Intro2u Blog » Serena

Serina Redzuawan SEKSI
PENGALAMAN putus cinta cukup sukar dilupakan dan kadangkala meninggalkan kesan mendalam bagi sesetengah individu. Tidak terkecuali buat pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 25.

Walaupun hubungan percintaan membabitkan anak gadis selebriti masakan terkenal, Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu sudah berakhir namun kesannya masih terasa. Kisah cintanya bersama seorang jurutera pernah menjadi perbualan ramai. Begitupun selepas dua tahun menyulam cinta hubungan itu terkandas di tengah jalan.

Akui pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri kepolisian, Akademi Polis itu walaupun melalui detik sukar namun ia ternyata memberi pengalaman berharga buatnya.

“Memang pahit apabila hubungan yang dibina atas dasar cinta putus selepas lebih dua tahun berkenalan. Kecewa memang ada apabila berlaku beberapa perkara yang ternyata menguji dan memberi kesan besar dalam perhubungan kami. Memang sedih apabila putus cinta buat kali kedua.

“Sebenarnya secara jujur saya mengakui sudah bersedia untuk menempuhi alam rumah tangga. Mungkin masanya belum sesuai. Kami berpisah juga disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Apabila teman lelaki memaklumkan mengenai tawaran kerja di Amerika Syarikat. Perasaan saya tambah berkecamuk. Memang pada mulanya saya berasa cukup berat hati untuk memutuskan hubungan itu. Namun apa hendak buat lagi. Semuanya sudah takdir. Mungkin bukan jodoh kami,” katanya.

Tambahnya, peristiwa itu tidak pernah membuatkan dia serik untuk menjalinkan hubungan dengan jejaka malah tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bercinta dan menamatkan zaman solonya.

Setiap kegagalan yang dilalui sama ada membabitkan kehidupan peribadi dan karier memberi pengajaran yang cukup bermakna dalam kehidupannya. Malah perkara itu membuatkannya lebih matang dalam berdepan rintangan yang mendatang.

“Pada pandangan saya setiap kegagalan memberi pengajaran berguna. Tanpa kegagalan atau kesilapan saya tidak mungkin akan belajar. Pengalaman ini meningkatkan motivasi diri saya untuk terus cekal dalam apa jua situasi.

“Saya sentiasa menjadikan kegagalan dalam semua bidang yang diceburi untuk maju dalam bidang ini,” kata Serina yang terbabit dalam penggambaran filem berjudul Cyber X sejak 17 Oktober lalu. Filem arahan Amith Abidin, terbitan Pentas Opera Sdn Bhd mengisahkan kegiatan ancaman penggodam sistem komputer turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Nasir Bilal Khan, Lisa Suryan, Razali Hussain dan Fezrul Khan.

Dalam bidang pengacaraan pula, Serina terus diberi kepercayaan mengendalikan program majalah televisyen, Inspirasi Koko untuk musim kedua disiarkan setiap Ahad, jam 11 pagi menerusi RTM2 diterbitkan Lembaga Koko Malaysia (LKM) menerusi produksi Sazawan Supply Sdn Bhd.

Program yang memberi informasi kepada masyarakat mengenai kegunaan dan kepentingan koko. Selain cuba mengikis pandangan negatif koko atau coklat adalah bahan menggemukkan.

“Cabaran dan tanggungjawab cukup besar apabila mahu menarik minat generasi masa kini dan masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk lebih mengetahui perihal komoditi ketiga terbesar di negara ini yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara.

“Masih ramai yang tidak tahu mengenai khasiat koko. Di samping berkhasiat untuk tubuh badan koko juga boleh digunakan untuk membuat produk kosmetik seperti losyen dan sabun,” kata Serina.

Program yang disiarkan sebanyak 13 episod itu dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu Bicara Koko, Sajian Koko yang memaparkan demonstrasi dua sajian terkini bersama Chef Kamarul Hasni Che Rose dibantu Serina.

Selain segmen Kreatif Koko menyaksikan chef jemputan mempamerkan kemahiran mencipta pelbagai jenis hiasan dan bahan dari coklat menggunakan kreativiti masing-masing.

Serina Redzuan Anak Chef Wan
From Budiey.com Ini dia gambar boyfriend baru kepada anak dara Chef Wan, Serina Redzuan. Hensem kan? Ada iras-iras Jimmy Shanley Yeszaaa, pengacara Trek Selebriti sikit, kan? Selepas hubungan cintanya dengan Allahyarham Hani Mohsin tidak direstui oleh bapanya dulu, kini Serina kembali dengan kekasih baru yang lebih ganteng, fresh dan kacak. Saya baru je tengok Serina dalam program temubual TV3, Jangan Tidur Lagi. Siap kena kacau kat Azwan Ali dan Adlin Aman Ramli. Katanya inilah dia baru betul-betul menantu Chef Wan. Apa tidaknya, berkerjaya sebagai arkitek atau jurutera yang menjamin masa depan. Sudah tentu mendapat restu Chef Wan. Serina amat menyenangi sifat kekasihnya itu yang pandai mengambil hati dan menepati kriteria yang dicarinya untuk bergelar suami. Kata gadis 24 tahun itu lagi, “Dia bukan seorang yang kaki enjoy. Seorang yang soft-spoken dan saya rasa mungkin sebab itulah papa juga menyukai dia. Apa yang saya lihat, dia juga mempunyai pegangan agama yang kuat serta pada masa yang sama mempunyai minat yang sama dengan saya. Tapi yang pentingnya, dia amat memahami kerjaya saya.”Apa-apa pun Serina tak nak rushing sangat atau cepat sangat nak kawin. Biarlah berkawan dulu. Kenal hati budi dulu. Lagi pun tak nak la kecoh-kecoh pasal siapa nama kekasih barunya itu.  Kekasihnya tu pun baru je balik dari luar negeri.  Habis belajar terus dapat kerja jadi jurutera. Senangnya. Serina kata dia nak kawin dalam usia dia 30 tahun. Tu pun kalau ada jodoh, kalau takde jodoh kawin je ngan Budiey.

Technorati Tags: Kekasih Serena Chef Wan, boyfren Serina, bf Serena, gambar kekasih baru Serena, foto boyfriend Serena, jurutera, kontraktor, arkitek, Chef Wan, tips masakan, tunang Serina, perkahwinan Serina, Malaywood, Bollywood, Hollywood, resepi sedap, Hani Mohsin, Serina Redzuan, tips rupa hensem, tips aura selebriti

Gambar Kekasih Serina Chef Wan

Serina Anak Chef wan0 viewsadus apasal anak dier jadi camni