Intro2u Blog » Zila

Gambar Zila Bakarin
SEKSI dan Zila Bakarin, dua perkara yang cukup sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Sekalipun berbadan dua, Zila atau nama sebenarnya, Rosmawati Bakarin, 33, tetap kekal dengan imej sedemikian.

Suka atau tidak, terimalah hakikat diri Zila yang sebenarnya. Malah ia diakui Zila kerana itulah imejnya sejak dulu sampai sekarang. Bagi Zila yang bakal bergelar ibu pada 13 Mac ini, dia tidak gemar hidup dalam kepura-puraan dan tidak mati dicerca orang.

“Saya tidak suka hipokrit dalam soal ini. Saya sendiri yang ingin tampil dengan imej seksi sebab itu tidak salahkan orang apabila meletakkan diri saya sebagai pelakon seksi.

“Terus terang cakap, sampai sekarang pun kalau keluar makan atau membeli-belah, saya masih lagi pakai baju tanpa lengan, seluar pendek atau skirt. Teringin sebenarnya hendak pakai baju mengandung tapi entahlah saya semacam tidak selesa.

“Saya juga sedar ada yang memandang sinis tapi tidak mengapalah dan tidak kisah pun apa orang kata kerana saya tidak pernah susahkan mereka,” kata pelakon bertubuh montok ini ketika di kediamannya di Kemensah Height, baru-baru ini.

Zila kelihatan begitu ceria dan teruja untuk menjayakan sesi fotografi bersama Harian Metro kerana sejak berbadan dua inilah fotografi pertamanya.

Nyata, dari luaran tidak banyak perubahan yang berlaku walaupun mengandung lapan bulan melainkan perutnya saja yang memboyot. Ia turut diakui Zila.

“Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Mereka pelik kenapa saya mengandung perut saja yang besar sedangkan muka dan tangan macam biasa.

“Alhamdulillah, sudah masuk lapan bulan mengandung, namun sepanjang proses kehamilan saya tidak mengalami alahan seperti muntah-muntah, sakit kepala atau mengidam yang bukan-bukan.

“Cuma satu benda saja yang saya mengidam tapi sampai sekarang tak dapat. Saya sebenarnya mengidam nak makan durian tapi suami tak kasi sebab orang tua-tua kata kata durian panas dan tidak elok dimakan wanita hamil.

“Tapi dalam tak bagi tu, sempat jugalah saya colek sikit durian ketika mengunjungi masjid berdekatan rumah, baru-baru ini. Yang kelakarnya, semalaman saya tidak basuh tangan sebab ketagih hidu baunya,” katanya.

Akui Zila, barangkali kerana proses kehamilan yang mudah dia masih mampu mengambil tawaran berlakon. Malah, ketika fotografi ini dijalankan, Zila baru dua minggu pulang dari penggambaran telefilem di Terengganu.

Bagaimanapun, akui anak jati Kuala Lumpur ini, sebelum menerima sesuatu watak dia akan bertanya kepada pengarah apakah babak yang dilakonkannya itu bahaya dan boleh memudaratkan kandungan.

“Senang cerita, saya hanya pilih watak manja-manja dan bersesuaian saja. Suami seperti biasa tidak pernah menghalang cuma dia tanya sama ada saya larat atau tidak. Kalau tidak mampu, dia nasihat berehat di rumah saja.

“Kalau ikutkan saya, memang masih larat berlakon tetapi adakah orang nak bagi watak yang sedikit dominan dan negatif sebabnya mana ada watak orang mengandung jadi jahat? Saya katakan begini bukannya apa, setiap kali terima tawaran, mesti dapat watak jahat dan antagonis.

“Jadi bila sudah mengandung ini, memang agak sedikitlah tawaran berlakon. Kadang-kadang teringin juga jadi baik walaupun saya sebenarnya lebih suka melakonkan watak jahat dan antagonis. Bagi saya watak sebegini tidak sakit kepala kerana kita boleh meluahkan emosi,” katanya.

Dia berkata, untuk peranan baik, pergerakan watak selalunya mendatar dan banyak memendam rasa. Risikonya jika kerap membawakan watak baik, apabila sikap kita di luar sebaliknya, akan dilabel artis ‘plastik’. Sedangkan

apa yang dipertontonkan hanya sebuah lakonan. Macam saya, Alhamdulillah orang boleh terima saya macam ini.

“Saya sebenarnya tidak kisah kalau orang tak suka saya tetapi setakat ini mereka boleh terima. Tidak ada pula yang pandang negatif mungkin sebab mereka sudah tanam dalam fikiran saya memang seperti mereka lihat dalam TV.

“Terpulang, bagi saya berlakon adalah punca rezeki. Rasanya, saya bukanlah jenis artis yang suka cetuskan kontroversi. Paling tidak pun kontroversi yang selalu orang kaitkan ialah saya suka pakai seksi, isu lain tak pernah pula dengar,” katanya.

Ketika kandungannya berusia dua bulan, Zila berlakon telefilem Mencintaimu, kemudian terbabit pula dalam teater Patriot dan drama untuk Astro Ria ketika kandungannya baru menginjak empat bulan.

Mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 11 Januari 2008 bersama jejaka pilihannya, Azri Izhar, 35, yang dikenalinya hampir sembilan tahun lalu, pasangan sejiwa ini berdebar kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Zila mengakui dia dan suami, seorang jurukamera, belum memilih nama untuk anak mereka. Malah kata Zila, dia dan suami juga tidak mahu berlebih-lebihan dalam soal perbelanjaan kelengkapan anak biarpun kelahiran cahaya mata sulung itu amat dinanti-nantikan.

“Saya akui begitu teruja untuk melihat wajah anak kami. Namun, pada masa sama, saya dan suami tak mahu bersikap keterlaluan kerana kuasa Tuhan, sebarang berkemungkinan boleh berlaku.

“Misalnya sebelum ini, saya dan suami begitu mengharapkan bayi lelaki tetapi selepas tiga kali menjalani pemeriksaan imbasan, doktor mengesahkan anak kami perempuan.

“Justeru, saya tidak mahu minta yang bukan-bukan melainkan berharap semoga saya dapat melahirkan anak dengan selamat dan memperoleh bayi yang cukup sifat. Itu saja permintaan saya,” katanya.

PROFIL

Nama sebenar: Rosmawati Bakarin

Asal: Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 7 Mac 1975

Zodiak: Pisces

Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik

Kegemaran: Memandu, warna merah jambu, seksi, happy-go-lucky

Suami: Azri Izhar

Tarikh kahwin: 11 Januari 2008

Gaya ARTIS SEKSI Sekali -DEDAH DADA tu!
Inilah gayanya bila artis ke majlis glamor. Mereka memeriahkan Malam Gala Karyawan Malaysia baru-baru ini. Nampaknya masing-masing mahu tampil dengan fesyen yang manarik dan boleh membuka mata. Sesuai ke?

Dari kiri Sharifah Hazlinda (Lynn), Sharifah Shahirah, Norsheila Amin dan Datin Maria Arshad. Masing-masing masih melaram walaupun sudah semakin berusia.

Lama Lynn tak muncul ke majlis glamor. Sekali muncul panas juga.

Pasangan Ijoy Azhari dan Shahirah. Ewah Shahirah baru dapat anak kembali bergetah. Apa rahsia?

Ehsan manggaonline.com.my

Zila dan NABIL
CINTA itu sukar dijangka. Walaupun hanya mengenali beberapa bulan tetapi kalau hati sudah suka, tidak perlu menunggu lama. Begitulah juga kisah percintaan dua bintang realiti TV popular yang bakatnya dicungkil Astro ini.

Seorang datang dari Akademi Fantasia musim keempat (AF4) dan seorang lagi tentunya Raja Lawak 2. Namun, keserasian yang wujud antara mereka membawa hubungan terjalin itu ke gerbang pertunangan dan akhirnya perkahwinan.

Memilih 9 November ini untuk mengikat pertunangan, Nur Azilah Saeron atau Zila, 20, menemui cinta sejati dengan anggota kumpulan Cham, Muhammad Nizamudin Ahmad (Along), 25. Pasangan itu mengenali dan bercinta enam bulan lalu.

Zila berkata hatinya tertarik dengan Along kerana lelaki kelahiran Muar, Johor itu suka membuat dia ketawa. Malah, lebih penting mereka ‘satu kepala’.

Menurut Zila lagi, perangai Along tidak menyebabkan dia pening kepala dan tahu bawa diri.

“Selalunya, kalau sudah nama ‘pelawak’ mesti asyik berlawak walaupun tidak kena tempat. Tetapi, Along lain kerana dia peka pada situasi. Tidaklah dia lawak merapu dan itu menyebabkan saya amat menyenangi sikapnya. Pada saya, kami sesuai.

“Jadi, apabila sudah saling menyukai buat apa hendak tunggu lama-lama. Lagipun, saya tidak mahu menjadi bahan umpatan masyarakat. Biasalah, bukan senang hendak memuaskan hati orang. Oleh itu, jalan terbaik biar kami bertunang dulu,” katanya.

Ditanya berapa tahun mereka akan bertunang, Zila berkata mungkin satu setengah tahun. Akuinya, biarpun sedar tempoh itu lama tetapi ia bergantung pada keadaan. Namun, jauh di sudut hatinya, dia sudah bersedia bergelar isteri serta hidup berumah tangga.

Berbicara mengenai majlis bersejarahnya dengan Along, gadis yang menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini berkata, sederhana saja tetapi tetap meriah.

Katanya mereka akan berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan tujuh (lelaki).

“Apapun, mengenai wang hantaran usahlah dibicarakan dulu. Saya lebih senang dibincangkan pada majlis itu yang akan berlangsung di kediaman keluarga di Felda Loi Selatan,” kata Zila mengakui keluarga Along datang merisik pada 12 Oktober lalu.

Menyentuh pula soal karier nyanyiannya, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata dia masih lagi aktif menyanyi. Bahkan, kontraknya bersama Maestro pun tinggal beberapa bulan lagi. Namun, kata Zila dia tidak bercadang untuk sambung.

“Selepas tampil dengan album sulung Zila Seeron – Realiti, saya kini dalam proses mengumpul meterial untuk single terbaru. Melihatkan keadaan pasaran sekarang, saya berpendapat lebih baik tampil dengan single berbanding album penuh.

“Bagaimanapun, bukan mudah saya memperoleh lagu yang betul-betul bagus. Oleh itu, saya tidak putus asa mencari sekalipun mengambil masa lama. Bagi saya, kualiti amat penting dan saya mahu penerimaannya baik di kalangan pendengar nanti,” katanya.

Mengenai kontrak yang enggan disambung, kata Zila dia sudah bersedia untuk bergerak sendiri.

Menurutnya, sekalipun laluan agak sukar tetapi puas. Akui gadis yang tersingkir pada minggu keempat AF4 lalu, dia ingin mencuba dan sahut cabaran.

Artis Pukul Isteri
Jamal Abdillah Dituduh Pukul Isteri!

Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia yang mempunyai suara emas telah dituduh memukul bekas isterinya, Fatimatuzahrah Samat, 24 sehingga menyebabkan kecederaan pada Mei 2007. Apabila mengulas tentang kes tersebut, Jamal mengakui telah menampar isterinya itu tetapi pukulannya itu hanyalah tindakan refleks kerana membalas pukulan penyapu yang mengena bibirnya. Beliau mendakwa isterinya itu tidak pandai membuat kerja rumah dan dia dengan secara bergurau mengatakan mungkin lebih baik isterinya itu dibaling dengan penyapu. Mungkin kerana salah faham, kedua-dua mereka telah berlari mendapatkan penyapu tersebut dan bergaduh. Menurut Jamal, tamparan beliau itu tidaklah kuat sangat, hanya menyengat sikit sahaja. Namun, kenyataan bekas isterinya berbeza yang mengatakan Jamal sering menuduhnya mengadakan hubungan sulit dan sering memukul tubuhnya hingga lebam. Ini merupakan perkahwinan ketiga Jamal Abdillah dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Zaki Yamani. Perkahwinan ketiga ini juga gagal dan Jamal Abdillah sedang berusaha untuk membersihkan diri daripada dadah dengan pertolongan Pengasih. Beliau akan menunai umrah untuk kali kedua bulan ini dan pada bulan Disember 2007 Jamal akan persembahan di luar negara, di Nottingham United Kingdom, untuk pertama kalinya.

Belumpun kes memukul isterinya selesai, seorang pelakon filem dan drama yang popular sekitar awal 90-an, kini menjadi buruan polis berikutan sekali lagi kerana disyaki mengugut akan mencedera dan membunuh isterinya, baru-baru ini.

Tindakannya itu seolah-olah tidak pernah serik apabila sebelum ini dia pernah ditahan kerana mencederakan isterinya serta mengugut akan menyimbah asid.

Menurut sumber, pelakon itu dapat menghilangkan diri apabila polis mahu menangkapnya di rumah untuk didakwa di mahkamah.

Difahamkan, setiap kali polis tiba di rumahnya, pelakon berusia awal 40-an itu yang sering bergaduh dengan isterinya melarikan diri seolah-olah mengetahui dia akan ditahan.

Sebelum ini, pelakon terbabit pernah bertindak kejam dengan menendang isterinya ketika mengandung sehingga mengalami keguguran.

Dia pernah ditahan polis selepas isterinya membuat laporan mendakwa tidak tahan dipukul secara berterusan.

Pemeriksaan dan ujian air kencing yang dijalankan kemudian mendapati pelakon terbabit positif mengambil dadah jenis syabu.

Selepas empat hari ditahan, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kembali tinggal bersama isterinya.

Namun, sumber itu berkata, sikap panas barannya dipercayai dia mengulangi perbuatan buruknya itu apabila sering bergaduh dengan isteri, termasuk mengugut membunuh, Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ampang, Deputi Superintendan Goh Lee Fook, berkata polis sedang menjejaki pelakon terbabit untuk mendakwanya atas kesalahan mengugut dan mencederakan isterinya.

“Polis sedang menjejaki pelakon terbabit untuk mendakwanya atas tiga kes yang pernah dilakukannya sebelum ini, termasuk satu ugutan terbaru yang dibuat kepada isterinya.

“Kami kesal dengan tindakannya melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro pada 8 April lalu melaporkan pelakon terbabit ditahan selepas mencederakan isterinya yang juga seorang penari.

Berikutan aduan dibuat wanita berkenaan, polis membuka tiga kertas siasatan.

Pelakon terbabit disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan, Seksyen 321 KK kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 15 (1) KK (penyalahgunaan dadah).

Difahamkan, ketika itu, dia didakwa memukul isterinya dengan kayu sehingga cedera di tangan, betis serta lutut kiri.

Pelakon terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya, selain pernah menjadi hero remaja.

Malah, difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan tidak kira sama ada melalui filem atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Pelakon popular yang ditahan polis pada 5 Mac lalu berikutan aduan isterinya sendiri, bakal berdepan tiga pertuduhan jenayah berikutan tindakannya yang didakwa mengasari wanita berkenaan selain menyalah guna dadah.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis setakat ini sudah membuka tiga kertas siasatan terhadap pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu.

Pelakon lelaki berusia 40-an itu kini disiasat mengikut Kanun Keseksaan atas dakwaan mengikut Seksyen 306 kerana ugutan, Seksyen 321 (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 15 (1) (penyalahgunaan dadah).

Difahamkan, pelakon terbabit didakwa memukul isterinya dengan kayu sehingga cedera di tangan, betis serta lutut kiri.

Isterinya yang berusia 26 tahun dan bekerja sebagai penari, dikatakan pernah diugut bunuh dan akan disimbah asid.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi semalam memberitahu, polis sedang menunggu hasil ujian air kencing terhadap pelakon terbabit.

“Kita juga sedang menyiasat lebih lanjut berhubung tindakannya memukul dan mengugut isteri dan jika segala bukti mencukupi, dia mungkin akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Harian Metro pada 8 April lalu melaporkan pelakon itu ditahan polis selepas isterinya membuat laporan mendakwa sering dipukul dan diugut suaminya.

Pemeriksaan awal ujian air kencingnya mendapati dia positif mengambil syabu, namun dibebaskan keesokannya dengan jaminan polis.

Dalam laporannya kepada polis, wanita itu mengadu pelakon terbabit turut mengugut mencederakannya.

Tidak tahan sering dipukul dan bimbang terhadap ugutan dibuat pelakon terbabit, isterinya menyerahkan suami kepada polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Bagi menafikan perbuatannya, pelakon itu membuat laporan polis mendakwa dia tidak pernah mengugut isterinya.

Dia sebaliknya mendakwa isterinya sengaja mereka-reka cerita dan membuat laporan polis supaya dia ditahan.

Difahamkan, wanita itu sudah mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditampar.

Pelakon terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya selain pernah menjadi hero remaja.

Difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan sama ada melalui filem yang dilakonkan atau dalam kehidupan realitinya sendiri.

Filem lakonannya pernah menggemparkan negara apabila dia bersama pelakon wanita pasangannya melakukan aksi panas dalam satu babak di tepi pantai.

Selain itu, dia pernah ditahan pada 1994 atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen sah serta cukai jalan tamat tempoh.

Dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan tidak dibenarkan memohon lesen memandu selama setahun.

Namun, kontroversi dan kisah panasnya tidak terhenti di situ apabila tidak lama selepas itu, dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) kerana disyaki bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram dengan seorang model dan pelakon sambilan.

harian metro

Zila sekarang makin berseri-seri
pratonton cerita Putar Alam arahan Harun Salim Bachik di Matic. Kisah itu diformatkan dalam bentuk DVD dan menampilkan deretan nama pelakon hebat seperti Eman Manan, Eja dan tidak ketinggalan Zila Bakarin.

Zila turut hadir tetapi hanya sempat menonton sebahagian cerita itu. Kawan Cik Normah cakap drama tu menarik dan boleh ditonton. Pendek kata tak rugilah kalau peruntukan wang untuk membeli DVD itu.

Kawan Cik Normah tu sempatlah menegur Zila di sana. Kebetulan pula pelakon utama yang lain tak datang sebab masing-masing ada komitmen lain. Zila memaklumkan khabar gembira kat kawan Cik Normah yang dia sudah mengandung dua bulan. Mesti suami Zila, Azri Izhar seronok dengan berita ini. Cik Normah dengar pun tumpang senang dan gembira.

Cik Normah tengok gambar Zila sekarang makin berseri-seri. Makin bergaya dan bab berpenampilan menarik dan seksi tu seluruh alam semesta dah tahu kan. Kawan Cik Normah siap cakap kulit muka Zila pun makin cantik dan gebu. Zila beritahu kat kawan Cik Normah, dia jumpa doktor pakar kulit untuk menyelesaikan masalah kulitnya sebelum ini. Baguslah macam tu kalau sentiasa peka nak jaga kecantikan.

Cik Normah pun sentiasa nak pastikan pandai melawa dan jangan fizikal saja meletup, soal dalaman pun kenalah jaga. Baru seimbang dan berkat

Zila Bakarin yang seksi FUH
SEKSI dan berani. Demikianlah pandangan setiap pasang mata yang memandang    tepat ke arah artis muda Zila Bakarin sewaktu penggambaran wajahnya untuk    menghiasi muka depan Pancaindera di studio Utusan baru-baru ini.

Dia seorang yang cukup selamba dan tidak mempedulikan apa yang akan    diperkatakan oleh masyarakat terhadapnya.

Zila yang dibesarkan di bandar raya Kuala Lumpur sebenarnya cukup selesa    dengan keadaan sedemikian.

“Pada saya seni seksi itu suatu yang cukup subjektif. Sebagai artis saya    rasa apa yang saya tampilkan hanya sekadar untuk kepuasan diri. Pada masa yang    sama, saya juga masih sedar batas susila sebagai bangsa Melayu,” ujar Zila    ketika ditanya apakah makna seksi dari kaca matanya.

Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin sebenarnya dilahirkan di negeri    jelapang padi, Kedah, 24 tahun lalu dan sehingga kini sudah membintangi lebih    30 buah drama televisyen.

Pelakon ini juga sebenarnya seorang yang cukup mudah didekati. Zila juga    seorang yang kelakar. Seperkara lagi mengenai anak ketiga daripada tujuh adik-    beradik ini ialah dia seorang yang suka ketawa.

Lantaran itu tidak hairanlah mengapa sepanjang temu bual dengannya, dia    lebih banyak ketawa daripada berbicara.

Namun begitu, di sebalik bicaranya yang diatur penuh tersusun itu,    menyimpan pelbagai makna yang seolah-olah menggambarkan peribadi Zila.

Di sebalik karakter happy go lucky yang ada dalam dirinya itu, Zila    bagaimanapun mengakui kepada Pancaindera yang dia seorang yang cukup sensitif.

Ekoran sikapnya yang mudah percaya kepada orang lain, Zila mengakui sudah    beberapa kali dia menjadi mangsa pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan    di atas kebaikan dan keramahannya.

“Saya sudah mengalaminya beberapa kali dan keadaan sebegitu menyebabkan    saya menjadi manusia yang paling sedih dan sensitif kerana saya tidak    menyangka masih ada pihak yang cuba menyalahanggap kebaikan dan keramahan    saya,” katanya dalam nada kesal.

Kata Zila, dalam menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja dia sentiasa    mengharapkan, jalinan itu akan memberi kebaikan untuk jangka panjang.

“Saya mahu berbuat baik dengan sesiapa sahaja dan juga mahu menjalin    persahabatan untuk tempoh masa yang panjang… bukannya untuk sehari dua.

“Malangnya jalinan persahabatan itu disalah anggap dan terhenti di    pertengahan jalan hanya kerana mereka suka mengambil kesempatan terhadap diri    saya,” jelas Zila sambil memberitahu dia kini cukup berhati-hati dalam    memilih sahabat.

Bercerita mengenai profesionnya sebagai pelakon, Zila memberitahu, sebagai    artis baru dia tidak menafikan seseorang artis itu memerlukan publisiti yang    meluas untuk membantu menaikkan nama mereka di persada seni tanah air.

Justeru itu Zila memberitahu, langkahnya yang berani menggayakan aksi seksi    juga antara faktor yang menjadikan dia dikenali para pengarah dan penerbit    drama.

“Sebagai pelakon drama, siapa yang akan mengenal saya, kerana saya bukan    bintang atau pelakon utama, tanpa publisiti tentu ramai pengarah yang tidak    tahu dan mengenal saya. Jadi dengan publisiti di akhbar dan peluang untuk    berlakon tentu lebih mudah.

“Pada masa yang sama saya juga selalu mengingatkan diri ini agar jangan    mudah terpengaruh dan terpedaya dengan peluang yang datang kerana ada kalanya    peluang itu akan memakan diri.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa memberi nasihat dan    bimbingan kepada saya supaya saya tidak pergi lebih jauh. Inilah kelebihannya    apabila kita rapat dengan keluarga, dan lebih penting saya juga perlu jaga    nama baik keluarga,” ceritanya lagi sebelum mengakhiri perbualan petang itu.