Intro2u Blog » Siti
Siti Dato K dan Anak Pertama
SELAIN dimurahkan rezeki dalam kerjaya seni, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin juga mengharapkan kebahagiaan rumah tangganya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K yang dibina lebih tiga tahun lalu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata pada 2010.
Kata Siti, dia tidak pernah putus berdoa kepada Tuhan saban tahun untuk mendapat anak sekaligus mengeratkan lagi kasih sayangnya dan suami.
“Ketika mula-mula kahwin dulu, saya fikir, selepas kahwin kita mesti hendak ada anak. Tapi rupanya, perkara itu tidak mudah seperti dibayangkan. Kini, saya terfikir juga soal anak tapi tidak mahu memikirkan perkara itu secara serius kerana ia soal rezeki dari Tuhan.
“Ada juga orang yang berehat dua tiga bulan dari aktiviti seni dalam usaha untuk mendapat anak tapi saya pula lebih suka buat kerja seperti biasa. Apabila bekerja, saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan orang. Apapun, saya dan suami tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan anak seperti diidamkan,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia dari Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah melihat soal anak itu sebagai kekurangan dalam rumah tangganya.
“Saya tidak berasa sunyi di rumah kerana suami juga sudah mempunyai anaknya sendiri (perkahwinan pertama). Selain itu, ibu mentua juga sering menemani saya di rumah,” katanya.
Pada masa sama, Siti yang mencecah usia 31 tahun pada 11 Januari ini berkata, dia juga seronok meniti usianya yang bertambah setahun lagi. Harapan Siti, peningkatan usia semakin mematangkannya dalam kehidupan dan kerjaya seni yang diceburi lebih sedekad lalu.
Kata Siti, dia gembira kerana kerjaya seninya berjalan lancar seperti direncanakan. Malah sepanjang 2009, Siti mengadakan dua konsert iaitu Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya (IB), Jun lalu diikuti Konsert Seribu Warna di Stadium Malawati, Shah Alam serta persembahan duet bersama M Nasir di Singapura pada 1 Januari.
“Cuma dari segi kehidupan, semangat saya kurang sikit kerana pemergian bapa, Allahyarham Tarudin Ismail dan bapa mentua (meninggal dunia sebelum arwah bapa Siti). Kini barulah saya dapat menerima segala ketentuanNya dengan reda,” katanya.
Siti yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan pada 1995, meraikan ulang tahunnya ke-15 di persada seni pada 2010.
Katanya, dia juga mempunyai perancangan khusus demi masa depan kerjaya seni yang dicintainya.
“Album duet saya dengan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti berjudul CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka sudah berada di pasaran mulai 28 Disember lalu.
“Setiap kali buat album duet, pasti akan menyusul konsert atau`road tour’ di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, saya berharap Konsert Satu Suara, Faizal Tahir dan Aizat Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada 12 hingga 14 Februari ini berjalan lancar. Konsert ini terbitan produksi Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd (SNP), ” katanya.
Siti juga sudah bersedia menghiburkan warga Singapura apabila menjayakan Konsert Bagaikan Sakti yang menggabungkannya dengan M Nasir di Esplanade Theater, Singapura, jam 8 malam ini.
Ia juga julung kalinya Siti berkongsi pentas dengan M Nasir yang disifatkan Siti antara penyanyi lelaki yang dihormatinya di persada seni tanah air. Justeru apa bila ditawarkan Beyond DDB untuk buat konsert duet dengannya, Siti terus setuju.
“Saya sering buat persembahan dengan Nasir dalam program televisyen sebelum ini tapi ini kali pertama berkongsi pentas dalam konsert. Apabila berkongsi pentas dengan Nasir, muzik yang kami tampilkan juga lebih variasi dan hebat kerana muzik kami juga diterima ramai.
“Saya dan Nasir akan menyampaikan 14 lagu solo popular masing-masing dan lima atau enam lagu duet seperti Ghazal Untuk Rabiah. Selain itu, lagu klasik yang pernah didendangkan P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti itu,” katanya..
Bagi Nasir yang ingin memberi fokus pada penerbitan filem pada 2010 pula berkata, pada peringkat awal, ada pihak menawarkannya untuk buat konsert secara solo di Singapura sebelum ini.
“Tapi saya tolak untuk buat konsert solo itu kerana teruja untuk buat konsert secara duet ini. Bagi saya, idea buat konsert duet dengan Siti ini menarik dan saya yakin kami serasi untuk digandingkan bersama. Saya juga tidak akan menyanyi jika saya tidak melihat kejayaan sesebuah konsert itu.
“Selain menyampaikan rangkaian lagu solo popular, saya juga buat lagu baru yang juga duet saya dengan Siti. Lirik lagu yang belum berjudul ini juga ditulis Siti. Idea buat lagu duet ini bagus dan ia hadiah buat peminat kami,” katanya.
Ditanya sama ada Konsert Bagaikan Sakti bakal mengubat kekecewaannya pada Konsert Satu Wajah yang senyap begitu saja, Nasir berkata, dia tidak kecewa dengan apa yang berlaku.
“Saya juga`work smart’ dan terima jika ada tawaran buat persembahan lain. Sebenarnya, saya tidak tahu status konsert itu tapi ada pihak lain yang berminat buat konsert itu. Bagi saya pula, kalau dari dulu tidak boleh buat, tidak payahlah nak buat konsert. Saya juga tidak tahu apa rancangan penganjur konsert itu selepas ini,” katanya.
Konsert istimewa ini juga bakal menampilkan dua pengarah muzik terkemuka yang bekerjasama mengendalikan konsert ini di pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Siti di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi seramai 30 pemuzik di bawah pimpinan mereka.
Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan Siti dan Nasir di Esplanade, Astro tidak menghampakan peminat dua penyanyi besar ini apabila menyiarkannya secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955) jam 8 malam ini (1 Januari).
Ini kerana tiket konsert habis dijual dalam masa seminggu. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events untuk menyaksikan konsert ini dengan harga RM10. Siaran ulangan konsert bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.
Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
Mak aih. Kagum dan tabik spring kami kat Dato’ Siti Nurhaliza.Mana taknya, jumlah aset Siti Nurhaliza kesemua sekali bernilai RM50juta. Ish,ish,ish. Manusia biasa seperti kami nie jangan katakan asetRM1 juta, RM10 ribu pun tak ada lagi skarang nie. Sangat-sangat kamiberbangga dengan pencapaian Dato’ Siti nie.
Entah-entah sekarang nie aset Dato’ Siti Nurhaliza sebenarnya dahlebih daripada RM50 juta nie. Sebabnya sumber diambil dari laman webrasmi 2008 MTV Asia Awards. Rasanya logik jugak kot lebih daripada RM50juta sebab sekarang nie pun Dato’ Siti dah ada jenama kosmetik sendiri.Itu pun harganya mau dah 2, 3 juta tue.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan buat Dato’ Siti Nurhaliza. Taksia-sia selama 13 tahun bergelumang dalam dunia seni dapat mengumpulharta sebanyak tue. Kiranya pandai jugaklah Dato’ Siti jaga duit-duitdia. At least untuk hari tua nanti dah tak perlu risau nak carik duitdah. Boleh rileks jer kat rumah jaga anak-anak dan cucu-cucu.
Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
Haa… ini dia gambar kulit album Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta yang akan berada di pasaran esok – 9 September 2009. jangan ketinggalan untuk mendapatkan album ini ya~
Lihat seketika pada cover album CT ni… Dengan mengenakan sepasanggaun berwarna putih kapas, Siti Nurhaliza berdiri sambil berdoa menadahtangan ke langit, berbelakangkan pemandangan sebuah padang hijau yangluas, penuh dengan rumput rampai berwarna hijau dengan sepohon pokokyang membawa maksud sebuah kehidupan dalam sebuah ketenangan.Dilembayungi awan gemawan yang memutih salju dan langit yang membiru.
Yea, rasa tema yang elok diletakkan kat sini ialah SESUCISAL
JU… (bukan sesuci lebaran… hehehe). Jika kita meminta keampunan dariTuhan, pasti hati kita akan suci semula. Itulah yang boleh interpretasi melalui gambaran awal cover album ini. Yang pastinya semuasituasi tampak tenang semula. Mungkin ini yang Siti Nurhaliza mahukankerana sedikit sebanyak ketenangan dapat memberikan satu sinar bahagiawalaupun terlalu banyak dugaan yang diterima.
ingin kongsikan juga… poster yang bakal ditampal dikedai-kedai CD… Sungguh indah~! Suka tengok busana putih kapas nih~Agak-agak siapa designer nya. Ya.. you know who~
suka dengan poster ni. Suka dengan gaya posing Siti yangmelihat ke arah lain dengan memegang tali buaian di bawah sebatangpokok. Sekadar tempat berteduh… mmm… Sesungguhnya, hidup kita kat duniani hanya sementara sahaja. Tempat untuk menumpang teduh seketikasementara menunggu damai abadi.
Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdandalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di duniaini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.
Tahajjud CInta… mmm… pernahkah anda bertahajjud?
Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban SITI
Suara emas milik Penyanyi No. 1 Malaysia terus menambat hati penerbit filem luar untuk menggunakan suaranya dalam filem. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan 2 buah lagu untuk filem Perempuan Berkalong Sorban. Mesti gempak ni sebab filem ni satu acuan dengan filem Ayat-Ayat Cinta.
Perkembangan terbaru pula, Siti amat bersyukur kerana syarikat filem dari Indonesia iaitu Starvision (yang sebelum ini menerbitkan filem Ayat-Ayat Cinta), telah memilih Siti menyanyikan dua buah lagu tema untuk filem terbaru mereka iaitu Perempuan Berkalong Sorban. Siti telah siap merakamkan lagu Ketika Cinta (ciptaan Opick) dan Batasku Asaku (ciptaan Siti sendiri) dan video klip lagu Ketika Cinta juga sudahpun siap penggambarannya. Filem ini akan mula ditayangkan di Indonesia akhir bulan Disember atau awal Januari nanti. Bagi Siti ini satu penghormatan buat Siti dan hendaknya berita ini turut memberi kegembiraan buat peminat Siti di Indonesia.
Dengarkan lagu terbaru ciptaan Dato’ Siti Nurhaliza Batasku, Asaku untuk filem Perempuan Berkalkung Sorban.
Jangan lupa tinggalkan comment di wall! Terima kasih.
www.calmille.com
Source: www.calmille.com
Siti Nurhaliza memperlihatkan bakat sebagai seorang komposer apabila mencipta sebuah lagu runut untuk filem Perempuan Berkalong Sorban. Judul lagu ciptaan Siti adalah Batasku, Asaku dan lirik oleh Attan Hardilas. Hayatilah lagu ini
Jika nak dibandingkan dengan Siti
KEJAYAAN Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza yang menggegarkan Istana Budaya (IB) pada 26 hingga 28 Jun lalu turut menyuntik semangat kepada kakaknya, Siti Nursaida untuk menempa nama di persada seni tanah air.
Malah, bintang yang dicungkil dari program realiti popular, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan lebih mesra disapa Saida, 33, turut mengimpi mengadakan konsert solonya satu hari nanti.
“Saya percaya semua penyanyi mempunyai impian sama untuk mengadakan konsert solo masing-masing. “Apabila melihat kejayaan dikecapi Siti, secara tidak langsung menjadi perangsang buat saya untuk merealisasikan konsert sendiri pada masa depan.
“Jika nak dibandingkan dengan Siti, saya baru setahun jagung menceburi dunia nyanyian manakala Siti hampir 15 tahun.
“Justeru, sudah pasti perjalanan saya dalam bidang seni masih jauh termasuk untuk berada pada tahapnya sekarang,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, kata Saida, kejayaan konsert Siti itu turut dikongsi seluruh anggota keluarga mereka. Sebagai kakak, kata Saida, dia tumpang gembira dengan kejayaan Siti begitu juga ibu, Siti Salmah Bachik yang turut hadir menyaksikan persembahan Siti.
“Selain menjadi pengurus kewangan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sejak 1998 hingga sekarang, saya juga terbabit secara tidak langsung dengan kerja belakang tabir konsert berkenaan.
“Nampaknya, segala kerja keras kami di SNP untuk merealisasikan konsert itu berbaloi apabila ia melakar kejayaan seperti diharapkan.
“Sebenarnya, bukan saya tidak berminat untuk muncul dalam konsert Siti pada malam itu, tetapi ia konsert eksklusif Siti dan fokus pada perjalanan kerjaya seninya semata-mata,” katanya.
Sekalipun sudah berstatus ibu kepada empat anak, Saida berkata, dia yakin masih belum terlewat baginya untuk menggapai impiannya itu.
“Istilah terlewat itu tidak ada dalam diari hidup saya kerana percaya pada rezeki yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap hamba-Nya. Contohnya, saya berjaya memasuki AF6 dulupun kerana rezeki daripada Tuhan. “Maklumlah, saya minat menyanyi sejak di bangku sekolah dan baru sekarang peluang keemasan itu datang dalam hidup saya. Mungkin orang fikir, saya menyanyi sekadar untuk suka-suka, hakikatnya, saya serius dalam bidang ini.
“Minat macam mana sekalipun pada bidang seni, keutamaan saya tetap pada keluarga terutama empat anak,” katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, kata Saida, dia sibuk mengumpul material untuk album duonya bersama seorang lagi adiknya, Siti Sairah.
“Buat masa ini, sudah siap 30 peratus. Apa yang menarik, album ini memuatkan dua single saya dan dua singgle Sairah. “Selain itu, satu lagu duet dengan Saerah dan lagu trio gabungan saya, Siti dan Sairah.
“Setakat ini, lagu yang sudah ada adalah single saya, Sedalamnya Cinta (ciptaan Sharon Paul) dan dua single Sairah, Hero Wayang dan Akhirnya Cinta.
“Mengikut perancangan, album ini dijangka dilancarkan pada Ogos nanti. Terus terang, bingkisan album ini cukup bermakna buat saya kerana sudah lama menunggu,” katanya.
Panggung Sari IB
SEPANJANG 10 tahun penubuhan Istana Budaya (IB) di Kuala Lumpur dan juga 14 tahun pembabitan Datuk Siti Nurhaliza (Siti) sebagai penyanyi, keduanya cukup signifikan dalam memeriahkan lagi persada seni tanah air.
Siti misalnya, bukan sekali malah antara nama besar tempatan yang sering mengadakan persembahan di Panggung Sari, IB, yang telah berjaya menarik serta mempopularkan panggung seni bertaraf dunia itu.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini berkata, setakat ini beliau belum pernah mengadakan konsert solonya di IB dengan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkannya sejak lebih sedekad lalu.
Justeru, Siti menyifatkan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Panggung Sari, IB pada 26 hingga 28 Jun ini pukul 8.30 malam merupakan suatu persembahan yang bukan sahaja diidam-idamkannya.
Sebaliknya, kata penyanyi berusia 30 tahun ini lagi, konsert eksklusif beliau yang julung-julung kalinya diadakan di IB itu juga tentunya dinanti-nantikan oleh para peminat yang mahu menyaksikan persembahannya di tempat berprestij tersebut.
“Sebelum ini, Siti memang banyak kali mengadakan persembahan di IB tetapi menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain. Contohnya persembahan tribute (penghargaan) untuk Sudirman, P. Ramlee dan berkonsepkan irama 60-an.
“Tetapi pada konsert kali ini, Siti akan menyanyikan lagu-lagu Siti sendiri. Siti anggap ini adalah konsert khusus Siti untuk para peminat di IB,” kata Siti kepada Hits ketika ditemui pada kempen menanam anak-anak pokok di Hutan Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hadir sama menemani Siti menjayakan kempen itu ialah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta dua anak tirinya iaitu Muhammad Aazief, 17, dan Muhammad Asyraf, 11.
Menurut Siti, setakat ini 50 peratus persiapan untuk menjayakan konsert anjuran bersama IB itu berjalan lancar dan beliau kini sedang menjalani latihan secara intensif lagu-lagu yang akan dinyanyikannya pada konsert itu kelak.
Jelasnya, persembahan itu bukan setakat mempersembahkan lagu-lagu popular beliau yang dipetik daripada album-album yang pernah dirakamkannya sepanjang 14 tahun bergelar penyanyi dalam persada seni tempatan.
Sebaliknya, kata Siti, konsert yang akan berlangsung selama hampir dua jam itu juga akan dihiasi dengan pelbagai elemen tarikan seperti tarian, limpahan cahaya berwarna-warni, paparan grafik di belakang pentas dan suara latar.
“Kesemua elemen itu akan dirangkumkan dalam satu ketika Siti menyanyikan lagu-lagu pada persembahan itu nanti. Siti ada masa tidak sampai sebulan untuk membuat persiapan terutamanya yang membabitkan koreografi. Semua itu tentunya menagih stamina yang tinggi,” ujarnya.
Selain sibuk mengadakan persiapan untuk konsert itu, Siti juga sudah bersedia untuk merakamkan album baru yang katanya lain daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
Jika sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu ini pernah merakamkan lagu-lagu berkonsepkan irama pop dan tradisional, tetapi untuk album terbarunya kelak dia akan cuba pula mengetengahkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan.
“Idea ini tercetus selepas Siti menjayakan persembahan Sirah Junjungan di IB baru-baru ini. Ramai peminat yang beri idea supaya Siti mencuba pula menyanyikan lagu-lagu berkonsepkan nasyid dan lirik yang bertemakan ketuhanan.
“Contohnya lagu-lagu yang cenderung kepada puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad. Siti pun rasa seronok dan tenang apabila menyanyikan lagu-lagu yang macam itu. Mungkin kalau tiada aral album itu akan dirakamkan pada bulan Ramadan nanti,” katanya lagi.
Siti akan menghiburkan penonton
Datuk Siti Nurhaliza makin teruja untuk realisasikan impian mengadakan konsert amal di Istana Budaya
TANPA disedari, perjalanan seni figura terkenal bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sudah pun mencecah usia 14 tahun, 1 April lalu. Bagi seorang anak seni seperti Siti, berkemampuan untuk bertahan dalam bidang ini sepanjang tempoh itu adalah satu kejayaan manis buat dirinya.
Bukan mudah untuk berada di tempat di mana Siti berada ketika ini. Pelbagai pengalaman pahit manis, suka duka, asam garam terpaksa ditempuhi penyanyi berdagu lekuk ini sebelum mengecap kejayaan dan populariti yang sehingga kini masih belum pudar.
Justeru, sempena ulang tahun ke-14 pembabitannya dalam bidang seni, Siti ada cara tersendiri untuk meraikan dan berkongsi kegembiraannya itu. Sekian lama menyimpan hasrat, Siti berkata dia begitu teringin untuk mengadakan konsert amal.
Dan jelas si pelantun Di Taman Teman ini, konsert yang akan dijayakan di Istana Budaya pada Jun depan ini, adalah hadiah daripada hatinya, khusus untuk mereka yang sebelum ini tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya.
“Sebelum ini bukan Siti tak pernah ada konsert sendiri di Istana Budaya tetapi selalunya konsert itu Siti nyanyi lagu orang lain dan tidak sepenuhnya lagu Siti. Jadi untuk konsert yang akan datang ini, Siti akan nyanyikan lagi Siti sendiri sepenuhnya.
“Mengenai konsep, Siti masih belum memikirkannya lagi tapi apa yang boleh Siti ceritakan adalah Siti mahu konsert itu nanti mempunyai elemen seperti konsert Celine Dion di Las Vegas dan juga sewaktu saya mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London, empat tahun lalu. Siti amat tertarik dengan konsert itu kerana ia bukanlah sekadar nyanyian semata-mata. Ia adalah persembahan gabungan antara bunyi dan visual.
“Pun begitu, bukanlah bermakna saya meniru keseluruhan konsep persembahan Celine Dion. Konsert ini masih lagi mengikut acuan yang saya mahukan. Lagipun saya sedar untuk membuat konsert seperti itu pastinya memerlukan kos yang agak tinggi.
“Apapun masih terlalu awal untuk Siti menjelaskan lanjut mengenai konsert itu. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Siti sudah pun menghantar kertas kerja kepada pihak Istana Budaya. Kita tunggu saja nanti bagaimana perkembangannya,” ujar Siti ketika ditemui pada sidang media Secretaries’ Week Luncheon Special Exclusively With Kris Dayanti and Siti Nurhaliza di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tegas Siti apa yang lebih penting ketika ini adalah dia perlu mencari seberapa banyak penaja supaya konsert itu dapat direalisasikan.
“Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa. Jadi saya harap selepas ini adalah pihak korporat dan swasta yang sudi untuk menaja konsert ini,” tutur Siti sambil mengharapkan konsert itu nanti akan menjadi kenangan paling manis buat semua peminatnya.
Sempena menyambut ulang tahun kerjaya seninya yang ke-15 tahun depan, penyanyi ini juga akan muncul dengan sebuah buku biografi bergambar yang akan menyiarkan foto menarik dan eksklusif sepanjang Siti bergelar anak seni.
Kembali jayakan Minggu Setiausaha
SELAMA dua tahun suaranya tidak berkumandang di mana-mana lokasi persembahan Minggu Setiausaha. Kali terakhir Siti muncul dalam acara itu adalah sewaktu dirinya masih bergelar anak dara dan pada masa itu Siti menjadi buruan media yang mahu mencungkil rahsia hatinya dan dengan lelaki manakah dia bakal menamatkan zaman solonya.
Kini, selepas dua tahun bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Siti kembali memeriahkan acara itu dan lebih manis, penyanyi kelahiran Pahang Darul Makmur ini tetap setia dengan Hotel Quality City Centre untuk kali keenam.
“Terus terang, Siti memang merindui untuk kembali menghiburkan peminat Siti untuk minggu setiausaha. Bukannya apa, suasana acara itu sendiri memang menyeronokkan kerana Siti akan menyanyi pada waktu tengah hari berbanding persembahan yang selalu berlangsung pada waktu malam.
“Lagipun tawaran pihak Hotel Quality memang sukar untuk saya tolak kerana kami mudah untuk bekerjasama dan saling bersikap toleransi. Apa yang pasti, setelah dua tahun berehat, saya akan memberikan persembahan yang berbeza kali ini,” kata Siti yang akan mengadakan persembahan esok dan persembahan di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade (MECC).
Hadir sama pada sidang media itu Ketua Pegawai Operasi Cash Band (M) Sdn Bhd, Johan Thomas Low dan Penolong Pengurus Eksekutif tre, Hidzir Abdul Hamid.
Selain Siti, hotel berkenaan menampilkan diva dari Indonesia, Kris Dayanti yang akan membuat persembahan di tempat yang sama sehari sebelum persembahan Siti. Untuk kedua-dua acara itu, pelakon dan pelawak Dee akan bertindak sebagai pengacara manakala anak kepada mendiang Loga dari kumpulan Alleycats, Dsha Logan akan membuat persembahan pembukaan.
Bercerita mengenai corak persembahannya nanti, Siti berkata seperti biasa setiap nyanyiannya pasti akan diselitkan kelainan untuk kepuasan peminat.
“Siti akan menghiburkan penonton untuk tempoh 45 minit hingga sejam. Dan dalam tempoh itu juga Siti akan menyanyikan lebih kurang 10 buah lagu. Untuk persembahan ini nanti Siti juga akan menyelitkan lagu nostalgia sebagai hiburan semua peminat,” katanya yang akan menyanyi sambil diiringi enam pemuzik di bawah pimpinan Jenny Chin
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin Penyanyi tersohor
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meminta peminat memberi masa kepadanya untuk memakai tudung sepenuhnya.
Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut.
“Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).
“Isu ini sudah saya jawab bahawa saya hanya berselendang bukan memakai tudung selepas bergelar hajah,” katanya yang dihubungi semalam.
Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) itu berkata, mungkin ada peminat membuat anggapan negatif mengenai tindakannya yang hanya memakai tudung pada majlis tertentu.
“Saya akui selesa memakai selendang kecuali untuk disesuaikan dengan persembahan tertentu yang perlu memakai tudung.
“Ini kerana saya tidak mahu perubahan drastik. Insya-Allah, saya akan lakukan perubahan ini secara perlahan-lahan dan harap peminat bersabar,” katanya.
Ahad lalu, seorang peminat menegur Siti Nurhaliza menerusi ruangan i-Metro dalam Metro Ahad mengatakan penyanyi itu tidak konsisten memakai tudung kerana dalam video klip, rambut ditutup, tetapi leher terdedah.
Peminat terbabit turut menegur rambut penyanyi wanita nombor satu negara itu terdedah pada waktu santai.
Perkara itu juga pernah dibangkit beberapa peminat lain yang memberi pendapat jika fesyen Siti Nurhaliza sebegitu, lebih baik membuka terus tudung atau selendang kerana imej dulu lebih cantik.
Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan dia bersedia menerima apa saja maklum balas daripada peminat mengenai penampilannya sekarang sama ada positif atau negatif.
Dia berkata, tidak mahu melakukan perubahan drastik, sebaliknya dilakukan secara perlahan-lahan.
Siti menang lagi ABPBH
Kemenangan muka baru dalam ABPBH 2008 menunjukkan perubahan sikap peminat
TIRAI Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sudah pun dilabuhkan jam 11.30 malam, Ahad lalu, apabila keputusan terakhir Bintang Paling Popular diumumkan pengacara Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira. Begitupun, pastinya peminat masih hangat membicarakan mengenai anugerah edisi ke-22 itu selepas satu nama baru, Ahmad Nabil Ahmad, dinobat pemenang tiga trofi, termasuk kategori utama berkenaan.
Ia umpama mengulangi pencapaian bekas Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali (ABPBH 2005 – 2007), Mawi, yang sebaik saja beberapa bulan keluar daripada Akademi Fantasi musim ketiga, dia terus menggenggam tiga trofi (Artis Baru Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Bintang Paling Popular) pada ABPBH 2005.
Akhirnya, benteng yang dibina kukuh oleh Raja SMS itu runtuh dengan kelucuan yang dihadirkan peserta Raja Lawak musim kedua ini. Peminat memilih untuk memahkotakan seorang artis komedi, pada kali ini, berbanding penyanyi, penyampai radio, pengacara televisyen mahupun pelakon.
Selepas Mawi melakukannya selama tiga tahun, kini giliran Nabil pula menghuni tempat cukup istimewa itu. Lebih bermakna, dengan gelaran yang baru diterima, Nabil memandu pulang kereta Nissan Sylphy 2.0L bernilai RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, menerima set barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 dan set perabot tajaan Empire Classic Furniture bernilai RM30,000.
Bukan hanya Nabil yang berjaya merubah keputusan anugerah itu, pada acara yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Arena of Stars Genting Highlands, bahkan beberapa nama lain turut mencipta kejayaan tersendiri apabila berdaya menguis turun pemenang sebelum ini.
QUE berkongsi kegembiraan dengan isteri tersayang.
Pelakon Noorkhiriah, umpamanya, menongkah arus untuk muncul pemenang kategori Artis Komedi Wanita Popular, selepas pemenang edisi sebelumnya, Sheila Rusly, gagal disenarai ke peringkat akhir. Begitu juga aktres Maya Karin, yang berbekalkan filem Duyung, merampas semula trofi Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dijulang pada ABPBH 2005 daripada tangan Fasha Sandha.
Que Haidar pula, setelah bertahun mencuba, akhirnya pulang dengan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, mengetepikan pemenang edisi sebelumnya, Rusdi Ramli. Dalam kategori yang dianggap cukup kuat, Que yang baru saja bergelar suami kepada pereka tari Linda Jasmine, membuktikan usaha kerasnya sekian lama memberikan habuan yang bukan kepalang.
Populariti Lagu Untukmu yang menjuarai beberapa acara pertandingan, benar-benar meletakkan kumpulan Meet Uncle Hussain pada kedudukan teratas dalam kategori Artis Berkumpulan / Duo Popular. Calon terkemuka lain seperti Hujan, Estranged dan M Nasir & Malique juga tidak mampu menahan kemaraan mereka.
Stacy yang menjadi artis pembuka tirai ABPBH 2008 bersama Anita Sarawak, terus menyusun langkah kemas untuk bergelar penghibur terkenal selepas membuka mata peminat pada Anugerah Juara Lagu Ke-23. Dia meneruskan tradisi peserta AF mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular selepas Farah melakukannya pada ABPBH 2005 dan Mila pada ABPBH 2007.
JAMAL Abdillah berbual dengan Datuk A Rahman Hassan.
Kategori lain masih menyaksikan calon yang sama masih diangkat peminat sebagai pemenangnya. Fara Fauzana terus unggul dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, manakala Faizal Ismail dan Aznil Nawawi menguasai kategori lelakinya.
Dynas dan Rosyam turut mengelakkan trofi yang dimenangi mereka dalam kategori Pelakon TV Wanita / Lelaki Popular, manakala kumpulan Rabbani menjulang trofi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali berturut-turut, sejak ABPBH 2001.
Namun begitu, siapa yang dapat menafikan kehebatan Datuk Siti Nurhaliza apabila penyanyi itu menaiki pentas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 kali berturut-turut. Sejak memenanginya kali pertama pada ABPBH 1996, si penyanyi Di Taman Teman ini tidak pernah melepaskan piala berkenaan ke tangan penyanyi lain.
Dengan keputusan yang menampakkan gelombang perubahan pada ABPBH 2008, peminat nyata semakin berani membuat perubahan pada kedudukan senarai populariti artis kesukaan mereka kali ini. Mereka tidak lagi terikut-ikut dengan corak undian sebelum ini, sebaliknya dengan gah pendirian yang jelas untuk menyatakan pilihan masing-masing.
Keputusan itu sendiri juga turut memberikan harapan kepada nama baru untuk sama-sama meraih populariti, apabila benteng kebal yang dibina beberapa calon sudah dibuktikan kemungkinannya untuk tumbang. Sudah semestinya, jika mereka disokong produk yang baik lagi popular, tidak kiralah filem, lagu, rancangan TV ataupun radio, sampul surat yang mengandungi nama pemenang itu satu hari nanti mungkin mencatatkan nama mereka di dalamnya.
Mungkin mesej yang harus juga direnung artis muda daripada ABPBH kali ini, usah jerat diri anda dalam kontroversi yang memualkan kerana cerita yang tidak sedap didengar juga mampu mempengaruhi pengundi
The Pink Book
TARIKH 15 Februari 2008 pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila lelaki yang menjadi pendokong kepada kejayaan seninya selama ini telah pergi buat selama-lamanya.
Pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail ke Rahmatullah akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan kencing manis meninggalkan impak yang cukup besar dalam diri Siti.
Namun, sebagai hamba Allah, seharusnya kita reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis kerana yang hidup pastinya akan pergi jua.
Meskipun hampir tiga minggu sudah berlalu, bagi Siti, dia masih lagi terasa kehilangan bapanya kerana pemergiannya adalah sesuatu yang mengejutkan.
“Sehingga kini saya masih lagi teringatkan arwah abah dan saya memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala. Sedih memang sedih tetapi saya terima kerana inilah kehidupan.
“Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dan bagi mereka yang telah pergi, hanya doa dan ingatan sahaja yang mengiringi mereka,” kata Siti dalam nada tenang.
Penyanyi tersohor ini ditemui sejurus selepas majlis pelancaran buku The Pink Book hasil karya bekas personaliti TV3, Aziah Jasmin Azizul di MidValley, baru-baru ini.
Kehadiran penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Di Taman Teman dan Pada Cintanya itu merupakan penampilan pertamanya di khalayak selepas pemergian bapanya.
Malah selepas hampir tiga minggu berlalu, Siti juga kelihatan makin langsing.
“Memang saya akui saya kurang selera untuk makan selepas apa yang berlaku,” jawab Siti ringkas saat ditanya tentang penampilan dirinya itu.
Ditanya mengenai keadaan ibunya, Siti Salmah Bachik pula, juara Bintang HMI 1995 ini memberitahu, mengenali ibunya, beliau bukan seorang yang suka menunjukkan kesedihannya di depan anak-anak.
Sebaliknya kata Siti, ibunya seorang yang cukup tabah dan lebih suka berdiam diri kerana dia enggan menyusahkan anak-anak.
“Saya juga ada mengajaknya untuk tinggal bersama saya tetapi biasalah, orang tua. Dia mahu tinggal di kampung dan mujurlah adik-beradik serta saudara-mara ada di kampung untuk menjaganya.
“Selepas pengkebumian, saya tinggal bersamanya selama empat hari di kampung. Selepas menguruskan hal di Kuala Lumpur, saya pulang semula ke Kuala Lipis untuk bersama ibu sehingga semua hal diselesaikan,” ujarnya.
Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga memberitahu, dia akan terus berkabung sehingga hari ke-40 dan selepas itu, akan meneruskan aktiviti seninya seperti sedia kala.
“Memang banyak kerja yang telah menanti saya tetapi saya mahu berehat dulu. Buat masa ini, saya hanya akan menumpukan perhatian kepada persembahan yang berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan.
Yayasan Nurjiwa
“Ini kerana ia juga sebagai salah satu cara untuk saya menghormati arwah bapa menerusi lagu-lagu yang saya sampaikan,” jelasnya yang tetap jelita dengan solekan nipis.
Siti berkata, dia terpaksa menolak beberapa undangan persembahan dan rakaman program televisyen seperti Jom Heboh, AC Di Sini, Kelab Pop dan juga Zoom In Bersama Siti Nurhaliza untuk RTM.
Malam Sabtu lalu, Siti muncul dengan membuat persembahan sempena Malam Sinar Maulidur Rasul di Shah Alam bersama kumpulan Rabbani, Amy Search, Mawi dan Ustaz Akhil Hayy.
Selain itu, isteri kepada usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan terlibat dengan pementasan teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan sebagai penyanyi undangan.
Penglibatan Siti dalam teater arahan Erma Fatima itu juga jelas membuktikan penyanyi sehebat Siti tidak memikirkan tentang soal bayaran kerana apa yang lebih penting buat Siti adalah peranannya sebagai seorang penghibur dalam pementasan itu.
“Ini juga tentang soal kebajikan dan sebahagian hasil daripada penjualan tiket Sirah Junjungan akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan oleh saya dan suami,” ujarnya yang manis berpakaian putih dan merah jambu pada petang itu.
Penyandang gelaran Vokal Terbaik Wanita Anugerah Industri Muzik sebanyak sembilan kali itu juga memberitahu, dia akan meneruskan hajat dan impian bapanya yang mahu menguruskan syarikat berteraskan pertanian seperti yang dirancang sebelum ini.
“Sedih juga kerana tidak dapat melihat arwah abah menguruskan syarikat Saldin Sdn. Bhd. (singkatan nama bapa dan ibunya). Tetapi Insya Allah, kami sekeluarga akan melangsungkan rancangannya itu. Malah, kami juga sudah memohon sebidang tanah di Kuala Lipis bagi tujuan projek itu,” kata Siti.
TARIKH 15 Februari 2008
TARIKH 15 Februari 2008 pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila lelaki yang menjadi pendokong kepada kejayaan seninya selama ini telah pergi buat selama-lamanya.
Pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail ke Rahmatullah akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan kencing manis meninggalkan impak yang cukup besar dalam diri Siti.
Namun, sebagai hamba Allah, seharusnya kita reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis kerana yang hidup pastinya akan pergi jua.
Meskipun hampir tiga minggu sudah berlalu, bagi Siti, dia masih lagi terasa kehilangan bapanya kerana pemergiannya adalah sesuatu yang mengejutkan.
“Sehingga kini saya masih lagi teringatkan arwah abah dan saya memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala. Sedih memang sedih tetapi saya terima kerana inilah kehidupan.
“Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dan bagi mereka yang telah pergi, hanya doa dan ingatan sahaja yang mengiringi mereka,” kata Siti dalam nada tenang.
Penyanyi tersohor ini ditemui sejurus selepas majlis pelancaran buku The Pink Book hasil karya bekas personaliti TV3, Aziah Jasmin Azizul di MidValley, baru-baru ini.
Kehadiran penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Di Taman Teman dan Pada Cintanya itu merupakan penampilan pertamanya di khalayak selepas pemergian bapanya.
Malah selepas hampir tiga minggu berlalu, Siti juga kelihatan makin langsing.
“Memang saya akui saya kurang selera untuk makan selepas apa yang berlaku,” jawab Siti ringkas saat ditanya tentang penampilan dirinya itu.
Ditanya mengenai keadaan ibunya, Siti Salmah Bachik pula, juara Bintang HMI 1995 ini memberitahu, mengenali ibunya, beliau bukan seorang yang suka menunjukkan kesedihannya di depan anak-anak.
Sebaliknya kata Siti, ibunya seorang yang cukup tabah dan lebih suka berdiam diri kerana dia enggan menyusahkan anak-anak.
“Saya juga ada mengajaknya untuk tinggal bersama saya tetapi biasalah, orang tua. Dia mahu tinggal di kampung dan mujurlah adik-beradik serta saudara-mara ada di kampung untuk menjaganya.
“Selepas pengkebumian, saya tinggal bersamanya selama empat hari di kampung. Selepas menguruskan hal di Kuala Lumpur, saya pulang semula ke Kuala Lipis untuk bersama ibu sehingga semua hal diselesaikan,” ujarnya.
Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga memberitahu, dia akan terus berkabung sehingga hari ke-40 dan selepas itu, akan meneruskan aktiviti seninya seperti sedia kala.
“Memang banyak kerja yang telah menanti saya tetapi saya mahu berehat dulu. Buat masa ini, saya hanya akan menumpukan perhatian kepada persembahan yang berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan.
Yayasan Nurjiwa
“Ini kerana ia juga sebagai salah satu cara untuk saya menghormati arwah bapa menerusi lagu-lagu yang saya sampaikan,” jelasnya yang tetap jelita dengan solekan nipis.
Siti berkata, dia terpaksa menolak beberapa undangan persembahan dan rakaman program televisyen seperti Jom Heboh, AC Di Sini, Kelab Pop dan juga Zoom In Bersama Siti Nurhaliza untuk RTM.
Malam Sabtu lalu, Siti muncul dengan membuat persembahan sempena Malam Sinar Maulidur Rasul di Shah Alam bersama kumpulan Rabbani, Amy Search, Mawi dan Ustaz Akhil Hayy.
Selain itu, isteri kepada usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan terlibat dengan pementasan teater muzikal Islamik, Sirah Junjungan sebagai penyanyi undangan.
Penglibatan Siti dalam teater arahan Erma Fatima itu juga jelas membuktikan penyanyi sehebat Siti tidak memikirkan tentang soal bayaran kerana apa yang lebih penting buat Siti adalah peranannya sebagai seorang penghibur dalam pementasan itu.
“Ini juga tentang soal kebajikan dan sebahagian hasil daripada penjualan tiket Sirah Junjungan akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan oleh saya dan suami,” ujarnya yang manis berpakaian putih dan merah jambu pada petang itu.
Penyandang gelaran Vokal Terbaik Wanita Anugerah Industri Muzik sebanyak sembilan kali itu juga memberitahu, dia akan meneruskan hajat dan impian bapanya yang mahu menguruskan syarikat berteraskan pertanian seperti yang dirancang sebelum ini.
“Sedih juga kerana tidak dapat melihat arwah abah menguruskan syarikat Saldin Sdn. Bhd. (singkatan nama bapa dan ibunya). Tetapi Insya Allah, kami sekeluarga akan melangsungkan rancangannya itu. Malah, kami juga sudah memohon sebidang tanah di Kuala Lipis bagi tujuan projek itu,” kata Siti.
Lakonan siti sedih
Sudah dua minggu bapanya meninggal dunia, namun penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, masih merinduinya.
Gambar: Siti semasa kehilangan ayah tercinta dan sepuluh hari selepas itu!
Perasaan rindu terhadap insan bernama Tarudin Ismail, 67, jelas memberi kesan kepada Siti apabila berat badannya menurun mendadak.
Wartawan dan orang ramai yang menghadiri majlis pelancaran buku tulisan Aziah Jasmin Azizul, The Pink Book di MPH, Mid Valley, petang semalam, terkejut melihat susuk badan penyanyi kesayangan ramai itu.
Majlis itu yang pertama dihadiri Siti sejak pemergian bapanya ke rahmatullah pada 15 Februari lalu.
“Saya memang terasa kehilangannya hingga hilang selera makan. Pemergian abah bukan dalam keadaan yang saya sudah bersedia…ia berlaku tiba-tiba. Saya perlukan masa untuk memulihkan perasaan sedih ini.
“Abah tidak pernah muncul dalam mimpi sejak dia pergi, tapi setiap kali teringat, saya cepat-cepat sedekahkan al-Fatihah. Walaupun abah sudah tiada, doa dan ingatan saya terhadapnya menjadi pengganti serta hadiah semoga dia tenang di sana.
“Abah tidak pernah saya lupakan dan memori bersamanya juga tidak akan padam,” katanya ketika ditemui di majlis itu.
Sebagai menghormati pemergian bapanya, Siti berkabung selama 40 hari, sekali gus menunda pembabitannya dalam pelbagai program dan persembahan yang sudah dipersetujui.
Sebahagian daripadanya program televisyen iaitu Konsert Jomheboh (TV3), Zoom In Siti (TV2), AC Disini (Astro) dan Kelab Pop (Astro).
Bagaimanapun, untuk Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini, Siti memberikan komitmen, sekali gus berganding bahu bersama kumpulan Rabbani, Amy Search, Mawi, Akhil Hayy dan Datuk Siti Nurbahyah Mahmud.
Kata Siti, konsert itu bersempena Maulidur Rasul, jadi dia tiada masalah mengambil bahagian, apatah lagi konsep persembahan berbentuk keagamaan dan kesedaran.
“Kebetulan, konsert berbentuk amal itu saya melihatnya sebagai program yang murni,” katanya yang kagum melihat ibu tercinta, Salmah Bachik, 57, kerana tenang mengharungi detik memilukan.
Siti ada mengajak ibu tinggal dengannya di sini, tetapi dia memilih berada di kampung bersama adik.
“Siti kagum dengan emak kerana dia tenang, sabar dan langsung tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan kami walaupun kami adik-beradik tahu emaklah paling merasai kehilangan abah,” katanya.
Bagi memenuhi hasrat arwah yang tidak kesampaian, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa akan mengusahakan syarikat berasaskan pertanian di Kuala Lipis.
“Saya sudah membeli tanah di Kuala Lipis, malah permohonan arwah untuk membuka syarikat yang diberi nama Saldin Sdn Bhd (singkatan Salmah dan Tarudin) juga sudah diluluskan.
“Namun hajatnya untuk melihat perniagaan itu diusahakan tidak kesampaian dan sebagai anak, saya mahu merealisasikan impiannya itu,” katanya dengan suara sebak.
Sakit jantung AYah Siti Pergi
CIK Normah sampaikan ucapan takziah kepada Datuk Siti Nurhaliza di atas pemergian bapa kesayangannya, Taruddin Ismail kerana sakit jantung di sebuah hospital pagi kelmarin. Cik Normah faham pemergian Taruddin amat dirasai oleh Siti kerana Allahyarham bapanya itu adalah antara orang penting di sebalik kejayaan Siti dalam dunia seni tanah air.
Malahan arwah bapanya juga tidak jemu-jemu memberi sokongan dan nasihat kepada Siti dalam dunia seni ini.
Kira-kira sebulan yang lalu, Cik Normah memang pernah ada jumpa dan bersalaman dengan arwah Taruddin yang ketika itu turut hadir di majlis pelancaran album terbaru Siti iaitu Lantera Timur. Tapi waktu itu, Cik Normah pun tidak sempat hendak berbual panjang dengan Allahyarham.
Cuma apa yang Cik Normah nampak pada waktu, memang arwah kelihatan senyum dan puas apabila melihat album terbaru Siti itu dilancarkan. Tersenyum puas dan bangga kerana Siti bukan saja seorang penyanyi yang berjaya dalam muzik pop tetapi juga turut mengembangkan muzik tradisional.
Cik Normah harap pemergian ayah tersayang itu tidak akan melemahkan semangat Siti Nurhaliza untuk terus berada dalam persada seni. Memang Cik Normah faham sangat untuk menerima kenyataan kehilangan orang paling disayangi bukanlah mudah.
Macam manapun, Cik Normah kenal Siti adalah seorang yang tabah. Walaupun terlalu sedih, tetapi Siti seorang yang cekal dan Cik Normah percaya Siti reda dengan ketentuan Illahi.
Kisah Siti Dato K dan bekas pramugari Rozita wan chik
PELBAGAI kontroversi membabitkan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang kononnya mendirikan rumah tangga dengan dramatis, Rozita Che Wan sudah lama berakhir.
Bagaimanapun, ramai pihak masih sangsi dengan penjelasan Siti mahupun suaminya sebelum ini sehingga kenyataan mengenainya sekali lagi dibuat sewaktu pasangan ini tampil dalam rancangan Sehati Sejiwa terbitan RTM 1, disiarkan petang kelmarin.
Lebih menarik apabila produksi rancangan itu turut mendapatkan penjelasan daripada Rozita sendiri menerusi talian telefon di hadapan Siti mahupun Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K.
Dalam perbualan dengan pengacara Sehati Sejiwa, Scha Al-Yahya, Rozita mengakui tidak pernah mengenali Datuk K, dan kereta mewah yang dikatakan dihadiahkan ahli perniagaan itu sebenarnya dibeli dengan hasil wang lakonan.
Kenyataan Rozita mahupun Khalid yang mengakui tidak pernah bertemu pelakon jelita itu sedikit sebanyak melegakan Siti dan penonton setia rancangan itu agar ia tidak lagi menjadi bualan.
Ketika ditemui sebaik rancangan selesai, kata Siti, dia berharap tiada lagi cerita tidak baik dikaitkan dengan dirinya mahupun suami.
“Saya percaya perkara ini tidak akan berakhir kerana cerita panas yang cuba disebarkan ibarat drama bersiri yang mempunyai episod. Orang yang mengada-adakan cerita ini sengaja hendak menguji kami dengan harapan apabila ia tersebar saya akan berasa gundah.
“Apabila percubaan kali ini tidak berjaya mereka akan menanti waktu sesuai untuk melakukannya sekali lagi,” katanya.
Siti akui gosip dikaitkan dengan suaminya turut berpunca daripada salah faham sesetengah pihak.
“Kakak Khalid iaitu Penerbit Global Network Sdn Bhd (GNSB), Zaiton Mohd Jiwa sering berurusan dengan ramai pelakon tempatan. Sementara pejabat suami bersebelahan dengan pejabat urusan GNSB.
“Apabila orang melihat ada artis turun naik ke pejabat GNSB mereka beranggapan mereka bertemu dengan suami saya,” katanya.
Gosip mengenai Khalid dan Rozita turut hangat diperkatakan pada saat album terbaru Siti, Lantera Timur mula dipasarkan. Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada kerja promosi sedang dilakukan sekarang ini.
“Saya bekerja keras untuk menghasilkan album ini, banyak wang dikeluarkan hingga mencecah ratusan ribu. Apabila cerita peribadi lebih diperkatakan berbanding Lantera Timur, sudah tentu ia membuatkan segala usaha saya terganggu.
“Bayangkan, ini kali pertama saya berpeluang bekerja dengan ramai komposer berbakat besar seperti M Nasir, S Atan, Pak Ngah, Johari Teh dan ramai lagi.
“Tapi sekiranya hal peribadi mengenai saya lebih mendapat perhatian, takut usaha mereka yang bersungguh-sungguh mahu menghasilkan lagu terbaik untuk saya akan menjadi sia-sia. Apabila gosip peribadi lebih diperkatakan, takut peminat tidak ‘ambil pusing’ mengenainya dan lebih berminat dengan cerita panas mengenai kami.
“Begitupun, syarikat rakaman dan pengurusan saya, Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd berusaha untuk mengimbangi kembali cerita tidak berasas itu dengan mengadakan majlis pelancaran dan promosi,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai album dihasilkan, jelas Siti, dia bersyukur kerana walaupun berhadapan dengan kontroversi tetapi Lantera Timur tetap mendapat perhatian peminat setia.
“Setakat ini, jualannya mencecah 15,000 dan ada peminat dari seberang turut membuat tempahan dan membelinya menerusi pos. Album ini akan dipasarkan di sana dan perbincangan mengenainya sedang dibuat,” katanya.
Waktu sama, Siti sedang merancang untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya selama empat malam pada akhir Mac nanti dan segala persiapan mengenainya sedang dilaksanakan.
“Tidak banyak yang boleh saya ceritakan kerana ia masih lagi di peringkat perbincangan.
“Ia dilakukan dengan kerjasama Yayasan Mohd Jiwa ditubuhkan suami dan satu lagi pihak penaja. Sidang akhbar mengenainya akan dilakukan nanti apabila segala pengesahan mengenainya diperoleh,” katanya.
Sering bersama Siti punca Khalid jadi sasaran gosip
SEJAK berumah tangga, ke mana saja Siti pergi pasti Khalid ada bersama. Perkara itu turut dianggap menjadi punca kepada pelbagai gosip panas yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Melihatkan kemesraan dan keakraban pasangan ini, menyebabkan ada pihak kurang senang dan mula menimbulkan cerita tidak baik dengan tujuan mahu memporak-perandakan perkahwinan Khalid dan Siti .
Memberikan komen mengenai perkara itu, kata Khalid, kemunculannya bersama isteri hanya membabitkan majlis khas dan tiada kaitan dengan urusan kerja.
“Biasanya ada majlis kami hadiri atas jemputan dan ia tidak membabitkan kerjaya nyanyian Siti. Jarang saya ada bersama kalau isteri mengadakan persembahan.
“Kenyataan mengatakan saya cuba mencampuri urusan kerjaya Siti dengan sentiasa mengikutinya tidak benar. Dia masih diuruskan abangnya, Ayie, malah kakitangan Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Siti.
“Pihak media sendiri sekiranya mahu mengadakan temu bual atau temu janji perlu menghubungi Rozi dan bukan saya.
“Kalau ada pun, saya hanya membantu bagi menyenangkan kerja mereka kerana kebetulan kalau kami berada di rumah atau di luar dan Siti tidak dapat dihubungi, ada wakil media lebih senang mendapatkan dia menerusi saya,” katanya.
Menyentuh gosip perkahwinannya dengan Rozita, kata Khalid, dengan penjelasan dibuat pelakon itu sendiri menerusi Sehati Sejiwa, diharapkan akan melenyapkan spekulasi ditimbulkan sebelum ini.
“Saya tahu ada kala cerita seperti ini datang daripada orang sekeliling saya sendiri atau perkumpulan mak datin yang suka gosip.
“Sikit saja cerita didengar, mereka sudah menjaja dan secara tidak langsung ia menjadi panjang dan tidak ada kesudahannya,” katanya.
Menyentuh kenyataan dibuat Siti sebelum ini yang akan berhenti bernyanyi sekiranya cerita panas yang boleh mengaibkan dirinya mahupun Siti berterusan, kata Khalid, ia dikeluarkan dengan bersebab.
“Apabila pihak media melaporkan perkara seperti itu dan dibaca ramai peminat Siti, ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kerana cerita seperti itu boleh memburukkan nama kami terutama apabila ia memberi kesan kepada kerja saya.
“Kebanyakan pihak media adalah rakan kami dan apabila tersiarnya cerita seperti itu, kami kalau boleh tidak mahu memanjangkan cerita dengan membawa ke mahkamah. Jalan terbaik yang difikirkan Siti mahupun saya waktu itu adalah dengan berhenti daripada terus menyanyi.
“Begitupun, secara peribadi saya kalau boleh tidak mahu Siti berhenti kerana bidang nyanyian sudah menjadi minatnya sejak dulu. Kalau dia tidak buat apa-apa di rumah, takut nanti bosan sedangkan saya sendiri selalu sibuk dengan urusan perniagaan,” katanya.
Siti dan Dato K Sayang menyayangi
Majlis sambutan hari lahir ke-30 Siti Nurhaliza sememangnya meriah dengan limpahan kasih sayang sari suami tercinta, Datuk K & juga jemputan istimewa yang hadir.
Siti Nurhaliza di’raikan dengan sebiji kek tiga tingkat dengan angka 30 sebagai simbolik usia baru Dato’ Siti Nurhaliza.
Menjawab tentang cara pasangan itu menangani gossip, Siti Nurhaliza berkata, “Masalah rumah tangga selalunya akan kami selesaikan secara baik di bilik tidur”.
“Setiap pagi, sama ada saya atau Siti, kami akan mulakan hari baru dengan satu kucupan dan ucapan I love you. Ia lambang kasih sayang kami,” Datuk K menyatakan rasa bahagia mereka & bagaimana kebahagian mereka tidak terjejas dengan gossip liar.
Sebagai hadiah hari lahir, Datuk K dilaporkan memberikan Siti Nurhaliza seutas jam tangan Richard Mille yang di’beli di’sebuah kedai menjual jam mewah terkemuka di Bukit Bintang.
Kedai itu menjual jam yang sekurang-kurangnya berharga RM197,000 & apabila di’tanya wartawan, Datuk K menjawab jam tersebut 2,3 ribu sahaja.
Romance like any other field of study, requires your attention. This is only if you are decided on improving your life with the person you love. Sometimes, you might not have a problem in your relationship. It is paramount for you to seek information in regard to love and romance. A romance academy is the right place to visit when you are looking for knowledge. A romance academy will ensure that you know all the pitfalls to avoid when it comes to romance. There is no reason for visiting the academy, if you are not planning to put the knowledge to use. Sometimes, it is vital for you to be creative on your own and explore some of the ways that you can truly be romantic. It is not complicated at all and the first step to is to open your mind for learning. You will then be taken through the definition of romance. Romance is not sex and, this cannot be over emphasized. Romance will culminate into sex. It is vital that you become a student by being just like a child. This way, you will get to learn more.
If you are serious about a romance academy, get searching. You will find many academies which will provide all the necessary skill you are looking for. If you are a busy person, why not consider an online romance academy. It will save so much of your time and, it is pretty cheap. In the recent past, more and more people are enrolling into the academies for romance classes. This is as a result of the realization of the importance of romance. Men have been accused of neglecting it most and, this is pretty evident in many spheres of society. It is vital to realize that, both partners in a relationship have the duty to initiate or show romance. Therefore, all the women folk need to evaluate their lives and see whether they are playing a role in keeping their husbands without the need for romance. However, some of the concerns that the women raise are pretty genuine and, men need to step up in this regard.
A romance academy is like any other formal place of learning. However, the topic is particularly very interesting. You will find several sessions that will first take you through the real definition of romance. You will continue to explore how romance came to be. The important part will be on self improvement. You will learn how you can change the ordinary into extra ordinary expressions of romance. It is pretty exciting to learn some of these things that will help make your life even better. Take time and think of seriously going through a good session of training. It will even be better if you go through the process with the person you love. This way, you will draw closer to each other by learning together. If you are fully committed about this, make the first move and, you might be making the best decision of your life.
Dato K kawin PRamugari ke pukul siti ke tetap diterima!
Hadiah kucupan, ungkapan cinta yang tak pernah kering di bibir membuatkan cinta mereka masih segar seperti awal perkenalan dulu
BUANGKAN segala prasangka buruk itu jauh-jauh. Terimalah dengan hati yang terbuka bahawa penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kini sedang enak mendakap bahagia. Getar cinta mereka masih sama seperti di awal perkenalan mereka dulu.
Malah, semakin hari perasaan sayang, cinta dan kasih antara mereka semakin bercambah dan mekar umpama bungaan yang segar di taman. Mungkin akan ada yang
ceritakan di sini, namun percayalah melihat kemesraan Siti dan Khalid, sukar untuk mempercayai bahawa rumah tangga pasangan ini sedang berada di ambang kehancuran.
Kasih sayang Khalid terhadap Siti masih lagi utuh dan tanpa rasa segan atau silu, di hadapan sekumpulan wartawan Khalid mengaku yang dia amat mencintai Siti setulus hati.
“Sepanjang perkahwinan ini, kami tidak pernah bergaduh. Siti seorang isteri yang baik jadi mana mungkin saya boleh melukakan hatinya. Saya amat mencintai Siti dan saya bahagia bersamanya. Saya sayangkan perkahwinan ini dan saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” demikian pengakuan jujur Khalid mengenai perasaannya terhadap Siti.
KUCUPAN dan ayat-ayat cinta menjadi pengukuh kasih sayang Khalid dan Siti.
Justeru apabila gosip mengenai kisah perceraian mereka ditimbulkan di internet serta khidmat pesanan ringkas, tidak mustahil perkara itu menimbulkan perasaan marah dalam diri usahawan terkenal itu.
“Bukannya saya tidak boleh menerima gosip kerana apabila saya memilih untuk mengahwini Siti, maka saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Malah sewaktu di awal perkenalan kami, ada juga wartawan yang usik saya tetapi saya tidak pernah melenting.
“Tetapi apa yang membuatkan saya marah adalah apabila gosip yang ditulis itu keterlaluan seolah-olah mendoakan yang tidak baik untuk perkahwinan kami. Harus diingat, saya seorang ahli perniagaan dan bukannya artis. Apabila timbul cerita seperti ini, kesannya sudah tentu kepada saya. Apabila saya menjalankan urusan perniagaan, saya dapat rasakan ramai yang memandang serong kepada saya seolah-olah saya seorang suami yang jahat. Saya tak mahu gara-gara gosip ini, reputasi saya tercalar,” tegas Khalid ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Siti yang ke-30 di kediamannya di Bukit Antarabangsa, malam kelmarin.
Pintanya selepas ini, jika masih ada gosip panas yang membabitkan rumah tangga, media harus merujuk kepada mereka terlebih dulu sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan khalayak.
BERSAMA keluarga tersayang yang menjadi tempat Siti mengadu saat susah dan senang.
Lebih dua tahun melayari kehidupan berumah tangga dengan Siti, Khalid berkata, dia amat bahagia dengan penyanyi nombor satu negara itu. Jadi apabila timbul gosip yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan, perkara itu amat mengecewakannya.
“Saya melayani Siti bagaikan permaisuri. Setiap hari, selepas bangun pagi, sama ada saya atau dia pasti akan melafazkan ucapan keramat saya cintakan kamu terlebih dulu sambil memberikan kucupan. Dan itulah juga ayat yang sering kami ucapkan setiap kali selepas berbual di telefon.
“Bukan kami sengaja mahu menceritakan perkara ini sebab tak mahu orang salah sangka dan menyangkakan kami hendak menunjuk-nunjuk tetapi itulah hakikat sebenar,” ujar Khalid sambil dipersetujui Siti yang setia berada di sisinya.
Biarpun ramai yang menuding jari, menuduh suami kesayangannya itu curang, Siti menyangkal dakwaan itu sambil menyifatkan Khalid seorang lelaki yang baik dan dia tidak pernah mencurigai suaminya itu.
“Siti percaya pada suami dan Siti tidak pernah mencurigainya. Mungkin orang tak nampak apa yang kami lalui tapi jujur Siti akui, kami amat bahagia ketika ini. Dia menjaga saya dengan baik.
“Dia ibarat seorang pelindung buat Siti dan sering membelai Siti dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, Siti bersyukur dengan apa yang Siti jalani ketika ini,” ujar si pelantun Bukan Cinta Biasa ini.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri dan bagi Siti sendiri perselisihan faham adalah perkara biasa dalam alam rumah tangga.
“Biasalah rajuk-rajuk manja. Tapi seboleh mungkin kami akan cuba menyelesaikannya di kamar tidur. Sebelum tidur tu kita bincanglah supaya perkara itu tak melarat-larat sehingga keesokan harinya,” ujar Siti malu-malu.
Mengulas kembali kenyataannya sebelum ini yang pernah menyuarakan hasratnya supaya isterinya mengundurkan diri dalam bidang nyanyian gara-gara gosip yang menimpa mereka, Khalid berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang muktamad.
“Saya beri saranan itu selepas kecewa dan tertekan dengan gosip yang tersebar. Bagi saya, jika kerana Siti masih dalam bidang ini membuatkan gosip tak henti-henti melanda kami jadi biarlah Siti bersara terus dari bidang nyanyian.
“Mungkin cara itu mampu menutup mulut orang ramai dari memperkatakan mengenai diri kami. Namun, apabila kenyataan itu keluar di akhbar, pagi tadi sewaktu Siti mengadakan perjumpaan bersama peminatnya, ramai antara mereka yang merayu pada saya supaya tidak meneruskan hasrat itu.
“Mereka mahu saya terus membenarkan Siti menyanyi. Dan saya faham, Siti bagaikan khazanah negara dan mempunyai ramai peminat. Mana mungkin saya boleh menyuruhnya berhenti menyanyi? Cuma luahan itu adalah kerana saya begitu tertekan dengan kata-kata orang yang tak memahami keadaan sebenar,” dedah Khalid.
Jam tangan sebagai hadiah
BERTEMAKAN rona putih dan merah jambu, kediaman mewah pasangan ini dari jauh lagi sudah kelihatan terang benderang disimbah kerlipan cahaya menandakan ada majlis sedang berlangsung.
Bukan itu saja, jumlah kereta yang diletakkan di seberang jalan juga membuktikan rama tetamu yang diundang sudah mula memenuhi ruang bagi meraikan acara ulang tahun yang ke-30 penyanyi kesayangan ramai ini.
Muncul dengan kurung moden warna merah jambu dan si suami pula mengenakan pakaian serba putih, Khalid dan Siti ramah melayan tetamu yang hadir. Hidangan enak menyelerakan terhidang di depan mata sambil telinga dihiburkan dengan persembahan nyanyian pasangan suami isteri, Azie dan Syed Sobrie.
Mencecah angka 30, barangkali bukanlah sesuatu yang indah kerana ia menggambarkan bahawa usia tua sedang menjengah. Namun perkara ini tidak berlaku kepada Siti. Malah dia menyambut kedatangan usia itu dengan hati yang terbuka.
“Bagi Siti sendiri, usia 30 adalah yang paling Siti nanti-nantikan kerana inilah usia yang melambangkan kematangan. Alhamdulillah, Siti bersyukur kerana dalam mencapai usia 30 tahun ini, Siti sudah berjaya mencapai impian apa yang Siti mahukan sebelum ini iaitu menunaikan fardu Haji bersama suami tersayang. “Harapan Siti moga tahun ini Siti akan lebih berjaya dalam kehidupan berumah tangga dan juga karier. Dikurniakan cahaya mata, rumah tangga yang aman damai dan berjaya dalam perniagaan yang bukan saja tertumpu dalam bidang hiburan tetapi juga perniagaan lain,” doa Siti di hari ulang tahunnya.
Jika tahun lalu Siti dihadiahkan kereta mewah pemberian suami tercinta, tentunya tahun ini ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal diterima Siti sebagai hadiah hari jadi. Tanpa berselindung Khalid memberitahu hadiah itu berupa jam tangan.
“Saya memang suka jam dan membuat koleksi jam tangan. Dan saya sudah pun membuat pilihan jam bagaimana yang ingin saya hadiahkan kepada Siti. Buatan Switzerland,” ujar Khalid sambil tersenyum.
Mengulas hadiah mewah itu, Siti berkata dalam peringkat begini, hadiah dan juga kemewahan bukan lagi sesuatu yang menjadi dambaan.
“Pada Siti cukup sekadar ingatan dan kasih sayang suami yang diberikan selama ini. Macam majlis ini pun, pada awalnya ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan bersama saudara terdekat. Tetapi apabila suami kata sudah alang-alang membuat majlis, jadi itu yang kami jemput semua teman perniagaan, media dan rakan artis. “Perancangan dan perjalanan majlis ini pun semuanya dilakukan keluarga sendiri,” cerita Siti yang kelihatan cukup anggun malam itu.
Majlis itu turut dihadiri ramai rakan artis antaranya Datin Seri Tiara Jacquelina, Diana Danielle, Erma Fatima, Fara Fauzana, Raja Azmi dan Imran Ajmain.