Intro2u Blog » Memey Suhaiza

Bila persandingan Memey Norman
DUDA popular tanah air ini tidak henti daripada menjadi buruan media. Semuanya bermula dengan episod hitam keretakan rumah tangganya dengan bekas isterinya sehingga ‘drama pergaduhan’ berlanjutan di lokasi penggambaran.

Kalau itu belum cukup, hidup aktor ini teruji lagi apabila dia dan kekasihnya berhadapan pula dengan episod hitam.

Sama ada mahu atau tidak Norman Hakim tidak mempunyai pilihan lain selain daripada harus berhadapan dengan semua ujian dan cabaran.

Mujur juga selepas melalui episod yang penuh duka dan lara lebih setahun, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan membahagiakan.

Apatah lagi kehadiran buah hatinya, aktres muda Memey Suhaiza Suhaimi atau Memey bagai memberi semangat baru untuk dia melalui fasa baru dalam hidupnya.

Sebagai lelaki yang pernah berkeluarga, Norman mengakui, jiwanya kesunyian dan sedang berusaha untuk mengubati kesunyian itu.

Dan dari kaca matanya, Memey disifatkan Norman sebagai wanita yang paling ‘rapat’ dengan dirinya ketika ini.

“Saya harus akui kehadiran Memey telah banyak membawa perubahan dalam diri saya kerana bagi saya dia umpama air yang mampu memadamkan api tatkala saya cuba bersikap emosional.

“Dia juga banyak bersabar dengan kerenah saya selain membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

“Bukan itu sahaja, saya juga gembira apabila anak-anak saya dapat menerima kehadirannya serta selesa bersama dengannya,” ujar pelakon filem Pasrah itu lagi.

Dari raut wajah Norman, memang terpancar jelas riak kegembiraan dan kebahagiaan dan sekali gus dapat disimpulkan benarlah Norman begitu bahagia dengan kehidupannya kini.

Ditanya apakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon hanya ketawa kecil.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Perkahwinan itu adalah satu perkara yang sungguh suci dan baik.

“Tetapi, saya mahu berikan masa untuk diri saya dan sebelum saya bersedia untuk menjadi ketua keluarga sekali lagi.

“Malah, serik juga tiada dalam kamus hidup saya kerana saya sedar perkahwinan itu akan melengkapkan lagi hidup seorang lelaki dan menjadikannya lebih sempurna,” kata aktor berusia 34 tahun itu tanpa berselindung.

Norman menambah, dia mahu menstabilkan diri dalam pelbagai aspek sebelum benar-benar bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan untuk kali kedua.

Pada masa yang sama, Norman tidak pula bosan, merungut mahupun menyesal apabila kerap ditanya bila bakal menamatkan zaman duda.

“Sudah nama pun hidup sebagai seorang selebriti, mahu atau tidak, saya kena hadapi semua itu dan memang saya bersedia dari awal lagi kalau ditanya tentang soal kahwin,” jawabnya penuh diplomasi.

Kata Norman selama bergelar seorang duda, tempoh itu telah banyak mengajarnya untuk lebih menghargai kehidupan.

Malah, dengan penuh jujur si tampan itu mengakui, dia banyak bermuhasabah dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Apatah lagi, kisah silamnya telah membawanya untuk merenung sambil menilai kelemahan serta kesilapan yang pernah dilakukannya.

“Mana ada manusia yang sempurna kan? Jadi, selepas bergelar bapa tunggal ini, saya banyak duduk dan berfikir apakah yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki diri saya.

“Saya akui setiap apa yang berlaku sebelum ini banyak didorong oleh emosi yang kadang-kala sukar sekali untuk dikawal.

“Alhamdulillah kini, saya dapat merasakan kehidupan saya lebih baik daripada sebelumnya dan kekuatan itu saya perolehi daripada keluarga dan anak-anak yang cukup saya sayangi,” katanya kepada Hits ketika ditemui di lokasi penggambaran drama lipur lara, Senja Permai di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.

Membicarakan mengenai kehidupannya hari ini juga, suatu yang pasti, kata Norman, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hubungannya dengan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan atau lebih dikenali dengan nama Abby Abadi kini bertambah erat dan tiada masalah.

Jelas Norman, masing-masing boleh duduk berbincang dan berdiskusi terutama sekali isu berkaitan anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, kami menjadi teman rapat dan apa sahaja yang kami lakukan sekarang ini semuanya adalah demi anak-anak.

“Malah, sewaktu hari pertama persekolahan anak pertama kami tempoh hari, kami berdua menghantar anak ke sekolah dan kami melihat ia adalah sesuatu yang positif untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami.

“Anak-anak juga sudah mula faham dengan situasi yang kami alami dan menerimanya dengan hati serta minda yang terbuka sekali,” kata Norman yang melahirkan kekaguman terhadap anak-anaknya memiliki semangat yang kuat biarpun masih lagi kecil.

Malah, Norman turut memberitahu setakat ini dia telah melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan cukup baik sekali dan mengakui rutin hidupnya juga sudah jauh berubah berbanding dulu.

“Setiap pagi selepas menghabiskan masa selama satu jam di gimnasium, tugas saya adalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan setiap hujung minggu pula, kami akan habiskan masa bersama.

“Abby juga tidak pernah menghalang untuk saya bertemu dengan anak-anak dan saya gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang saya harapkan,” ujarnya sambil tersenyum.

Dan dalam meneruskan kehidupannya, Norman memberitahu dia enggan lagi menoleh ke belakang dan memikirkan perkara yang lalu kerana semuanya sudah menjadi sejarah.

Apa yang penting bagi dirinya dan Abby adalah untuk meneruskan kehidupan dan bersama-sama mendidik tiga orang cahaya mata mereka.

Pasangan pelakon yang mendirikan perkahwinan pada 8 Januari 2002 berpisah buat kali kedua pada 18 Disember tahun lalu.

Norman dan Abby juga pernah bercerai pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dan pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Namun, kemuncak yang membawa pengakhiran kepada ikatan perkahwinan mereka selepas kes khalwat membabitkan Norman dan Memey pada 30 Oktober 2008.

Tarikh 18 Disember 2008 menjadi saksi segala-galanya apabila Norman menjatuhkan talak satu kepada Abby dan mereka bercerai secara baik.

Menerusi perkahwinan yang berusia enam tahun itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 7; Marisa Dania Hakim, 6 dan Maria Danisha Hakim, setahun enam bulan.

Memey dibenci masyarakat malaysia
PARAH, sedemikian sekali bencinya orang kepada Memey Suhaiza. Tapi bukan ramai pun yang buat macam itu, tak sampai seribu yang memilih mengundi Memey sebagai ikon untuk dibenci mereka.

Kesnya begini, minggu lepas satu akaun khas ‘membenci’ Memey Suhaiza telah diwujudkan di laman sosial facebook. Pihak berkenaan telah membuka laman khas dan ramai-ramai berpakat mengundi sebagai tanda kebencian mereka kepada pelakon lemah gemalai ini.

Sebelum Memey, seorang pelakon lagilah teruk, sampai hampir 50,000 yang menyokong facebook membencinya. Memey pula tak sampai 1,000, kira okeylah tu.

Kepada Memey, janganlah dihiraukan orang-orang yang tak ada kerja berfaedah seperti itu, bukan ada gaji pun. Anggaplah orang macam ini memang dilahirkan sebagai ‘tukang sibuk’ dan tak boleh tengok kebahagiaan orang cantik dan popular macam Memey. Cemburulah tu!

Nah, sekarang inilah masa untuk Memey tunjukkan muka ‘ada aku kisah’ tu. Jangan sedih, jangan marah, senyum saja. Mesti Norman Hakim lebih sayang kalau dapat kekasih yang tak reti marah dan senyum selalu macam Memey, kan? Kan? Kan?

Abby Bagi Amaran buat Norman Hakim
KECOH apabila tersebar gambar bercium wanita yang dikaitkan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya Norman Hakim di Internet.

Foto penuh kemesraan Memey Suhaiza bersama tiga anak Norman iaitu Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, setahun menimbulkan seribu satu persoalan.

Bukan sekadar hubungan cinta antara Memey dengan Norman yang diperkatakan. Malah cerita sejauh mana ikatan mesra wanita itu dengan tiga permata hati Abby. Benarlah kata orang, sekeping gambar ia boleh menceritakan segalanya.

Kesemua gambar itu dirakam pada akhir tahun lalu ketika cuti sekolah semasa Norman membawa mereka berkelah bersama Memey. Kononnya kesemua gambar itu dimuat turun daripada laman sosial, Facebook milik Memey dan kemudiannya menjadi perbualan pengendali blog hiburan.

Abby juga menerima tempias `diserang’ oleh pelbagai pihak kerana penyebaran gambar tersebut. Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata berkenaan pasti ada rasa kurang senang apabila turut dikaitkan dengan perihal tersebut. Paling mendukacitakan sekiranya ada pihak yang menuduhnya tidak pandai menjaga anak.

“Saya tidak seronok bila orang berbicara mengenai perkara ini. Orang senang-senang mengata saya yang bukan-bukan. Memang benar, saya yang beri pelepasan kepada tiga anak saya untuk bertemu bapa mereka. Tetapi saya tidak pernah bertanya ke mana dia hendak membawa mereka,” kata wanita berusia 31 tahun ini.

Hakikatnya, Abby tidak mahu persengketaan antara dia dengan bekas suami mengakibatkan hubungan antara ayah dan anak semakin renggang. Biarlah dia seorang sahaja yang membalut luka dan tidak mahu membabitkan zuriatnya sendiri.

Apa yang kesalkan pelakon Gerak Khas ini apabila Memey seolah-olah mencari peluang untuk mempromosikan diri dengan bercerita tentang kisah peribadinya. Ini termasuk menggunakan anaknya bagi meraih simpati daripada orang ramai dengan mengetepikan hak Abby sebagai seorang ibu.

Baginya, ketiga-tiga orang anaknya itu masih kecil dan tidak perlu dijadikan sasaran untuk melakukan serangan peribadi secara psikologi terhadapnya. Seorang ibu pasti terhibur sekiranya keletah anaknya mendapat perhatian orang sekeliling. Tetapi bukan menerusi cara publisiti murah sebegitu.

Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dia malas ambil pusing dengan apa sahaja yang dilakukan wanita berkenaan. Sehinggakan Abby tidak berminat untuk membuka mulut dan berbicara kepada orang sekeliling mengenai hubungan Memey dengan bekas suaminya itu.

Abby juga tidak mahu digelar hipokrit apabila kerap kali dijadikan ‘kambing hitam’ setiap kali orang berbicara mengenai hubungan rumah tangganya. Masyarakat mudah menuding jari kepadanya setiap kali isu rumah tangganya dibangkitkan. Tetapi Abby tidak kisah dan membiarkan mereka membuat teka teka sendiri.

Untuk itu, Abby berazam untuk melupakan semua kisah pahit yang dialami sejak tiga tahun lalu. Biarlah ia berlalu dan Abby enggan menoleh belakang lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sekiranya masih ada lagi cerita seumpama itu pada masa akan datang.

“Biarlah saya simpan semua cerita sedih dalam buku lama. Tak perlu dikenang-kenang. Sebab Abby sekarang adalah Abby yang baru, bukan yang lama. Abby sekarang penuh bersemangat untuk membuka lembaran sendiri dan semakin matang,” katanya.

Abby juga berharap sinar 2010 lebih cerah dan menanam azam untuk bekerja keras sepanjang tahun ini. Ini kerana dia menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyara anak dan ibu bapanya. Anak bongsu daripada tujuh beradik ini juga tidak kisah dengan gelaran ibu tunggal kerana dia adalah seorang yang berdikari.

Pada masa yang sama, Abby juga mahu media massa memahami keadaan dirinya dan tidak mudah melabel dirinya sesuka hati. Ini kerana perbuatan tersebut dilihat telah mencalarkan imej serta dikhuatiri boleh menutup periuk nasinya.

Norman MEMEY bakal kawen
BAK kata orang tua-tua, sudah terang lagi bersuluh. Macam itulah juga dengan hubungan Norman Hakim dan Memey.

Mana tidaknya, walaupun sudah terang-terangan berkawan malah tak kisah untuk bergambar berdua-duaan tapi keduanya masih suka menggunakan alasan klise kalau ditanya soal hati dan perasaan.

Mereka masih suka berteka-teki mengenai hubungan mereka. Joyah pun tak kisah sangat sama ada nak mengaku atau tidak.

Bukannya apa. Perkara biasa bagi artis bila yang digosipkan itu akhirnya menjadi kenyataan. Banyak dah berlaku di depan mata.

Samalah seperti kisah cinta Norman Hakim dan Memey ini. Dok pusing sana sini, tapi hakikatnya mereka menjalinkan hubungan.

Tak percaya, cuba tengok beberapa keping gambar yang Joyah terima baru-baru ini. Bukan main bahagia dan mesra sekali Norman Hakim dan Memey. Ibarat orang bercinta yang tak bisa dipisahkan walaupun sesaat.

Nampaknya Memey pun baik dan mesra dengan anak-anak Norman Hakim daripada perkahwinan pertamanya.

Manja sahaja Joyah tengok tiga anak Norman Hakim – Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim yang berusia setahun dengan Memey. Malah Memey juga kelihatan sangat mesra di samping keluarga Norman Hakim. Bakal menantulah katakan.

Kalau tengokkan gambar, mungkin mereka sedang berkelah di sebuah kawasan perkelahan bersama anak-anak.

Seronok nampaknya anak-anak Norman dengan bakal ibu baru mereka.

Nampaknya selepas ini tak payah lagilah Norman mahupun Memey nak kata mereka masih nak mengenali hati masing-masing.

Sebab gambar-gambar itu sudah membuktikan keseriusan hubungan masing-masing.

Memey Pohon Maaf – Maafkan Saya
Nama Memey meledak panas menghiasi dunia hiburan tempatan selepas insiden tangkap khalwat pada awal pagi 30 Oktober

LEBIH dua bulan menjadi ‘pelarian cinta’ dan buruan media massa, akhirnya pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, atau Memey muncul buat pertama kalinya secara eksklusif bersama B*Pop hari ini menerusi satu sesi fotografi khas di Hotel Boulevard Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Nama Memey meledak panas menghiasi dunia hiburan tempatan selepas insiden tangkap khalwat pada awal pagi 30 Oktober lalu bersama aktor popular, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana, Selangor.

Justeru, industri hiburan terus bergegar gara-gara kontroversi panas itu sehinggalah membawa kepada perceraian Norman dengan isterinya, Abby Abadi, 31, pada 18 Disember lalu apabila pasangan pelakon Gerak Khas itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Memey pula terus ‘menghilangkan’ diri apabila tidak mahu keluar dari ‘gua’ persembunyiannya sehinggalah dia didakwa takut untuk membuat sebarang kenyataan media. Memey juga menjadi bahan kritikan media, selain ‘dihentam’ dengan pelbagai tohmahan, kononnya dialah perosak rumah tangga Norman dan Abby, manakala Norman dan Memey pula dikatakan akan bernikah dalam masa terdekat ini.

Namun, selepas dipujuk beberapa kali, selain mendapat bantuan daripada rakan karibnya, Wan Cromok yang juga seorang penerbit drama, Memey akhirnya mendapat kekuatan bertentang mata dengan penulis, sekali gus dia muncul pada sesi fotografi dengan wajah berseri-seri, ditambah busana cantik rekaan pereka fesyen terkenal, Michael Shu, menyerlahkan lagi kejelitaannya.

“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada pihak media massa kerana gagal memberikan kerjasama sejak berlakunya insiden berkenaan. Saya sedar, sebagai seorang public figure, saya tidak boleh berbuat begitu, namun setiap apa yang kita buat, pasti ada sebab, tujuan dan alasan. Saya memerlukan ketenangan dan kekuatan, apatah lagi saya masih terlalu mentah dalam bidang seni ini.

“Saya perlu mencari input dan kekuatan untuk berdepan dengan situasi ini. Justeru, saya mengambil langkah untuk berdiam diri. Pada masa sama, saya mencari ketenangan dan bermuhasabah diri. Menjelang tahun baru, saya rasa sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi ini. Lagipun, saya tidak akan meninggalkan bidang lakonan, maka saya harus bersedia bertemu media, peminat dan masyarakat.

“Apabila berlakunya insiden itu, suasana memang hangat dan tegang. Saya bimbang, sebarang kenyataan yang saya buat akan mengeruhkan lagi keadaan. Kini, apabila saya muncul semula selepas sekian lama menghilang, saya harap rakan wartawan, penggiat industri seni, teman artis, peminat dan masyarakat sedia memaafkan saya,” kata Memey yang ternyata sudah mendapat kekuatan berdepan dugaan hidup.

Iktibar daripada kejadian hitam itu?

“Setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya. Bagi saya, apa yang saya lalui itu adalah hari pembelajaran. Apabila melalui sesi pembelajaran itu, saya sebenarnya berdepan pengalaman sama ada manis mahupun pahit. Pengalaman itulah yang mengajar saya menjadi lebih matang pada masa depan. Setiap kritikan yang positif saya jadikan input, manakala tohmahan pula, saya jadikan sebagai pengajaran atau iktibar bagi diri sendiri,” katanya penuh keyakinan.

Sebelum ini pada 28 dan 29 Oktober lalu, Norman bersama Memey bermati-matian membuat penafian menerusi media massa bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa sehingga menggugat keharmonian rumah tangga Norman dan bekas isterinya, Abby, namun sehari selepas itu, Norman dan Memey ditangkap khalwat. Keadaan itu memperlihatkan baik Norman mahupun Memey sebenarnya menipu peminat dan orang ramai.

Nafi tidur di pejabat Norman

“Saya akui, mungkin kenyataan saya yang berdolak-dalik sebelum ini mengguris hati media dan orang ramai. Tapi, seperti saya katakan tadi, setiap apa yang kita buat, pasti ada sebab, tujuan dan alasan. Kini, baru saya sedar hukum karma. Itu juga satu pengajaran bagi saya. Setiap apa yang kita cuba selindung, suatu hari nanti kebenarannya akan terbukti. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua,” kata Memey yang kelihatan sedikit sebak.

Desas-desus sebelum ini mendakwa, sebelum kejadian tangkap khalwat itu, Memey sebenarnya sudah beberapa bulan tinggal di pejabat Norman di Ukay Perdana itu apabila kereta Memey sering dilihat berada di bawah premis berkenaan. Sejauh mana kebenaran khabar angin itu?

“Itu satu tohmahan, saya tak pernah tidur di pejabat Norman! Tapi, saya tak nafikan, saya sering ke situ atas urusan kerja. Saya akui, apabila kami sering bekerjasama, secara tak langsung persahabatan itu menjadi lebih akrab. Keluarga saya tahu, saya ke pejabat Norman atas urusan kerja. Tapi, kita tak sedar, apa yang kita buat kadang-kadang menimbulkan perspektif negatif di mata orang ramai.

“Yang penting, keluarga saya tahu. Justeru, apabila terjadi insiden berkenaan, keluarga tidak terus menyalahkan saya,” jelasnya lagi.

Memey menambah, perbicaraan kes khalwat dirinya dan Norman akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Belum bernikah dengan Norman

Sebelum itu, muncul pelbagai spekulasi kononnya Norman dan Memey sudah bernikah secara sembunyi di sempadan Thailand. Selain itu, angin bertiup kencang, khabarnya Norman akan memperisterikan Memey dalam masa terdekat ini, tambahan pula status dirinya yang kini bergelar duda.

“Terus-terang untuk pengetahuan semua, saya dan Norman belum bernikah! Apa yang dijaja selama ini hanyalah spekulasi,” tegas Memey.

Norman dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu, dia akan bertanggungjawab ke atas diri Memey. Justeru, adakah Norman dan Memey ada perancangan untuk berkahwin sedikit masa lagi?

“Perkara ini terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Sebarang kenyataan saya bakal mengguris hati banyak pihak. Saya tak mahu isu kahwin ini jadi spekulasi lagi kerana antara kami, tidak pernah ada sebarang perancangan ke arah itu (berkahwin). Apabila Norman pernah memberitahu dia akan bertanggungjawab, itu kenyataannya bukan saya.

Bagaimana pula dengan dakwaan kononnya Norman pernah dilihat berkunjung ke rumah keluarga Memey di Kota Tinggi sehingga ada gambar anda berdua sebagai bukti kunjungan berkenaan? Memey pula khabarnya membalas kunjungan itu apabila anda dilihat berada di rumah keluarga Norman di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Desas-desus mendakwa, kedua-dua kunjungan berkenaan membincangkan soal perkahwinan. Apa komen Memey?

“Memang benar mengenai kedua-dua kunjungan itu. Tapi, semua pertemuan itu tidak pernah membincangkan soal perkahwinan kami, sebaliknya ia lebih kepada mempereratkan perhubungan silaturahim antara keluarga, memohon maaf di atas apa yang berlaku. Bukan menjadi satu kesalahan, lagipun hubungan saya dan ibu Norman, baik. Kebetulan ibunya tak sihat, jadi saya ke Kuantan menziarahinya. Langsung tak bincang soal kahwin,” katanya berterus-terang.

Mohon maaf pada Abby

Bagi Memey, keluarganya di kampung memainkan peranan penting kerana mereka bertanggungjawab memberinya kekuatan berdepan dugaan dan ujian dalam meniti kehidupan, selain berdepan kritikan dan cemuhan orang ramai yang maha hebat, keluarga sentiasa berada di belakangnya memberi sokongan supaya dia tidak mudah patah semangat.

Memey dikatakan punca keretakan dan orang ketiga dalam kehancuran rumah tangga Norman-Abby, adakah Memey bersedia berdepan kenyataan itu?

“Adalah tidak adil untuk mengatakan saya adalah ‘pesalah’ atau punca utama keretakan rumah tangga mereka. Namun, terpulanglah kepada orang ramai membuat penilaian terhadap diri saya. Saya tak kisah apa mereka nak cakap. Mungkin insiden 30 Oktober lalu sedikit sebanyak menjadi faktor sampingan kepada keretakan rumah tangga mereka, itu saya tak nafikan. Tapi, jangan terus menyalahkan saya, saya juga ada kelemahan.

“Apa yang Tuhan tunjukkan kepada saya, itu satu pengajaran. Walaupun pahit, saya perlu reda dengan apa yang berlaku. Maafkan saya,” kata Memey yang sekali lagi kelihatan agak sebak.

Kata-kata Memey kepada Abby atau mungkin anda sudah bersedia untuk bersemuka dengannya?

“Saya mohon maaf secara terbuka, daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Sebagai seorang wanita, pasti dia (Abby) ada perasaan marah terhadap diri saya berdasarkan kenyataannya sebelum ini, sekali lagi saya minta maaf. Namun, saya belum bersedia bertemu dengannya, insya-Allah suatu hari nanti, kami pasti akan bertemu,” kata Memey.

Norman pernah mengakui, dia menyayangi Memey, adakah Memey juga berperasaan yang sama?

“Dia hanya cakap kepada media, bukan di depan saya. Jadi, saya tidak mahu mengiyakan atau menafikannya, biarlah masa sebagai penentu,” akui Memey penuh makna.

Selepas kejadian tangkap khalwat itu juga, Memey mengakui dia terpaksa menolak semua tawaran lakonan kerana dia tidak mahu ‘gangguan’. Namun, Skop Productions terus membuka peluang kepada dirinya apabila dia bakal membintangi sambungan drama bersiri, Roda-Roda Kuala Lumpur yang dijadualkan memulakan penggambaran awal Februari ini.

Info Memey

NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988

ASAL: Kota Tinggi, Johor

KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Tenggaroh A, Kota Tinggi

DRAMA: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda Kuala Lumpur, Tragedi Oktober, Lara Rindu Mahsuri dan Farah Syakirah

PENGACARAAN: Diari Anak Seni (RTM)

PROGRAM TERBARU: Tetamu segmen Gelora, Wanita Hari Ini (WHI) TV3, jam 12 tengah hari, 13 Januari 2009

Hati Memey Belum Terbuka untuk kawen
“Ramai yang mahu kami berkahwin, tapi ia bukan penyelesaian terbaik,” kata Suhaiza Suhaimi, 21, atau Memey ketika ditanya pandangannya berhubung kes khalwat dengan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33.

Memey yang ditemui selepas menghadapi pertuduhan khalwat dengan Norman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, berkata memang dia berasa malu apabila ditangkap khalwat, tetapi berkahwin bukan jalan terbaik.

“Hari ini (di mahkamah semalam) saya gementar, tapi lambat-laun saya terpaksa menghadapinya juga. Terasa terlepas satu ‘beban’ dan akan menghadapinya sekali lagi pada 3 Mac depan.

“Apapun, saya tabah terhadap sebarang keputusan mahkamah,” katanya mengakui tidak mengetahui bagaimana berdepan situasi di mahkamah.

Menurutnya, dia mengharapkan kes terbabit dapat diselesaikan semalam, namun apabila mereka mengaku tidak bersalah, perbicaraan terpaksa dijalankan.

Ketika diminta menggambarkan keakraban mereka tertera di depan mata orang ramai di mahkamah, Memey yang sentiasa tenang menyatakan dia tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi perbicaraan, justeru memerlukan Norman menunjuk ajarnya.

“Saya sebenarnya tak tahu situasi di mahkamah, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Saya perlukan panduan Norman yang banyak pengalaman. Intim atau tidak hubungan kami terpulang kepada masyarakat, tetapi bagi saya biasa saja.

“Ada sesetengah urusan memerlukan kami tampil berdua seperti hari ini (semalam). Sejak kejadian malam itu, hubungan kami semakin rapat. Ini kerana Norman banyak memberikan nasihat dan sokongan,” katanya yang memakai pakaian sedondon rona putih atas cadangan Norman.

Dia juga menganggap terlalu peribadi untuk berkongsi dengan masyarakat berkaitan sejauh mana hubungannya dengan Norman kini.

“Hubungan kami terjalin atas dasar kerja. Untuk bercerita sejauh mana hubungan kami, ia sangat peribadi dan menyentuh diri saya. Saya masih ada harga diri dan masih tahu batas pergaulan.

“Perkara seperti dibayangkan masyarakat apabila ditangkap khalwat tidak pernah terjadi. Namun, apabila ada yang membangkitkan soal bahan bukti seperti tilam dan bantal, ia membuatkan masyarakat membuat persepsi terlalu jauh.

“Saya tahu keadaan sebenar. Apapun, Norman lelaki yang baik dan buat masa ini, dia paling rapat dengan saya serta banyak memberikan nasihat,” katanya yang datang ke mahkamah secara berasingan dengan Norman.

Dia yang ditemani ibu saudaranya, Norlela Abdullah, berkata ibunya hendak datang ke mahkamah, tetapi dia tidak membenarkannya.

“Bukan saja jauh, tetapi adik sekolah. Pagi tadi (semalam) emak, ayah dan datuk menelefon untuk memberikan semangat dan sokongan,” katanya.

Memey yang berselendang hitam berada di samping Norman sepanjang berlangsungnya temubual dengan wartawan.

Usikan mengatakan mereka bagaikan pengantin baru membuatkan kedua-duanya tersenyum simpul.

Sementara itu, Norman pula berkata, dia akan melantik peguam untuknya dan Memey bagi menguruskan perbicaraan itu.

“Saya terima apa saja keputusan mahkamah nanti walaupun saya tahu apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu,” katanya

Bagaimanapun, jelas Norman, dia sedih dengan tanggapan masyarakat terhadap hubungan mereka berdua kerana pejabatnya di Ukay Perdana adalah tempatnya mencari rezeki.

Malah, dia sendiri tidak tergamak mencemarinya dengan perkara tidak baik.

“Saya tubuhkan syarikat MDH Trading & Services pun atas nama anak, MDH mewakli Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Jadi tidak wajar saya melakukan perkara tidak baik di pejabat itu.

“MDH menjalin usaha sama dengan minyak pelincir Selenia yang beribu pejabat di Itali. MDH dilantik untuk menguruskan bahagian pengiklanan, mempromosi dan memasarkan barangan itu, jadi kami perlu berurusan dengan syarikat di sana mengikut kesesuaian masa mereka.

“Untuk berkahwin bukan masanya lagi. Saya perlu berfikir secara rasional. Saya tidak bersendirian kerana mendapat sokongan keluarga. Hari ini ibu saya datang dari Kuantan bersama abang ipar.

“Hubungan saya dengan Memey tiada yang tersurat dan tersirat. Saya banyak melakukan perkara secara spontan. Apabila kakitangan MDH yang menguruskan pentadbiran syarikat berhenti, saya terus mengambil Memey bekerja sambilan. Tetapi sekarang, saya terpaksa ‘bekukan’ Memey buat seketika,” katanya.

Mengenai status bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 32, dalam MDH sekarang, Norman berkata, syarikat itu mempunyai beberapa anak syarikat dan daripadanya Abby mempunyai saham.

“Buat masa sekarang perniagaan saya bergerak atas syarikat lain dan syarikat Abby tidak aktif. Saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja yang ingin menyumbang kepada kebaikan syarikat,” katanya.

Mengulas kenyataan Abby bahawa banyak perkara belum diselesaikan, katanya, soal kebajikan anak tidak timbul kerana dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa seperti biasa.

“Biar saya dan Abby saja yang tahu. Beri ruang saya selesaikan dengan cara saya dan tidak suka aibkan air muka orang disebabkan dendam atau geram. Kehidupan satu proses pembelajaran yang tidak akan berhenti selagi hayat di kandung badan,” katanya.

Memey mendapat tawaran daripada Skop Productions
KEHADIRAN Mohamed Norhakim Zaidon, 32 atau Norman Hakim dalam hidup pelakon muda, Suhaiza Suhaimi, 20, atau Memey pada masa yang tepat kerana ketika itu Memey sedang terumbang-ambing mencari dahan untuk berpaut selepas dia mengambil keputusan keluar dari rumah keluarga Darling Ngasri.

Dengan niat di hati untuk berdikari, tidak lama selepas itu Memey mendapat tawaran daripada Skop Productions Sdn Bhd untuk berlakon dalam drama Pasrah. Drama itu turut dilakonkan Norman Hakim.

Daripada perkenalan sebagai rakan sekerja akhirnya mereka dikatakan menjalin cinta.

Pun begitu kala ditanya, sama ada Memey atau Norman, mereka menafikan sekeras-kerasnya. Bagaimanapun, penafian mereka menimbulkan persoalan yang tidak terjawab sehingga kini apabila mereka ditangkap khalwat di pejabat Norman di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.

Sejurus kejadian itu, Memey terus menghilangkan diri. Kini selepas hampir dua bulan Memey muncul semula di tengah-tengah masyarakat. Namun pendirian Memey tetap tidak berganjak yang hubungannya dengan Norman hanya sekadar kawan.

Pada pertemuan dengannya selepas kemunculannya dalam program Wanita Hari Ini di TV3, kelmarin, bicaranya kelihatan matang daripada usianya. Susunan dan pemilihan bahasa yang digunakan juga terlalu berhati-hati.

Barangkali sebelum Memey mengambil keputusan untuk menonjolkan dirinya semula, dalam masa persembunyian itu Memey sudah bersedia menjawab apa juga soalan yang bakal diajukan kepadanya. Tutur katanya seperti membaca apa yang tertulis pada skrip.

Puas diasak dan didesak namun Memey tetap mengatakan dia dan Norman tiada hubungan istimewa walaupun tanpa berselindung dia memuji kebaikan lelaki itu.

“Bukan mudah untuk menghadapi dugaan ini. Selama ini orang mengatakan saya bersembunyi, sebenarnya saya minta pandangan mereka yang berpengalaman macam mana menangani kejadian tidak dijangka itu. Antara pandangan itu, ialah lebih baik saya berdiam diri buat seketika sehingga keadaan reda sedikit.

“Saya mengakui tertekan dengan apa yang berlaku. Masyarakat meletakkan saya sebagai pesalah utama dalam keruntuhan rumah tangga Norman dan kak Abby. Saya tidak minta perkara itu berlaku namun siapa dapat menahan kehendak Allah Taala. Jadi selepas kejadian itu lebih baik saya menghilangkan diri seketika kerana tidak mahu keadaan semakin menjadi keruh.

“Demi mencari semula semangat yang sudah hilang, saya amat memerlukan sokongan keluarga. Alhamdulillah emak dan ayah banyak memberikan sokongan. Sebagai anak, sejak tinggal di KL (Kuala Lumpur) setiap gerak-geri saya beritahu kepada emak supaya beliau tidak susah hati dan tahu ke mana saya pergi.

“Saya juga beritahu keluarga yang saya berkawan dengan Norman dan selalu ke pejabatnya untuk membantunya menguruskan pentadbiran syarikatnya. Di samping itu saya turut belajar mengenai perniagaan. Sebab itulah kalau tiada penggambaran drama saya selalu ke pejabatnya.

“Tetapi malang nasib saya apabila tiba-tiba pada awal pagi 30 Oktober kami ditangkap khalwat. Dalam keadaan panik saya masih sempat menghubungi emak dan beritahu apa yang berlaku.

“Emak tidak terkejut kerana dia tahu yang saya selalu berada di pejabat Norman atas urusan kerja dan minta saya banyak bersabar.

“Sungguhpun begitu, kes ditangkap khalwat itu memang mengaibkan saya dan keluarga apatah lagi ditangkap khalwat dengan suami orang. Tetapi hendak buat macam mana, perkara sudah terjadi. Mujur selepas kejadian itu selain keluarga, Norman sendiri banyak memberikan nasihat kerana dia lebih tahu hebatnya cabaran menjadi anak seni.

“Sebelum itu pun saya tengok Norman lelaki yang baik, bijak dan sangat mengambil berat. Sikapnya itu berterusan sehingga kini dan kami selalu juga berjumpa. Dia banyak memberi semangat kepada saya,” katanya.

Memey mengakui dia sedia maklum latar diri Norman yang pernah bercerai dengan Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, dua tahun lalu dan juga puncanya. Bagaimanapun, kata Memey itu semua kisah lama Norman dan pengalaman hidup aktor itu.

“Saya dengan Norman pun bukannya ada hubungan serius. Walaupun ditangkap khalwat kami tidak pernah berbincang untuk berkahwin. Masih banyak yang saya perlu kejar dalam bidang lakonan dan ingin terus mengembangkan bakat yang ada. Biarlah orang hendak kata apa kerana itu hak mereka untuk menilai tetapi saya ada matlamat sendiri.

“Dalam memburu impian dalam bidang seni, saya tersungkur dan sekarang mahu bangkit semula mengutip sisa harapan untuk menjadi insan berjaya. Oleh demikian, saya terpaksa ketepikan dulu soal hati dan perasaan. Apa pun saya minta maaf kepada masyarakat di atas apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian Allah,” katanya.

>Profil

NAMA: Suhaiza Suhaimi

NAMA KOMERSIAL: Memey

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988

ASAL: Kota Tinggi, Johor

KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Tenggaroh A, Kota Tinggi, Johor

DRAMA: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda Kuala Lumpur,

Tragedi Oktober, Lara Rindu Mahsuri dan Farah Syakira.

PROGRAM TV: Pengacara Diari Anak Seni (RTM)

Memey dan Abby Berdamai?
“Tak payahlah dia minta maaf dengan saya. Dia juga tidak perlu mohon maaf daripada saya jika semata-mata hendak tunjuk baik kepada masyarakat.

“Saya pun sudah tak kuasa mengambil tahu hal mereka berdua,” kata Arbaeyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi mengenai kenyataan maaf Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, dalam media, semalam.

Menurut Abby, dia hanya mengetahui mengenai permohonan maaf Memey itu daripada wartawan yang menghubunginya, pagi semalam.

Namun, kata pelakon itu, dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Memey dan bekas suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, atau Norman Hakim.

Malah, Abby berkata apa juga keputusan mereka berdua, termasuk hendak berkahwin tiada kena mengena dengannya lagi.

“Begitupun, sebelum Norman mahu membuat keputusan, selesaikan dulu perkara antara kami. Apa perkara itu, tak perlulah saya nyatakan. Banyak lagi perkara belum selesai sebenarnya dan biarlah hanya kami berdua mengetahui.

“Saya harap Memey belajar daripada apa yang saya lalui sebab dia pun perempuan. Saya yakin dia akan harungi juga apa yang saya lalui sekarang,” katanya.

Memey dalam kenyataan pertamanya kepada media selepas dua bulan berdiam diri memohon maaf kepada Abby.

Kata pelakon muda itu, dia tidak berniat melukakan hati Abby.

Abby seterusnya mengakui terasa kehilangan sesuatu selepas bercerai dengan Norman, 18 Disember lalu, tetapi dia tidak mahu mengenang kisah lalu.

Dia hingga kini tidak dapat menjelas atau menggambarkan perasaannya mengenai perceraian dengan Norman.

“Apa yang saya tahu, saya perlu melakukan sesuatu selepas saya tengok rumah tangga kami sukar untuk diselamatkan lagi.

“Bukan saya tak terfikir langsung, tapi saya berusaha untuk membentuk kehidupan baru. Daripada saya terlalu memikirkan mereka berdua, lebih baik saya fikirkan masa depan saya dan anak.

“Saya bahagia dengan apa yang ada sekarang. Rezeki berlakon tidak pernah putus dan gembira melihat anak membesar depan mata. Saya tidak patut menoleh ke belakang lagi. Saya berharap dapat menghadapi masa depan dengan tabah,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Hikayat Putera Shazlan dan Jula Juli Bintang Tiga.

Dia baru memulakan penggambaran drama kepolisan, Gerak Khas bersama pelakon baru yang digosipkan dengannya, Zulkifli Arifin, 22, atau Zul.

Menyentuh hubungan baiknya dengan Zul, katanya, mereka hanya berkawan, tidak lebih daripada itu.

“Jangan sesiapa memandai hendak menjodohkan kami berdua. Zul muda lagi dan masih mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Saya pula perlu menumpukan kepada kerjaya dan anak.

“Tidak semudah itu untuk saya berkahwin lagi pada masa terdekat. Azam tahun baru ini, saya ingin menjadi ‘orang baru’ dan perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup pada hari mendatang,” katanya.

Abby dan Norman bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 18 Disember lalu.

Hubungan pasangan suami isteri itu tidak dapat diselamatkan lagi apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di pejabat pelakon Gerak Khas itu di Ukay Perdana, 30 Oktober lalu.

Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 6, Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 5 bulan.

Norman Hakim Abby BERPISAH Akhirnya
“Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.

Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti…bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian…saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang…biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi…saya perlu pertahankan diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu…dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami…apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya tidak sangka media akan datang ke sini…nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Suhaiza Suhaimi @ Memey KECEWA KERNA GOSSIP
SETAHUN lebih menerjah persada seni, Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Memey, 20, tiba-tiba saja dikenali. Tetapi semuanya gara-gara kisahnya yang ditangkap khalwat dengan aktor Norman Hakim minggu lalu.

Sebelum ini, gadis kelahiran Kota Tinggi Johor ini tidak termasuk dalam kategori artis yang diburu untuk mendapat kenyataannya tetapi kejadian hitam yang berlaku malam Khamis lalu, membuka satu lembaran baru baginya.

Suatu episod yang menjadi mimpi ngeri bagi mana-mana artis yang terpalit dengan kontroversi sebegini tentunya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh menjadi kayu ukur kepada tahap populariti seseorang.

Sebelum ini kontroversi – kalau bolehlah ia dianggap kontroversi – yang singgah dalam hidup Memey adalah kisah hubungannya yang bagaikan berpatah arang, berkerat rotan dengan ibu saudaranya, Darling Ngasri.

Kemudian timbul pula kisah kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga Norman dan Abby Abadi. Lanjutan gosip itu tersebar satu cerita bahawa dia sudah pun bernikah dengan Norman di sempadan Thailand.

Norman dan Abby

Menepis dan menafikan sekeras-kerasnya gosip itu, Memey berkata, dia terkejut membaca berita itu apatah lagi keluarga terdekat turut menghubunginya bertanyakan kesahihan cerita itu.

Apa yang dipaparkan Hip hari ini adalah satu temu bual dengan Memey pada malam 28 Oktober lalu dan kenyataan ini diluah dua hari sebelum berlakunya peristiwa yang mencalar maruah Memey, gara-gara insiden tangkap khalwat membabitkan dirinya dan aktor serta ahli perniagaan itu pada 30 Oktober lalu di sebuah premis perniagaan milik Norman sendiri di Ukay Perdana pada jam 2 pagi. Bagaimanapun fotografi persis anak patung ini sudah lama dijalankan sejak 15 Oktober lalu.

Lalu, luahan kenyataan Memey mungkin berbeza kesan dan akibat apa yang sudah terjadi dan ditanggungnya kini. Apakah berlaku situasi yang mana kenyataan berselindung yang memakan diri hingga ia terus berpanjangan apabila tercetus kisah penangkapan khalwat ini?

Pinta Memey sebelum ini dalam nada bersungguh-sungguh, dia tidak mahu terus-terusan dikaitkan dengan ceritera palsu ini.

Kata Memey, lagi dinafi, lagi menjadi-jadi dan semakin berpanjangan kisah ini. Mengenali Norman sewaktu sama-sama berlakon drama Pasrah, Memey tidak menyangka gara-gara itu, kisah tidak benar terus dijaja kononnya mereka menjalinkan cinta.

“Jangan kaitkan Memey lagi dengan Norman Hakim dan permasalahan yang sedang melanda keluarga mereka. Memey tidak tahu-menahu mengenai rumah tangga mereka kerana Memey sendiri hairan dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka. Semakin dinafi, semakin teruk pula apabila Memey sendiri terpalit dikatakan berkahwin dengan Norman di sempadan Thailand.

“Ini soal yang membabitkan pergolakan rumah tangga orang dan Memey tak mahu dituduh sebagai perosak kebahagiaan orang. Nak marah pun tiada guna kerana orang di luar sana bebas membuat spekulasi. Yang penting, Memey dan keluarga tahu kedudukan sebenar dan Memey sendiri sudah menjelaskan kepada mereka bahawa Memey tiada kena mengena dengan kisah rumah tangga Norman dan Abby,” ungkap Memey yang kononnya tidak mahu isu ini terus dipanjangkan.

Tetapi anehnya, isu ini menjadi panas dan berpanjangan apabila dia berdepan dengan dakwaan ditangkap khalwat dengan orang yang sebelum ini ditepisnya sebagai gosip semata-mata.

“Apa yang berlaku jadi iktibar”

MENYEDARI bahawa kontroversi ibarat rencah dalam dunia hiburan, Memey melihat setiap sudut kontroversi dari pelbagai sudut sama ada positif atau negatif. Kata Memey, lagi difikir, semakin dinafi, semakin melarat pula jadinya.

Kini Memey semakin kuat, matang dan memahami rentak gosip, cuma terbit juga kegusaran di hatinya andai ‘kisah kosong’ ini sedikit sebanyak mampu menjejaskan kerjayanya yang semakin memacu hebat. Terlalu banyak liku yang datang merapatinya, namun Memey harus tegar berdepan dengan apa juga pancaroba kerana setiap ujian daripada-Nya pasti tersingkap hikmah yang terbaik.

“Memey banyak belajar daripada setiap dugaan dan cabaran ini. Mulanya memang Memey rasa takut, tapi hari demi hari, Memey mula menyedari situasi sebenar. Apa yang berlaku, Memey jadikan sebagai iktibar dan sebagai kesempatan untuk terus berhati-hati pada masa mendatang. Dengan harapan, ia dapat dielak dan tidak berulang lagi.

“Perjalanan seni Memey masih panjang dan banyak lagi yang perlu dikejar, dipelajari. Paling tidak, saya tidak akan cepat melatah dan cuba bersikap rasional. Kalau gosip yang tak betul, lebih baik Memey berdiam diri daripada terus mengeruhkan keadaan.

“Daripada Memey menyemak otak memikirkan sesuatu cerita yang tak benar, lebih afdal jika Memey terus fokus kepada kerjaya daripada ia terus mengganggu gugat kehidupan ini,” kata Memey yang masih bertegur jika bertemu Darling Ngasri. Bagaimanapun, hubungan mereka sudah tidak serapat dulu.

Perlu ruang tenangkan fikiran

CUBAAN menghubungi Memey berkali-kali di samping meninggalkan khidmat pesanan ringkas (SMS) masih gagal sehingga artikel ini ditulis biarpun telefon bimbitnya masih berdering.

Bagaimanapun, usaha Hip mendapatkan maklum balas Memey akhirnya hanya berjaya selepas Memey membalas SMS berbunyi:

“Memey faham tugas penulis dan meminta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan lanjut buat masa ini. Memey perlukan ruang untuk menenangkan fikiran buat seketika. Insya-Allah sekiranya Memey sudah bersedia untuk memberi penjelasan, Memey akan menghubungi penulis kembali. Terima kasih”.

Difahamkan pagi 30 Oktober lalu, Memey masih menjalani penggambaran drama lakonannya berjudul Bara Ku Genggam arahan Haizul dan babak yang membabitkannya juga sudah selesai pada pagi itu. Mengikut perancangan, Memey seterusnya akan terus ke lokasi penggambaran drama baru berjudul Isandra arahan Feroz Kadir.

Menurut kenyataan Norman seperti di dalam Berita Harian pada Jumaat lalu, Norman melihat apa yang terjadi antaranya dengan Memey sebagai cubaan untuk menjatuhkan reputasinya. Norman juga menegaskan pendiriannya yang dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Memey, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka atas dasar kerja kerana Memey membantunya menguruskan pentadbiran MDH Trading & Services.

INFO: Memey

Nama sebenar: Suhaiza Suhaimi

Tarikh lahir: 25 Mac 1988

Tempat lahir: Hospital Kota Tinggi, Johor

Pendidikan: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)

Status: Bujang

Kerjaya: Model, pengacara, pelakon

Drama: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia baru 3, Farah Syakira, Lara Rindu Mahsuri, Roda-Roda KL dan Tragedi Oktober

E-mel: may_suhaiza@yahoo.com.my

Gambar MEMEY NORMAN Ditangkap BASAH
Pelakon baru yang pernah di’gosipkan dengan Norman Hakim ini tampak ayu berbaju putih ketika bergambar untuk Murai.com.my. Adakah Memey Suhaiza ada kaitan dengan tangkapan khalwat ‘pelakon Gerak Khas yang baru menimang cahayamata’ awal pagi tadi?

Klik untuk melihat galeri gambar Memey Suhaiza atau teruskan membaca…

NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988

TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Mala

Utusan kata(bukan aku kata), seorang pelakon drama Gerak Khas yang baru sahaja dapat cahaya mata ditangkap khalwat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, awal pagi tadi. Kalau ikut realiti, yang sebetulnya pelakon gerak khas yang baru dapat anak adalah pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Dan merupakan satu kebetulan juga, Norman Hakim &  Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Takkan semua ini satu kebetulan yang sangat kebetulan (apa aku cakap ni!)

elakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

“Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

“Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

“Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut,” katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Norman Hakim Dan MEMEY di cekup KHALWAT
Sekumpulan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terkejut apabila mendapati ‘lembaga hitam’ yang ditemui dalam sebuah bilik kecil sebenarnya seorang pelakon terkenal yang cuba mengelak daripada diberkas kerana disyaki berkhalwat.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, artis terbabit, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dikatakan cuba menyembunyikan diri sebaik menyedari kehadiran pencegah maksiat selepas dia dikesan berkurung dengan pelakon wanita, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, di pejabatnya di Ukay Perdana di sini.

Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa Jais.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata pihaknya menerima maklumat menyatakan ada pasangan artis berdua-duaan dalam pejabat milik pelakon lelaki terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas itu.

“Selepas yakin dan pasti dengan maklumat terbabit, pegawai Jais melakukan serbuan sekitar jam 2 pagi di pejabat artis berkenaan.

“Mulanya, pintu pejabat itu diketuk berulang kali selama beberapa minit, namun tidak dibuka dan penghuninya hanya berdiam diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan enggan membuka pintu pejabat itu menyebabkan pegawai Jais bercadang menggunakan kuasa menggeledah.

“Bagaimanapun, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba muncul sambil membawa kunci pejabat terbabit lalu membukanya.

“Sebaik pintu dibuka, seorang gadis yang juga pelakon baru dalam keadaan lengkap berpakaian ditemui,” katanya.

Kemudian, pegawai Jais mencurigai gadis berkenaan hanya bersendirian sedangkan maklumat diterima menyatakan dia bersama seorang pelakon.

Ini menyebabkan mereka memeriksa keseluruhan pejabat berkenaan bagi mencari pasangannya.

“Usaha mencari pasangan gadis itu akhirnya berjaya apabila pegawai Jais yang melakukan pemeriksaan menyeluruh, menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam bilik kecil di atas stor pejabat itu,” katanya.

Ditanya sama ada lelaki itu artis lelaki popular, beliau tidak menafikannya, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Ketika disoal siasat, artis berkenaan menafikan terbabit dengan perlakuan sumbang itu. Bagaimanapun, dia tetap ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995.

“Selepas maklumat diri diambil, pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan. Mereka akan dipanggil memberi keterangan di pejabat Jais. Apa yang saya dimaklumkan, kedua-duanya sudah memberi keterangan pagi dan petang tadi (semalam),” katanya.

Beliau berkata, Jais akan menilai keterangan yang diambil itu sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.

“Apa yang saya mahu tekankan ialah pegawai Jais menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar diberi dan bukan hanya suka-suka mengambil tindakan tanpa bukti. Ini bagi memastikan nama baik Jais sebagai badan agama terpelihara,” katanya tanpa mahu menyebut nama kedua-dua pelakon ditahan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan pasangan pelakon itu pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan pegawai Jais yang melakukan tangkapan, mereka ditahan di sebuah bangunan di Ukay Perdana dalam keadaan berdua-duaan.

“Polis hanya membantu Jais ketika tangkapan, namun tindakan lanjut ke atas pasangan itu di bawah undang-undang syariah,” katanya.

Norman MEMEY ditangkap KHALWAT
Utusan kata(bukan aku kata), seorang pelakon drama Gerak Khas yang baru sahaja dapat cahaya mata ditangkap khalwat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, awal pagi tadi. Kalau ikut realiti, yang sebetulnya pelakon gerak khas yang baru dapat anak adalah pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Dan merupakan satu kebetulan juga, Norman Hakim &  Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Takkan semua ini satu kebetulan yang sangat kebetulan (apa aku cakap ni!)

elakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

“Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

“Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

“Mereka berdua didakwa di bawah Syeksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atas tuduhan berkhalwat,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Amiruddin Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut,” katanya.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006.

Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Memey Suhaiza ARTIS MALAYSIA
SEDIA arif akan kariernya mampu musnah dengan sekelip masa sahaja jika tidak dijaga dengan baik, pelakon yang boleh dikategorikan sebagai masih hijau dalam arus seni tempatan, Memey, mengakui bahawa kontroversi adalah satu perkara yang paling digeruni.

Bagi dirinya, kontroversi mampu menjejaskan keseluruhan kerjayanya sebagai seorang anak seni yang baru mahu merangkak.

“Itu (kontroversi) yang paling saya takut. Saya baru saja nak mengenali dunia lakonan dengan lebih mendalam. Berilah saya peluang untuk mendalami dunia ini.

“Selain itu, bukan setakat saya nak menjaga karier saya saja, tapi risau jika tempiasnya akan terkena pada keluarga,” katanya.

Biarpun si empunya diri menyerlah sekali ketakutannya dengan kontroversi, namun sudah adat menjadi artis, Memey sendiri tidak terlepas apabila dikaitkan dengan gosip. Salah satu gosip ialah apabila ada pihak yang mendakwa dia menjalin percintaan dengan aktor Farid Kamil.

Pantas Memey menegaskan, dia hanya mengenali Farid sebagai seorang pelakon popular dan mereka juga jarang bersua.

“Saya kenal dia (Farid Kamil), tetapi tidaklah mesra seperti gosip-gosip yang diperkatakan itu.

“Kami sekadar teman biasa saja. Tidak lebih daripada itu. Bukankah saya sudah kata, fokus saya buat masa ini adalah kepada karier ,” ujarnya.

Tambah gadis yang berasal dari Johor ini, demi keselamatan dan juga tidak mahu terjerumus menjadi bahan umpatan masyarakat, Memey kini lebih selesa membawa adiknya, Nazreen Suhaimi, ke mana-mana saja bersama.

Tujuannya ialah supaya Nazreen menjaga keselamatan Memey yang sentiasa pulang tak tentu masa.

Ingat jasa Darling

Tuah gadis ini diibaratkan seperti bulan jatuh ke riba. Masakan tidak, dalam jangka masa setahun lebih sahaja, namanya boleh dikatakan agak kukuh di industri yang penuh dengan cahaya glamor ini.

Apalagi dengan segala tawaran berlambak datang kepadanya membuatkan dirinya tidak menang tangan dan terpaksa memilih yang terbaik.

Bakat dan kecantikan tuan punya nama Suhaiza Suhaimi ini, cukup untuk dijadikan satu pakej lengkap yang boleh disalurkan kemana-mana bidang yang diinginkan.

Dek kerana pakej itu juga, hari ini bidang peragaan, pengacaraan dan lakonan berada dalam genggamannya.

“SHERRY, Norish dan Memey.”

Lihat sahaja langkahnya bermula menapak dalam tele filem Rahsia Sebuah Pengorbanan, Pintu Syurga, Cinta Gadis Pengkit serta drama Elite, Graduan, Pasrah Syakira, Tragedi Oktober dan yang terbaru, drama Lara Rindu Mahsuri pula menjengah penonton di TV3.

Semua ini dia kecapi tidak sampai dua tahun. Namun, dirinya tidak langsung bongkak dengan apa yang dimiliki malah dia belum puas dengan apa yang dilakukan. Bukan kerana tidak puas dengan rezeki yang diterima, sebaliknya Memey belum puas dengan kualiti kariernya.

“Kalau boleh saya mahu menjadi yang terbaik antara yang terbaik,” begitu tinggi cita-cita gadis berusia 20 tahun ini.

Satu perkara yang penulis kagum dengannya, Memey tidak pernah lupa tentang bagaimana dia telah tergelincir ke dunia lakonan.

“Semua ini kerana Darling (Ngasri). Dia yang membawa saya sehingga ke tahap ini.

“Walaupun saya hanya sempat berlakon beberapa buah telefilem dengannya, saya tak pernah melupakan Darling. Dialah pendorong utama saya,” tuturnya berterus terang.

Kemudian, Memey mulakan tapak kariernya dengan sendiri. Dia mencuba nasib di produksi luar pula. Bermula di saat itu, kata-kata kurang enak mula didengar. Memey dikatakan seperti kacang melupakan kulit. Malah kini, Memey tidak lagi rapat dengan Darling seperti dulu.

Ketika hal itu diajukan dengan pantas Memey memotong kata dan memberitahu bahawa mana mungkin dia dapat melupakan segala jasa-jasa Darling.

“Jasa dia takkan saya lupakan sampai bila-bila. Saya juga hormat dia sebagai ibu saudara saya. Sekarang ini, saya terikat dengan drama-drama bersiri yang lain dan belum berkesempatan untuk berlakon drama atau telefilem baru dengan syarikat milik Darling.

“Lagipun, ini yang saya dapat, rezeki masing-masing. Untuk tingkatkan kemahiran lakonan, saya perlu cuba bekerja di bawah pelbagai produksi bukannya hanya satu atau dua produksi sahaja,”ujarnya.

Cuba mahu mengorek lagi tentang masalah hubungannya dengan Darling, Memey tidak mahu mengulas panjang. Takut meleret pula jadinya.

“Sekarang ni, saya dengan Darling dah baik dan keakraban kami juga kembali normal. Saya tak mahu mengulas panjang tentang hal ini lagi. Saya pun menghormati permintaan dia supaya tidak bercerita tentang hal ini lagi. Yang lepas biarlah ia pergi. Tak perlu difikirkan lagi,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri terbaru Akukah Tanggang? dan Lara Rindu Mahsuri di Sunway Piramid baru-baru ini. Memey berlakon dalam drama Lara Rindu Mahsuri bersama dengan pelakon Norish Karman dan Sherry.

Mahu menjadi penulis skrip

Sebenarnya, bakat gadis jelita ini, lebih daripada apa yang disangkakan. Dia bukan sahaja berbakat dalam memperagakan fesyen, berlakon mahupun mengacara, bahkan gadis tinggi lampai ini berkebolehan dalam penulisan.

“Mesti terkejut bila saya memberitahu minat saya. Tak ramai yang tahu tentang ini. Saya minat menulis sejak kecil lagi dan juga gemarkan novel yang lebih menceritakan mengenai motivasi diri,” tuturnya yang meminati penulis Rober Kiyosoki.

Apa yang di inginkannya cuma satu, Memey mahu bergelar sebagai penulis skrip suatu hari nanti. Itulah objektif terbesarnya.

“Jika diberi peluang, saya mahu menghasilkan skrip dalam masa tiga tahun ini. Dan sepanjang tempoh ini, saya akan kaji bagaimana cara penulisan skrip dihasilkan melalui lakonan yang saya bawa,” jelas si penggemar aksi dan gaya lakonan seniman Tan Sri P. Ramlee ini.

Kosmo

Memey Suhaiza yang Cute
Memey main Snooker0 viewsMemey SUhaiza la ni.Sep 14, 2008

Memey ke ni0 viewsMemey Suhaiza yang Cute

Oleh Hartati Hassan Basri

hartati@hmetro.com.my

Rap

KALAU pelakon berkarakter seperti Datin Norish Karman laris di kalangan produser dan pengarah hingga memikul tanggungjawab berlakon dengan tiga produksi drama sekali gus, pelakon muda, Memey juga tidak kurang larisnya.

Untuk Ramadan ini, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 20, mempertaruhkan lakonannya sebagai Mahsuri dalam drama bersiri Lara Rindu Mahsuri yang disiarkan di TV3 menerusi slot Lagenda mulai 1 September dan berakhir menjelang raya.

Selain Lara Rindu Mahsuri yang menjalani penggambaran pada 23 Jun hingga 22 Julai lalu, pelakon asal Johor ini juga sibuk di lokasi drama 26 episod Farah Syakirah bermula awal Julai dan dijangka memakan masa selama dua bulan.

“Saya sebenarnya baru selesai penggambaran Roda-roda Kuala Lumpur untuk RTM kemudian terus berlakon Lara Rindu Mahsuri. Waktu sama, berlakon Farah Syakirah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Selepas itu ada tawaran lain tetapi masih dalam pertimbangan.

“Saya tidak kisah berlakon lebih daripada satu drama kerana cari makan dengan berlakon. Apabila ada yang tawarkan dan wataknya sesuai, saya terima.

“Apabila berlaku pertembungan, saya akan serahkan jadual penggambaran saya untuk disesuaikan dengan penggambaran drama satu lagi. Setakat ini tiada masalah tetapi penat kerana terpaksa berkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi,” katanya.

Mengenai wataknya dalam Lara Rindu Mahsuri, Memey diberi watak utama sebagai Mahsuri dan tampil bertudung sesuai dengan dirinya berasal dari kampung kemudian melanjutkan pelajaran ke UIA serta berganding dengan Sherry Ibrahim sebagai Mastika. Hubungan mereka rapat tanpa mengetahui sebenarnya mereka adik-beradik.

“Bagi saya watak Mahsuri begitu mencabar kerana dia mencari ibu kandungnya. Walaupun dia sayangkan ibu angkatnya lebih daripada segala-galanya, semuanya berubah apabila dia keluar dari Langkawi dan berpeluang melihat dunia luar yang lebih luas.

“Mahsuri cemburu melihat kehidupan Mastika yang bahagia di sisi ibu bapa dan adik-adik. Malah dia juga mula sangsi dengan dirinya yang tiada bapa kerana hanya dimaklumkan ibu angkatnya yang bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil.

“Dalam drama ini, Mahsuri juga digambarkan mempunyai keistimewaan apabila mampu mengubat orang sakit dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sentuhan tangannya. Ada satu babak dia terkurung tetapi dengan membaca ayat-ayat suci pintu dapat dibuka,” katanya.

Lara Rindu Mahsuri mengisahkan dua beradik, Mahsuri (Memey) dan Mastika (Sherry) yang terpisah dengan ibu mereka, Teh Halimah (Norish Karman) sejak kecil. Apabila Mahsuri dilahirkan, dia diserahkan kepada Chu Zainab (Kartina Aziz) dan menjaganya seperti anak sendiri.

Apabila dewasa, Mahsuri melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan berkawan baik dengan Mastika dan hubungan mereka sangat rapat seperti kakak dengan adik.

Ketika melawat satu rumah kebajikan, Mahsuri dan Mastika bertemu Teh Halimah, pesakit di bawah jagaan Doktor Imran (Riezman Khuzaimi) yang juga abang kawan mereka yang sama-sama menuntut di UIA.

Teh Halimah sebenarnya mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan lelaki kaya, Farouk (Eman Manan) tetapi dia tidak ingat kisah lalunya kerana kemalangan yang berlaku. Dia juga mengalami trauma kerana disiksa mentuanya, Sharifah Nur (Maimun Talib) yang membencinya.