Intro2u Blog » Rita

Aidil Zafuan Rita Rudaini Sah NIKAH
Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak berkata anaknya itu sudah bernikah dengan pelakon, Rita Rudaini, Februari lalu tanpa pengetahuannya.

Abdul Razak Salim berkata, keluarganya amat terkejut dan kesal dengan pernikahan yang disembunyikan itu yang didakwanya berlangsung di Thailand pada 23 Februari lalu.

Beliau berkata, rahsia itu terbongkar apabila anak perempuannya yang juga anak sulungnya mendakwa bahawa perkara itu diberitahu Aidil sendiri, Ahad lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan perkara itu, di sini, petang ini.

Abdul Razak berkata, mereka setakat ini gagal menghubungi Aidil untuk mendapatkan pengesahannya.

Rita Rudaini Mengandung!
menjejaskan peluang Rita Rudaini untuk dilantik sebagai ikon syarikat telekomunikasi gergasi, Celcom (Malaysia) Berhad

APABILA menyebut nama aktres sensasi Rita Rudaini, gosip panas dan kontroversi seakan sebati dengan dirinya. Namun, semua dugaan itu berjaya ditempuh dengan tabah. Jarang sekali kita mendengar dia melatah, mungkin itu antara faktor dirinya masih diterima peminat dan menjadi pelaris stesen TV bersama drama lakonannya.

Paling meninggalkan kesan ialah kontroversi Rita bersama Lis Dawati yang menyaksikan aksi pergaduhan mereka di dalam kolam renang di sebuah hotel di Pulau Pinang, 15 Ogos 2006 ketika menjayakan penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang, arahan Rashid Sibir. Rita juga diheret ke muka pengadilan apabila menerima surat saman daripada Orbit Mediasari Sdn Bhd membabitkan tuntutan sebanyak RM85,000, baru-baru ini.

“Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan kes mahkamah. Satu dugaan yang mematangkan diri. Kini, saya lebih berhati-hati apabila memilih kawan. Apa yang saya harapkan, kebenaran akan terbukti suatu hari nanti, sekali gus membersihkan nama saya dari terus dipalit cerita negatif,” kata Rita tenang.

Terbaru, gosip panas yang singgah ke telinga penulis mendakwa Rita mempunyai dua anak! Kononnya Rita pernah mengandung dan kini dia mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, manakala yang perempuan, enam tahun. Khabarnya kedua-dua anak itu berada di Perlis dan dipelihara ibu saudara Rita. Namun, agak mengecewakan apabila desas-desus menyebut Rita tidak mahu mengaku kewujudan kanak-kanak itu.

Ketika diajukan persoalan ini, ternyata Rita tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan terkejutnya. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin terbaru ini?

“Demi Allah, sepanjang tempoh perkahwinan bersama bekas suami, saya tak pernah mengandung! Sehinggalah mahligai yang dibina dilanda badai, kami tidak pernah dikurniakan anak. Buat apa saya bercakap bohong, lebih-lebih lagi pada Ramadan ini. Namun, sekiranya saya berdolak-dalik dan tak mengaku ada dua anak, Tuhan pasti melaknati kehidupan saya, rezeki yang diperoleh juga tak berkat!,” kata Rita berterus-terang.

Pun begitu, dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Dalam kontroversi dan gosip panas, karier Rita terus mekar sehingga mendapat perhatian syarikat telekomunikasi gergasi, Celcom (Malaysia) Berhad apabila baru-baru ini dia dilantik sebagai ikon Celcom! Tiga lagi ikon Celcom sempena kempen prabayar Celcom blue yang baru saja diperkenalkan ialah Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz.

“Selepas 10 tahun saya bergelar anak seni, ini baru pertama kali saya diberi peluang bergelar ikon daripada sebuah syarikat telekomunikasi terulung seperti Celcom. Dalam meniti usia 32 tahun dan pernah gagal dalam alam rumah tangga, ternyata Celcom membelakangkan faktor berkenaan.

“Saya bersyukur kerana masih mendapat tempat di hati organisasi korporat sehebat Celcom, sekali gus berpeluang pula berganding bahu dengan nama besar sehebat Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz. Ini sebagai bukti, perjalanan seni saya terus dihargai dan mendapat tempat di hati peminat. Sekurang-kurangnya Celcom selama ini memerhati hasil kerja saya,” kata Rita yang terikat sebagai ikon Celcom selama setahun.

Empat ikon Celcom – (Dari kiri) Fahrin, Rita, Maya dan Aaron.

Diri Rita juga tidak pernah sunyi dengan kisah cinta. Episod cinta Rita bersama bintang bola sepak remaja, Aidil Zafuan Abdul Razak, 21, masih lagi bertahan sekalipun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka mulai retak. Namun, perbezaan usia 11 tahun antara Rita dan Aidil dikatakan antara faktor percintaan mereka dipandang serong.

“Semua insan yang sedang bercinta mengimpikan sebuah ikatan yang lebih kukuh dalam perhubungan, termasuklah saya. Saya mempunyai ramai kenalan, namun tak dinafikan, Aidil (Zafuan) adalah insan yang paling dekat dan rapat di hati saya ketika ini. Jadi, terpulanglah kepada masyarakat di luar sana menilai erti persahabatan kami sebenarnya.

“Sekalipun terdapat jurang umur yang ketara antara kami, tak salah kan kami berkawan rapat. Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan itu ialah keikhlasan diri pasangan masing-masing. Bagi saya, umur sekadar nombor,” kata Rita tanpa berselindung.

Difahamkan episod cinta dua sejoli itu mendapat bantahan hebat daripada keluarga Aidil, apa komen Rita?

“Bagi saya, dalam setiap perhubungan, restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak sangat penting. Ajal dan maut, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan, bukan kita hamba-Nya sebagai penentu. Justeru, saya serahkan soal jodoh di tangan Tuhan. Jika ditakdirkan Aidil adalah insan yang bakal bergelar suami, saya terima seadanya, namun jika sebaliknya, saya reda,” akui Rita lagi.

Mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Rita akan pulang ke Perlis pada 29 September hingga 5 Oktober untuk bersama keluarga meraikan Syawal. Sempat juga bertanya kepada Rita, adakah Aidil akan bertandang ke rumah keluarganya pada hari raya nanti?

“Pintu rumah saya sentiasa terbuka kepada semua tetamu. Kalau Aidil nak datang beraya, apa salahnya kerana dia pun dah kenal rapat dengan anggota keluarga saya sebelum ini, cuma belum berpeluang bersua muka. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan membawa keberkatan,” kata Rita yang masih ligat dengan aktiviti lakonan sepanjang Ramadan ini.

Info Rita

NAMA PENUH: Rita Rudaini Mokhtar

TARIKH LAHIR: 11 April 1976

ASAL: Utan Aji, Kangar, Perlis

KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik

PERKAHWINAN: Mendirikan rumah tangga dengan pengulas sukan TV3 pada 1999, namun bercerai pada 2001

DRAMA: Rahsia Hati (Astro) dan Rozana (TV3)

FILEM: Mendam Berahi, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Mistik, Makar dan Cinta

PENCAPAIAN: Ikon Celcom bersama Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz

Nita Zahid AF
Jarang sekali mereka mengelak bila ditanya. Kalaupun didahului dengan gelak ketawa dan bunga-bunga mengalih topik perbincangan, pasti disusuli dengan jawapan yang diharapkan.

Jelas, mereka ikhlas dalam bercinta. Apa perlu menipu andai ia mengundang impak kurang senang ramai di kemudian hari. Hakikat itu diakui Nita. Katanya, lebih baik mengaku daripada berselindung.

“Lain orang, lain pendiriannya. Bagi kami, buat apa nak berahsia, lambat laun orang tahu juga. Mula-mula ada juga peminat terkejut dan tak suka bila tahu kami bercinta.

“Namun mereka akhirnya faham bila menyedari sekurang-kurangnya kami tidak menipu. Kepada peminat dan rakan yang memahami, terima kasih saya ucapkan. Doakan yang terbaik untuk saya dan Zahid,” kata Nita mesra.

Mengimbas kembali bagaimana kasih dua insan ini berputik, jelas Nita, mereka berkawan sejak 2005. Bagaimanapun, persahabatan itu semakin erat sejak setahun lebih lalu hingga bersemi bunga-bunga cinta.

“Memandangkan kami sudah lama kenal, tidak sukar untuk mencari keserasian. Ketika mula-mula kenal dulu, saya sedikit kecewa dengan pergerakan karier yang perlahan.

“Pada dialah saya mengadu. Dia bukan saja pendengar yang baik, malah tidak jemu memberi kata-kata semangat. Apa saja yang saya luah, pasti didengar dengan sabar.

“Daripada situ saya mula selesa dengan keperibadiannya. Terus-terang, saya sangat mengagumi sikapnya yang penyabar, memahami dan kelakar. Ada saja jenaka dan usikan yang buat saya ketawa.

“Pendek kata, sejak kehadiran Zahid, hidup saya semakin ceria dan semangat. Jika tiada program, kami menghabiskan masa bersama. Malah, sesekali saya menemani Zahid bermain futsal,” kata Nita.

Beralih kepada perancangan berumah tangga, akui gadis tinggi lampai ini, dia dan Zahid pernah membincangkan perkara itu. Bagaimanapun, ia tidak akan berlaku dalam waktu terdekat kerana masih banyak perlu didahulukan.

“Alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu keluarga masing-masing. Saya sudah bertemu ibu bapa Zahid dan begitu juga Zahid. Cuma, ibu bapa kami belum lagi bertemu.

“Kami sasarkan dua tahun lagi, tapi soal jodoh susah untuk diperkatakan kerana sebagai manusia kita hanya merancang. Cepat atau lambat biar masa menentukan,” katanya yang banyak menerima undangan berbuka puasa.

Dilantik sebagai duta Natural Clenx Tea menyuntik semangat baru kepada artis syarikat rakaman SRC ini. Dia terkejut apabila ada yang berminat mengambilnya sebagai jurucakap produk.

“Peluang diberi Natural Clenx Tea umpama bulan jatuh ke riba. Kalau ikutkan, perjalanan seni saya perlahan, tak sangka mereka nampak potensi saya.

“Diharap komitmen saya sebagai duta produk ini dapat melonjakkan kerjaya nyanyian saya. Mana tahu bila melihat gambar saya, ada yang berminat panggil saya menyanyi.

“Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Natural Clenx Tea kerana mempercayai saya. Insya-Allah saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin,” katanya.

Tambah Nita, ada juga suara sumbang mempertikai kenapa dia dilantik sebagai duta produk itu, walhal badannya sedia kurus dan langsing.

Tegasnya, kurus tidak bermakna seseorang itu sihat. Ramai juga yang mengalami masalah perut buncit meskipun mereka kurus.

“Saya pernah mencuba produk ini sebelum dilantik menjadi duta. Ia bagus untuk membuang toksik dalam perut, membersihkan sistem penghadaman dan mengekalkan kelangsingan.

“Hasilnya memuaskan hati. Sebab itu bila ditawarkan menjadi duta produk ini, saya terus bersetuju. Saya menandatangani kontraknya Jun lalu,” katanya yang masih menantikan kemunculan album pek semula berjudul Nita.

Rita Rudaini Mokhtar
KES saman membabitkan dunia hiburan dan artis bukanlah sesuatu yang asing. Pantang buat silap sikit, terimalah ‘surat cinta’! Kadang-kadang tu, tersalah tulis sikit saja, ada di kalangan artis tunjuk hebat, mengugut nak saman wartawan! Bagi Zubir, jika ada artis seumpama ini, yang tak boleh bertolak ansur, yang anggap wartawan musuh, kita biarkan saja mereka terjun dengan labu-labunya.

FROM HMETRO

Apa yang Zubir nak teropong minggu ini berkaitan kes saman membabitkan artis juga. Zubir difahamkan, artis cun melecun, Rita Rudaini Mokhtar, baru-baru ini, terima surat saman! Bukan saman ekor atau saman tak bayar duit parking kereta, tapi surat saman dari production house.

Zubir dimaklumkan, Rita terima surat saman bertarikh 20 Jun 2008 ketika dia nak keluar rumah pergi shooting. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur meminta Rita hadir di hadapan hakim pada 29 Ogos ini, jam 2 petang untuk menjawab satu tuntutan daripada Orbit Mediasari Sdn Bhd yang dianggarkan sebanyak RM85,000!

Zubir difahamkan, Orbit Mediasari ialah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem Kantoi, arahan Mat London. Pergeseran bermula apabila syarikat itu mendakwa Rita tidak hadir ke lokasi penggambaran apabila diminta dan tempatnya terpaksa diganti seorang lagi aktres cantik, Rozita Che Wan.

Menerusi ruangan ini, ketika itu Zubir Intip bertarikh 2 Mac 2008, berikut adalah sebahagian komen Rita berhubung pergeserannya dengan produksi berkenaan.

“Cerita sebenarnya begini, bukan Rita lari dari set, tak datang shooting, tapi nama Rita sudah digugurkan dari filem berkenaan. Rita simpan semua bukti SMS yang dikirimkan wakil produksi berkenaan.

“Apabila menggugurkan nama Rita, janganlah sekadar kiriman SMS semata-mata, sila keluarkan surat. Sehingga saat ini, produksi berkenaan terus berdiam diri. Mereka pukul canang di media nak saman Rita, tapi tak ada pun notis saman Rita terima sehingga hari ini. Rita tak marah mereka nak saman, itu hak masing-masing. Baik pihak produksi mahupun Rita, kami mempunyai alasan tersendiri. Biarlah pihak pengadilan buat keputusan,” kata Rita.

Nah ambik kau, hari ini Rita dah terima pun ’surat cinta’ dari produksi berkenaan! Selepas satu pertemuan sebaik saja Rita menerima saman berkenaan, ini saja komen yang keluar daripada mulutnya.

“Benar, Rita ada terima surat saman seperti yang Abang Zubir cakap tu. Rita akan hadir ke mahkamah pada 29 Ogos depan seperti diperintahkan. Pun begitu, Rita tak boleh beri sebarang komen berhubung kes saman itu kerana ia bakal mengganggu perjalanan mahkamah. Rita dah ada peguam. Rita sudah serahkan kes ini kepada peguam untuk diselesaikan di mahkamah nanti. Maaf Abang, Rita tak dapat komen lebih-lebih,” kata Rita tenang sambil ditemani seseorang di sisinya pada malam itu.

Zubir pun sama, apabila dah jadi kes mahkamah, Zubir tak berani komen lebih-lebih. Apa-apapun Zubir mendoakan kes ini segera diselesaikan. Zubir yakin, siapa yang benar dan yang bersalah akan terbukti sedikit masa lagi. Kepada Rita mahupun Orbit Mediasari, see you in court!

Pada masa sama, Zubir ingin melahirkan rasa simpati kepada aktres comel, Nora Danish yang kini sudah pun bercerai dengan Rizal Ashram Ramli. Apabila dah masuk mahkamah ni, Zubir teringin sangat nak tahu punca perceraian mereka, siapakah individu yang terbabit dalam kancah perceraian mereka, kita tunggu saja nanti!