.

“Sudah menjadi lumrah dalam bidang nyanyian, seseorang artis akan mengalami masa di atas dan ada kalanya di bawah. Oleh itu, lebih baik saya bersedia dengan membabitkan diri dalam bidang penerbitan apabila berjaya menulis dua lagu sendiri.

“Selain sebagai persediaan, saya melihat pembabitan ini (penerbitan) untuk mengembangkan kerjaya seni dan mula memberi tumpuan sejak awal tahun ini,” katanya yang menyedari keadaan sudah berubah berbanding zaman tsumawinya pada masa dulu.

Pada 2005, dalam sekelip mata, anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu menjadi ikon yang mencetus fenomena tsumawi dalam dunia hiburan.

Sebagai juara AF3, Mawi membolot hadiah mencecah RM250,000, antaranya sebuah kondominium dan kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu kemudian menjadi artis paling banyak menerima undangan dan duta sekurang-kurangnya 10 produk syarikat besar dan kecil yang melihat fenomena tsumawi mampu membawa keuntungan kepada mereka.

Mawi yang digelar Raja SMS turut dinobatkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut dari 2005 hingga 2007.

Penampilan ringkas serta imej lelaki alim faktor utama membuatkan Mawi bukan saja diminati dan digilai remaja, tetapi juga golongan dewasa berjawatan profesional.

Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Saliha Hassan, ketika itu menyifatkan Mawi mencerminkan cita rasa dan nilai keperibadian masyarakat Melayu terkini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai tahap populariti Mawi sekarang kerana tidak mengikuti perkembangannya.

Mengembangkan kerjaya seni mahupun bersedia menghadapi penurunan populariti, Mawi bangga bergelar penerbit menerusi produksinya sendiri, MW Entertainment.

Mawi yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Kampung Parit Tambak, Peserai, di sini, baru-baru ini, mengakui persediaan menghadapi masa surut menyaksikan dia mula bergiat di belakang tabir.

Menurutnya, MW Entertainment ditubuhkan dua tahun lalu, namun hanya mampu memberi tumpuan sepenuhnya tahun ini dengan menerbitkan dua telemovie, termasuk komedi bertajuk ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ yang akan disiarkan di Astro Prima pada hari raya kedua.

Selain itu, pihaknya menerbitkan rancangan berbentuk pelancongan bertajuk ‘Langkah Mawi’ yang membuat penggambaran di Melbourne, Australia, India dan Hong Kong.

Mawi berkata, MW Entertainment turut dalam perancangan menerbitkan satu drama bersiri 13 episod.

Katanya, jadual kerja dan jemputan mengadakan persembahan masih padat seperti tahun sebelum ini, cuma selepas beberapa tahun bergelar artis, dia kini dapat menguruskan masa dengan lebih baik.

“Saya mempunyai jadual selama tiga bulan dan dalam tempoh itu dapat merancang apa yang perlu dilakukan, manakala masa terluang boleh diberi tumpuan untuk menerbitkan drama mahupun telemovie.

“Alhamdulillah, rezeki tetap sama walaupun sudah beristeri dan saya berharap MW Entertainment menghasilkan lebih banyak produk tahun depan,” katanya.

Selain menulis dua lirik iaitu lagu raya berjudul Ayah dan lagu berjudul Hijau yang akan diselitkan di album keduanya, dia bercadang menulis skrip tidak lama lagi.

Selain dapat menyaksikan lakonan Mawi dalam telemovie ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ di Astro Ria, pada jam 6 petang raya pertama, Mawi tampil di pawagam menerusi filem ‘Jin Notty’ bermula raya pertama.

Menurutnya, peminat setia jangan lepaskan peluang menonton ‘Habibi Mawi Aidilfitri’ kerana telemovie berbentuk musikal itu akan menampilkan lagu terbarunya untuk kali pertama.

Lagu berjudul ‘Barangkali’ itu hanya akan diperdengarkan secara eksklusif menerusi telemovie itu yang mengisahkan seorang anak yang sudah lama tidak pulang ke kampungnya di Batu Pahat.

Gambar Mawi BOGEL
PELBAGAI bentuk kontroversi serta dugaan yang melanda anak kelahiran Felda Taib Andak, Kota Tinggi Johor ini sejak bergelar artis bermula pada pertengahan 2005. Ada saja berita negatif dan gosip liar yang dikaitkan dengan dirinya apatagh lagi ketika beliau belum berkahwin.

Sejak hari pertama bergelar Juara Akademi Fantasia musim ketiga, kontroversi putus tunang, bercinta sehinggalah dia mendirikan rumah tangga. Kini, selepas lebih enam bulan bergelar suami kepada pelakon yang juga model, Ekin, timbul pula cerita panas membabitkan pengedaran meluas gambar aksi bogel seorang pemuda yang seiras wajahnya di ruang siber.

Sungguh mengejutkan apabila gambar bogel yang seiras wajah Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi itu bukan saja tersebar secara meluas di internet tetapi dalam bentuk Sistem Pesanan Multimedia (MMS) menerusi telefon bimbit. Harus diakui, ramai peminat terkejut dengan pendedahan gambar itu menerusi media massa kerana wajah yang dipapaerkan dalam gambar itu adalah wajah mawi tetapi badannya milik orang lain yang dipaparkan menerusi teknik imej pertindihan (superimposed).

Ketika dihubungi B*Pop Khamis lalu bagi mengulas penyebaran gambar bogel MMS yang dikaitkan dengan dirinya, reaksi Mawi memang tidak disangkakan kerana dia ketawa besar.

pada masa itu, penyanyi yang pernah tiga kali bergelar Bintang Paling Popular itu mengakui dia langsung tidak terkejut, malah, dia ketawa secara spontan dan ketawanya itu berpanjangan sambil menyifatkan gambar itu memang kelakar dan menafikan imej lelaki bogel dalam MMS itu bukan dirinya.

Ketika itu, Mawi yang sedang menikmati makan malam di rumah bersama Ekin menjelaskan memang dia sudah tahu bmengenai kewujudan imej lelaki bolgel yang menyerupai dirinya itu sejak beberapa bulan lalu.

“Isu mengenai gambar ini sebenarnya cerita lama, saya sendiri hampir terlupa mengenainya. Rasanya pertama kali saya melihat gambar ini sekitar dua tahun lalu bila seseorang menunjukkan kepada saya… tidak sangka pula ia timbul semula sekarang selepas saya berkahwin dan mula aktif menerbitkan program untuk stesen televisyen kebelakangan ini,” katanya sambil tergelak lagi.

Tambah Mawi lagi, dia yang kini sedang sibuk dengan promosi filem terbitan KRU Studios berjudul Jin Notti di samping Fara Fauzana juga berasa pelik kerana sepanjang mengetahui kewujudan gambar aksi bogel itu yang mula tersebar sejak dua tahun lalu, langsung tiada pengamal media atau wartawan hiburan datang meminta komen daripadanya, mahupun mendapatkan maklum balas beliau mengenai isu berkenaan sehinggalah dihubungi B*Pop.

Ditanya sama ada Mawi pernah membuat laporan polis mengenai gambar bogel itu bertujuan untuk siasatan serta menghentikan pengedarannya secara berleluasa, Mawi menjawab: “Saya langsung tidak terfikir hingga ke peringkat itu…”

Mawi akui, tidak berminat untuk melayan isu gambar bogel itu memandangkan gambar lelaki bogel yang didakwa itu bukan dirinya meskipun ia adalah imej wajahnya.

“Hakikatnya kalau sudah gambar itu bukan saya, buat apa saya perlu melatah dan kecoh tidak tentu pasal. Gambar itu orang buat dengan letak muka saya. Biarkanlah saja mereka, kalau dilayan pun tidak akan ke mana, entah badan lelaki dari negara mana mereka ambil.., ” katanya lagi yang juga baru selesai penggambaran filem Magika juga terbitan KRU Studios.

“Kkalau orang tengok betul-betul pun akan tahu itu bukan saya, entah gambar lelaki mana mereka ambil selepas itu dengan menggunakan teknik superimposed meletakkan wajah saya. Saya memang tidak terkejut langsung bahkan merasa amat geli hati melihat gambar itu,” katanya yang masih dalam ketawa kecil.

Dalam perkembangan lain, selain mengembangkan kerjaya seni dengan pembabitan dalam seni lakon, Mawi juga sibuk menerbitkan program TV bersempena Aidilfitri ini menerusi syarikat miliknya, MW Entertainment.

“Saya tetap tidak melupakan kerjaya seni nyanyian saya kerana akan menerbitkan album bertemakan lagu raya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi,” katanya.

Nora’Asikin Rahmat atau Ekin
APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.

Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.

Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.

Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya.

Tidak kurang pula yang dengan nakal merumuskan Mawi kini hidup di bawah ketiak isterinya sehinggakan langkah Mawi akan dituruti oleh Ekin.

Semua itu menimbulkan perasaan kurang selesa orang sekeliling terutama sekali peminat fanatik Mawi.

Banyak juga maklum balas yang diterima Hits yang memperkatakan tentang gelagat Ekin sehingga mereka sendiri berasa mual dan mempersoalkan kredibiliti Ekin sehingga mampu untuk bersama Mawi setiap masa.

Kata mereka, jika hendak diukur kejayaan, sumbangan dan populariti Ekin dalam bidang seni, bagaikan langit dan bumi dengan pasangan selebriti lain.

Mengajukan persoalan ini kepada Mawi dan Ekin sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan petang Jumaat lalu, Mawi tenang menjawab setiap dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Kalau sudah namanya suami, sudah tentu Mawi akan menyebelahi isterinya.

Malah, Mawi berpendapat, segala dakwaan itu bukanlah satu perkara yang seharusnya diperbesarkan kerana apa yang dilakukan tetap ada batasnya.

Setidak-tidaknya, kata Mawi, kehadiran isterinya itu adalah bertujuan untuk mengelakkan fitnah mahupun kata-kata dusta dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak pernah ikut telunjuk Ekin mahupun dikawal olehnya seperti mana yang diperkatakan. Dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Malah, saya senang apabila dia ada bersama untuk menjaga penampilan dan pakaian saya.

“Bayangkan kalau dia tidak ada bersama saya, orang boleh berkata macam-macam kepada saya dan seterusnya akan sampai ke telinga isteri saya,” katanya memulakan perbualan.

Menurut jaguh SMS itu juga, setiap kali Ekin di sisinya, banyak manfaat yang mereka peroleh.

Paling utama, Mawi dan Ekin dapat mengelakkan fitnah daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.

“Ini adalah tentang soal kehidupan peribadi saya dan saya tahu apa yang saya lakukan. Tidak perlu untuk mereka di luar sana untuk menentukan tindakan yang perlu saya buat.

“Minta maaf, saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Malah, saya kini sudah tidak kisah lagi apa yang orang mahu perkatakan tentang diri saya,” luah Mawi lembut namun sarat dengan maksud yang mendalam.

Ekin yang tenang di samping suami tercinta juga menyuarakan pendapatnya dan sebagaimana Mawi, dia juga tidak peduli dengan kata-kata nista orang sekeliling.

Baginya, perkara itu sudah menjadi lumrah dalam hidupnya sejak dia mula berkawan dengan Mawi hampir tiga tahun lalu.

Ekoran itu, dia sering kali menjadi mangsa ketidakpuasan masyarakat sekeliling terutama peminat Mawi yang melihat dirinya sebagai satu ancaman.

Bahkan, kegusaran orang lain terhadap mereka dianggap Ekin sebagai permainan dunia seni kerana wanita itu sedar apa dilakukannya.

Kata Ekin, bukan selalu dia mendampingi Mawi, kalau ada sekalipun kehadiran mereka berdua sebagai memenuhi undangan.

Begitu juga dengan dakwaan Ekin menumpang populariti Mawi juga diibaratkan sebagai tidak masuk akal.

“Saya terlibat dalam bidang seni pun bukan atas kehendak saya tetapi kerana kembar saya, Aein yang mengheret saya sekali sewaktu membintangi drama Kawan. Jadi semuanya, atas nama kebetulan,” kata Ekin mempertahankan dirinya tentang isu kehadirannya bersama Mawi yang menjadi buah mulut orang.

Pemilik vokal lagu Aduh Saliha dan Angan dan Sedar ini turut disoal tentang popularitinya yang dikatakan jatuh merudum sejak bernikah dengan Ekin dan ternyata anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini begitu optimis terhadap jawapannya.

Apatah lagi, namanya juga tercicir daripada menjadi pilihan pihak penganjur bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini.

Sedar diri

Sebagai manusia yang waras akal fikirannya, Mawi tidak cepat melatah dengan perkembangan itu, sebaliknya, dia sangat realistik dan percaya semua itu kerja Yang Maha Esa.

Menyalahkan Ekin kerana popularitinya merudum tidak pernah terlintas di fikiran Mawi.

“Saya seorang yang sentiasa sedar diri. Saya tahu tidak selamanya saya akan berada di atas, satu hari nanti saya akan berada di bawah,” kata Mawi menyambung perbualan.

Pada masa yang sama, Mawi tidak pernah putus memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana ketika orang lain merungut akibat terasa tempias kegawatan ekonomi, undangan untuk dia mengadakan persembahan masih ada.

“Alhamdulillah, tawaran untuk persembahan masih lagi ada walaupun saya akui, dengan keadaan ekonomi sekarang, ia sedikit sebanyak terkesan juga kepada saya.

“Tetapi, satu yang pasti, saya kini mempunyai masa yang banyak untuk melakukan aktiviti yang tidak mampu saya lakukan dulu sama ada bersendirian mahupun bersama Ekin,” tuturnya yang kelihatan semakin berisi selepas berumah tangga.

Satu yang pasti, Mawi juga kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip apabila dia kini dalam proses menyiapkan skrip telemovienya yang pertama.

“Ini merupakan langkah baru saya selain daripada menyanyi. Yang pasti, bukan saya dan Ekin akan berlakon kerana saya tidak mahu jadi syok sendiri. Insya Allah, banyak lagi perancangan yang saya mahu lakukan menerusi syarikat saya, MW Entertainment Sdn. Bhd.,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi yang kini popular dengan lagu Sujud kolaborasinya bersama kumpulan KRU turut menyatakan keterujaannya apabila baru sahaja mengikat kontrak selama setahun sebagai duta makanan segera, Marrybrown selama setahun.

Selain itu, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor ini juga menjelaskan, dia akan kembali ke lokasi untuk menjayakan musim terbaru Langkah Mawi yang akan membawanya mengembara ke Melbourne, Hong Kong dan Itali.

Sementara itu, Mawi juga menyatakan rasa gembira apabila album terbarunya, Allah Habeebi berjaya membolosi tembok kebal Anugerah Industri Muzik ke-16 apabila menerima empat pencalonan dalam dua kategori.

Pencalonan itu merangkumi tiga pencalonan untuk Lagu Nasyid Terbaik bagi lagu Allah Habeebi, Serulah Namanya dan Teman Hakiki selain kategori Album Nasyid Terbaik.

“Alhamdulillah, pengorbanan dan pelaburan semuanya berbalas. Saya gembira dengan penghasilan album ini yang saya sifatkan sebagai sebuah album yang menarik dari segi lagu dan susunan muziknya.

“Menang atau kalah, itu adat pertandingan. Saya tidak kisah,” ujarnya yang akan terlibat dengan Konsert Rock Rohani pada 18 April ini di Shah Alam, Selangor.

RM30 RM50 RM80 RM100 dan RM150
BERHADAPAN sambutan lesu daripada penonton tempatan, pengarah teater Sirah Junjungan-Tahajud Cinta, Erma Fatima melahirkan rasa lega apabila melihat ruang Panggung Sari, Istana Budaya (IB) mula terisi apabila dipentaskan kembali, 18 Mac lalu.

Sebelum itu teater muzikal yang mengangkat kisah hidup junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang mula dipentaskan 9 Mac lalu dihentikan seketika selama tiga hari bagi membolehkan penyanyi yang tampil selepas itu dapat melakukan beberapa perubahan membabitkan corak persembahan mereka.

Pada 9 hingga 14 Mac, Sirah Junjungan menampilkan Jamal Abdillah sebagai penyanyi jemputan diikuti Datuk Siti Nurhaliza. Kini persembahan berbaki malam ini dan esok akan diserikan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi dan penyanyi utama kumpulan Search, Amy.

Sewaktu dihubungi Erma menjelaskan, sepanjang pementasan Sirah Junjungan menampilkan Siti, sambutan agak menggalakkan. Walaupun tidak penuh, dia lega kerana orang sudah mula mengunjungi IB.

“Agaknya menjadi budaya orang kita suka mendapatkan tiket pada saat akhir dan perkembangan itu adakala membuatkan saya bimbang,” katanya.

Seperti malam ini dan esok, jelas Erma tiket masih dijual, tetapi agak perlahan. Begitupun ada beberapa pihak sudah membuat tempahan awal.

Menyentuh mengenai perubahan persembahan bakal ditampilkan Mawi dan Amy, jelas Erma setiap penyanyi yang mengadakan persembahan untuk Sirah Junjungan ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Mereka ini seperti yang kita tahu menampilkan jalur muzik dan gaya persembahan berbeza. Oleh kerana itu ada beberapa perubahan dibuat bagi disesuaikan dengan corak persembahan mereka.

“Mengambil contoh, Amy Search sendiri sudah datang lebih awal untuk melihat apakah corak persembahan yang boleh dilakukan bagi disesuaikan dengan Sirah Junjungan.

“Pada waktu sama kata Amy, dia sedar peminatnya sendiri mahu melihat apa yang akan ditampilkan dalam persembahan teater muzikal seperti ini. Saya tidak boleh jelaskan akan perubahan dilakukan Amy, sebaliknya mereka perlu datang dan menyaksikannya sendiri.

“Amy banyak memberikan idea dan pandangan membabitkan persembahan bakal dilakukan,” katanya.

Selain penyanyi jemputan, Sirah Junjungan dibintangi pelakon berpengalaman seperti Ahmad Yatim, Mazlan Tahir, Vanidah Imran, Rosdeen Subuh, Jesse Lim, Aman Graseka, Sahronizam Noor dan Rabecca Nur Al-Islam.

Harga tiket untuk persembahan Sirah Junjungan menampilkan Mawi dan Amy masih dikekalkan. Mereka berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.

Dosa Mawi serta isteri pada MAK
Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.

Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.

Pasangan itu dijangka pulang ke Felda Taib Andak di sini dalam sehari dua lagi.

Jelas, Mawi sangat mengambil berat terhadap kesihatan ibunya dan sanggup mengenepikan jadual persembahannya, apatah lagi selepas bapanya, Ani Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Atan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada 1 Julai 2006.

“Kerana rindukan abang (Mawi), kesihatan ibu sering terganggu kebelakangan ini…ibu menghidap darah tinggi dan bergantung kepada ubat.

“Cuma sejak kebelakangan ini dia sering cepat letih, paling teruk minggu lalu apabila dia hanya mampu terbaring,” kata adik perempuan Mawi, Asmidah Ani, 22, ketika ditemui di rumah mereka, semalam.

Kumpulan wartawan bergegas ke ke Felda Taib Andak selepas mendengar khabar angin berhubung kesihatan ibu Mawi yang dikatakan semakin teruk, bagaimanapun ketika ditemui, dia semakin pulih walaupun masih perlu dipimpin Asmidah ketika berjalan.

Menurut Asmidah, tahap kesihatan ibunya merosot sejak seminggu lalu hingga menyebabkan tekanan darahnya naik dan menghalangnya melakukan aktiviti harian.

“Kami sudah membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kulai semalam (kelmarin) dan sejak itu, dia semakin stabil, malah selera makannya juga bertambah,” katanya.

Dia berkata, Mawi dan Ekin bergegas pulang ke Felda Taib Andak minggu lalu sebaik diberitahu keadaan kesihatan Ramlah.

“Sejak seminggu lalu, abang dan isteri pulang dua kali untuk menjenguk ibu, malah dia mungkin akan pulang beberapa hari lagi walaupun diberitahu keadaan ibu sudah stabil.

“Ibu memberitahu dia rindukan abang, tapi mungkin faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini menyumbang kepada kemerosotan kesihatannya,” katanya.

Meskipun keadaan kesihatan ibunya lebih baik berbanding minggu sebelumnya, namun Asmidah dan kakaknya, Rashidah, 37, bergilir-gilir menjaganya.

“Saya dan kakak yang tinggal berdekatan dengan ibu berjanji dengan Mawi untuk menjaganya sebaik mungkin kerana tidak mahu dia risau sehingga menjejaskan urusannya.

“Sebagai satu-satunya anak yang menjadi tempat keluarga bergantung, saya faham Mawi sangat risaukan keadaan ibu apatah lagi mereka berdua sungguh rapat,” katanya.

Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) melangsungkan perkahwinan dengan Ekin pada 20 Disember lalu.

Siapa Pengurus Mawi Sekarang EKIN?
SEJAK dua bulan bergelar suami isteri, penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi dan Nora ‘Ashikin Rahmat atau Ekin, kini mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru berumahtangga.

Bagaimanapun, Mawi menyedari ada tanggungjawab lebih berat menantinya sekaligus sebagai ketua keluarga. Akuinya, tidak mudah untuk melayari bahtera rumah tangga kerana banyak cabaran yang menanti. Apatah lagi bagi mereka bergelar artis.

“Kami mendapat banyak nasihat dan sokongan padu ahli keluarga mengenai kehidupan berumahtangga. Pada masa sama, kami mendapat tips dari rakan artis yang sudi berkongsi pengalaman dan pandangan mereka sekaligus menjadi panduan buat kami suami isteri untuk memastikan rumah tangga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Apapun, saya akui kehidupan saya jauh lebih teratur berbanding ketika zaman bujang dulu. Saya juga beruntung kerana Ekin bijak menguruskan rumah tangga.

“Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana Ekin lebih suka menguruskan semuanya sendiri. Dari soal memasak, mengemas rumah sehinggalah membasuh baju semuanya diuruskan sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis sdiang media konsert Malam Sinar Maulidurrasul, kelmarin.

Cerita Mawi, dia juga suka makan di rumah kerana ia `air tangan’ isteri. Malah ada cerita menarik mengenai Mawi yang tidak kira siang malah jam tiga pagi masih meminta Ekin masakkan cucur ikan bilis.

“Ekin memang pandai memasak dan tidak kekok di dapur. Antara masakan kesukaan saya yang selalu dia masak, asam pedas dan masak kicap. Setiap kali makan, saya makan banyak berbanding Ekin sikit saja.

“Tapi kalau apa yang dimasaknya tidak habis dimakan, Ekin jadi risau. Maklumlah kami hanya tinggal berdua, kalau makanan yang dimasak tidak habis, siapa pula yang nak makan?,” katanya.

Bagi Ekin, dia bersyukur kerana segala gosip liar dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya sejak berkawan dengan Mawi semakin reda sejak mereka berkahwin.

“Gosip terbaru yang dilontarkan kepada saya cuma pemecatan Pengurus Mawi, Wan yang dikatakan berpunca kerana saya ingin mengambil alih tugas menjadi pengurus Mawi.

“Gosip itu tidak berasas kerana saya hanya menemani Mawi dan dia masih ada pengurusnya sendiri. Kalau orang tanya jadual kerja Mawi, saya suruh mereka merujuk kepada pengurusannya.

“Selagi gosip itu tidak mengaibkan, saya buat `bodoh’ sajalah. Apa yang penting, kami bahagia dengan kehidupan sekarang,” katanya.

Kata Ekin lagi, buat masa ini dia memang ada kelapangan untuk menemani Wawi kerana projek butik Muslimah yang direncanakan belum beroperasi lagi.

“Bukan mudah untuk membuka butik kerana kami perlu mencari lokasi sesuai. Butik ini adalah usahasama saya dengan Aein dan seorang lagi adik.

“Apabila butik ini beroperasi nanti, masa saya lebih terisi dan mungkin saya tidak dapat selalu menemani suami seperti sekarang kerana tumpuan perlu diberikan pada butik kami.

“Daripada memerap di rumah tanpa berbuat apa-apa, lebih baik saya menemani suami ke mana majlis yang dihadirinya. Sejak berkahwin, kami juga belum pernah berjauhan dan sering kemana-mana berdua,” katanya.

Akui Ekin, dia tidak kekok menguruskan rumah tangga kerana sudah dididik ibunya sejak zaman anak dara lagi. Katanya, Mawi pula tidak cerewet soal makan. Antara makanan kegemarannya ialah asam pedas dan masak kicap ikan atau ayam.

“Saya tidak ada masalah untuk masak kerana kami hanya tinggal berdua saja. Mawi juga boleh memasak dan dia rajin membantu saya di dapur,” katanya.

Pada masa sama, Ekin dan Mawi berharap mendapat anak kembar. Walaupun sedar tanggungjawab lebih besar kalau mempunyai anak kembar, Ekin ingin merasai bagaimana susah ibunya menjaganya dan Aein ketika kecil dulu.

“Apapun, saya dan suami tidak kisah untuk mendapat berapa orang anak pun kerana ia terpulang pada rezeki daripada Allah,” katanya

Mawi Semua susah Selesai!
SETENANG air di kali, begitulah ibaratnya suasana majlis pernikahan penyanyi popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi dengan gadis pilihan hati yang juga pelakon drama, Nora’Asikin (Ekin) Rahmat, 29 yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor, kelmarin.

Tidak ramai peminat mengerumuni pekarangan masjid. Pada waktu sama 38 pegawai keselamatan Rela diletakkan untuk mengawal lokasi sementara 10 pengawal peribadi ditugaskan menjaga pasangan pengantin baru ini agar acara yang turut disiarkan menerusi Astro Oasis itu dapat dijalankan dengan lancar.

Tepat jam 11.45 pagi, pasangan ini selamat dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai selaku Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd Said dengan sekali lafaz disaksikan Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz mewakili keluarga pengantin lelaki, sementara Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie, bagi pihak perempuan.

Pada majlis itu, Mawi turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan wang hantaran bernilai RM30,000. Turut diserahkan barangan hantaran sembilan dulang berbalas 11 iaitu senaskhah al-Quran, sepasang sepersalinan, beg, kasut, wangian dan manisan.

Bagaimanapun, kegembiraan dirasai pasangan pengantin baru ini tidak bertahan lama apabila timbul kekecohan antara wakil media dari TV3 dan pihak pentadbiran Astro yang memiliki hak eksklusif merakam serta menyiarkan majlis perkahwinan itu.

Wartawan stesen televisyen swasta itu tidak dibenarkan berada dalam dewan sidang akhbar yang diadakan sebaik majlis pernikahan selesai. Akibatnya, kejadian terbabit disiarkan menerusi Buletin 1.30, sekali gus menimbulkan kekecohan di kalangan tetamu, peminat mahupun wakil media yang membuat liputan kerana kurang faham dengan situasi yang berlaku.

Mawi yang sempat menonton sendiri berita disiarkan menerusi Buletin Utama sebelum majlis persandingannya di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) berlangsung turut terkejut.

Ditemui sebaik persandingan selesai dijalankan, kata Mawi mewakili isterinya, dia turut berasa kecewa dan mempersoalkan apakah tujuan wartawan terbabit melaporkan berita sedemikian.

“Bayangkan sebaik saja memanjat syukur dan gembira kerana majlis pernikahan dirancang berjalan lancar, tiba-tiba kami dikejutkan dengan panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) bertanyakan mengenai kekecohan berlaku dan mengapa kami menghalau wartawan.

“Saya sendiri terkejut kerana rata-rata semua rakan media dijemput menghadiri majlis ini (pernikahan) tidak pula memberikan komen tidak baik membabitkan layanan disediakan pihak pengurusan saya, Maestro Talent and Management mahupun Astro sendiri.

“Sidang akhbar juga berjalan dengan tenang dan begitu juga ketika majlis akad nikah di dalam masjid. Waktu sama saya turut mengadakan sidang akhbar khas bersama wartawan TV3 terbabit hampir setengah jam.

Apa yang mengecewakan saya, apabila temu bual kami tidak disiarkan sebaliknya cerita wartawan dihalau pula digembar-gemburkan.

“Saya sempat juga menyaksikan sedutan berita itu dan jika tidak salah saya pegawai Rela yang bertugas bercakap dengan wakil media itu dengan cara baik. Katanya hanya mereka yang mempunyai pas saja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Itupun sebaik sidang akhbar tamat mereka masih berpeluang menemu ramah kami,” katanya.

Mawi tidak menafikan apabila berita seperti itu disiarkan, ia sedikit sebanyak menganggu emosinya dan Ekin, terutama apabila memikirkan mengenai pandangan pihak luar dan peminat yang tidak berada di lokasi kejadian dan mengetahui perkara sebenar.

“Sedikit-sebanyak memang saya kesal apabila berita seperti itu dilaporkan. Pada saya tidak seharusnya ia diperbesarkan. Hendak kata saya tidak menjemput mereka, sebelum majlis berlangsung saya pergi ke ibu pejabat TV3 untuk menghantar kad jemputan majlis persandingan di Felda Taib Andak minggu hadapan.

“Apapun, saya sekeluarga akan jadikan ia sebagai pengajaran dan cuba memastikan ia tidak berulang apabila majlis sama diadakan di tempat kelahiran saya di Taib Andak mahupun di Palace of The Golden Horses di Kuala Lumpur pada 11 Januari nanti,” katanya.

Sebelum itu, pada sidang akhbar majlis pernikahan, penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha itu mengaku agak gementar sewaktu majlis akad dijalankan .

“Saya juga malu apabila menjadi perhatian terutama apabila jurugambar meminta saya mencium Ekin di pipi dan dahi di upacara membatalkan air sembahyang.

“Bayangkan kerana berasa tidak keruan menyebabkan cincin yang sepatutnya disarungkan Ekin tidak dapat dilakukan. Pengapit saya sendiri sampai panik melihatkan keadaan itu sehingga tidak dapat mencari di mana letaknya cincin terbabit,” katanya yang kemudian mengadakan sekali lagi upacara menyarung cincin di hadapan teman media.

Begitu pun jelas Mawi dalam waktu sama, dia bersyukur dan bangga kerana berjaya mengharungi pelbagai dugaan sehinggalah disatukan kelmarin.

“Bagi saya, pengorbanan Ekin pada saya sebelum bernikah sudah terlalu banyak. Dia sering dikecam dan difitnah. Namun, saya percaya apa yang kami lalui sepanjang satu setengah tahun berkawan membuatkan dia lebih kuat dan matang,” katanya.

Pada majlis itu Mawi turut menyatakan beberapa hari sebelum majlis berlangsung dia sering teringatkan arwah bapanya, Ani Awang sehingga terbawa ke dalam mimpi.

“Dalam mimpi itu, kami ada juga bercakap tetapi apa isi kandungan mimpi itu biarlah ia menjadi rahsia saya,” katanya.

Majlis pernikahan itu berlangsung cukup ringkas seperti apa yang dimahukan Mawi dan Ekin sendiri dengan hanya di hadiri keluarga serta teman rapat termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; ibu bapa Ekin, Rahmat Mohammad dan Fatimah Saad.

Sebaik melangkah masuk ke dalam Masjid Sultan Abu Bakar pasangan ini nampak tenang, termasuk apabila majlis akad nikah selamat dijalankan. Bagaimanapun, situasi mula berubah apabila Ekin mula menangis sewaktu bertemu dengan ibu bapanya dan memohon restu.

Perasaan sebaknya itu tidak boleh ditahan sehingga terbawa-bawa ke dalam dewan sidang akhbar. Menjelaskan keadaan dirinya itu, kata Ekin, dia sedih kerana tidak lagi menjadi tanggungjawab ibu bapanya selepas ini.

“Saya sebak apabila ibu berpesan supaya pandai-pandailah menjaga diri dan rumah tangga yang dibina. Apabila berada di rumah mentua anggaplah mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

“Sebelum ini apa saja perkara yang berlaku kepada diri saya ibulah tempat mengadu. Saya memang paling rapat dengan ibu tetapi selepas ini apabila berpindah ke rumah Mawi di Bangi sudah tentu situasinya berubah. Tanggungjawab juga sudah besar,” katanya.

Pada majlis itu, Mawi turut mengumumkan, bagi mengelakkan timbul masalah dalam rumah tangga dibina, dia melantik Ekin menjadi pengurusnya, penasihat imej dan pembantu peribadi. Ini bagi membolehkan ke mana saja dia pergi, Ekin akan ikut bersama.

Pasangan ini turut merancang untuk memperoleh empat cahaya mata dan jika boleh Mawi mahu anak sulungnya kembar seperti isterinya, sementara mereka belum menetapkan tarikh berbulan madu. Badan Pelancongan Korea sudah berjanji mahu menaja dan pada waktu sama pasangan ini mahu kembali ke Syria bagi mengimbau kenangan ketika Mawi melamar Ekin di sana.

Indah Bergambar di hadapan Masjid – mawi ekin

Ekin sah menjadi isteri kepada Mawi
SELEPAS segala ranjau dan duri diharungi, akhirnya impian bergelar suami-isteri terlaksana sudah. Bertempat di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam, Ekin sah menjadi isteri kepada Mawi, penyanyi yang mencipta satu fenomena luar biasa selepas menjuarai Akademi Fantasia Ketiga (AF3) tidak lama dulu.

Mengenakan baju warna putih gading, wajah kedua-

dua mempelai terpancar seri tatkala upacara akad nikah dilangsungkan. Walaupun kelihatan seperti gugup tetapi Mawi dapat melafazkan akad nikahnya dengan lancar.

“Syukur Alhamdulillah, segalanya selesai,” ujar Mawi selepas sah selesai diijabkabulkan. Hari ini, hari pertama mereka bergelar suami-isteri tentu saja hari yang memberi satu suasana baru terhadap kehidupan mereka.

Bukan mudah untuk mereka sampai di tahap ini iaitu perhubungan yang terjalin sehingga ia berakhir di jenjang pelamin. Cakaplah apa saja ujian, semuanya diharungi dengan tabah.

Bukan mudah sebenarnya menjadi Asmawi Ani, 27, kerana tatkala dia ditatang, dalam masa yang sama ada juga insan yang membenci. Begitu juga bagi wanita bernama Nora’ Asikin Rahmat, 29, ini yang tidak lari dari berhadapan dengan tempias apabila dituduh berkahwin dengan Mawi hanya untuk mengambil kesempatan.

Tetapi, sampai bila nak dengar cakap orang. Sampai bila nak termakan kata-kata orang? Akhirnya yang menanggung sengsara mereka berdua juga. Dan kita sebagai peminat, memadailah mendoakan kebahagiaan mereka.

Tatkala majlis santapan bersama keluarga yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam tadi kedua-duamua bak puteri dan putera raja.

Sambil mendengar lagu-lagu dendangan penyanyi AF iaitu Haziq dan Akma, suasana malam itu cukup bermakna kerana ia merupakan perkahwinan pertama artis yang dibuat di dalam sebuah stadium.

* Pilihan terbaik

Bercerita soal jodoh, tentu ramai yang mahu menyelak kisah silam kehancuran cinta lama Mawi dengan bekas kekasihnya. Tentu saja yang akan membandingkan itu dan ini.

Pinta kedua-dua pengantin baru ini, cukuplah! Jangan disingkap kisah yang telah berlalu. Percayalah kepada suratan takdir iaitu kita yang merancang tetapi Tuhan itu menentukannya.

Malah akui Mawi sebelum dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, sudah banyak kali dia memohon petunjuk daripada Allah biarpun macam-macam kisah yang tidak manis mengenai isterinya cuba dilemparkan. Tetapi Mawi percaya, petunjuk Tuhan itu adalah lebih baik.

“Saya sudah banyak kali membuat sembahyang istikharah dan jalan yang nampak ialah Ekin. Maka saya mengambil keputusan memilihnya sebagai isteri,” katanya.

Ekin juga menganggap jodoh mereka ini adalah pilihan terbaik. Kerana sebagai seorang isteri, Ekin percaya suaminya itu dapat membimbingnya menjadi isteri yang soleh. Cuma harapan Ekin agar semua peminat terus mendoakan kesejahteraan mereka.

* Tak cukup tidur

Biarpun dari A sehingga Z majlis perkahwinan Mawi dan Ekin ditaja sepenuhnya, tipulah mereka sebagai pengantin tidak merasai penat. Sebagai empunya diri yang bergelar raja sehari, akui mereka kadang-kala bagai nak pengsan apabila di saat-saat akhir banyak persiapan yang masih belum sempurna.

Walaupun banyak perkara yang ditaja tetapi Mawi banyak juga mengeluarkan perbelanjaannya menguruskan perkahwinan ini.

“Penat betul… sampai tak cukup tidur. Ingatkan senang nak kahwin ni tapi susah juga,” kata Mawi.

Tapi tak apa… pengalaman pertama seumur hidup tentu saja akan meninggalkan satu nostalgia terindah kemudian hari nanti.

Kata Mawi, baru satu bab iaitu majlis pihak perempuan selesai tetapi dia masih pening kepala kerana majlis sambut menantu yang akan diadakan di Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti belum lagi selesai. Apabila habis majlis itu, tentulah Mawi dan Ekin boleh menarik nafas panjang tanda segalanya terlaksana sudah.

Apa yang pastinya Mawi dan Ekin mahu segala-galanya sempurna. Dan kalau boleh semua orang gembira meraikan perkahwinan mereka itu.

* Laksanakan tanggungjawab

Tatkala sah menjadi suami isteri selepas selesai akad nikah, apa yang terlintas di fikiran mempelai ini untuk menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Dan akui Ekin, dia merasakan agak “pelik” dengan suasana baru ini.

Jika sebelum ini dia menguruskan segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi mulai hari ini segala-

galanya perlu dibuat untuk kepentingan kedua mereka.

Bercerita mengenai hari pertama bergelar isteri, kata Ekin langkah pertama yang dia lakukan ialah menyediakan sarapan pagi untuk suami.

Tidaklah sehebat Chef Wan tetapi Ekin mampu tersenyum lebar apabila Mawi tidak merungut menjamah makanan daripada air tangan seorang isteri.

“Syukur Ekin mendapat suami seperti Mawi yang tak banyak kerenah. Dia makan saja apa yang Ekin masak.

“Hari ini Ekin merasakan tanggungjawab Ekin itu semakin bertambah apatah lagi Mawi sendiri mengaku dia memang menyukai masakan isteri,” kata Ekin yang mahir memasak nasi lemak sambal sotong.

Mawi pula apabila menjadi ketua keluarga berhasrat untuk memperoleh sebuah keluarga bahagia yang aman dan sentosa. Malah mereka mahu mahligai yang dibina itu utuh sehingga ke akhir hayat.

Janji Mawi, dia akan menjadi suami yang baik, bertanggungjawab dan boleh bertolak ansur.

“Semua orang yang berkahwin mahu mengharapkan mereka bahagia. Begitu juga saya dan Ekin.

“Sebagai suami, saya akan jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya terhadap isteri dan keluarga,” katanya.

* Mahu ramai anak

Maaflah bukan nak menggatal tetapi hakikatnya baru hari pertama bergelar suami, Mawi sudah berangan-angan untuk mendapat bilangan anak yang ramai.

Dek kerana sifatnya sukakan kepada kanak-kanak, harapan Mawi supaya keluarga yang dibina nanti akan lebih bahagia jika dia memperoleh anak yang berderet.

Bukan apa, anak adalah pengikat keharmonian di dalam rumah tangga. Atas tujuan itu, Mawi berserah kepada Allah untuk memberikan rezeki itu.

“Saya tak merancang apa-apa. Lepas kahwin ni kalau nak dapat anak berderet pun tak ada masalah sebab saya memang sukakan budak-budak,” katanya.

* Terbang ke Korea

Bercuti sehingga 1 Februari tahun hadapan, peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya Mawi dan Ekin untuk menyemaikan lagi benih kasih mereka. Akan berangkat ke Korea untuk berbulan madu, tentu saja percutian itu nanti akan merapatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

Tidak ada apa-apa nostalgia memilih negara itu sebagai destinasi bahagia mereka tetapi di sana nanti mereka sama-sama akan merancang masa depan masing-masing tanpa ada sebarang gangguan.

Dan harapan mereka, apabila berada di negara itu, mereka akan dapat menilai kelemahan dan kesempurnaan diri masing-

masing untuk meneruskan kehidupan suami-

isteri yang penuh mencabar.

“Dalam perkahwinan ini kita perlu ada komunikasi yang baik di antara satu sama lain. Dan ia amat penting untuk kebahagiaan rumah tangga.

“Insya-Allah, kami akan mengharungi apa juga ujian yang datang dan berdoa supaya Tuhan memberi ketabahan terhadap kami,” kata Mawi.

Tidak mengharapkan apa-apa daripada peminat, pinta Mawi hanyalah satu iaitu titipkan doa untuk mereka agar mahligai yang dibina ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Foto Majlis Akad Nikah Mawi dan Ekin
window.google_render_ad();