Intro2u Blog » Nabil

Nabil Kluang man Lu Pikirlah Sendiri De Movie
LU Pikirlah Sendiri De Movie merupakan filem pertama yang menampilkan Nabil sebagai pelakon utama juga dengan watak bernama Nabil dalam filem terbitan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. tersebut.

Malah, filem dengan masa tayangan 90 minit itu juga agak unik kerana lebih separuh daripada jalan cerita yang dipaparkan merupakan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh Raja Lawak itu.

Bagaimanapun, menurut juara pertandingan Raja Lawak musim kedua ini, dia berasa kurang puas hati kerana filem arahan Aminah Rhapor itu tidak memberi kesan sebenar seperti yang diharap-harapkannya.

“Bagi saya, kesan sebenar dalam filem ini tidak ada. Ia tidak sampai,” komen Nabil pada pertemuan dengan para wartawan selepas pratonton filem itu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Biarpun agak berat untuk meluahkan komen jujurnya berhubung filem genre komedi lakonannya itu namun anak kelahiran Negeri Sembilan ini tidak mampu untuk menyembunyikannya.

Sambil mengakui dirinya pelakon baru, tetapi Nabil memandang serius perkara tersebut kerana Lu Pikirlah Sendiri De Movie merupakan karya yang sebahagian besar memaparkan perjalanan hidupnya.

“Ia menceritakan 70 peratus perjalanan hidup saya sebelum saya menjadi artis. Bagi saya, ini adalah perkara besar kerana filem ini menggunakan nama dan pengalaman hidup saya. Ia tidak seperti filem Sifu dan Tongga yang saya lakonkan sebelum ini bersama Saiful Apek.

“Saya tahu Sifu dan Tongga mendapat kritikan (mungkin kerana gaya lawak saya) tetapi saya tidak terasa kerana watak itu bukan diri saya. Terus terang saya katakan filem ini (Lu Pikirlah Sendiri De Movie) tidak mencapai piawaian saya,” ujarnya.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad yang juga pertama kali menonton filem lakonannya pada majlis tersebut berkata, dia sendiri tidak faham dengan jalan cerita filem arahan dan skrip hasil tulisan Aminah Rhapor itu.

Katanya, dia tidak faham hala tuju filem lakonannya bersama Puteri Sarah Liyana, Mila dan kumpulan Meet Uncle Hussain itu terutamanya pada klimaks filem tersebut.

“Saya bukan sahaja tidak faham jalan cerita filem ini malah tidak tahu hala tujunya. Ia samar-samar. Semasa separuh jalan saya menonton filem ini saya keluar sekejap dan duduk di luar panggung wayang.

“Apa yang boleh saya tambah ialah pada awal mahu menyaksikan filem ini lagi saya sudah berasa agak takut. Sejak keluar rumah tadi sudah ada perasaan itu. Apatah lagi ini adalah pertama kali saya berlakon selepas keluar daripada Raja Lawak 2,” katanya.

Sewaktu ditanya mengapa beliau tidak campur tangan dalam penulisan skrip dan pengarahan filem itu, Nabil berkata, pada ketika itu dia masih baru dalam bidang lakonan dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pengarahnya.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang skripnya ditulis sepenuhnya oleh Aminah Rhapor itu memaparkan sebahagian besar pengalaman Nabil sebelum bergelar artis seperti menjadi penghantar surat ( despatch), menjual ayam di pasar dan berniaga di pasar malam.

“Sepanjang penggambaran filem ini dijalankan saya hanya mengikut apa juga kata pengarah (Aminah Rhapor). Saya tidak berasa benci atau menyampah menonton filem ini. Ini kerana, pada waktu itu saya masih baru sebagai pelakon.

“Saya pun bukannya tahu fasal penulisan skrip. Saya juga bukannya seorang pengarah. Saya seperti tiada hak untuk campur tangan dalam hal ini,” ulasnya ringkas tanpa berselindung.

Mengulas lanjut tentang perkara itu kata Nabil, filem itu cukup penting bukan setakat dalam perkembangan kariernya sebagai pelakon tetapi ia juga akan melibatkan kepuasan para peminat yang akan menontonnya kelak.

Filem yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai 11 Februari ini jelasnya, merupakan sebuah karya yang tentunya dinanti-nantikan oleh para peminat yang ingin melihat suatu kelainan dalam lakonannya.

“Saya akan terasa (kecewa) kalau orang hampa tengok filem ini. Dulu masa saya menyertai Raja Lawak 2 saya menggigil-gigil bertanding di atas pentas. Ia semata-mata mahu memuaskan hati para penonton yang mengundi saya.

“Bagi saya nilai SMS (khidmat pesanan ringkas) 50 sen yang dikirim untuk setiap SMS kepada saya itu amat besar nilainya. Mereka (penonton) tentunya mahukan lawak jenaka yang membolehkan mereka ketawa. Saya sedaya upaya mahu memuaskan hati pengundi saya. Begitu juga dengan filem ini,” ungkapnya.

Pada masa sama Nabil yang dijangka membintangi filem Kluang-Man arahan Aziz M. Osman sekitar April ini tidak menyesal berlakon dalam Lu Pikirlah Sendiri De Movie, sebaliknya dia menimba pengalaman baru.

Sementara itu, Aminah selaku pengarah dan penulis skrip Lu Pikirlah Sendiri De Movie berkata, dia berasa puas hati dengan pembikinan filem itu biarpun ia agak lambat untuk ditayangkan di pawagam.

Ujarnya filem arahannya yang menjalani penggambaran pada Julai 2008 itu mampu menarik perhatian para penonton seisi keluarga dengan genre drama komedi serta menampilkan ramai pelakon popular.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut dengan sambutan daripada para penonton kelak. Saya redha dan yakin. Sasaran penonton filem ini adalah remaja dan ibu bapa yang datang bersama anak-anak mereka juga sesuai menontonnya.

“Walaupun filem ini menampilkan isu-isu yang berat tentang diri seseorang tetapi saya cuba sampaikannya dalam cara yang ringan. Saya puas hati dengan filem ini walaupun lama terperap sebelum ia dapat ditayangkan iaitu hampir setahun enam bulan.

“Untuk filem ini saya menunggu agak lama sebelum studio untuk proses penyuntingannya dapat disiapkan. Kami edit sendiri dan tidak menyewa di tempat lain,” jelasnya yang juga terkenal dalam bidang pementasan teater.

Mengulas tentang lakonan Nabil dalam Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Aminah gembira dengan persembahan anak muda itu biarpun ia merupakan filem lakonan pertama artis kelahiran Astro itu.

“Dia (Nabil) bagus. Nabil boleh pergi jauh dalam bidang lakonan kerana gaya lakonannya selamba. Dia boleh buat orang ketawa dan menangis. Selain Nabil pelakon lain seperti Mila juga barus, dia memang ada bakat dalam lakonan,” katanya lagi.

Meskipun filem itu belum ditayangkan di pawagam tetapi sewaktu tayangannya diadakan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris baru-baru ini tambah Aminah, sambutannya amat menggalakkan sekali di mana kutipan tiketnya mencecah RM16,778.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie mengisahkan Nabil yang terpaksa melakukan pelbagai kerja seperti menjual ayam, berniaga makanan di pasar malam dan budak penghantar surat.

Nabil melakukan semua itu demi membantu keluarganya yang kurang berada walaupun dia melalui pelbagai cabaran termasuklah berdepan dengan seorang gadis anak orang kaya yang sombong bernama Natasya.

Namun, segala cabaran itu diharunginya dengan tabah sehingga akhirnya dia mencipta nama bersama sebuah kumpulan muzik dalam suatu pertandingan sehingga membuka mata pihak-pihak lain yang sebelum itu memandang hina padanya.

Sebuah album rap
JUARA Raja Lawak musim kedua ini sememangnya seorang yang cukup murah rezeki.

Mana tidaknya. Sana sini semua orang mahukan Nabil.

Selain di televisyen dan filem, suaranya juga kedengaran menerusi sebuah iklan di radio. Hai, memang beruntung jadi Nabil kan.

Papa percaya Nabil yang kini sedang bahagia berkasih dengan Irma Hasmie tidak akan menjadi seorang yang mudah lupa diri. Betul tak Nabil?

Dalam pada itu, Papa dengar ada sebuah syarikat rakaman sudah pun menyambar Nabil untuk merakamkan sebuah album.

Ha, album? Biar betul? Boleh ke si Nabil ni menyanyi? Album apa pula si Nabil ni nak rakamkan? Sebab selama ini tak pernah pula kita dengar Nabil menyanyi di khalayak.

Cuma yang ada sekarang ini pun hanya membuat kemunculan khas dalam sebuah lagu berjudul Radio nyanyian Imran Ajmain yang turut menampilkan pelakon Diana Danielle.

Album yang bakal dirakamkan Nabil kelak bukanlah sebuah album komedi seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelawak terdahulu seperti Salih Yaacob, Poe, Jalil Hamid mahupun Ali Mamak.

Sebaliknya ia adalah sebuah album rap yang akan menampilkan sisi lain Nabil sebagai seorang penyanyi.

Papa percaya peminat-peminat Nabil tidak sabar menantikan album sulungnya nanti? Ha, nanti bila dah keluar jangan tak beli pula albumnya yang tulen. Ini tidak, suka sangat nak muat turun (download).

Nabil dan ISMA KAWIN
“SAYA tidak mahu tunggu lama-lama. Kalau boleh dalam tempoh dua tahun lagi saya mahu berkahwin.

“Tapi, buat masa ini, antara saya dan Irma masih belum berbincang tentang soal itu.”

Itu penjelasan Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil saat diajukan persoalan tentang masa depan cintanya bersama pelakon bernama Irma Hasmie.

Menurutnya, walaupun mungkin ada kalangan peminat yang tidak menyukai akan hubungannya dengan Irma, itu adalah hak masing-masing untuk menyatakan perasaan mereka.

Sungguhpun begitu, Nabil menjelaskan, dia dan Irma akan tetap berkahwin andai sampai masanya nanti.

Baginya, di sebalik ada yang enggan menerima hubungannya bersama Irma, sesetengah peminat bertindak sebaliknya apabila memberikan sokongan terhadap soal masa depannya itu.

“Ada peminat yang mendoakan kebahagiaan kami. Kalau ada yang tidak suka, itu hak masing-masing,” jelas Nabil ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2008 di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Nama Nabil dan Irma secara tiba-tiba menjadi ‘panas’ baru-baru ini ekoran tindakan Nabil memeluk Irma di hadapan khalayak tatkala diumumkan sebagai Bintang Paling Popular dalam majlis penganugerahan itu yang berlangsung di Genting Highlands.

Hal tersebut mendapat reaksi negatif pelbagai pihak dengan mengklasifikasikan perbuatan itu sebagai merosakkan nama artis.

Tertekan dan rimas dengan segala kritikan berkenaan, yang jelas untuk Nabil, ia banyak tersimpan seribu satu pengajaran buat dirinya.

“Ini adalah cubaan dan dugaan yang menimpa saya. Saya tidak cakap imej dan diri saya semakin teruk akibat insiden itu tetapi ia sememangnya memberikan tekanan dalam hidup.

“Saya memang tidak membaca apa sahaja laporan negatif mengenai insiden itu di surat khabar. Kawan saya yang membacakan segala laporan itu.

“Kesannya juga cukup besar sehingga saya tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerja,” ujar Nabil tanpa berselindung.

Menurut pelawak yang sentiasa tenang menghadapi apa jua cabaran mendatang ini, segala yang telah berlaku membuatkannya lebih bersikap berhati-hati dalam melakukan apa jua tindakan.

Itu adalah tindakan yang tepat untuk Nabil lakukan kerana sebaik bergelar selebriti, Nabil bukan lagi seperti Nabil sebelum ini.

Apa sahaja gerak geri Nabil di hadapan masyarakat akan diperhati dan dinilai baik buruknya oleh peminat.

Terbuka soal cinta

Lebih suka berterus terang dan tidak mahu menafi atau berselindung soal cinta, Nabil punyai alasan sendiri mengapa dirinya menyenangi akan tindakannya itu.

Mudah untuk bergerak ke sana sini, ia juga membuatkannya dan Irma tidak akan disalah sangka andai menyembunyikan mengenai status hubungan masing-masing.

“Jika saya menafikan mengenai hubungan saya dengan Irma, nanti letihlah hendak menjawab itu ini. Baik saya mengaku sahaja.

“Bila semua orang sudah tahu, ia akan lebih memudahkan hidup saya. Sudah tentu saya lega apabila sudah berterus terang,” jelas jejaka kelahiran Negeri Sembilan ini lagi.

Ujarnya, peminat juga dapat menerimanya dengan baik andai dirinya terbuka dan tidak berbohong mengenai soal cinta.

Kepada soalan tentang dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Irma menumpang atau mengambil kesempatan terhadap popularitinya, Nabil berkata : “Saya tidak merasakan perkara itu.

Irma juga ujar Nabil, sudah ada populariti tersendiri selain berada di tahap selesa.

“Dia sudah enam tahun berada dalam industri seni hiburan justeru, saya tidak nampak Irma mengambil kesempatan atau menumpang populariti dengan merapati saya,” katanya mempertahankan kekasihnya itu.

Perkembangan karier

Nabil merupakan salah seorang bintang muda yang berjaya mencipta nama dengan pantas.

Sebaik menjuarai Raja Lawak musim kedua, dirinya dilihat laku apabila menerima banyak tawaran berlakon dan pengacara program televisyen.

Dalam bidang perfileman, Nabil juga menjadi sasaran penerbit dan pengarah.

Dengan beberapa buah filem lakonannya sudah ditayangkan di pawagam, Nabil teruja untuk menanti lapan lagi filem yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Filem tersebut adalah Kecoh Betul, Fikirlah Sendiri The Movie, Jin Notti, e-Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika dan Uncle Hussain.

CERITA Bintang Paling Popular
BERGELAR insan paling popular memberi impak besar kepada keseluruhan hidup juara Raja Lawak, Ahmad Nabil Ahmad, 27. Kontroversi juga semakin menerjah kehidupan seharian selepas kes terpeluk buah hatinya, Irma Hasmi Ibrahim. Namun sekali pun masih baru dalam dunia hiburan, Nabil dapat mengharungi dugaan yang sedang dilaluinya dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan artis.

“Selepas menjadi juara Raja Lawak, saya rasa biasa saja tetapi apabila menang Bintang Paling Popular, ‘panasnya’ lain macam.

“Tetapi Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik. Saya masuk dalam persada seni ‘kosong’ tak tahu langsung apa yang bakal saya hadapi dan lalui kerana keluarga saya pun bukan orang seni.

“Syukur berkat sokongan keluarga dan rakan artis, saya mula memahami rentak kehidupan baru ini. Walaupun baru setahun jagung, saya sudah melalui suka duka sebagai anak seni.

“Saya anggap cabaran itu perkara biasa dan dalam apa jua keadaan, saya mesti tabah dan sabar. Saya bukanlah penyanyi atau pelakon tetapi pelawak macam saya menerima ‘pukulan’ gosip yang kuat,” katanya.

Nabil ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2098 (ABPBH2008) di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Rabu lalu.

Pada majlis itu, Nabil menerima kereta Nissan Sylphy bernilai RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000), perabot Empire Classic Furniture dan pakej penginapan mewah di Head of State Suit, Palace of the Golden Horses. Kereta akan dihadiahkan kepada bapanya, Ahmad Ismail, 55, dan barang kemas Rafflesia akan menjadi milik ibunya, Rohaiza Abdul Latif, 56.

Turut disampaikan, hadiah pembaca Berita Harian yang memenangi Hadiah Utama Peraduan Undi dan Menang ABPBH2008, Mohamad Nor Ibrahim yang menerima kereta Nissan Grand Livina 1.8L bernilai RM94,000.

Pemenang lain juara keseluruhan Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Noor Nazatul Farahin dan enam juara BIBH untuk setiap siri jelajah ABPBH2008 serta empat pemenang utama Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB). Mereka menerima hadiah barang kemas Rafflesia.

Hadir pada majlis itu, semua pemenang dalam pelbagai kategori ABPBH2008, Datuk Siti Nurhaliza (Penyanyi Wanita Popular), kumpulan nasyid Rabbani (Penyanyi/Artis Nasyid Popular), Stacy (Artis Baru Wanita Popular), Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular), Maya Karin (Pelakon Filem Wanita Popular), Meet Uncle Hussain (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Jamal Abdillah (Anugerah Khas Pencapaian Seumur Hidup), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular), Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular/Pengacara TV Wanita Popular) dan Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular).

Tetamu lain, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Pengarang Kumpulan BHSB merangkap penaung ABPBH2008, Datuk Manja Ismail; Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Mohamad Arif Ibrahim; Pengarah Pemasaran NSTP, Zuraida Mohamad; Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin.

Menceritakan pengalamannya sebagai pelawak, kata Nabil, adakala ketika membuat persembahan, dia putus idea maka mulalah dia melihat keadaan sekeliling dan penonton yang hadir untuk mencari idea baru.

“Dalam berlawak, saya lebih suka menjadikan subjek sekeliling saya untuk dijadikan bahan dan diri saya sendiri seperti rambut kerinting saya ini. Kalau boleh saya mengelak daripada memperkatakan mengenai orang lain kerana tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa.

“Tetapi daripada pengalaman saya berlawak di pentas, penonton senang terima apabila saya mengambil contoh seseorang sebagai bahan jenaka. Untuk mengembangkan lagi idea, saya banyak membaca dan melayari Internet.

“Saya selalu ke kedai buku Borders untuk mencari bahan lawak jenaka Inggeris.

“Namun dua tiga kali baca baru faham dan jika saya sendiri mengambil masa untuk memahaminya, penonton apatah lagi. Takkan hari ini saya buat lawak, dua tiga hari selepas itu baru mereka hendak faham. Jadi saya mesti mencari bahan lawak spontan yang boleh buat orang ketawa ketika itu juga.

“Jadi pelawak saya perlu kreatif dan sentiasa mencari bahan baru. Bukan senang hendak buat orang ketawa. Biasanya cara yang agak mudah membuat permainan dengan penonton seperti berebut kerusi.

“Misalnya baru-baru ini, saya dijemput menghiburkan tetamu pada majlis hari jadi anak VIP berstatus Tan Sri.

“Tan Sri itu ’sporting’ apabila beliau bermain sama tetapi apabila muzik dihentikan, kakitangan yang turut bermain berebut kerusi itu tidak berani bersaing dengan beliau. Satu kerusi yang tinggal mereka berpakat beri pada Tan Sri yang juga majikan mereka. Dari situlah saya buat lawak,” katanya.

Anak ketiga daripada tujuh beradik ini tidak menafikan percintaannya dengan Irma membuatkan dia gembira. Faktor itu juga menyebabkan dia bekerja lebih keras dan apabila hati gembira, yang susah akan jadi mudah.

“Cinta buat saya gembira. Insya-Allah, kami bercadang untuk berkahwin dua tahun lagi. Berkawan lama pun tak bagus. Begitu pun, saya belum berbincang secara serius dengan Irma mengenai perkahwinan kami. Sedang kumpul duit untuk menuju hari berbahagia itu.

“Ikutkan saya hendak buat sederhana saja dan cara kampung. Ada orang rewang kerana cara itu dapat mengeratkan lagi silaturahim tanpa banyak protokol,” katanya.

Bintang Nabil yang kian bersinar itu menjadikan dirinya rebutan pengarah di mana filemnya yang sedang menanti giliran untuk ditayangkan, Kecoh Betul, Fikirlah Sendiri The Movie, Jinnoti, Eee…Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magica dan Uncle Hussin. Manakala filem Bangla terbitan KRU akan menjalani penggambaran pada Oktober ini.

Dia berlakon drama Sonata Labu Labi dan bakal menyusul drama Cinta Meriam Buluh. Pada Disember ini, dia terbabit dalam persembahan teater muzikal Cicak Man.

“Ada pengarah menawarkan saya dan Irma berlakon bersama tetapi kami sibuk. Irma akan menyambung semula penggambaran drama bersiri, Awan Dania musim kedua. Teringin juga hendak berlakon dengan kekasih sendiri tetapi tak adalah adegan berpeluk,” katanya.

Nabil juga lega apabila semua orang tahu dia dan Irma bercinta kerana berterus terang lebih baik daripada bersembunyi.

“Apabila saya menafikan hubungan kami dan orang dapat tahu perkara sebenar, hanya memburukkan keadaan. Sekarang hendak keluar berdua pun tak perlu menyorok. Peminat sekarang tak macam dulu, mereka faham kerana lambat laun saya akan berkahwin juga,” katanya.

Menyentuh isu Irma menumpang popularitinya, kata Nabil, perkara itu tidak mungkin terjadi kerana Irma sudah enam tahun dalam dunia lakonan dan berlakon puluhan drama. Irma berada dalam kedudukan yang selesa.

“Sepatutnya saya yang perlu risau kerana orang kata artis dilahirkan daripada program realiti televisyen ini macam mi segera,” katanya.

Siti yang baru balik dari mengerjakan umrah pula berkata, dia sedang membuat persiapan mengadakan konsert di Istana Budaya pada penghujung Jun ini.

“Dah lama tidak mengadakan konsert jadi saya teruja untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Konsepnya saya mengambil ilham daripada konsert Celine Dion tetapi mengikut bajet dan kemampuan yang ada. Celine mem

Nabil Tergelincir Lidah
SATU persatu kontroversi menerjah kehidupan Raja Lawak 2, Nabil Ahmad, 26, selepas diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2008, yang dilihat boleh mencalarkan perjalanannya sebagai anak seni.

Bermula dengan adegan terpeluk kekasihnya iaitu pelakon, Irma Hasmie, Nabil nampaknya masih tidak menyedari kesilapannya lalu mengulanginya, tetapi dalam bentuk lain pula.

Kali ini, Nabil dilihat begitu ‘berani’ meminta tanah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika diberikan kepercayaan untuk mengacarakan Konsert Ulang Tahun Ketiga TV9 yang sama sekali tidak pernah dibuat pengacara atau pelawak sebelum ini.

Mungkin pada dasarnya, ia satu gurauan bagi Nabil, namun sudah menjadi lumrah, pemikiran manusia sentiasa berlainan, maka wujudlah kepelbagaian persepsi terhadap lawaknya yang dianggap keterlaluan.

Rasa kesal dengan apa yang berlaku, membuatkan anak muda ini bertekad untuk lebih berhati-hati dalam gurauannya agar tidak mengulangi episod hitam dalam diari kehidupannya sebagai insan seni.

Bagi Nabil, apa yang berlaku, bukanlah untuk bersikap biadab kerana dia sama sekali tidak menyangka gurauan meminta tanah dilihat sebagai satu perkara tidak wajar dan serius.

“Saya akui kesilapan yang dilakukan pada konsert itu. Namun, saya sama sekali tidak bermaksud untuk tidak menghormati Sultan Selangor.

“Lagipun, tugas saya sebagai pelawak dan pengacara di konsert berkenaan adalah menghiburkan tetamu yang hadir.

“Mungkin, pengalaman yang kurang dalam perkara sebegini membuatkan lidah saya tergelincir meminta tanah daripada Tuanku.

“Cuma, ingin saya tegaskan di sini gurauan minta tanah daripada Tuanku bukanlah disengajakan, tetapi berlaku secara spontan.

“Bagaimanapun, permohonan maaf secara bertulis sudah saya serahkan kepada Sultan Selangor melalui Media Prima,” katanya.

Ketidakwajaran lawak Nabil terus dilihat sewaktu bergandingan bersama Mr Os dan Shamsul Ghau Ghau apabila masing-masing cuba mengena sesama sendiri.

Melalui artikel Nabil Tergelincir Lidah dalam ruangan Jarum Emas, Metro Ahad 3 Mei lalu, bukan saja menyentuh lawak Nabil meminta tanah daripada Sultan Selangor, malah turut mempertikaikan kematangan Nabil apabila mengajuk Os dengan ‘gigi rezekinya’ dilihat satu tindakan tidak wajar.

“Saya tahu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan saya mohon maaf di atas gurauan yang saya lakukan.

“Hubungan saya dengan Mr Os dan semua pelawak ‘otai’ baik dan akan saya gunakan kesempatan ini untuk memperoleh ilmu daripada mereka.

“Namun, saya anggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran baru buat saya. Siapa tahu, jika tidak berlaku insiden seperti itu, saya mungkin lupa diri.

“Saya melihat setiap perkara yang berlaku dari sudut positif dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya. Apa yang menimpa diri, akan dijadikan pengajaran bukan sahaja untuk saya sendiri malah turut kepada mereka yang akan menerokai dunia ini kelak,” katanya.

IRMA jatuh cinta pada NABIL
Daripada hubungan seorang teman biasa atau rakan artis akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih selepas mereka saling terpesona

MULANYA benci, lama kelamaan jatuh hati. Begitulah sorotan kisah cinta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahmad Nabil Ahmad, 26, dengan buah hatinya yang juga pelakon drama, Irma Hasmie, 27.

Selepas puas ditepis, dielakkan dan cuba dirahsiakan, akhirnya pasangan merpati dua sejoli itu tak mampu menyembunyi rahsia hati mereka.

Pertemuan tidak diduga ketika sama-sama menjayakan rakaman program raya, Gegar Gitu Raya di Janda Baik, Pahang, tahun lalu menimbulkan pertemuan antara mereka. Daripada hubungan seorang teman biasa atau rakan artis akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih selepas mereka saling terpesona.

Sambil menjeling kekasihnya, Irma akui: “Mulanya saya meluat tengok gelagat Nabil, dia suka membuli dan menyakat saya gila-gila. Hingga suatu tahap, saya benci nak pandang wajah atau mendengar suaranya. Ketika rakaman, saya langsung tak tengok muka Nabil sebab terlalu meluat.

“Betul juga pesan orang tua-tua, kalau membenci seseorang, jangan keterlaluan. Selalunya perasaan benci akan berubah menjadi sayang. Saya tak menyangka akhirnya Nabil menjadi sebahagian daripada hidup saya. Secara jujur, kehadiran Nabil mengisi kekosongan hati dan hidup saya selama ini.

“Dulu jiwa saya kosong, hati saya pernah tertutup buat lelaki. Namun Nabil berjaya mengetuk hati dan memberi sinar dalam hidup hingga saya rasa sentiasa dihargai. Nabil memang istimewa tetapi nampak saja suka berlawak dan berjenaka, dalam hubungan, Nabil boleh tahan cemburu. Saya tak salahkan Nabil, cemburukan tanda sayang?”

Bagaimanapun, Irma berkata, dia terpikat dengan sikap ambil berat Nabil terhadap dirinya dan keluarga. Kekasihnya itu juga sentiasa buat dirinya bahagia dan tersenyum riang, walaupun ada kala usikan Nabil menyakitkan hati.

“Seperti pasangan kekasih lain, hubungan kami juga ada pasang surutnya. Kadang kala kami bertelagah, ada masanya kami berperang mulut tetapi tidaklah sampai nak berpisah. Saya melihat Nabil sebagai seorang yang matang dan mampu menempuh onak duri dalam perhubungan. Alhamdullillah, keluarga saya dan Nabil juga merestui hubungan kami.

“Kalau ikutkan mereka ingin kami cepat-cepat bersatu dalam ikatan suami isteri, tetapi rasanya biarlah kami mengenali hati budi dan mencari keserasian dulu. Insya-Allah, jika ditakdirkan jodoh sampai cepat, saya sudah bersedia melayari bahtera hidup berumahtangga, apatah dengan insan yang saya cintai,” katanya.

Walaupun terjatuh daripada motosikal Kawasaki 750 pada Rabu lalu, Nabil tetap mengotakan janji untuk sesi fotografi untuk B*Pop pada pagi Khamis lalu bersama kekasihnya. Keadaan dirinya sudah beransur pulih biarpun pinggang yang terhentak di pembahagi jalan masih terasa sakit.

Suka lihat foto Irma

Bagi Nabil, tiada apa yang menjadi rahsia lagi, semuanya sudah terjawab apabila kekasihnya itu turut berada di sisi ketika malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands yang menyaksikannya beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008. Insiden tak sengaja terpeluk Irma ketika diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Paling Popular mengesahkan lagi hubungan cinta mereka.

Nabil akui, dulu ketika belum bergelar anak seni, Irma satu-satunya pelakon wanita yang diminati. Dia suka melihat gambar Irma di akhbar dan majalah tetapi tak kenal nama.

“Saya suka tengok gambar Irma dalam media cetak tetapi saya tak tahu namanya. Bila saya tanya kakak, dia cakap pelakon itu namanya Naima. Jadi bila pertama kali saya bertentang mata dengan Irma, saya memanggilnya Naima. Irma pelik, dia ingat saya saja main-mainkannya, tetapi sebenarnya memang saya tak tahu,” katanya.

Sambil berseloroh untuk menyakat Irma, Nabil akui: “Dulu saya hanya cuba nasib saja, tak sangka pula tersangkut akhirnya. Irma tak layan saya, dia menyampah bila saya menyakatnya cukup-cukup. Tetapi pada hari akhir rakaman program itu, saya sempat meminta nombor telefonnya. Saya tak pernah hubungi atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS), saya biarkan saja”.

Pasangan ada anak angkat

“Ramadan lalu menggerak hati saya untuk menghubunginya dan mengajaknya berbuka puasa bersama, itupun selepas saya tak jadi balik kampung. Sejak pertemuan itu, hanya sekali sekala kami berhubungan, tak pernah dating pun. Bagaimanapun, anak angkat kami, Nurhanie Nabila Abdullah yang merapatkan hubungan kami.

“Nak jadikan cerita, seorang teman mahu menyerahkan seorang bayi kepada saya. Manalah saya dapat memelihara bayi dengan keadaan sekarang, jadi saya minta Irma yang menjaganya. Bila saya dan Irma bergilir-gilir menjaga Nurhanie yang ketika itu berusia tak sampai seminggu, saya dapat rasakan Irma sangat istimewa. Sifat keibuan dan tanggungjawab pada bayi kecil tak dapat disangkal lagi.

“Irma tak tidur malam menjaga bayi menangis dan bangun setiap dua jam ketika tempoh dalam hari. Kami juga banyak menghabiskan waktu dan duit untuk keperluan bayi. Sehinggakan saya pernah tertidur di pangkin kaki lima ketika menunggu Irma membeli barang keperluan Nurhanie. Ibu bapa dan keluarga kami juga sangat menyayangi Nurhanie sehinggakan setiap minggu kami terpaksa bergilir-gilir bawa pulang ke rumah orang tua.

“Bagaimanapun, kami tak bernasib baik, ketika kasih sayang kami dicurahkan pada Nurhanie, ibu kandungnya tiba-tiba muncul dan mahukan semula bayi itu. Apakan daya, Nurhanie hanya datang seketika dalam hidup kami. Saya memang sedih tetapi Irma lagi sedih sebab dia menjaganya dari kecil hingga Nurhanie sudah mengenal dirinya. Irma pasti menitiskan air mata bila terpandang gambar Nurhanie.”

Tak akan lupa asal usul

Nabil akuinya cinta terhadap Irma semakin membara tetapi mereka belum merancang mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat. Bukannya belum bersedia tetapi mereka mengutamakan kerjaya terlebih dulu.

“Insya-Allah jika ada jodoh tidak ke mana. Bukan bermakna saya lebih mementingkan populariti dan kemewahan sebaliknya saya sibuk dengan perjalanan kerjaya yang baru setahun sebulan ini.

“Saya terbabit dengan penggambaran filem Bangladesh dan Cicak-Man 3 tidak lama lagi. Saya baru saja menghabiskan penggambaran filem Magika dan Uncle Hussein. Itu belum lagi mempromosikan enam filem, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee… Hantu, Momok The Movie dan Pisau Cukur yang menunggu tempoh tayangan di pawagam

“Saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang diberikan dan kemenangan Bintang Paling Popular 2008 adalah kemuncaknya sekali gus membuktikan mat despatch macam saya juga boleh mencipta kejayaan. Saya tak pernah lupa asal usul saya, keluarga tonggak kejayaan saya,” katanya yang sibuk dengan rakaman program Hartamania.

Info Nabil

# Nama: Ahmad Nabil Ahmad

# Tarikh Lahir: 26 September 1983

# Asal: Mambau, Negeri Sembilan

# Usia: 26 Tahun

# Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik

# Pencapaian: Juara Raja Lawak 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008)

# Filem: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee… Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein, Bangladesh & Cicak-Man 3

# Program: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua … Hua .. Hua .., Pondok-Pondok, Studio Nabil, Ewah Ewah & Hartamania

# Telefilem: Sonata Labu Labi.

Info Irma

# Nama: Irma Hasmie Ibrahim

# Tarikh Lahir: 8 Januari 1982

# Usia: 27 Tahun

# Asal: Kuala Lumpur

# Pencapaian: Gadis Jelita 2004

# Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle’s.

# Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa

# Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima & Cinta 5 Bintang.

Komen NABIL kemalangan MOTOR
TERBABIT dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini mengingatkannya supaya kembali ke pangkal jalan. Walaupun terlalu gembira dengan status Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH) sejak seminggu lalu, Nabil menjadikan ia sebagai ‘ingatan’ untuk hidupnya.

Akuinya, mungkin apa yang terjadi itu mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin kerana terlalu seronok dengan kejayaan yang dikecapinya, Allah yang Maha Esa memberi petunjuk kepadanya supaya tidak lupa diri.

“Kemalangan itu terjadi minggu lalu. Ketika itu saya dalam perjalanan untuk ke ntv7 menaiki motosikal Kawasaki 750. Kerana gagal mengawal motosikal di selekoh, saya akhirnya jatuh dan terseret beberapa meter.

“Beberapa pemandu yang ada di sana memberhentikan kenderaan untuk membantu saya. Malah mereka memberitahu, sebelum itu satu lagi kemalangan berlaku di situ.

“Disebabkan jalan yang berminyak akibat kemalangan berkenaan, saya pula yang menjadi mangsanya.

“Nasib baik saya pakai jaket keselamatan, luka tak teruk. Begitupun, hari pertama kemalangan, saya tidak boleh bergerak kerana pinggang saya terhentak pada pembahagi jalan.

“Namun, alhamdulillah, cuma otot pinggang yang bengkak dan kini saya boleh bekerja,” katanya.

Tambah pemenang kategori Artis Komedi Popular, ABPBH ini, semua yang terjadi mungkin amaran daripada Tuhan yang Maha Berkuasa. Akibat kejadian itu, Nabil mula sedar dia tidak sepatutnya terlalu gembira dengan apa yang diperolehnya kini.

“Terus terang saya katakan, selepas meraih tiga anugerah di ABPBH, saya teruja dengan kejayaan itu, malah ia terbawa-bawa sehingga hari ini. Selepas kejadian itu, saya mula muhasabah diri dan melihat kenapa boleh jadi begitu.

“Mungkin ia terjadi untuk menyedarkan saya supaya tidak lupa diri. Kini, saya kembali ke ‘pangkal jalan’ dan cuba untuk menjadi seperti dulu dan tidak bermegah dengan apa yang saya miliki hari ini. Insya-Allah, saya tidak akan lupa asal usul saya sebelum dan selepas bergelar artis,” katanya.

Ketika ini, motosikal berkuasa besar dimilikinya dalam proses dibaik pulih kerana rosak teruk. Jelas pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad ini, buat masa ini Irma Hasmie menjadi ‘pemandunya’ sementara menunggu motosikalnya siap dibaiki.

“Irma akan membantu untuk menghantar saya ke lokasi atau untuk menghadiri sesi fotografi bersama media. Jika dia sibuk, pengurus saya pula yang akan mengambil alih tempat itu.

“Dia menjadi orang pertama mengetahui kejadian yang menimpa saya. Mengetahui perkara berkenaan, dia tidak habis-habis membebel dan menyuruh saya menunggang motosikal dengan lebih laju lagi,” katanya sambil tergelak mengingati peristiwa itu.

Untuk kali ini, Nabil berharap tidak ada pihak menganggap dirinya mula meminta-minta atau ‘demand’. Katanya, sekarang ini pun sudah ada pihak menganggap dirinya dalam status ‘artis mahal’.

“Saya tidak mahu dilabelkan sebegitu. Saya orang baru. Meskipun memenangi tiga kategori ABPBH, jangan memandang saya seperti itu. Banyak yang perlu saya pelajari berkenaan industri ini.

“Sebelum ini saya pernah menerima tawaran kerja semurah RM500, malah saya juga tidak pernah meletakkan harga lebih daripada RM10,000, apatah lagi keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Paling mahal bayaran yang saya terima setakat tahun ini cuma RM5,000,” katanya.

Tambah Nabil, dia akan cuba melakonkan watak serius dan keluar daripada zon selesanya. Untuk menguji kredibilitinya, Nabil bakal membintangi sebuah drama arahan sutradara Jinggo tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika tiada aral, drama itu akan mula dirakam tahun depan. Kali ini saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Walaupun sebagai pelawak, saya harus cuba pelbagai watak lain untuk lebih versatil.

“Lagipun, rakan sering mencabar sama ada saya mampu melakonkan watak berkenaan atau tidak. Jadi kali ini saya akan cuba buktikan kemampuan saya.

“Harap-harap saya boleh melakukannya,” katanya yang berhasrat mahu bergelar penyanyi dan memiliki sekurang-kurangnya sebuah album berkonsepkan komedi.

Alang alang peluk anak dara NABIL pinang IRMA?
TINDAKAN spontan Bintang Paling Popular, Ahmad Nabil Ahmad memeluk kekasihnya, Irma Hasmie, terus hangat diperkatakan meskipun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) yang diadakan di Arena Of Stars Genting Highlands, berakhir Ahad lalu.

Biarpun Nabil segera tampil membuat penjelasandan permohonan maaf kepada masyarakat Malaysia atas keterlanjuran tingkah yang tidak disengajakan, tidak semudah itu masyarakat melupakan perbuatan Raja Lawak musim kedua itu.

Lalu, Irma yang turut terkena tempias gara-gara tindakan kekasihnya itu akhirnya tampil memberikan pendapatnya.

“Saya sendiri terkejut apabila Nabil peluk saya, tapi hendak marah pun macam mana? Sebab saya tahu dia tidak sengaja.

“Mungkin ini pengalaman pertamanya menang anugerah besar di majlis berprestij seperti ABPBH2008. Sebaik selesai memberi ucapan, dia minta maaf kepada saya kerana sedar isu ini pasti disensasikan.

“Dia maklumkan kepada saya, sewaktu diumumkan juara Raja Lawak dulu, perasaannya tidak begitu gementar seperti ABPBH2008. Disebabkan itu, apabila namanya diumumkan Bintang Paling Popular spontan dia memeluk saya kerana terkejut dan tidak percaya.

“Sebagai manusia yang tidak sempurna, saya dan Nabil mewakili keluarga masing-masing, meminta maaf kepada penonton ABPBH2008, peminat dan masyarakat atas apa yang terjadi.

“Insya-Allah, saya mahupun Nabil akan lebih berhati-hati. Kesempatan ini juga, saya ingin menegaskan apa yang berlaku bukan disengajakan apabila sesetengah pihak mendakwa kami cuba meraih publisiti,” katanya.

Berhubung penerima keluarga kedua-dua pihak terhadap isu hangat itu, Irma tidak menafikan ibunya ada menegur perlakuan itu.

“Emak saya sendiri memperli kami tempoh hari. Katanya, peluk anak orang apa ceritanya ni? Mungkin bagi orang muda mereka tidak hairan atau ambil pusing dengan benda macam ini.

“Tetapi saya faham pada mata orang tua, perbuatan sebegitu tidak manis. Malah, saya sendiri rasa bersalah kepada golongan mak cik yang menonton program itu. Sekali lagi, saya dan Nabil meminta maaf,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan Nabil, Irma mengakui mereka bercinta sejak dipertemukan dalam satu program hari raya, tahun lalu.

Kata Irma, mereka belum bercadang untuk mengikat percintaan itu dengan perkahwinan dalam waktu terdekat ini, tetapi memberi tempoh dua tahun lagi jika ada jodoh.

Sementara itu, Nabil bersyukur tatkala menerima kecaman daripada segelintir peminat dan masyarakat, keluarganya tidak melatah bahkan memahami mengapa dia bertindak demikian.

“Cuma mereka kata kepada saya, alang-alang peluk anak orang, sudah sesuai sangat mendirikan rumah tangga. Bila-bila rasa nak kahwin atau masuk minang, cakap dengan emak abah,” katanya.

Jawapan Nabil
SELANG sehari selepas meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, bintang yang dicungkil menerusi program Raja Lawak musim kedua, Nabil atau nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad, 26, menjadi tetamu dalam program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini (MHI).

Seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi, Nabil juga mempunyai auranya tersendiri. Justeru, tidak hairanlah dia juga sentiasa mencuri perhatian ramai termasuk diserbu 80 peminat kanak-kanak dari Tunas Budaya Sabah dan Pahang yang turut membuat persembahan untuk MHI pagi itu.

Sebenarnya kanak-kanak itu beraksi di pekarangan Sri Pentas, tetapi sebaik mengetahui Nabil diundang secara langsung, mereka menyerbu studio menjadikan suasana hiruk-pikuk dibuatnya.

Bagai dijangka, Nabil memberikan kerjasama yang baik dan melayan semua peminatnya sebaik mungkin terutama kanak-kanak yang mahu bergambar dengannya sebagai kenangan.

Secara peribadi, Nabil berkata, dia sendiri tidak menyangka mengalahkan nama besar seperti Siti Nurhaliza dan Mawi untuk merebut trofi Bintang Paling Popular, ABPBH 2008.

“Saya juga tidak sangka jumlah undi begitu tinggi dan meninggalkan saingan terdekat yang juga nama besar dalam industri hiburan kerana pembabitan saya masih baru dalam bidang seni.

“Malah, saya tidak mensasarkan sebarang anugerah pada malam itu kerana semua saingan hebat. Saya masih baru dan tidak berani membuat sebarang ramalan kerana undi peminat tidak dapat dijangka.

“Kalau orang tanya dari segi aura pula, saya hanya tampilkan diri yang sebenar dan ‘tidak plastik’. Apa yang anda lihat ini adalah diri saya sendiri,” katanya.

Baru setahun jagung bergelar anak seni, Nabil mengakui sudah berhadapan pelbagai ujian. Selepas insiden ‘terpeluk’ teman istimewanya, Irma Hasmie, Nabil juga terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, petang Selasa lalu.

“Saya bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan. Cuma, insiden saya ‘terpeluk’ Irma Hasmie itu masih diperkatakan orang. Saya minta maaf kerana terlalu teruja ketika itu. Apapun, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa saja cabaran dalam dunia seni.

“Saya juga menganggap Saiful Apek sebagai sifu kerana dia banyak membantu dalam kerjaya seni. Saya menang bukan bermaksud menewaskan Apek, tetapi ia kemenangan kami berdua. Dia tetap idola saya dalam industri seni dan saya cuma menyambung perjuangannya dalam dunia lawak,” katanya.

Terus terang, kata Nabil, dia sendiri tidak menyangka rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah sekarang. Nabil percaya, rezeki akan datang jika betul-betul ikhlas dengan kerja dilakukan.

“Semoga saya tidak akan berubah atau lupa diri dengan tawaran berlakon, mengacara dan jurucakap produk yang mencurah ini kerana ada harga yang perlu dibayar atas semua itu,” katanya.

Nabil berkata demikian ketika ditemu bual pengacara Ahmad Fedtri Yahya berkaitan topik Analisis ABPBH 2008 yang disiarkan secara langsung menerusi MHI di Sri Pentas, baru-baru ini. Turut menjadi tamu undangan itu, Pengarang Hiburan Adam salleh.

Sementara itu, Adam berkata ABPBH boleh diibaratkan medan artis beraksi ala wakil rakyat untuk memancing undi. Justeru, selebriti atau artis popular, perlu bijak menambat hati peminat dan menjaga hubungan baik dengan media untuk terus bertahan.

“Selebriti popular tanah air yang mempunyai pengaruh yang besar dan terus mendapat kepercayaan pihak media dan peminat sampai hari ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Aznil Nawawi dan Rabbani.

“Ia terbukti apabila masing-masing terus mempertahankan gelaran pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) baru-baru ini.

“Jika Siti terus mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular selama 12 tahun berturut-turut, Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular lapan tahun berturut-turut) dan tidak ketinggalan, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut),” katanya.

Adam berkata, artis juga perlu mesra media kerana publisiti sangat penting buat mereka. Katanya, ada artis lama bergiat di bidang seni, tapi kurang mesra media dan wartawan tidak dapat menulis perkembangan karier mereka.

“Antara artis yang sangat mesra media ialah Siti Nurhaliza, Rosyam Nor, Rabbani dan Que Haidar. Hubungan artis dan wartawan perlu erat kerana mereka saling bekerjasama.

“Harus diingat di belakang penulisan seseorang wartawan itu, ada jutaan pembaca yang menatap kisah seseorang artis itu. Wartawan cuma perantaraan antara artis dengan peminatnya, “ katanya.

Adam berkata, artis perlu memasang pelbagai strategi untuk memancing undi peminatnya.

“Saya difahamkan ada artis yang dicalonkan pada peringkat awal ABPBH dulu buat majlis tahlil, melawat ke rumah anak yatim dan sebagainya untuk meraih undi peminat.

“Bagi saya, ia strategi mereka untuk mendapat publisiti dan ia sama seperti ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya. Cuma ‘tempoh berkempen’ golongan artis lebih lama,” katanya.

Kata Adam lagi, artis perlu menganggap mereka sebagai produk untuk berjaya dalam bidang seni.

“Sebelum kemuncak ABPBH 2008, ramai wartawan membuat ramalan masing-masing. Saya sendiri meramalkan Nabil atau Aznil bakal menang trofi Bintang Paling Popular. Bagaimanapun, pada malam anugerah, saya lihat siapa yang menang lebih daripada satu anugerah, dia dapat membawa pulang trofi itu.

“Saya melihat Nabil sebagai contoh yang baik. Dia menguasai skrin televisyen ketika ini. Filem lakonannya juga berderet menanti masa untuk ditayangkan. Dia juga bijak mempromosi dan meletakkan dirinya pada tempat dan waktu yang sesuai.

“Pada masa sama, Nabil juga bebas daripada kontroversi yang boleh membunuh kariernya. Memasarkan diri dengan tepat dan pada masa sama tidak hanyut dengan populariti yang diraih,” katanya.

Kata Adam, ada artis yang berasa dirinya disanjung begitu tinggi dan ia juga boleh membahayakan mereka.

“Artis perlu ada mentor seperti rakan artis atau wartawan senior berpengalaman yang mampu berkongsi tip penting atau panduan untuk berada lebih lama dalam dunia hiburan supaya langkah tidak sumbang.

“Ramai artis yang datang dan pergi dalam dunia seni, tapi semuanya bergantung kepada cara mereka membawa diri,” katanya.

Mengenai masa depan pelawak pula, Adam berkata, sebelum kemenangan Apek, dia melihat pelawak atau artis komedi diletakkan pada kelas yang tidak begitu berprestij.

“Status atau imej mereka agak terasing berbanding penyanyi dan pelakon. Kemenangan Apek dan Nabil menunjukkan pelawak boleh diterima masyarakat. Ia senario yang baru dan bagus untuk masa depan dunia lawak kerana mereka sudah menaikkan prestij pelawak pada status lebih baik,” katanya.

Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular
Nabil akui memeluk Irma secara spontan kerana terlalu gembira sebaik memenangi gelaran utama ABP tahun ini

AKSI spontan Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memeluk kekasihnya, Irma Hasmie sebaik diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Bintang Popular kali ini cukup mengejutkan banyak pihak.

Ramai yang tidak menyangka Raja Lawak musim kedua itu berani berbuat demikian di hadapan ribuan penonton yang turut boleh disaksikan secara langsung di kaca televisyen menerusi TV3.

Nabil yang turut berjaya dua kemenangan iaitu anugerah Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular bagaimanapun membuat penjelasan tentang hal itu yang mana Irma sendiri sebenarnya turut terkejut dengan tindakan Nabil.

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

“Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya

“Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya,” ujar Nabil yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Seperti yang disaksikan oleh jutaan penonton, Nabil turut mengaku yang itu merupakan pertama kali dia memeluk Irma.

“Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun.

“Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,” akui Nabil.

Sementara itu, Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya.

“Namun, Nabil sudah minta maaf dengan saya kerana tidak sengaja. Lagipun, dia terkesima dan terlalu ‘excited’,” luah Irma yang bergaya anggun dengan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Nabil pula mengenakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu.

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).

Nabil berkata dia bercadang hendak menggunakan kereta yang diterimanya itu.

Jejaka berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini juga tidak menjangkakan yang dia akan menang besar dalam anugerah berprestij itu.

“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang.

“Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya,” ujarnya dalam nada gembira.

Ditanya perasaanya apabila dia telah menewaskan Saiful Apek yang sebelum ini mengungguli gelaran Artis Komedi Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut, Nabil menjawab:

“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya..

“Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya.

“Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

Ironinya, Nabil masih lagi sama seperti Nabil yang dulu dan dia berjanji akan mengekalkan identitinya yang selamba itu.

“Saya bersyukur dan tahu orang ramai telah menyokong saya. Jadi, saya perlu memberikan yang terbaik setelah mereka memberikan peluang untuk saya berdiri di atas pentas itu. “Saya tidak akan lupa diri dan di luar saya masih selamba,” janji Nabil yang turut mengaku masih memakai pakaian ‘bundle’.

TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya Irma Hasmie
Nabil mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan

TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan peminatnya.

Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.

Akibat kontroversi kecil itu, awal pagi Isnin lalu telefon bimbit anak muda berusia 26 tahun ini tidak henti-henti dihujani panggilan telefon daripada media yang mahukan penjelasan mengenai tindakan yang disifatkan tuan punya badan sebagai aksi spontan kerana terlalu gembira dek kemenangan besar yang tidak disangka-sangkanya itu.

Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular itu berkata, perkara itu berlaku dengan tidak sengaja. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

“Saya peluk semua yang ada berhampiran saya. Ia berlaku secara spontan kerana saya terlalu terkejut dan gembira dengan kemenangan besar pada malam itu. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana saya memeluk Irma ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata pun.

“Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang.

“Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka

“Cuma apa yang membuat saya tertanya, kenapa isu itu hendak diperbesar-besarkan. Bagaimana pula dengan pelakon yang melakonkan adegan berpelukan? Namun, saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat.

“Sudah peluk, kenalah kahwin cepat”

KATA Nabil, bukan saja peminat yang terkejut dengan keterlanjurannya memeluk Irma, tetapi juga keluarganya. Malah teguran pertama yang diterima adalah daripada ibunya sendiri ketika dia menelefon keluarga untuk berkongsi kegembiraan.

Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak.

“Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui.

“Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Peminat yang berusia mungkin tidak dapat menerima adegan peluk itu dan saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka yang bersusah payah memangkah nama saya.

“Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar. Bahkan ada juga nombor yang saya tidak kenali menyatakan mereka suka melihat kami berdua,” kata Nabil yang masih sempat berseloroh.

Nabil yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa berharap peminat akan terus memberinya ruang dan peluang. Masih sempat berlawak walaupun dirinya ditimpa kontroversi, kata anak muda itu, jika peminat mahu melihat sama ada dia akan mengulangi perkara sama atau tidak, mereka harus mengundinya lagi tahun depan.

“Debaran yang saya rasakan malam itu 17 kali ganda lebih hebat daripada Raja Lawak. Mungkin sebab itu saya tidak sedar dengan tindak-tanduk saya, termasuklah terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Berita Harian serta rakan-rakan wartawan yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya.

“Saya berterima kasih kepada media kerana menyokong dan sentiasa positif dengan tulisan mereka terhadap saya. Saya juga berterima kasih kepada peminat, saya tidak sangka walaupun baru setahun dalam industri ini, saya sudah mendapat kepercayaan mereka. Peminat sekarang ternyata lebih bijak menilai antara bakat dan juga rupa seseorang artis,” katanya

Nabil Kemalangan
HMETRO: ALAHAI… kasihan Cik Normah mendengar berita awal pagi semalam mengenai nasib yang menimpa Bintang Paling Popular, siapa lagi kalau bukan Nabil Raja Lawak tu!

Memang Cik Normah masih belum dapat melupakan gelagat Nabil ketika menerima tiga trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) di Arena of Stars, Genting Highland, Ahad lalu. Memang lawak selamba yang membuatkan penonton tak kering gusi.

Macam-macam berlaku kepada anak muda ini. Apa tidaknya, di sebalik kegembiraan menerima tiga hadiah besar itu, dia kena leter daripada orang ramai gara-gara terpeluk Irma Hasmie yang dikatakan menjadi buah hatinya.

Bagaimanapun, baru tiga hari bergembira dengan tiga trofi yang dimenangi pada ABPBH 2008, Nabil khabarnya ditimpa kemalangan.

Hai macam mana boleh jadi macam itu Nabil? Adakah sebab pulang lewat dari ABPBH 2008, tempoh hari. Selepas itu kena pula menjawab berpuluh-puluh panggilan telefon hingga Nabil tak cukup tidur mengganggu tumpuannya ketika menunggang motosikal berkuasa besar yang kini menjadi kenderaan utamanya kalau nak ke mana-mana.

Rakan Cik Normah cuba menghubungi kekasih kepada Irma Hasmie tu, tapi tak berjawab. Dia turut menghubungi Latip, pengurus Nabil tapi Latip juga tak berjawab. Tapi khabarnya kecederaannya tidaklah teruk, mungkin luka-luka kecil saja.

Sama ada tidak cukup tidur atau terlajak tidur hingga membuatkan Nabil kelam kabut nak ke lokasi menyebabkan berlakunya kemalangan itu. Cik Normah pun tak pasti yang mana satu. Peminat Bintang Paling Popular itu janganlah bimbang, Nabil tidak cedera parah.

Barangkali inilah yang dikatakan dugaan. Setiap orang dugaannya berbeza-beza, Cik Normah yakin dengan adanya Irma di sisi pasti Nabil akan segera sembuh kerana adanya pembakar semangat.

Cik Normah berdoa semoga Nabil segera sembuhlah ya, kalau boleh banyak-banyakkan berehat. Kalau perlu berehat untuk jangka masa yang lama sikit pun tak ada salahnya, sebab setahu Cik Normah sejak keluar daripada Raja Lawak setahun lalu, Nabil tidak cukup rehat kerana banyak tawaran menjayakan filem dan pelbagai program. Hingga nak pulang ke kampung bertemu bonda tercinta, Mak Zah pun susah.

Nabil Peluk IRMA di TV Popular
Tindakan Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad memeluk kekasih hatinya, Irma Hasmie, telah membuatkan ramai yang menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) terkejut besar dengan perlakuannya itu.

Ramai yang tidak menyangka Nabil berani berbuat demikian di hadapan ribuan peminat yang setia menyokongnya selama ini. Ada yang boleh menerima dan ada yang tidak boleh menerima. Ini boleh dilihat daripada komen-komen yang ditinggalkan oleh member-member GUA pada artikel ‘ABPBH08: Nabil Bintang Paling Popular’.

Pasti ramai yang ingin mendapatkan penjelasan daripada Nabil bukan? Kelmarin Nabil sempat memberi penjelasan kepada media tentang tindakannya memeluk Irma itu.

“Saya peluk dia secara spontan kerana terkejut dan terlalu gembira memenangi anugerah itu. Saya tidak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira. Lagipun, Irma tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang. Tetapi saya sedar perlakuan saya itu pasti akan menimbulkan kontroversi.

“Oleh itu, saya ingin minta maaf kalau apa yang berlaku itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya,” ujar Nabil yang ditemui selepas acara ABPBH08 berakhir semalam.

Ditanya bilakah dia dan Irma akan melangsungkan perkahwinan, Juara Raja Lawak musim kedua ini memberitahu, dia dan Irma merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Sementara itu, Irma yang sentiasa menemani Nabil pada malam itu turut meluahkan yang dia juga terkejut dan tidak menyangka Nabil akan memeluknya di hadapan orang ramai.

Bintang Paling Popular
Juara Raja Lawak musim Ke-2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 26, menerima pengiktirafan tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) apabila dinobatkan Bintang Paling Popular.

Anugerah itu secara rasminya menjadi milik Nabil sebaik namanya diumumkan penerima gelaran berkenaan, malam tadi, menerusi acara gilang-gemilang di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Kejayaan pertama dilakar Nabil itu sekali gus mengenepikan Raja SMS, Mawi, yang mengungguli gelaran itu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Keputusan itu bukan sesuatu mengejutkan jika menyingkap sejarah pembabitannya dalam arena seni sejak bergelar Raja Lawak tahun lalu apabila terus laris dan menjadi rebutan produser filem serta stesen televisyen bagi mengendalikan program popular seperti Melodi dan Ewah-Ewah.

Malah, dalam tempoh setahun berkecimpung sebagai anak seni, pemuda ini sudah membintangi tujuh filem, Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…hantu.

“Kemenangan ini tidak dijangkakan kerana saya masih baru dalam industri hiburan tanah air. Pembabitan saya baru mencecah satu tahun satu bulan…ini rezeki daripada Allah dan ia tidak mungkin saya peroleh tanpa usaha serta sokongan peminat dan keluarga.

“Mengenepikan mentor saya, Saiful Apek bukan bererti dia tewas sebaliknya saya sebagai penyambung kepada perjuangannya selama ini,” katanya.

Penyerahan anugerah tertinggi ABPBH2008 itu disempurnakan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdaus Bujang.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini juga berhadapan laluan mudah untuk mengetepikan artis kelahiran Akademi Fantasi (AF) seperti Nubhan dan Riz, serta Aiman dan Fizo dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Selain itu, dia membolot anugerah Artis Komedi Popular yang membariskan nama besar dan jauh berpengalaman seperti AC Mizal, Afdlin Shauki, Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak.

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza terus gah sebagai Penyanyi Wanita Popular yang dipegangnya selama 12 tahun berturut-turut tanpa sedikitpun goyah kepada pencabarnya Jaclyn Victor, Mila, Elyana dan Stacy.

Ini terbukti biduanita negara cukup dihormati itu tiada galang gantinya meskipun kini memegang status isteri serta dihambat pelbagai kontroversi berhubung kisah rumah tangganya.

“Kemenangan ini saya tujukan kepada peminat yang bertungkus-lumus mengundi saya sepanjang pembabitan dalam ABPBH. Saya terkilan kerana tidak dapat meraikan kemenangan ini dengan arwah abah, (Taruddin Ismail). Biasanya, jika abah tidak dapat datang dia akan menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah,” katanya sebak.

Meskipun gagal meraih anugerah tertinggi, sekali gus mengekalkan gelaran sebagai Bintang Paling Popular, Mawi mempertahankan kedudukannya sebagai Penyanyi Lelaki Popular dengan menundukkan calon lain, Amy Search, Adam, Nubhan dan Aizat.

Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menyaksikan keputusan mengejutkan apabila Que Haidar yang bersaing dengan Rosyam Nor, Farid Kamil dan Rusdi Ramli mendominasi kategori itu.

Pelakon, Maya Karin kembali merampas anugerah Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dimenanginya pada 2005 sekali gus mengenepikan calon hebat seperti Erra Fazira, Vanidah Imran serta dua bintang muda, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan, namun tidak dapat dinafikan Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular antara kategori yang menjadi perhatian ramai kerana menyaksikan kebangkitan pendatang baru.

Bagaimanapun, pemenang tahun lalu, Rosyam Nor yang juga satu-satunya pelakon senior terus mempertahankan kedudukannya bagi ketogeri lelaki menundukkan Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Ashraf Muslim dan Aqasha.

Bagi kategori wanita pula menyaksikan penguasaan yang lebih kurang sama apabila Dynas yang memenangi anugerah itu tahun lalu sekali lagi muncul sebagai pemenang.

NABIL Raja Lawak JUARA Paling Popular Anugerah Berita Harian
Tahniah Nabil kerana menang 3 award pada malam ABPBH 2008. Beliau mengalahkan semua artis lama dengan undian yang terbanyak. Ahamab Nabil dari negeri sembilan merupakan pelawak dari Raja Lawak ASTRO.

Kemenangan ini merupakan kemenangan yang sangat bermakna disamping awek dan bakal isteri beliau. Ahmad Nabil memang layak sebab beliau bukan saja bijak malah sangat klakar!

Marilah kita ucapkan tahniah pada AHMAD NABIL AHMAD

Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam ini.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan “Sentuhan Tenun” yang berlangsung selama lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.

Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.

Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha.

Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.