Intro2u Blog » Stacy

Stacy Sombong alamak terlebih sudah!
Malam-malam hari beberapa hari lalu Mangga Muda dapat pesanan ringkas (SMS) yang membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi itu kekwat. Betul ker?

Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang peramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa peramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

“Peramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan  sebab nampak perangai dia yang sombong tu,” kata pengadu tadi.

Oh! Macam tu ke? Tak beranilah Mangga Muda nak cakap apa. Tak tahulah benar atau tidak aduan tu. Manalah tahu kut  kut dia sengaja nak memburuk-burukkan Stacy kan? Ataupun agaknya hari itu Stacy bad mood ataupun suara dia serak… sebab itu dia tak nak bercakap dengan peramugari itu.

Mangga Muda: Teringat filem Langit Tidak Selalu Cerah lakonan Uji Rashid.

Ahmad Nubhan dan Stracie Angie Anam atau Stacy
SETIAP insan dihadirkan rezeki berbeza oleh Yang Maha Esa. Ada yang cepat dan tidak kurang terpaksa menanti sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh apa yang dihajati.

Bagi Ahmad Nubhan Ahamad, 22, bakat baru yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia enam (AF6), ternyata tuah berpihak kepadanya apabila namanya terus melonjak menerusi single pertama, Ada Untukmu dan single kedua bertajuk, Seadanya Aku, juga sudah kedengaran di radio.

Manakala Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, yang turut dilahirkan menerusi program sama pula menumpang tuah Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) apabila berjaya menunjukkan persembahan mantap melalui lagunya, Aku Stacy, yang bertanding dalam kategori pop rock.

Sebelum berjaya ke AJL23, nama Stacy yang juga Juara AF6 agak tenggelam berbanding Nubhan. Namun segalanya berubah apabila penyanyi kelahiran Kampung Tuavon, Penampang, Sabah itu membuktikan kepada penonton AJL23 yang dia bersungguh dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi terkenal.

Kehebatan Stacy bukan setakat pada suara yang serak basah tetapi dia juga boleh menari dengan baik mewarisi bakat abangnya, Camellus Dellely Anam, 21, atau Chak iaitu penari tetap Adam AF.

Sebelum menyertai AF lagi Stacy boleh menari dengan tunjuk ajak Chak. Jika tidak sibuk mengiringi Adam membuat persembahan, Chak akan menari untuk persembahan Stacy.

“AJL23 membuka peluang luas kepada kerjaya nyanyian saya apabila peminat muzik mula memberi perhatian terhadap bakat saya. Tak dapat trofi AJL23 pun tidak mengapa kerana saya sudah menganggap yang saya menang apabila berjaya membuka mata masyarakat terhadap kemampuan saya dalam bidang seni.

“Barangkali sebelum ini ramai tidak tahu saya boleh menyanyi dan menari dengan baik. Maka sebaik saja lagu Aku Stacy berjaya ke AJL23, saya berlatih sebaik mungkin kerana pentas AJL23 adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kemampuan diri.

“Saya ingin mencipta ‘pengenalan’ sendiri iaitu penyanyi yang boleh menari. Sebab itu saya suka membawakan lagu rancak. Apabila menyanyikan lagu perlahan pun saya masih hendak menggoyangkan badan. Pernah saya cuba berdiri tegak tetapi terasa suara tersekat di kerongkong. Jadi apabila menyanyikan lagu perlahan pun saya mesti menari sedikit.

“Rezeki kian murah selepas AJL23. Jika sebelum ini saya banyak mendapat tawaran menyanyi di Sabah tetapi sekarang di Semenanjung pun sudah banyak. Sekarang semakin kerap berulang-alik antara Sabah dan KL (Kuala Lumpur) memenuhi undangan. Naik kapal terbang dah macam naik bas turun,” katanya.

Selama tiga hari mulai 6 hingga 9 Mac ini Stacy akan berada di Sabah untuk mempromosikan album sulungnya di sana yang ditaja Tan Sri Bernard Dompok. Pelancaran album itu akan diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, pada 8 Mac.

Album berjudul Aku Stacy itu menyisipkan lagu Aku Stacy yang diterbitkan dalam versi konsert dan studio serta lagu Gagap, Pakai Wang, Cinta Yang Ku Duga, Cerah dan Khayalan.

“Saya tidak sabar menunggu album ini keluar dan akhirnya menjadi kenyataan juga. Album itu dilancarkan di Sabah kerana banyak permintaan di sana dan kesudian Tan Sri Bernard untuk menaja majlis pelancaran album itu. Bagaimanapun album itu sudah berada di pasaran seluruh negara awal bulan ini,” katanya.

Dengan kejayaan yang dikecapi kini, Stacy pernah mengajak keluarganya berpindah ke KL bagaimanapun ibu serta adiknya lebih selesa menetap di kampung halaman mereka di Penampang. Di KL, Stacy tinggal bersama penarinya di Taman Desa.

“Walaupun saya tinggal berjauhan daripada keluarga, kami selalu berjumpa. Apabila menjayakan undangan persembahan di sana saya ambil peluang balik kampung sekali. Syukur sekarang saya dapat memberi kesenangan kepada keluarga,” katanya.

Nubhan pula yang sebelum ini dikatakan sombong menjelaskan dia segan hendak bergaul dengan artis lama. Katanya, dia tidak tahu hendak membawa diri jika berada dalam kelompok artis popular kerana dia masih baru.

“Saya tak tahu penerimaan mereka terhadap saya yang baru bertapak dalam bidang ini. Saya takut hendak tegur mereka apatah lagi untuk berbual mesra. Sudikah mereka melayan saya yang masih hingusan ini?

“Sebab itu apabila bertemu artis popular di mana-mana persembahan saya lebih suka menyendiri. Bukan itu saja, waktu buat persembahan pun saya segan hendak berkomunikasi dengan penonton bimbang kata-kata saya tidak menghiburkan mereka. Risau juga kalau saya buat lawak orang tak ketawa.

“Selepas hampir setahun dalam industri baru saya berjaya membuang rasa malu. Kini tidak segan lagi bergaul dengan artis lama. Mereka semua baik belaka cuma saya takut dengan bayang-bayang sendiri. Saya juga semakin yakin berhadapan dengan penonton.

“Sekarang saya boleh bercakap apa saja bersesuaian konsep persembahan dan tetamu yang hadir asalkan ia tidak menyentuh perkara sensitif. Saya perlu berani berubah untuk berjaya.

“Selagi tiada keyakinan diri susah hendak memajukan karier. Saya berharap selepas ini tiada yang melabelkan saya sombong,” katanya.

Seperti Stacy, Nubhan juga tidak sabar menanti kemunculan album sulungnya pertengahan tahun ini.

Stacy dan Nubhan ditemui pada majlis penyerahan replika cek Rafflesia Pearl Center yang menaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2008), kelmarin. Rafflesia menaja barang kemas bernilai RM535,000.

Replika cek itu disampaikan pengarahnya, Winnie Sin kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail.

Selain Nubhan dan Stacy yang juga finalis ABPBH2008, hadir sama Nurul Alis (Kiki) dan Dynas. Mereka turut menggayakan perhiasan mutiara dari Rafflesia.

Pada ABPBH2008, Stacy tersenarai dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, Nubhan pula dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Nubhan Masuk Hospital
Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan dikejarkan ke hospital kelmarin, selepas tidak mampu berjalan dan mengalami kekejangan berpanjangan.

Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Ada Untukmu itu terpaksa ditahan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan lanjut

Sewaktu dihubungi, Nubhan berkata, penyakit itu dideritai sejak berusia lima tahun selepas mengalami kemalangan.

“Ketika belajar di sekolah menengah penyakit yang saya alami beransur pulih selepas menjalani pelbagai rawatan.

“Bagaimanapun, kelmarin ia berlaku lagi dan kali ini keadaan lebih teruk apabila saya langsung tidak boleh berjalan.

“Kejadian berlaku sebaik saya selesai menjalani penggambaran Ada Cinta Di Hari Raya, di kampung kelahiran saya di Juasseh,” katanya.

Menurut Nubhan, doktor memberitahu dia mengalami selisih tulang belakang mengakibatkan ia membengkak dan memberi kesan kepada saraf terutama urat kaki.

“Syukur apabila doktor menerangkan ia tidak terlalu kronik sehingga boleh mengakibatkan lumpuh memandangkan saya muda dan tubuh masih kuat.

“Bagaimanapun saya perlu menjalani rawatan rapi dan melakukan fisioterapi sepanjang seminggu ditempatkan di hospital ini,” katanya.

Sementara itu pengurusnya, Vernon Kedit menjelaskan bagi membolehkan rawatan dilakukan dengan sempurna Nubhan tidak boleh menerima pelawat kecuali ahli keluarga rapat.

Segala aktivitinya sepanjang minggu ini sehingga Aidilfitri terpaksa dibatalkan.

Artis Akademi Fantasia 7
KALAU dulu Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) boleh dianggap ‘gudang’ bagi artis Akademi Fantasia (AF), namun selepas enam musim berlalu, banyak perubahan berlaku.

Nampaknya Maestro kini lebih bersikap ‘memilih’ siapa artis mereka. Dalam erti kata lain, Maestro tidak lagi menguruskan semua artis AF, hanya yang ada permintaan dan potensi saja akan bernaung di bawahnya. Oleh itu, dari AF musim pertama hingga ketiga beberapa nama saja masih dipertahankan Maestro hingga sekarang.

Bagi AF1, Khai, Rosma dan Burn masih bersama Maestro. Manakala, AF2 pula Zahid, Farah dan Mas. Malah, semalam diadakan pula majlis menandatangani kontrak selama setahun antara Maestro dengan empat artis AF3, Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer.

Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez berkata, penyambungan kontrak dengan Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer dibuat kerana mereka ada tempat di pasaran dan Maestro memilih untuk menawarkan kontrak itu kepada mereka.

“Empat artis AF3 ini boleh dikatakan mempunyai permintaan berterusan di pasaran. Jadi, sayang kalau perjalanan karier mereka tidak kami bantu. Justeru, menerusi potensi yang ada dan usaha kuat mereka, kontrak wajar diteruskan.

“Sehubungan itu, tempoh setahun diberikan dan pencapaian mereka akan dinilai. Andai kata masih tetap cemerlang, kemungkinan disambung lagi. Apapun, Maestro sedaya-upaya cuba membantu artis AF di bawah pengurusan kami sebaik-baiknya.

“Setakat ini, karier artis AF yang bersama Maestro memang terurus dengan baik. Selain Mawi, siapa sangka Farah yang tidak dipilih sebagai pemenang pada AF2 tetap hebat. Hingga kini permintaan ke atas Farah sentiasa tinggi dan banyak,” katanya.

Freddie berkata, situasi berlaku kepada Farah itu menunjukkan ‘kemenangan’ bukan jaminan utama. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan untuk mencari apa saja peluang supaya terus bertahan. Dalam bidang ini, katanya persaingan sangat besar.

“Siapa yang pandai bawa diri, pasti berjaya. Oleh itu, sekarang memang Maestro memberi fokus kepada artis AF yang berpotensi. Terus-terang, Maestro tidak mampu menjaga semuanya (artis AF) kerana jumlah mereka yang begitu ramai.

“Jadi, kami memilih yang terbaik. Tidak dinafikan, ada juga artis AF tidak terpilih merayu untuk terus bersama tetapi perlu dipertimbang dulu. Bukan apa, Maestro tidak mahu mereka terus menunggu apa yang tidak pasti,” katanya.

Kata Freddie, mengambil kira masalah industri hiburan sekarang sewajarnya Maestro mengambil langkah seperti ini. Apa yang pasti, Amylea akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi dan Marsha pula pembikinan albumnya masih dalam proses.

“Begitu juga dengan Yazer. Walaupun albumnya diterbitkan Luncai Emas tetapi pengedaran tetap diuruskan Maestro. Bagaimanapun, Maestro tetap akan pastikan artis kami versatil dan ada kelebihan sendiri. Oleh itu, selain menyanyi, mereka boleh berlakon, mengacara dan jadi duta produk.

“Saya mahu mereka ‘berkualiti’ dan boleh bertahan lama dalam industri. Tidak ketinggalan, mendapat perhatian peminat dan tawaran tidak putus,” katanya memaklumkan artis AF4, AF5 dan AF6 masih mempunyai kontrak dengan Maestro.

Katanya, jika mahu melihat siapa antara mereka (AF4, AF5 dan AF6) yang masih bertahan dengan Maestro, semuanya akan dilihat tahun hadapan. Bagaimanapun, buat masa ini Maestro akan menguruskan mereka ikut yang termampu.

Marsha berkata, sekalipun dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Maestro tetapi tidak sanggup berbuat demikian. Katanya, sebagai artis baru, sukar untuknya bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan seperti Maestro.

“Saya tidak yakin lagi sejauh mana kekuatan untuk bergerak sendiri. Saya tidak berani dan tak bersedia ambil risiko itu. Oleh itu, bila Maestro berminat menawarkan kontrak baru kepada saya, lebih baik terima. Bahkan, saya senang diurus mereka,” katanya.

Akui gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini lagi dia turut membuat syarat tambahan dengan Maestro. Kata Marsha, apabila kontrak baru, ada peluang untuk berbincang apa yang baik untuk karier seninya dan juga Maestro. Dalam erti kata lain, mesti ada ‘timbal balik’.

Yazer pula berkata hingga kini dia memang tidak pernah bermasalah dengan pengurusan Maestro. Oleh itu, dia berharap albumnya dapat dipromosi dengan baik. Malah, katanya dia juga tidak meletak atau menambah sebarang syarat pada kontraknya.

“Kini, saya teruja menantikan kemunculan album sulung yang dijangka menjengah pasaran selepas Aidilfitri ini. Maklumlah, saya mengambil masa lama kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya,” kata Yazer memberitahu M Nasir menyumbangkan tujuh lagu.

Album Baru Stacy
JIKA Mila mampu membuktikan dirinya layak sebagai juara Akademi Fantasia 5 (AF5), lain pula ceritanya dengan Stracie Angie Anam atau Stacy. Apa tidaknya, hingga ke saat ini belum lagi terdengar sebarang kisah pencapaian hebat bintang AF6 itu.

Sekalipun bergelar juara, bakat gadis kelahiran Sabah ini bagaikan ‘tidak ke mana’. Hendak kata mantap di pentas nyanyian, tidak banyak pula undangan pentas diterima. Justeru, apakah yang menyebabkan aura Stacy makin merudum?

Stacy yang ditemui pada rakaman program raya Ria Sentral baru-baru ini berkata, dia perlukan masa dan peluang menyerlahkan bakatnya.

Kata pendatang baru seni suara berusia 18 tahun ini, masih terlalu banyak perlu dipelajarinya.

“Saya akui menghadapi kesukaran bergerak aktif selepas AF6 berakhir. Sebenarnya, saya ingatkan karier akan lebih mudah bila keluar AF. Namun, ia meleset kerana amat susah dan menjadi juara bukan satu jaminan buat saya terus maju.

“Apa yang penting, segalanya usaha. Jadi, saya kena tahu bagaimana mahu menonjolkan diri. Sayangnya, hingga kini saya tidak tahu apa yang hendak dibuat. Saya benar-benar inginkan seseorang boleh membantu mengurus karier saya.

“Keyakinan saya tinggi, semua akan berubah jika mempunyai pengurus sendiri. Apapun, cerita yang mengatakan saya sudah diuruskan seseorangtidak benar. Antara saya dan orang itu, kami saling mengenali dan bersahabat baik,” katanya.

Bagaimanapun, Stacy tidak menolak individu terbabit pernah menghulurkan bantuan padanya. Kata penyanyi yang kini popular dengan lagu Aku Stacy itu, persahabatan baik antara mereka menyebabkan ‘si dia’ sudi menghantar Stacy ke mana saja.

“Bahkan, dia juga menjaga imej saya. Tetapi, dia bukan pengurus saya. Malah, pertolongannya pun seketika saja. Sekarang, saya tetap di bawah pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) kerana kontrak tiga tahun.

“Selain itu, setahu saya Maestro juga tidak pernah ‘bising’ apatah lagi kurang menyenanginya,” kata Stacy berbicara lanjut mengenai sahabat rapatnya itu. Malah, akuinya kadang-kala memang dia terfikir memerlukan bantuan daripada individu lain.

Kata Stacy, kalau dilihat kemampuan Maestro terhad. Maklumlah, mereka (Maestro) mempunyai ramai artis untuk diuruskan dan semestinya harus menunggu giliran. Sehubungan itu, apa dilakukan hanya bersabar menunggu masa.

“Soal album solo, saya kini dalam proses mengumpulkan lagu. Apapun, saya baru selesai merakamkan single kedua, Rasa-Rasa Cinta ciptaan Ajai. Lagu ini dijangka dimuatkan dalam album runut bunyi filem Sayang U Can Dance.

“Sempena Aidilfitri ini, saya bersama Nadia dan Nubhan bergandingan menjayakan drama Ada Cinta Di Hari Raya yang disiarkan Astro Ria. Namun, bagaimana jalan ceritanya saya kurang pasti walaupun penggambaran sudah bermula,” katanya.

Ditanya sampai bila agaknya Stacy boleh ‘bertahan’, bekas pelajar Ramli MS ini berkata selagi peminat setia menyokongnya. Apapun, Stacy tidak menolak kemungkinan dia akan kembali semula pada dunia lama sebagai penyanyi kelab.

“Andai kata sukar sangat laluan ini, saya tidak kisah menyanyi di kelab. Pada saya, daripada tiada kerja lebih baik nyanyi di kelab. Asalkan ada sumber pendapatan, saya tidak malu,” katanya yang masih tidak mempunyai lesen kereta.

Hanya berpendidikan hingga tingkatan tiga, Stacy berkata dia turut menyimpan impian melanjutkan pelajaran di menara gading.

Katanya dia mahu menjadi artis berilmu walaupun terpaksa mengulang pengajian dan ketinggalan daripada orang lain.

Menyentuh soal lagu Cinta Khayalan ciptaan Sharon Paul yang kini dinyanyikan Bob AF2, gadis ceria ini berkata ia lagu ‘hadiah’ untuknya. Namun, kata Stacy dia juga tidak tahu mengapa lagu itu diberikan pada Bob untuk dirakamkan.

Riz AF kemalangan
Ops jangan marah bukan kena langgar tapi kemalangan  perasaan..

Sebagai produser dan pengarah, kedua-dua anak seni ini tahu apa yang diinginkan. Masing-masing tahu bidang tugas yang dipikul.

Bergabung dan berkongsi idea serta kepakaran, mereka mahu melahirkan klip video menarik menerusi single duet Ku Pinjam Satu Bintang dinyanyikan Alya dan Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz.

Bagi menjamin kualiti, Ajai tekad menggunakan filem supaya hasilnya nanti memuaskan. Sekalipun kosnya tinggi — mencecah lebih RM100,000 — dia tahu apa yang diperlukan untuk mengetengahkan orang baru seperti Alya.

Sepanjang dua hari proses rakaman berjalan, dua anak seni ini bekerja dengan profesional. Jika dilihat, mereka bebas berkarya, malah kebebasan itu meningkatkan kualiti klip video.

Seawal jam 9 pagi, Ajai membawa Alya dan Riz ke Galeri Andara di Kemang Barat, Jakarta, untuk memulakan penggambaran.

Dari luar, ia seperti sebuah banglo kosong. Namun ketika melangkah ke dalamnya, pelbagai alatan rakaman dan set tersedia menanti artisnya.

Tanpa membuang masa, Alya dan Riz menyerahkan wajah untuk disolek sementara menunggu Hedy bersama 30 pekerjanya menyempurnakan set sebelum penggambaran dilakukan. Menggunakan set serba putih, Riz dipanggil untuk memulakan tugasnya.

Kata Hedy, putih melambangkan kebersihan dan ia sesuai dengan bahagian dinyanyikan Riz. Dalam lagu itu Riz bagaikan lelaki yang cuba menceritakan soal hatinya.

“Dalam klip video ini saya menggunakan empat set hanya untuk lagu duet ini. Dua set untuk dua babak solo Riz dan Alya, dan dua lagi untuk babak mereka menyanyi bersama.

“Namun ketika memasuki babak Riz dan Alya menyanyi bersama, saya cuba tampilkan konsep yang menimbulkan kecantikan kepada Alya dan segak terhadap Riz.

“Dan sebab itu set kali ini dihiasi dengan langsir berwarna perak serta percikan cahaya lampu berwarna-warni bagi menyerlahkan erti cinta lagu itu.

“Sebab itu juga saya menggunakan kamera filem, bukan digital seperti kebanyakan video muzik. Melalui kamera filem saya dapat lahirkan emosi cinta yang lebih.

“Kualiti lebih baik juga membantu hasil yang akan diperoleh dan ia antara aspek yang diperlukan syarikat rakaman milik Ajai iaitu Wake The Baby.

“Walaupun bekerja dengan artis baru seperti Alya dan Riz, mereka cepat menjiwai lagu serta mempunyai idea tersendiri di depan kamera. Jadi, penggambaran ini dapat diselesaikan dengan cepat tanpa perlu mengulang,” katanya.

Tambah Hedy, krew, termasuk bahagian solekan dan dandanan, dipilih khas untuk menampilkan visual yang diingini. Sebelum rakaman klip duet itu Hedy menyempurnakan klip video single Alya berjudul Tak Mungkin Kerna Sayang.

“Untuk penggambaran ini, lagu balada berirama perlahan itu ‘dipercepatkan’ dan kedengaran seperti suara ‘chipmunk’. Jadi Alya perlu ‘lip-sync’ dengan agak laju.

“Kami sengaja percepatkan lagu itu kerana ketika suntingan nanti, visual itu akan ditampilkan perlahan. Bagaimanapun, kami perlu kawal supaya bibir dan emosi ditampilkan Alya tidak lari daripada ‘lip-sync’.

“Visualnya akan nampak lebih lembut, sesuai dengan jalan cerita dan irama lagu itu,” katanya yang kerap bekerja bersama Ajai.

Kembali bercerita mengenai proses rakaman di Wake The Baby, Ajai menjelaskan, kini enam lagu milik Alya siap dirakam. Katanya, insya-Allah, jika tiada aral, album solo Alya akan dikeluarkan selepas Aidilfitri nanti.

“Sebelum menyiapkan album penuh, saya mahu mengetengahkan dua single ini terlebih dulu. Saya yakin Alya ada kekuatan dan bakat tersendiri untuk menjadi penyanyi yang baik.

“Buktinya sudah ada ketika dia menyanyikan dua single ini. Saya terkejut dengan bakat dimilikinya. Untuk pembikinan klip video ini, saya mahu memberi yang terbaik untuknya.

“Sebab itu juga saya bekerjasama dengan Hedy bagi menghasilkan kualiti dan idea menarik. Bukan berniat mahu menidakkan kehebatan pengarah tempatan. Namun, ini peluang saya berkongsi idea dalam bidang seni dengan dunia luar.

“Bagi saya, seni adalah perkara yang perlu kita kongsi dan bukan bersaing. Seni juga punya maksud luas dan ia juga penyebab mengapa kita perlu berkongsi,” katanya

Stracie Angie Anam STACY AF6
LAST SATURDAY night definitely belonged to petite Sabahan Stracie Angie Anam when she emerged champion of Akademi Fantasia 6 at the packed Putra Stadium, Bukit Jalil, Selangor.

The 18-year-old had the audience rooting for her superb vocals and stage performance, soon after she performed her first ballad Atas Nama Cinta and the brand new song Aku Stacy.

Big winner: Akademi Fantasia 6 champion Stracie Angie Anam or Stacy, as she is more popularly known, wants to record an album that can showcase her versatility as a singer.

Even the critics for the night – Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura and Adlin Aman Ramlie – were full of praise for the talented Kadazan girl from Penampang, Sabah.

Stacy, as she is known on the TV show, had been leading the pack in terms of SMS votes since the seventh concert (there were 10 in all) and members of the media were pretty sure that unless the girl performed horribly at the finals, she would triumph over the rest.

And what great news for Sabahans. After waiting for four seasons, Stacy managed to make them proud.

Every year, since the second season of Akademi Fantasia, there have been at least three participants from Sabah who have managed to reach the finals, never winning the top spot, though.

These included Adam, Linda and Mas (from AF2), Felix, Yazer, Marsha and Ekin (from AF3), Lotter, Velvet, Rich, and Nora (AF4), and Noni, Ebi and Candy (AF5). That’s quite a number of talented Sabahans!

The official results of the final showed that Stacy received the most SMS votes, and it was a massive win too with 43%! (The next closest competitor was Mohammed Idris Mohd Zaizizi (Riz) with 18 % of the votes.

Stacy, a part-time singer in Penampang, received prizes valued at RM733,734, which includes a four-room bungalow at A Famosa, Malacca, a Peugeot 307 XS sponsored by Naza Motors, RM25,000 cash from Hotlink, holiday package to Italy sponsored by Mayfirst, and to New York by Maybelline. She also took home a Sony Playstation sponsored by Astro and the AF6 trophy.

“I really don’t know what to say except I’m very grateful and thankful to God,” said Stacy in tears, on Saturday night after she’d picked up her prize.

“I just can’t wait to share my win with my family. This is the first time that someone in my family has won something big.

“I just can’t wait to see my family’s reaction!” said Stacy.

Prior to AF6, Stacy had teamed up with her brother, Camellus De’lelli Anam, for another talent-reality show called Gang Starz (Season One) and they managed to reach the semi-finals before they were booted out.

“I don’t think I’m better than the rest,” Stacy humbly offered. “I’m just lucky tonight. I believe that all my four friends in the finals are really good.

The four finalists celebrate with the champ.

“All five of us must have our own strengths to have gotten this far.”

Stacy remembers vividly the advice principal Ramli MS had been drilling into them all this while.

“He said, ‘You think you are good but there are people out there who are much better than you’,” Stacy said, adding that through the show, she had many experiences to savour.

“I have learned so much here at the Academy, especially from the principal and the teachers. They have taught me a lot and I don’t know how I can repay them.

“Hopefully, one day, I will know how to and I will be given a chance to return their kindness.”

Stacy is upset that she will have to leave her new-found friends at the Academy after more than two months of living together and bonding. But she’s got a lot to look forward to as well.

Now that she has won, she would love to record an album.

“If the opportunity arises, I want an album that features different genres such as rock, ballad, jazz and R&B because I want to hone my versatility,” said Stacy.

For those who have been watching Diari Akademi Fantasia (the weekly diary-type programme in between AF performance shows) they would surely have noticed that Stacy was the most hard-working student at the Academy.

“Am I really hard-working? I guess I went to the Academy because I wanted to learn.

“At the Academy, I was given the chance to gain knowledge for 10 weeks and I didn’t want to waste that chance,” said the petite girl (she stands at 155cm) who hopes to be able to sit for her SPM exam soon.

“I missed out on the exam last year because I was juggling between singing part-time and schooling and at the end, I quit school to earn money to help out my family,” said Stacy, the fifth of six siblings.

“I did not quit school because I like singing more. It was more because of financial constraints faced by my parents (father Anam Bayar and mother Agnes Kaloos are both odd-job workers) that I decided to pursue singing.”

Before the next hurdle, however, Stacy will have lots of time to savour her current win.

“I’m still digesting the whole experience of AF6 and actually winning! I’m just so happy and proud and can’t wait to see my family!”

Another female contestant become the winner of akademi fantasia 6, last year mila won the title.

stacy who constantly giving out good performances become the winner of af. af cannot be exempted fro controversy, stacy herself was accused to be planted as the winner by astro, but the rumor was denied.

i am one of stacy’s fan and i’m glad she won, planted or not. good luck stacy!